You are on page 1of 6

PROJEK NAIK TARAF DEWAN SINARAN

SK BOHOR

1. LATAR BELAKANG PROJEK

Sejarah penubuhan sekolah SK BOHOR Jalan Hutan Kampong,Alor Setar Kedah


bermula pada tahun 1958 yang dikenali sebagai Sekolah Rendah Inggeris. Lokasi sekolah ini
hanya 13 km dari Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar dan dikategorikan sebagai sekolah
luar bandar. Sekolah ini terletak di Kampong Bohor.
Sekolah Kebangsaan Bohor merupakan sebuah sekolah yang mempunyai kelas aliran
perdana dan aliran pendidikan khas. Ia juga merupakan sebuah sekolah yang mempunyai
aliran prasekolah untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran.
Kepelbagaian aliran ini menuntut sekolah bohor untuk meningkatkan kemudahan
prasarana yang seimbang dan bersesuaian. Bagi menjamin keselamatan dan keselesaan
murid-muridnya yang terdiri daripada murid normal dan murid berkeperluan khas seawal
tahun sehingga 12 tahun.
Naik taraf kemudahan ini, sedikit sebanyak dapat member keselesaan dan
keselamatan serta memudahkan untuk menguruskan aktiviti yang dijalankan di dewan
terbuka.

2. BIODATA SEKOLAH

Nama Sekolah : SK BOHOR, JALAN HUTAN KAMPONG


Kod Sekolah : KBB2080
Daerah : Kota Setar
Status : Sekolah Kerajaan
Bil. Guru : 25 orang
Bil. Staf Sokongan : 10 orang
Bil. Enrolmen Murid : 156 Murid Aliran Perdana
21 Murid Pendidikan Khas Integrasi
25 Murid Prasekolah
4 Murid Prasekolah Pendidikan Khas Integrasi BP
Bilik Darjah sedia ada : 11 kelas
Sesi : 1 sesi
Kawasan : Luar Bandar

3. OBJEKTIF PROJEK
Cadangan pelaksanaan projek membina dan mengubahsuai bangunan dewan terbuka ini adalah
penting berdasarkan pertimbangan berikut:
 Menggelakkan air hujan memasuki ruang tengah dewan kerana bumbung yang tersedia
tidak dapat mencegah air hujan memasuki ruang dewan terbuka.
 Memberi keselesaan kepada murid dan guru untuk bergerak di laluan tepi dewan ketika
hujan
 Menjamin keselamatan murid- -murid berada di kaki lima bangunan daripada hujan dan
mengurangkan kecelakaan akibat kerosakan bumbung bangunan sedia ada
4. KOMPONEN PROJEK
Cadangan projek pembinaan ini melibatkan pembinaan dan ubahsuai yang sedia ada seperti berikut:
Membina keseluruhan bumbung di tepi dewan terbuka seluass 80 kaki panjang dan 10 kaki lebar
secara pembinaan menyambung bahagian tepi bangunan sedia ada ( pisang sikat ).
5. CADANGAN :

Lakaran Pelan Sisi :

Atap zink 14 kaki

Struktur
bangunan asal Tiang Roman Bulat ( 8inci)
8 kaki

10 kaki

Lakaran pelan depan 2 kaki


11 kaki

14 kaki

2 kaki

Keratan A-A

10 kaki

Keratan B-B

80 kaki
10 kaki
BANGUNAN ASAL

A) Cadangan keluasan penambahan

B) Jarak keluasan setiap tiang

C) Pembinaan sedia ada

D) Cadangan penyambungan binaan


6. ANGGARAN KOS
Perincian anggaran kos bagi pembinaan stuktur tambahan bagi laluan penjalan kaki yang digunakan.
SUMBER KEWANAGAN :

 Tiada

Angaran perbelanjaan

BIL ITEM HARGA 1 KAUNTITI KOS ( RM )


ITEM
BAHAGIAN BUMBUNG
1. Zink Ekodex Merah G32 (14kaki) RM50.40 36 Keping RM 1814.40
2. Besi Multi Trusses RM22.00 56 Batang RM 1232.00
3. Besi Batten Biru RM14.00 25 Batang RM 350.00
4. Besi L ( Besi Sesiku ) RM30.00 2 Kotak RM 60.00
5. Skru Channel RM 0.05 700 Batang RM 35.00
6. Skru Atap RM 0.18 500 Batang RM 108.00
7. Papan Cantik Board 12 Ft RM19.00 12 Keping RM 228.00
JUMLAH RM 3827.40
BAHAGIAN TIANG
1. Tiang Bulat ( 8 Kaki ) RM120.00 8 batang RM 960.00
2. Besi Y 12 (12 Meter) RM 30.00 12 batang RM 450.00
3. Simen Hitam RM 15.00 8 kampit RM 120.00
4. Pasir RM 66.00 4 ela RM 198.00
5. Batu Kerikil RM 70.00 2 ela RM 140.00
JUMLAH RM 1868.00

BAHAGIAN LANTAI
1. Simen Hitam RM 15.00 16 kampit RM 240.00
2. Pasir RM 66.00 10 ela RM 660.00
3. Batu Kerikil RM 70.00 6 ela RM 420.00
JUMLAH RM 1320.00

KADAR UPAH
1. Upah RM 2500.00 RM 2500.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 9515.40

7. OUTPUT DAN FAEDAH YANG DIJANGKA DARI PROJEK


Pelaksanaan projek ini akan dapat memenuhi keperluan seperti berikut:

7.1. Meningkatkan dan memenuhi kemudahan selamat yang diperlukan dalam menjamin
keselamatan murid berada di dewan terbuka semasa hujan.
7.2 Penggunaan dewan boleh digunakan secara optimal walaupun dalam keadaan cuaca hujan
yang lebat .
7.3 Menjamin keselamatan murid terlindung daripada barang-barang yang jatuh dari bangunan
yang bertingkat
8. JUSTIFIKASI PROJEK

Rasional penambahbaikan bangunan dewan sekolah ini adalah untuk :


8.1 Meningkatkan kualiti kemudahan dengan mengutamakan keselamatan dan keselesaan
murid. Di samping dapat meningkatkan sokongan dan kepercayaan ibu bapa terhadap sekolah dalam
aspek keselamatan anak mereka.
8.2 Membuktikan bahawa prihatin dan serius sekolah dalam memberikan kemudahan dan
keselesaan kepada murid-murid sekolah

9. IMPLIKAS SEKIRANNYA PROJEK TIDAK DILAKSANAKAN


Pelaksaan projek ini adalah sangat penting dan memberi implikasi yang besar sekiranya tidak dapat
dilaksanakan seperti:

9.1. Menyukarkan untuk sekolah mengadakan aktiviti berkaitan sambutan dan program yang
perlu menggunakan ruangan yang besar bagi menampung jumlah keseluruhan murid ketika musim
hujan.

9.2. Mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan murid apabila terdedah kepada hujan.

9.3. Merbahayakan keselamatan murid –murid bermain di ruang dewan terbuka ini semasa dan
selepas hujan.

PENUTUP
Diharap projek ubahsuai bangunan dewan ini dapat memenuhi kriteria-kriteria untuk meningkatkan
tahap keselamatan dan perlindungan murid-murid aliran perdana dan murid-murid Pendidikan Khas
Integrasi Bermasalah Pembelajaran di sekolah ini.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

……………………………………………. ………………………………………………
( MOHD TARMIZI BIN ROHANI ) ( NORMAH BT CHIN )
Guru Guru Besar SK Bohor

You might also like