You are on page 1of 5

PENGENALAN SEKOLAH SUKAN MALAYSIA

Hasrat untuk menubuhkan Sekolah Sukan di Malaysia telah mula diuaruarkan pada akhir tahun 80an. Pada 20 Januari 1988, Jemaah Menteri telah
meluluskan Dasar Sukan Negara, satu dokumen komprehensif ke arah kemajuan,
perkembangan dan pembangunan sukan negara. Dengan penggubalan Dasar
Sukan Negara ini menjadi hasrat dan aspirasi negara untuk mewujudkan
masyarakat yang sihat, cergas, bersatu padu, berdisiplin serta produktif dan dalam
masa yang sama melahirkan satu generasi ahli sukan yang berwibawa untuk
mengharumkan serta mempertingkatkan imej negara di peringkat antarabangsaan
Kementerian Pelajaran pula telah memberi penekanan yang baru terhadap
peranan sukan dan aktiviti kokurikulum bagi melahirkan pelajar-pelajar yang
seimbang dari segi jasmani, emosi dan intelek. Menyedari betapa pentingnya
peranan sukan dalam memupuk perpaduan nasional dan keperluan melahirkan ahliahli sukan berkaliber tinggi maka dalam Rancangan Malaysia Ke-5 ( 1991 1995 )
perancangan penubuhan Sekolah Sukan telah diluluskan. Sekolah Sukan ini mirip
kepada Sekolah Berasrama Penuh dengan memberi tumpuan kepada konsep
berikut :

Pembangunan atlet murid bertaraf dunia.


Penggunaan tenaga jurulatih profesional
Pengkhususan Sains Sukan merentasi kurikulum
Penekanan sukan sebagai kerjaya.

Pada tahun 1996 Sekolah Sukan Malaysia (SSM) yang pertama dinamakan
Sekolah Sukan Bukit Jalil bertempat di dalam Kompleks Sukan Negara. Kejayaaan

Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ ) menyediakan atlet-atlet untuk Sukan Komanwel
telah membawa kepada pembinaan Sekolah Sukan Malaysia yang kedua iaitu
Sekolah Sukan Bandar Penawar ( SSBP ) di Kota Tinggi Johor pada tahun 1998.
Misi Sekolah Sukan Terengganu Bukit Nenas ialah memberikan pendidikan
melalui pendekatan bersepadu dan berterusan bagi melahirkan pelajar yang
cemerlang, gemilang dan terbilang dalam bidang sukan untuk pengisian
pembangunan modal insan negara.Ini bertepatan dengan penekanan dari
Kementerian Pelajaranterhadap peranan kokurikulun disemua sekolah dalam
melahirkan atlit-atlit Negara.
Seterusnya di dalam usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
menyediakan peluang dan kesamarataan dalam bidang sukan kepada murid-murid
yang berpotensi dalam bidang sukan, kerajaan akan membina tiga buah lagi
Sekolah Sukan Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9 iaitu di Pahang, Sabah
dan Perlis.
Sekolah Sukan Malaysia ialah sekolah untuk mengumpul atlet murid yang
berpotensi supaya bakat cemerlang sukan dan akademik mereka dapat dipupuk
serta dipertingkatkan di bawah bimbingan jurulatih yang berdedikasi serta guru-guru
akademik yang terpilih. Melalui pengawasan yang lebih tersusun dan cekap,
peningkatan prestasi akademik dan sukan dapat diseimbang dan disepadukan.
Dari aspek pengurusan dan pentadbiran, sekolah ini keseluruhannya mengikut
konsep Sekolah Berasrama Penuh yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan
sukan dan akademik.
CARA KEMASUKAN

Pelajar Sekolah Rendah ( Tahun 5 dan tahun 6 )


Kemasukan atlet murid ke SSM adalah melalui proses Kenal Pasti Bakat (Talent
Identification, Talent Search, Talent Scouting), dan pencalonan oleh persatuan sukan
kebangsaan dan MSN. Tawaran kemasukan ke SSM dibuat sepanjang tahun
berdasarkan kekosongan dan keperluan sukan semasa.Pengambilan atlet murid
sekolah rendah ke SSM adalah berdasarkan keperluan sukan teras negara.

Pelajar Sekolah Menengah ( Tingkatan 1 5 )


Kemasukan atlet murid ke SSM adalah melalui proses Kenal Pasti Bakat (Talent
Identification, Talent Search, Talent Scouting), dan pencalonan oleh persatuan sukan
kebangsaan dan MSN. Tawaran kemasukan ke SSM dibuat sepanjang tahun
berdasarkan kekosongan dan keperluan sukan semasa.
Kelayakan minimum akademik atlet murid yang diterima masuk ke SSM adalah 3C
di peringkat UPSR dan 4D di peringkat PMR.

Program Prauniversiti
Pengambilan atlet murid program prauniversiti adalah berdasarkan kelulusan SPM
serta memenuhi syarat-syarat am yang ditetapkan. Mereka yang dipilih terdiri
daripada atlet murid yang mewakili negara atau berpotensi mewakili negara dalam
masa terdekat. Cara memohon adalah secara online di laman web KPM. Syaratsyarat kemasukan adalah seperti berikut :
AKTIVITI-AKTIVITI LATIHAN DAN FRASARANA
DI SEKOLAH SUKAN BUKIT NENAS

You might also like