You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN GUAR NANGKA

02500 MATA AYER, PERLIS.


TEL : 04-9863562 FAX: 04-9862091

LAPORAN
MOTIVASI KEIBUBAPAAN
SK GUAR NANGKA
2013

TARIKH : 27 APRIL 2013 (SABTU)


MASA

: 8.00 PAGI

TEMPAT : FOYER (DEWAN TERBUKA)


SK GUAR NANGKA

LAPORAN SARANA IBU BAPA SK GUAR NANGKA


Motivasi Ibu Bapa
1.0 : TUJUAN
Motivasi Ibu bapa ini diadakan bertujuan mendekatkan pihak sekolah dengan pihak ibu bapa
bagi bersama-sama menggembleng tenaga bagi kebaikan dan kecemerlangan murid-murid SK
Guar Nangka. Program seperti ini dapat melahirkan sekolah yang cemerlang dan berkesan
untuk faedah semua pihak.
2.0 : PENGENALAN
Sarana Ibu bapa merupakan suatu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa
dalam pembelajaran anak-anak di dalam dan di luar sekolah demi kecemerlangan masa
hadapan negara.
Kecemerlangan murid perlulah bermula dari rumah dengan bimbingan ibu bapa. Sehubungan
itu, Program Motivasi Ibu Bapa telah diadakan dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kauseling
dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Guar Nangka. Program ini adalah sebahagian daripada
sarana ibu bapa.
Dengan adanya program seperti ini, amatlah diharapkan tanggungjawab bagi memastikan
pembelajaran yang berkualiti dapat dikongsi bersama antara ibu bapa dan guru. Selain itu,
peranan ibu bapa dapat diperluaskan sebagai rakan sekolah dalam meningkatkan keberhasilan
anak-anak mereka.
Sehubungan dengan itu, penglibatan ibu bapa secara aktif dalam sarana ini diharap akan dapat
membantu pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi dan kecemerlangan murid dan juga
sekolah.
3.0 : MISI

Meningkatkan penglibatan ibu bapa melalui sumbangan dan bantuan dari pelbagai segi
bagi membantu dan menambah usaha pihak sekolah dalam memenuhi kehendak dan
keperluan murid dalam kebajikan dan kemajuan pelajaran anak-anak selaras dengan dasar
kerajaan melalui pengenalan Sarana Ibu Bapa dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025.

4.0 : MATLAMAT

Bertujuan untuk member kesedaran diri kepada ibu bapa mengenai tanggungjawab
mereka terhadap anak- anak terutamanya yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR.

Berusaha berganding bahu bersama-sama anak-anak sepanjang mereka berada dalam


Tahun Enam.

Memberi keyakinan dan semangat untuk anak-anak berusaha mencapai kegemilangan


dalam UPSR.

5.0 : OBJEKTIF
Meningkatkan kerjasama antara ibu bapa, komuniti dan pihak sekolah dalam menyediakan 6
elemen yang menyokong pembelajaran bagi membantu murid mencapai kecemerlangan
holistik.
6.0 : TEMA
IBU BAPA CEMERLANG SEKOLAH GEMILANG
7.0 : ANJURAN
Unit Bimbingan dan Kaunseling,
Sekolah Kebangsaan Guar Nangka, 02500 Mata Ayer, Perlis.
Persatuan Ibu Bapa Dan Guru Sekolah Kebangsaan Guar Nangka.
8.0 : TARIKH

: 27 April 2013 (Sabtu)

9.0 : MASA

: 8.00 pagi

10.0 : TEMPAT

: Foyer SK Guar Nangka

11.0 : PENGLIBATAN
a. Jumlah peserta
i. Ibu bapa/ waris

:
: 102 orang

12.0 : STRUKTUR ORGANISASI JAWATANKUASA (rujuk lampiran)


13.0 : TENTATIF/ ATURCARA PROGRAM (rujuk lampiran)
14.0 : PERINCIAN PROGRAM
- Ucapan Pengerusi Majlis.
- Bacaan Doa.
- Ceramah Motivasi Keibubapaan oleh Encik Zulkifli bin Osman.
15.0 : BELANJAWAN / ANGGARAN PERUNTUKAN
Makanan ibu/bapa

Minuman

JUMLAH

RM250.00
RM 250.00

16.0 : PENCAPAIAN
16.1: Pelaporan Perlaksanaan 6 Elemen yang Menyokong Pembelajaran
(Borang A,B,Lampiran 1)
16.2: Pelaporan Kehadiran Ahli-Ahli Program (Lampiran)
16.3: Pelaporan Bergambar (Lampiran)
17.0 : PENUTUP / SYOR
Cadangan-cadangan yang diberikan melalui sarana ini sedikit sebanyak dijadikan landasan oleh
ibu bapa yang mempunyai persekitaran, kemudahan serta pengalaman yang unik dan berbezabeza, untuk menjadikannya panduan untuk mengatasi cabaran mendidik anak-anak. Walaupun
demikian, setiap suatu usaha yang diambil oleh ibu bapa untuk terlibat lebih mendalam dengan
pembelajaran anak di rumah sangatlah diharapkan. Apabila anak-anak mengetahui bahawa ibu
bapa mereka sangat mengutamakan pendidikan, maka nilai pembelajaran menjadi begitu tinggi
dalam diri mereka. Kerjasama erat antara pihak sekolah dan ibu bapa diharap dapat
ditingkatkan dari semasa ke semasa selaras dengan tema Ibu Bapa Cemerlang Sekolah
Gemilang
Disediakan oleh ,

Disahkan oleh,

(
)
Setiausaha Sarana Ibu Bapa,
Sekolah Kebangsaan Guar Nangka,
Perlis.

Disemak oleh,

LAMPIRAN PELAPORAN BERGAMBAR

Pendaftaran Ibu Bapa

Sebahagian daripada ibu bapa yang hadir

Penceramah menyampaikan ceramah motivasi keibubapaan.

You might also like