You are on page 1of 2

JAWAPAN SOALAN ESEI (TAMADUN MESIR PURBA)

Jelaskan proses pembentukan Tamadun Mesir Purba. [4 markah]

(a) Proses pembentukan Tamadun Mesir Purba ialah manusia yang mendiami Lembah Nil
telah pun mencapai tahap-tahap kebudayaan gangsa pada Zaman Logam sejak tahun
5,000 SM. Manusia pada ketika itu menggunakan alat logam yang membolehkan
mereka membina sistem pengairan yang baik untuk pertanian. Oleh kerana daya cipta
ini membolehkan manusia mendiami lembah ini untuk membina peralatan terusan dan
untuk meningkatkan lagi nilai kesuburan tanah. Hal ini membolehkan mereka mendirikan
petempatan tetap berteraskan pertanian.

Tamadun Mesir Purba telah memberi sumbangan dalam bidang berikut.

 Seni bina
 Pendidikan
 Ilmu Perubatan
Terangkan sumbangan tersebut. [8 markah]

(b) Sumbangan Tamadun Mesir Purba dari segi seni bina ialah adanya piramid.
Piramid merupakan ilham Imhotep iaitu piramid Sakkara. Imhotep telah
memperkenalkan teknik pembinaan bangunan dengan menggunakan batu bata.
Pembinaan piramid ini telah menggambarkan kreativiti masyarakat Mesir Purba.
Manakala dari segi pendidikan pula, Tamadun Mesir telah mewujudkan sistem
pendidikan untuk kanak-kanak daripada keluarga atasan. Mereka diberikan pendidikan
sejak dari umur yang rendah.
Akhir sekali sumbangan ilmu perubatan pula telah melahirkan pengamal
perubatan yang mahir dalam pembedahan.

Bagaimanakah negara kita dapat dijadikan sebagai pusat kecemerlangan ilmu di rantau ini?
[ 8
markah]
(c) Malaysia perlu meningkatkan imej universiti tempatan baik IPTS mahupun IPTA.
Universiti haruslah menjalankan penyelidikan yang bertaraf dunia dan berupaya
menyumbang kesejahteraan sejagat. Selain itu, pihak universiti juga boleh hasilkan
penemuan baharu dalam pelbagai bidang misalnya dalam bidang perubatan. Selain
meningkatkan imej universiti, negara boleh membina lebih banyak pusat pengajian tinggi
dan mempelbagaikan kursus. Di samping itu, negara perlu mempromosikan dan
mengkomersialkan pendidikan di Malaysia. Contohnya dengan cara mengiklankan
perkhidmatan pendidikan tinggi ke seluruh dunia. Malaysia juga boleh mengadakan
kempen memperkenalkan universiti tempatan di luar negara serta menawarkan pelbagai
kemudahan dan perkhidmatan yang berdaya saing dengan universiti yang ada di
kawasan serantau.

You might also like