You are on page 1of 3

KERTAS KERJA

MEMOHON PEMBELIAN PERALATAN UNTUK UNIT KOKURULUM

1.0 PENDAHULUAN
Unit Kokurikulum SMK Sg Manggis sentiasa mengadakan program untuk murid SMK Sg Manggis. Program-
program unit Kokurikulum yang melibatkan murid biasanya meliputi jumlah murid yang ramai. Oleh itu, unit
kokurikulum memerlukan penambahan peralatan seperti toner untuk memudahkan urusan mengedarkan
risalah dan sijil kepada murid.

2.0 MATLAMAT
Pengurusan kewangan yang efisien dan menyokong kemudahan fizikal dalam menjana kecemerlangan bagi
merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan keseimbangan dalam pendidikan negara
yang bertaraf dunia.

3.0 OBJEKTIF
Objektif kertas kerja ini ialah :
1. Menggunakan peruntukan daripada unit kokurikulum untuk membeli toner. Toner ini bertujuan
untuk :
i) membuat risalah berkaitan aktiviti atau program
ii) mengedar sijil kepada murid yang terlibat dalam aktiviti
iii) melancarkan pengelolaan sesuatu aktiviti baik di peringkat sekolah, daerah mahupun negeri
iv) mencetak Pelaporan Aktiviti Jasmani Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK)

1.0 KUMPULAN SASARAN


1. Semua murid (PPKI , peralihan dan Tingkatan 1 – 5)

1.0 SUMBER KEWANGAN


1. Bantuan kokurikulum
 6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Peralatan yang diperlukan dalam menjana kecemerlangan dapat diperincikan di bawah;

BIL PERKARA HARGA SEUNIT KUANTITI JUMLAH (RM)


1 Toner RM 250.00 4 RM 1000.00
JUMLAH RM 1000.00

7.0 PENUTUP
Harapan unit kokurikulum untuk pembelian peralatan dapat membantu pengurusan unit terutamanya
aktiviti-aktiviti unit kokurikulum supaya manfaatnya untuk digunakan secara optimum untuk pelajar.
Diharapkan cadangan kami mendapat perhatian daripada pihak pentadbiran sekolah supaya apa yang
dirancang dapat berjalan dengan lancar.

DISEDIAKAN OLEH : DISEMAK OLEH :

............................................ ……………………………………..
(MUHAMMAD SYAFIQ BIN SAMSURI) (PARIDAH BNTI DASIR)
Setiausaha unit sukan PK Kokurikulum
SMK Sg Manggis SMK Sg Manggis

DISAHKAN OLEH :

............................................
(IBRAHIM BIN YAACOB)
Pengetua
SMK Sg Manggis
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
SG. MANGGIS, BANTING

KERTAS KERJA
MEMOHON PEMBELIAN PERALATAN UNTUK UNIT KOKURULUM
SMK SG MANGGIS
2021

You might also like