You are on page 1of 3

Contoh

KAJIAN KES

Tema : Warisan Negara

Tajuk Standard Kandungan: 1 Kerajaan Alam Melayu 1.1 Konsep Alam Melayu

Bahasa dan budaya

Pernyataan Masalah : (Adat perkahwinan) suku kaum bumiputera di daerah Papar adalah hampir
sama. Adakah anda bersetuju dengan pernyataan ini. Buktikan.

Persoalan :

i) Apakah suku kaum bumiputera yang terdapat di daerah Papar. (Kaedah lisan)/orang

ii) Bagaimanakah adat perkahwinan suku kaum bumiputera yang terdapat di daerah Papar.
(Kaedah media)/internet

iii) Berikan cadangan untuk mewujudkan dan memantapkan perpaduan di antara kaum. (Kaedah
bertulis)/buku

Suku kaum bumiputera di sabah memiliki pelbagai jenis tarian yang sangat unik dan telah diwarisi
sejak zaman berzaman. Buktikan.

a) Apakah suku kaum bumiputera yang terdapat di sabah?

b) Apakah jenis tarian mengikut suku kaum bumiputera di Sabah yang telah diwarisi sejak zaman-
berzaman?

c) Berikah cadangan untuk mengekalkan keunikan kebudayaan sesuatu kaum?

Seni bina rumah suku kaum bumiputera Sabah mempunyai ciri dan keunikannya yang tersendiri.
Adakah anda bersetuju dengan pernyataan ini.

a) Jelaskan suku kaum bumiputera yang terdapat di negeri Sabah?

b) Apakah ciri-ciri dan keunikan rumah suku kaum bumiputera Sabah?

c) Apakah langkah-langkah untuk memelihara dan memulihara khazanah negara?

Sungai Papar masih digunakan untuk kegiatan harian penduduk sebagai sumber rezeki. Buktikan.

a) Jelaskan kepentingan sungai Papar pada masa dahulu dan kini.

b) Apakah peranan lain sungai Papar.

c) Apakah langkah-langkah untuk menjaga dan melindungi sungai daripada pencemaran?

Tamu dikaitkan dengan perkembangan sosioekonomi masyarakat setempat di negeri Sabah.


Buktikan.

a) Apakah yang dimaksudkan dengan tamu?

b) Apakah peranan tamu dalam meningkatkan sosioekonomi masyarakat setempat di negeri Sabah?
c) Berikan cadangan untuk mengekalkan keunikan tradisi masyarakat tempatan

Zaman Air Batu ialah garis masa geologi yang menunjukkan suhu bumi menurun pada tahap
membeku dan jangka masa yang lama sebelum berlaku kecairan air batu. Buktikan.

Apakah zaman air batu.

Apakah punca suhu menurun pada tahap membeku.

Apakah sebab berlakunya kecairan air batu.

Apakah langkah-langkah untuk mengelakkan kecairan air batu.

Pada zaman logam, aktiviti pengumpulan makanan hampir tidak lagi dilakukan seperti zaman
sebelumnya. Adakah anda bersetuju dengan pernyataan ini.

a) Apakah yang dimaksudkan dengan zaman logam.

b) Apakah sebab akitivi pengumpulan makanan tidak lagi dilakukan pada zaman logam.

c) Beri cadangan untuk meningkatkan hasil makanan dalam negara.

Menurut Herodotus, Tamadun Mesir dikatakan Hadiah dari Sungai Nil. Buktikan.

Apakah tamadun mesir.

Mengapakah tamadun mesir dikatakan hadiah dari sungai nil

Apakah langkah-langkah untuk menjaga kelestarian sungai

Demokrasi yang diamalkan dalam pentadbiran negara kita pada hari ini adalah berbeza dengan
demokrasi pada tamadun yunani. Buktikan

Apakah sistem demokrasi

Apakah perbezaan demokrasi tamadun yunani dengan negara kita

Apakah langkah-langkah untuk memantapkan sistem pentadbiran dalam negara.

You might also like