You are on page 1of 2

1.

Penjagaaan kebersihan gigi yang baik :


1. Berus gigi sehingga bersih setiap hari terutama selepas
makan dan sebelum tidur malam.
2. Guna ubat gigi berfluorida untuk kanak-kanak semasa
memberus gigi. Picitkan ubat gigi sebesar biji kacang
soya sahaja untuk anak yang berumur 2 tahun ke atas.
3. Selia atau bantu anak anda memberus gigi sehingga
mereka berumur 6 hingga 8 tahun.
4. Berkumur-kumur dengan segera selepas makan atau
minum jika tidak berkesempatan memberus gigi.
5. Jangan berkongsi berus gigi.
6. Tukar berus gigi jika bulu berusnya mula kembang.

2. Makan secara sihat :


1. Makan makanan yang seimbang. Lebihkan
buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
2. Elakkan menambah gula ke dalam minuman
kanak-kanak. Sekiranya menggunakan botol
susu, pastikan minuman tersebut tidak
mengandungi gula.
3. Jangan sekali-kali mencelup puting botol
susu ke dalam gula atau manisan.
4. Elakkan minum minuman berkarbonat dan
jus buah-buahan bergula kerana kandungan
gulanya tinggi.
5. Bacaan lanjut : Pengambilan gula dan
kesihatan pergigian

3. Pemeriksaan pergigian secara berkala :


1. Bawalah anak anda berjumpa doktor pergigian atau
jururawat untuk pemeriksaan seawal usia untuk
membiasakan mereka dengan suasana klinik pergigian.
2. Dapatkan pemeriksaan pergigian sekurang-kurangnya
sekali setahun tetapi bagi mereka yang berisiko tinggi
mendapat kerosakan gigi ( karies gigi ), pemeriksaan
lebih kerap mungkin diperlukan.
3. Segera dapatkan nasihat dan pemeriksaan dari doktor
pergigian jika berlaku kecederaan gigi atau mengalami
masalah pergigian.

Semakan Akhir : 20 April 2012

Penulis : Dr. Che Noor Aini bt. Che Omar

Dr. Sharol Lail Sujak

Dr. Laila bt. Abdul Jalil


Penyemak : Dr. Faizah bt. Kamaruddin

You might also like