You are on page 1of 4

Tugasan Sejarah Tingkatan 1

Tajuk-tajuk kajian Kes Sejarah Tingkatan 1

Arahan : Sila pilih satu tajuk sahaja untuk tugasan kajian kes anda

Soalan 1

Bab 1 Mengenali sejarah (1.5 – Penyelidikan dalam sejarah)

Tema : Institusi

Penyataan masalah :

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ditubuhkan pada 22 Jun 1956 untuk mengembangkan Bahasa
Melayu sebagai Bahasa kebangsaan dan Bahasa rasmi negara yang akan merdeka pada Ketika itu. Logo
DBP telah dilukis oleh Hussein Enas pada tahun 1957. Logo ini menonjolkan unsur daun lontar yang
diletakkan di tengah-tengah melambangkan bahan penulisan zaman dahulukala. Bincangkan.

Persoalan kajian

a) Dengan merujuk pelbagai sumber, ceritakan latar belakang penubuhan DBP secara terperinci.

b) Bagaimanakah penggunaan daun lontar digunakan untuk mencatat maklumat dalam


masyarakat tradisional di Asia Tenggara pada zaman dahulu. Jelaskan

c) “Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Perpaduan”. Bincangkan penyataan tersebut dan hubungkait
dengan semangat cintakan negara.
Soalan 2

Bab 2 : Zaman Air Batu (2.6 – Kesan Perubahan Zaman Air Batu di Asia Tenggara)

Tema : Tempat

Penyataan masalah

Pentas Sunda merupakan tunjang kebenuaan di Asia Tenggara. Keadaan ini menyebabkan negara-
negara di Asia Tenggara mempunyai ciri-ciri fizaikal dan hidupan yang hampir sama. Bincangkan

Persoalan Kajian

a) Dengan merujuk pelbagai sumber, ceritakan secara terperinci lokasi sebenar Pentas Sunda,
ciri-ciri masyrakat dan hidupan yang mendiaminya.

b) Kawasan Asia Tenggara telah dihuni oleh kumpulan mamalia yang bersaiz sederhana dan
besar. Kenal pasti haiwan-haiwan tersebut dan lokasinya. Sertakan gambar dan penerangan
mengikut kreativit anda.

c) Perubahan kepada persekitaran dunia dan manusia nerlaku sejak zaman air batu. Jelaskan
bagaimana untuk memupuk sikap masyarakat supaya sentiasa memelihara dan memulihara
alam sekitar untuk kepentingan generasi akan datang.
Soalan 3

Bab 3 Zaman Prasejarah (3.3 – Ciri-Ciri Kehidupan Zaman Prasejarah)

Tema : Tempat

Penyataan masalah

Gua merupakan antara tumpuan utama penempatan bagi manusia zaman prasejarah. Gua Niah di
Sarawak merupakan antara penempatan awal manusia di Malaysia. Bincangkan

Persoalan kajian

a) Jelaskan secara terperinci jenis-jenis artifak dan bagaimana artifak prasejarah dijumpai di
dalam Gua Niah.

b) Buktikan secara kronologi bahawa Gua Niah telah dihuni oleh manusia pada setiap zaman
prasejarah

c) Cadangkan langkah-langkah untuk menarik perhatian pelancong mengunjungi Gua Niah bagi
mengetahui kehebatan sejarah negara kita.
Soalan 4

Bab 4 Mengenali tamadun (4.2 – Konsep Tamadun)

Tema : Tokoh

Penyataan masalah

Sarjana teragung Islam iaitu Ibnu Khaldun merupakan sarjana sejarah pertama yang membincangkan
tentang konsep tamadun Islam dan peraturan yang berkaitan dengan kebangkitan dan kejatuhan
sesebuah tamadun. Bincangkan

Persoalan kajian

a) Ceritakan biodata dan latar belakang Ibnu Khaldun secara terperinci.

b) Muqqadimah merupakan buku karangan Ibnu Khaldun yang masih menjadi rujukan penyelidik
sehingga ke hari ini. Bincangkan aspek-aspek ilmu yang diterangkan oleh ibnu Khaldun di
dalam buku tersebut.

c) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mempelajari dan memahami tamadun manusia
pada zaman lalu. Jelaskan

You might also like