You are on page 1of 5

JAWAPAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN

TAHUN (BAHAGIAN B) (KBAT)


JAWAPAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2021

C) Sebagai generasi alaf ke-21, berikan kepentingan generasi muda mempelajari dan
memahami sejarah negara. [3 markah] [kbat]
Kepentingan generasi muda mempelajari dan memahami sejarah ialah yang pertama,
mengambil iktibar daripada peristiwa yang lalu dan tidak mengulangi kesilapan yang sama.
Yang kedua ialah, menimbulkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat. Yang
ketiga ialah, memupuk perpaduan antara kaum.
D) mengapakah kita perlu menghargai peninggalan kajian-kajian sejarah di negara
kita? [4 markah] [kbat]
Kita perlu menghargai peninggalan kajian-kajian sejarah kita kerana untuk membuktikan
kebijaksanaan masyarakat silam. Selain itu, sebagai lambang ketinggian tamadun bangsa.
Seterusnya, menjadi rujukan generasi masa kini dan akhir sekali, mengukuhkan semangat
jati diri.
C) mengapakah anda perlu memperoleh ilmu berkaitan perubahan pembentukan
fizikal bumi sejak zaman air batu? [4 markah] [kbat]
Saya perlu memperoleh ilmu berkaitan perubahan pembentukan fizikal bumi sejak zaman
air batu kerana untuk meningkatkan pemahaman berkaitan bumi pada masa lalu. Selain itu,
untuk mengetahui kehidupan dan fizikal bumi sebelum dan selepas perubahan. Seterusnya
untuk menghargai keadaan alam sekitar dan akhir sekali untuk mengelak melakukan
pencemaran dan kerosakan bumi.
D) sebagai warga global, nyatakan tanggungjawab kita untuk memelihara alam
sekitar. [4 markah] [kbat]
Tanggungjawab kita untuk memelihara alam sekitar ialah yang pertama memupuk sikap
sayang akan alam sekitar. Kedua ialah manusia harus berusaha bersama-sama dalam
mengekalkan kelestarian alam sekitar. Ketiga, manusia perlu bijak mengurus hal ehwal
menjaga bumi daripada berlaku kemusnahan dan yang keempat, tidak melakukan
penebangan pokok secara tidak terkawal.
SOALAN 3
C) Mengapakah masyarakat zaman prasejarah memilih lembah sungai sebagai petempatan
kekal mereka?
Masyarakat zaman prasejarah memilih lembah sungai sebagai petempatan kekal mereka kerana
tanah yang subur. Seterusnya, sungai sesuai untuk aktiviti bercucuk tanam dan penternakan. Selain
itu, lokasi yang dekat dengan sungai memudahkan mereka mendapat bekalan air. Akhir sekali,
sumber air boleh mendapat sumber protein seperti ikan.
D) Jelaskan kejayaan masyarakat zaman prasejarah yang menjadi asas kehidupan dunia hari
ini.
Kejayaan masyarakat zaman prasejarah yang menjadi asas kehidupan dunia hari ini ialah berani
meneroka alam sekitar. Seterusnya manusia zaman prasejarah berdikari dalam setiap tindakan.
Selain itu, mereka mampu menghasilkan sumber makanan sendiri. Akhir sekali, mereka bijak
memanfaatkan sumber alam.
SOALAN 4
d) Mengapakah masyarakat hari ini perlu menyokong maksud tamadun mengikut pandangan
islam?
Masyarakat hari ini perlu menyokong maksud tamadun mengikut pandangan Islam kerana untuk
melahirkan masyarakat sihat dari segi fizikal dan mental. Seterusnya, untuk membentuk masyarakat
bermoral tinggi. Selain itu, untuk melahirkan masyarakat yang saling hormat menghormati. Akhir
sekali, untuk mewujudkan perpaduan kaum.
e) Tamadun penting bagi membina kemajuan dan kemodenan kehidupan manusia yang teratur
dalam sesebuah sistem masyarakat.
Apakah yang dapat kita lakukan bagi memelihara tamadun yang sedia wujud pada hari ini?
Perkara yang boleh kita lakukan untuk memelihara tamadun pada hari ini ialah, menghargai
sumbangan nenek moyang. Seterusnya mempertahankan amalan tradisional. Selain itu,
mengamalkan cara hidup yang harmoni. Akhir sekali, mengutamakan kehidupan kemasyarakatan.

You might also like