You are on page 1of 23

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL


KUALA TERENGGANU

PPG MAJOR
PENDIDIKAN MATEMATIK RENDAH
SEMESTER 6
AMBILAN: JUN 2011
SCE3112
PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER
NAMA

: MOHD SOFIAN BIN MUSTAFFA

NO I/C

:781208115179

NO. MATRIK

:g611ttmteb5179

KUMPULAN

: MATEMATIK B

TARIKH HANTAR

: 5 APRIL 2014

PENSYARAH

: EN . SAZLI AZIZ

JABATAN

: SAINS

SCE 3112

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU


(PPG)
AMBILAN 2011

Pendahuluan
Panitia Sains merupakan sebuah badan ikhtisas yang dianggotai semua guru sains
di sesebuah sekolah. Badan ini dipimpin dan dikendalikan seorang guru kanan yang
dilantik sebagai Ketua Panitia Sains. Ketua Panitia Sains juga menjadi ahli
Jawatankuasa Kurikulum Sekolah (JKS). Perkara ini adalah selaras dengan surat
Pekeliling Ikhtisas Bil.4/1986.
Semua ahli Panitia Sains perlu memainkan peranan masing-masing dengan
berkesan dalam pengurusan dan penggunaan sumber P&P Sains. Peranan ini
hanya boleh dipenuhi apabila guru telah dapat memperoleh pengetahuan, kemahiran
dan sikap yang positif tentang pengurusan dan penggunaan Bilik Sains, Taman
Sumber Sains dan Bahan Bantu Mengajar.
Bilik Sains adalah sebuah bilik kelas di mana PdanP Sains Sekolah Rendah
dijalankan. Bilik ini mempunyai kemudahan asas untuk menjalankan aktiviti PdanP
Sains seperti eksperimen, demonstrasi dan kerja projek. Bilik Sains boleh diubahsuai
dari bilik darjah biasa atau bilik Alam dan Manusia.
Kemudahan asas yang perlu ada dalam sebuah Bilik Sains ialah kerusi meja yang
sesuai, kabinet, punca bekalan air, punca kuasa elektrik dan peralatan sains seperti
yang disenaraikan untuk mata pelajaran Sains Rendah berdasarkan buku Peralatan
Pengajaran dan Pembelajaran Sains Rendah, Kementerian Pendidikan Malaysia
Bilik Sains merupakan satu daripada tempat PdanP Sains. Aktiviti PdanP hendaklah
dilaksanakan supaya kemahiran saintifik dapat diberi penekanan sewajarnya.
Pendekatan ini bagi membolehkan PdanP berpusatkan murid dapat direalisasikan
dan konsep murid membuat, guru membimbing dapat dilaksanakan.
Guru perlu membuat perancangan bagi menambahkan bilangan peralatan dan
bahan untuk membolehkan setiap murid berkesempatan berinteraksi dengan
peralatan dan bahan.

Struktur organisasi jawatankuasa makmal sains sekolah.


1
g611ttmteb5179

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU


(PPG)
AMBILAN 2011

SCE 3112

CARTA ORGANISASI
PANITIA SAINS
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU 48 2014

PENASIHAT
PN AZIZON BT SAAD

PENYELARAS
EN. MOHD SAFIEN B. AWANG

PENGERUSI
PN. NOOR AZRINA MOHAMAD

SETIAUSAHA
PN. FAIZAH BT HITAM

AJK
EN ARISSIE B ISMAIL
EN MOHD NOOR B YUSOF
PN. SITI SARA BT ISMAIL
PN. WAN ROKIAH BT WAN MAHMUD

Peranan dan tanggungjawab jawatankuasa pengurusan makmal sekolah.


2
g611ttmteb5179

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU


(PPG)
AMBILAN 2011

SCE 3112

Panitia Sains yang diketuai oleh Ketua Panitia Sains yang dilantik oleh Guru Besar
secara rasmi untuk memimpin guru-guru mata pelajaran sains di bawah
tanggungjawabnya. Ketua Panitia Sains secara automatik menjadi Ahli Jawatankuasa
Kurikulum Sekolah. Bagi memastikan semua tugas dapat dilaksanakan oleh panitia,
Ketua Panitia bertanggungjawab untuk memastikan tugas panitia dilaksanakan dengan
berkesan.
Tugas dan Tanggungjawab Ketua Panitia Sains
Tugas Ketua Panitia Sains dalam pengurusan makmal dan bilik sains adalah seperti
berikut :
a. Membantu merancang perbelanjaan tahunan bagi perolehan peralatan dan bahan
sains.
b. Menyemak dan mengemas kini stok makmal dan bilik sains dari segi keperluan
peralatan dan bahan sains sepanjang tahun.
c. Merekod peralatan dan bahan sains yang rosak dan hilang untuk tujuan hapus kira
dan pelupusan`
d. Memastikan kaedah penyimpanan peralatan, bahan sains dan manual operasi
peralatan sains mengikut prosedur dan bersistem.
e. Menyemak dan mengemas kini rekod pengurusan makmal dan bilik sains seperti
berikut :
i.

Pesanan peralatan dan bahan sains

ii.

Stok makmal sains

iii.

Pinjaman atau pemindahan peralatan dan bahan sains

iv.

Kerosakan dan kehilangan

v.

Penyelenggaraan dan pemeriksaan

vi.

Kemalangan
3

g611ttmteb5179

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU


(PPG)
AMBILAN 2011

SCE 3112

vii.

Rekod penggunaan makmal sains

f. Menyelenggara peralatan dan bahan eksperimen dengan sempurna.


g. Memastikan fizikal makmal dan bilik sains, sistem bekalan elektrik, air, gas, perabot
dan kemudahan lain berfungsi dan menepati ciri-ciri keselamatan.
h. Memastikan peraturan keselamatan makmal dan bilik sains dipatuhi dan diamalkan
oleh semua pihak yang menggunakan makmal dan bilik sains`
i. Memberi bimbingan dan menyelia kerja kakitangan makmal dan bilik sains.
j. Memastikan makmal dan bilik sains sentiasa bersih, ceria dan selamat.
k. Memberi bimbingan profesional kepada guru-guru dalam panitianya dan kakitangan
makmal dan bilik sains.
l. Membantu merancang anggaran perbelanjaan tahunan bagi panitianya.
m. Membantu menyediakan jadual waktu penggunaan makmal dan bilik sains.
n. Merekod dan mengemaskinikan stok makmal dan bilik sains.
o. Menyelaras penggunaan makmal dan bilik sains serta peralatan dan bahan sains di
bawah jagaannya.
p. Membantu dalam penyelenggaraan makmal dan bilik sains.
q. Merancang dan melaksanakan program perkembangan staf untuk guru sains dan
kakitangan makmal dan bilik sains berkaitan dengan :
i. Pengurusan makmal dan bilik sains
ii. Pengendalian dan penyelenggaraan peralatan
iii. Pengendalian dan penyimpanan bahan toksik, radioaktif dan bahan
berbahaya yang lain

4
g611ttmteb5179

SCE 3112

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU


(PPG)
AMBILAN 2011

r. Membantu merancang dan melaksanakan arahan dan peraturan yang berkaitan


dengan makmal dan bilik sains.
s. Membantu merancang dan melaksanakan penyemakan stok tahunan.
t.

Merancang dan mengendalikan PEKA Sains.

u. Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dan Guru Besar dari masa ke
semasa.

Guru Sains

Guru sains secara automatik menjadi anggota Panitia Sains. Tugas guru sains dalam
pengurusan makmal dan bilik sains adalah seperti berikut :
a. Mematuhi jadual penggunaan makmal dan bilik sains.
b. Melaksanakan PEKA Sains.
c. Memastikan murid mematuhi dan mengamalkan peraturan keselamatan makmal
dan bilik sains.
d. Memastikan makmal dan bilik sains sentiasa bersih, ceria dan selamat.
e. Mengenal pasti keperluan peralatan dan bahan sains yang akan digunakan dalam
kerja amali serta mengisi borang atau buku pesanan untuk tindakan kakitangan
makmal dan bilik sains.
f. Mengawasi penggunaan peralatan dan bahan sains supaya digunakan dengan
betul, cermat, jimat dan mematuhi langkah keselamatan.
g. Membantu Ketua Panitia merekod, menyemak dan mengemas kini stok
5
g611ttmteb5179

SCE 3112

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU


(PPG)
AMBILAN 2011

h. Mengendalikan sistem maklumat bagi senarai dan bahan sains.


i. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dan Guru Besar dari
masa ke semasa.

6
g611ttmteb5179

SCE 3112

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU


(PPG)
AMBILAN 2011

Perancangan belanjawan,pesanan dan prosedur pembelian yang dilaksanakan


di sekolah.
Kementerian Pelajaran Malaysia memperuntukkan wang kepada semua
sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan bagi mata-mata pelajaran Sains Teras dan
Elektif (Kimia, Fizik, Biologi, Sains Tambahan), sebagaimana yang dinyatakan dalam
Surat Pekeliling Kewangan Bil. 5 Tahun 2002 Pemberian Bantuan Per Kapita
(PCG) Untuk Sekolah, KP. 1573/17/Jld. 14 (4) bertarikh 16 Oktober 2002.
Pemberian Bantuan Per Kapita (Per Capita Grant, PCG)
Pemberian PCG adalah merupakan bantuan kewangan di bawah peruntukan belanja
mengurus Kementerian Pelajaran kepada setiap murid sekolah kerajaan dan sekolah
bantuan kerajaan (KPM, 2005). Pemberian PCG merangkumi PCG prasekolah,
PCG mata pelajaran dan PCG bukan mata pelajaran.
Surat Pekeliling Kewangan Bil. 5 Tahun 2002 menyatakan bahawa tuntutan atau
pemberian PCG ditetapkan sekali setahun berasaskan bilangan murid pada 1
Oktober tahun sebelumnya dan borang tuntutan hendaklah diserahkan oleh pihak
sekolah kepada PTJ masing-masing selewat-lewatnya pada 30 November tahun
sebelumnya.
Walau bagaimanapun, sekolah boleh membuat tuntutan penyelarasan sekiranya
mengalami perubahan bilangan murid. Sekolah yang mengalami pertambahan
bilangan murid sekurang-kurangnya 5% atau 100 orang murid berbanding bilangan
murid pada tarikh asas tuntutan boleh memohon peruntukan tambahan sekali sahaja
kepada bahagian kewangan melalui Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) masing-masing.
Tuntutan tambahan ini perlu dikemukakan kepada Bahagian Kewangan sebelum
atau pada 30 Ogos tahun semasa dan permohonan yang dikemukakan selepas
tarikh tersebut tidak akan diberi pertimbangan (Pindaan Pertama Kepada Surat
Pekeliling Kewangan Bil. 5, 2002, bertarikh 11 Februari 2004). Sekolah yang
mengalami kekurangan bilangan murid sekurang-kurangnya 5% atau 100 orang
murid berbanding bilangan murid pada tarikh asas tuntutan dikehendaki
7
g611ttmteb5179

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU


(PPG)
AMBILAN 2011

SCE 3112

mengembalikan peruntukan lebihan PCG kepada JPN sebelum atau pada 30 Ogos
tahun semasa.
Pengiraan PCG Sains
Berikut adalah contoh-contoh pengiraan PCG Sains bagi Sekolah Rendah Harian
Biasa/ Sekolah Rendah Sukan, Sekolah Menengah Harian Biasa/ Sekolah
Berasrama Penuh/ Sekolah Menengah Sukan dan, Sekolah Menengah Teknik &
Vokasional. Walau bagaimanapun, contoh-contoh ini boleh dimanipulasi mengikut
enrolmen murid dan mata pelajaran yang diambil.

Contoh 1: Pengiraan Tuntutan PCG Sains Bagi Sekolah Rendah Harian


Biasa/ Sekolah Rendah Sukan.
SK Batu 48 mempunyai bilangan murid seramai 700 orang. Tuntutan PCG bagi
Mata Pelajaran Teras adalah seperti berikut:

Jumlah PCG MP

Asas Pengiraan PCG


500 murid pertama

Teras
=
RM5,700.00

200 murid berikutnya x


RM10.00

Jumlah Tuntutan PCG Sains

RM7,700.00

RM2,000.00
= 40% x [60% x RM 7,700.00]

= RM 1,848.00
Belanjawan
Belanjawan melibatkan perancangan sistematik pembelian bahan kimia dan
peralatan sains serta pejabat berdasarkan peruntukan. Ianya memerlukan
kebijaksanaan bagi memastikan penggunaan yang optimum oleh sekolah.
Dua komponen yang perlu diambil kira sebelum anggaran perbelanjaan dilakukan
iaitu keperluan dan peruntukan. Keperluan dirancang berdasarkan stok semasa
dalam simpanan makmal dan sistem rekod yang kemas kini sepanjang masa.
8
g611ttmteb5179

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU


(PPG)
AMBILAN 2011

SCE 3112

Peruntukan pula dirancang berdasarkan kedudukan peruntukan semasa yang kemas


kini supaya perbelanjaan tidak melebihi peruntukan.
Perancangan dibuat dua atau tiga bulan sebelum akhir tahun. Ini membolehkan
pertimbangan tentang apa yang perlu dibeli dan membuat pesanan awal.
Perancangan adalah tanggungjawab Ketua Jabatan Sains dan guru-guru kanan
mata pelajaran sains. Namun demikian, keputusan akhir dibuat oleh Pengetua/Guru
Besar.Semasa membuat belanjawan, perkara-perkara berikut perlu diambil kira;
a. Semak semua stok dalam setiap makmal untuk menentukan kuantiti itemitem dan;

Tentukan kegunaan tahunan item-item pakai habis.

Bilakah dalam sesuatu tahun item-item pakai habis diperlukan.

Jenis-jenis peralatan yang sangat kurang.

Peralatan baru yang diperlukan pada tahun hadapan.

Item-item peralatan yang rosak dan kecurian.

b. Periksa kemudahan dalam setiap makmal seperti bekalan air, elektrik,


gas, perabot dan lain-lain.
c. Sediakan senarai keperluan tahunan.
d. Membuat senarai pendek keperluan tahunan peralatan dan bahan sains.
e. Mendapat senarai harga dari pembekal.
f. Mendapatkan jumlah peruntukan PCG.
g. Membuat anggaran belanjawan dan senarai keutamaan.
h. Menyemak samada senarai keperluan ada dalam kontrak pusat.
Mesyuarat penyelarasan perlu dilaksanakan untuk menentukan apa yang perlu
dibeli berdasarkan peruntukan.
Pesanan dan Pembelian
Pembelian keperluan makmal diluluskan oleh Pengetua/Guru Besar. Jika anggaran
harga bagi satu item/jenis atau satu kelas item/jenis melebihi RM500,000 pembelian
mestilah melalui cara tender. Bagi pembelian bagi satu item/jenis atau satu kelas
item/jenis antara RM50,000 hingga RM500,000 pembelian adalah melalui sebut
harga. Bagi pembelian bagi satu item/jenis atau satu kelas item/jenis kurang

9
g611ttmteb5179

SCE 3112

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU


(PPG)
AMBILAN 2011

daripada RM50,000, pembelian terus (Direct Award) secara sebutharga (RM 500.00RM50,000.00) atau petty cash (RM 500.00 kebawah).
Bekalan Pusat dibuat oleh Kementerian pelajaran Malaysia semasa sekolah baru
dibina, kurikulum baharu diperkenalkan, atau program peruntukan khas diperuntukan
oleh kerajaan. KPM akan menyelaras kontrak bekalan pusat dari segi
mengenalpasti, membeli, menghantar, memasang dan menguji radas dalam satu
jangka masa. Sekiranya peralatan atau bahan sains ada dalam senarai kontrak
pusat tetapi sekolah ingin membuat pembelian dalam kuantiti yang minimum, makan
pembelian secara terus bolehlah dilakukan kepada syarikat yang lain.
Prosedur pembelian secara sebutharga adalah seperti berikut;
a. Mendapatkan sebut harga.
Sekolah menghantar surat kepada sekurang-kurangnya lima (5) pembekal
meminta sebut harga. Nyatakan spesifikasi item dan kuantiti yang diperlukan.
Nyatakan tarikh tutup sebut harga. Simpan salinan surat.
b. Pemilihan pembekal
Pihak sekolah memilih pembekal berdasarkan sebut harga. Kriteria utama
ialah harga item yang berpatutan, kualiti barangan, status
pembekal, perkhidmatan selepas jualan. Kadang kala perlu minta sampel
untuk diperiksa dahulu. Satu senarai peralatan dan bahan mengikut syarikat
yang telah dipilih perlu disediakan.
c. Mengisi Borang Pesanan dan menghantar kepada pembekal yang berjaya.
Perlu kelulusan ketua jabatan.
d. Pesanan Tempatan (LO) kepada pembekal.
e. Surat/nota tanda terima.
Pembekal menghantar nota akuan penerimaan pesanan.
f. Nota hantaran.
Pembekal menghantar nota hantaran, menyatakan tarikh dan masa barangan
akan dihantar ke sekolah seperti dinyatakan dalam borang pesanan.
g. Penerimaan barangan.
Pembekal menghantar barangan.
Tiga salinan nota hantaran disertakan. Sebelum menandatangani nota
hantaran, semak barangan yang dihantar. Dua salinan nota yang telah
ditandatangani dikembalikan kepada pembekal. Satu lagi disimpan oleh
sekolah.
10
g611ttmteb5179

SCE 3112

h.

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU


(PPG)
AMBILAN 2011

Invois.

Pembekal menghantar invois bersama-sama satu salinan nota hantaran telah


ditandatangani. Ketua Jabatan semak invois supaya sesuai dengan harga yang
dibuat. Hantar invois ke pejabat sekolah untuk urusan pembayaran.
Prosedur Pembelian Secara Terus
I) Secara sebutharga (Direct Award)
a. Guru sains mengisi borang permohonan dan ditandatangan oleh ketua
bidang/panitia.
b. Pihak pentadbiran sekolah akan meminta coutation dari beberapa syarikat.
c. Pemilihan dibuat dan syarikat yang berjaya dihubungi.
d. Pihak sekolah akan menghantar borang pesanan dan syarikat akan
menghantar peralatan/bahan bersama invois dan DO.
e. Pihak sekolah memeriksa alatan/bahan sebelum menandatangani pada invois
dan DO.
II) Secara Petty Cash
a. Guru sains mengisi borang permohonan dan ditandatangan oleh ketua
bidang/panitia.
b. Pihak makmal boleh membeli dahulu dan mengemukakan resit pada pihak
pentadbir sekolah bagi mengeluarkan wang dari petty cash.

1. Penyimpanan stok bagi peralatan dan radas.


Penyimpanan Stok
Di makmal sekolah, peralatan sains biasanya disimpan di bahagian makmal sains
atau di bilik persediaan manakala bahan kimia pula disimpan dalam stor kimia.Di stor
dan makmal, terdapat ruang-ruang simpanan, iaitu laci, almari, kabinet,rak dan
sebagainya. Setiap ruang mestilah dilabel mengikut apa yang disimpan padanya.

11
g611ttmteb5179

SCE 3112

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU


(PPG)
AMBILAN 2011

Selain label, ruang simpanan diberi kod yang sesuai supaya mudah mencari
bahan/item semasa pemeriksaan stok.
Cara menyimpan bahan-bahan Kimia adalah seperti berikut;
a. Bahan-bahan kimia ( sama ada organik ataupun tak organik) hendaklah
dipisahkan dari bahan dan peralatan yang lain kerana ada bahan kimia
b.
c.
d.
e.

yang beracun, mudah terbakar,mengkakis dan sebagainya.


Perlu selalu semak stok kerana bahan mudah rosak jika disimpan lama.
Gunakan stok yang lama dahulu.
Tarikh penerimaan setiap botol mestilah ditulis dengan terang.
Simpan stok baru di belakang stok yang lama pada rak.

Bagi bahan kimia tak organik pula, ianya haruslah diabel pada botol mengikut nama
logam. Botol-botol bahan kimia tak organik disusun mengikut abjad di dalam almari
bertutup.Jangan disusun pada rak yang terdedah kerana mudah dihinggapi habuk.
Penambahan di, tri, ortho dan meta diabaikan dan disimpan mengikut nama logam.
Contoh: Triammonium orthophosphate disimpan di bawah nama sebatian
ammonium.Asingkan bahan-bahan kimia yang boleh menyerap air dari udara
dengan yang boleh menghilangkan air habluran ke udara.Bahan-bahan kimia yang
boleh menyerap air dari udara adalah seperi asid sulfurik pekat, barium klorida,
barium nitrat, ferum (III) klorida, kalium hidroksida, kaliumkarbonat, kalium tiosianat,
kalsium klorida, kalsium oksida, kalsium nitrat,kobaltum (II) klorida, kobaltum (II)
nitrat, kromium (II) sulfat, kuprum (II)klorida, kuprum (II) nitrat, magnesium klorida,
natrium bromida, natriumhidroksida, natrium iodida, natrium nitrat, stanum (II) klorida,
zink klorida,zink nitrat. Bahan-bahan yang boleh kehilangan air habluran ke udara
seperti ammoniumkarbonat, boraks (dinatrium tetraborat), kalium heksasianoferat
(II),magnesium sulfat, natrium asetat, natrium karbonat dan natrium sulfat. Bahan
kimia cecair yang mengkakis tidak boleh diletakkan di atas rak yang tinggi.
Logam alkali yang sangat aktif dan mudah teroksida jika bersentuhan dengan udara
hendaklah disimpan terendam dalam minyak parafin. Jika hendak
dikeluarkan,gunakan penyepit dan potong dengan pisau yang tajam. Jangan sentuh
dengan tangan. Bagi Fosforus kuning (putih), ianya sangat berbahaya dan sangat
aktif . Maka bahan ini perlu disimpan di dalam air sejuk.
Bagi bahan kimia yang terurai oleh cahaya seperti argentum nitrat dan asid nitrik
pekat, ianya perlu disimpan di dalam botol kaca berwarna gelap.Bagi bahan kimia
12
g611ttmteb5179

SCE 3112

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU


(PPG)
AMBILAN 2011

yang mudah rosak oleh panas seperti vitamin C (asid askorbik) dan hidrogen
peroksida, ianya perlu disimpan di dalam peti sejuk. Bagi bahan kimia yang sangat
berbahaya seperti sebatian arsenik dan garam sianida. Simpan di dalam almari khas
yang berkunci dan rekodkan kuantitinya.
Penyimpanan Peralatan Sains

Radas kaca
Semua radas kaca perlu dibersihkan sebelum disimpan. Bahan-bahan kaca

disimpan dalam almari tertutup. Untuk keselamatan, radas disimpan di tempat


rendah. Semua radas disusun mengikut saiz. Radas kecil seperti piring petri dan
slaid mikroskop disimpan di dalam dulang, kotak atau laci tertutup dan dilabel.

Bahan kimia
Bahan kimia seperti bahan berasid atau beralkali tidak perlu disimpan di

dalam makmal. Bahan ini boleh dibawa dari rumah apabila perlu. Murid-murid
diingatkan bahawa bahan-bahan ini boleh mengakis kulit dan mata. Botol spesimen
dengan awet basah disimpan dalam almari kaca terkunci dan perlu ditutup dengan
ketat. Ini terutama sekali jika larutan formalin diguna. Bahan kimia berbahaya harus
dilabel dengan simbol yang berkaitan dan disimpan mengikut jenis. Untuk setiap
jenis bahan kimia, botol diatur ikut urutan abjad.

Radas optik
Radas optik perlu disimpan dengan berhati-hati agar tidak tergores.

Kepingan stirofoam diguna untuk menyimpan radas optik seperti kanta dan prisma
agar mudah dipindah dan selamat. Mikroskop dan binokular disimpan di tempat yang
kering. Keadaan kering dapat diwujudkan dengan gel silika atau disimpan dalam
almari dengan mentol yang berpasang untuk mengelakkan pertumbuhan kulat.

Radas elektrik

Radas elektrik harus diselenggara dengan betul. Jika ada radas yang rosak,
pembaikan perlu dibuat dengan segera atau diganti.Juru teknik berpengalaman
diperlukan untuk radas elektrik yang kompleks seperti projektor overhead dan peti
sejuk.
Murid sekolah rendah hanya dibenarkan bereksperimen dengan bekalan elektrik
13
g611ttmteb5179

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU


(PPG)
AMBILAN 2011

SCE 3112

dari bateri. Radas elektrik lain hanya diguna oleh guru dan ditunjukkan oleh guru
melalui demonstrasi.

Prosedur bagi pelupusan dan hapus kira peralatan atau bahan dilaksanakan.
Pelupusan di makmal sains boleh dibahagikan kepada pelupusan bahan sisa,
pelupusan stok bahan kimia dan pelupusan aset alih kerajaan.
Pelupusan Bahan Sisa
Setelah menjalankan amali, anda perlu memastikan semua bahan buangan
dilupuskan dengan cara yang betul. Amalan membuang sisa ini ke dalam sistem
saliran atau longkang perlu dielakkan kerana berkemungkinan bahan ini akan
mengalir ke kawasan perumahan, tasik atau sungai.
Cara-cara pelupusan yang sesuai adalah;
a) Baha-bahan yang larut dalam air dan tidak reaktif boleh dibuang terus ke
dalam sistem saliran air yang banyak.
b) Bahan organik hendaklah dikumpulkan di dalam botol dan dilabelkan.
c) Bahan kimia berasid pula hendaklah dicairkan sehingga 10 -4 molar dan
kemudian dineutralkan. Selepas itu barulah boleh dibuang ke saliran air
yang banyak.
d) Garam-garam logam seperti merkuri dan kadmium hendaklah
dimendakkan terlebih dahulu sebelum dibuang.
e) Bahan-bahan pepejal yang merbahaya boleh dibuang terus ke dalam tong
sampah. Walau bagaimanapun kaca dan bahan-bahan logam hendaklah
dibungkus dan dibuang.
f) Najis, bangkai haiwan dan sisa tumbuhan bolehlah ditanam.
Pelupusan Stok Bahan Kimia
Pelupusan bahan kimia atau stok bernilai rendah biasanya dilakukan apabila bahan
kimia tersebut telah sampai tarikh luput, berlebihan, tercemar, bocor atau tidak
digunakan lagi.

14
g611ttmteb5179

SCE 3112

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU


(PPG)
AMBILAN 2011

Sekolah perlu mengisi Borang Laporan Stok Bernilai Rendah KEW PS-19 dan
mendapat tandatangan Pegawai Pemeriksa Stok yang terdiri dari Guru Sains.
Pelupusan ini hendaklah mendapat kelulusan Guru Besar.Maklumat kemudiannya
perlu dihantar kepada Pihak Berkuasa Melulus beserta dokumen berikut untuk
mendapatkan kelulusan pelupusan;
a)

Borang KEW PS-19

b)

Surat dari Jabatan Alam Sekitar

c)

Surat dari Syarikat yang dilantik oleh Jabatan Alam Sekitar.

Pelupusan dilaksanakan setelah mendapat kelulusan mengikut kaedah-kaedah yang


telah ditentukan seperti buang, tanam atau bakar.
Pelupusan Aset Alih Kerajaan
Bahan peralatan sains yang terdiri dari harta modal dan inventori perlu dilupuskan
mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 05 Tahun 2007 (Tatacara Pengurusan Aset
Alih Kerajaan) dan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 05 Tahun 2009.Pelupusan aset
alih merupakan satu tindakan mengeluarkan aset dari milikan, kawalan, simpanan
dan rekod mengikut kaedah-kaedah yang ditetapkan.
Aset ini dilupuskan sekiranya mengalami kerosakan dan tidak ekonomik dibaiki, tidak
boleh digunakan, melebihi keperluan, tidak bergerak dan disyorkan selepas verifikasi
atau pemeriksaan aset dijalankan.Jabatan perlu mengenalpasti aset yang perlu
dilupuskan dan menyediakan Perakuan Pemeriksa PEP melalui borang KEW PA-16
(jika perlu). Kemudian lembaga pemeriksa melengkapkan Borang Laporan Lembaga
Pemeriksa KEW PA-17 dan menghantar maklumat ke urusetia pelupusan untuk di
hantar ke Jawatankuasa Melulus samada JPN atau KPM mengikut nilai aset
tersebut.
Setelah keputusan diterima dari pelulus, maka pelupusan perlu dilaksanakan segera
dan sekolah perlu melengkapkan borang KEW PA-19 dan hantar semula ke kuasa
melulus dan rekod aset di sekolah pula perlu dikemaskini di borang KEW PA-2 atau
KEW PA-3.

15
g611ttmteb5179

SCE 3112

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU


(PPG)
AMBILAN 2011

Perancangan dan reka bentuk makmal sains dilaksanakan di sekolah.


Pada asasnya makmal sains mempunyai meja luas yang terpasang dengan laci
disediakan di tengah dan di tepi makmal. Meja-meja dilengkapi dengan punca
elektrik, paip air, sinki dan paip gas. Pelajar dibekalkan dengan bangku yang tinggi
tanpa penyandar bagi memudahkan ianya disimpan di bawah meja semasa pelajar
menjalankan amali. Makmal sains berbeza dari bilik sains ataupun kelas kerana
makmal sains turut dilengkapi dengan alat pemadam api, peti pertolongan cemas,
kebuk atau almari wasap dan shower corner untuk keselamatan pengguna makmal.
Terdapat juga makmal yang menyediakan pembasuh mata (eye wash), selimut api
(fire blanket), penyedut udara dan pengesan asap (smoke detector) sebagai langkah
keselamatan tambahan.

16
g611ttmteb5179

SCE 3112

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU


(PPG)
AMBILAN 2011

Perbandingan pengurusan makmal sains sekolah rendah dan sekolah


menengah.

MAKMAL DAN BILIK SAINS


(Makmal Sains untuk Sekolah Menengah , Bilik Sains untuk Sekolah Rendah )
Makmal atau bilik sains merupakan tempat yang penting dan istimewa bagi guru dan
pelajar meneroka konsep dan melakukan kerja amali. Definisi makmal atau bilik
sains adalah seperti berikut:
Definisi
Makmal sains ialah ruang yang digunakan untuk mengajar, membuat analisis,

17
g611ttmteb5179

SCE 3112

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU


(PPG)
AMBILAN 2011

penyelidikan, menjalankan eksperimen dan penghasilan bahan di sekolah


menengah.
(Laboratory.Design.com)
Makmal ialah tempat mengadakan percubaan atau penyelidikan segala sesuatu
yang berhubung dengan ilmu sains (fizik, kimia, dan lain-lain).
(Kamus Dewan edisi keempat)

Dalam konteks Sekolah Rendah, Bilik sains ialah ruang yang digunakan untuk
mengajar, membuat analisis, penyelidikan, menjalankan eksperimen, dan
penghasilan bahan.

Justifikasi Keperluan Makmal dan Bilik Sains


Kurikulum Sains memerlukan murid menjalani aktiviti hands-on menggunakan
pendekatan inkuiri semasa proses pembelajaran. Pembelajaran melalui penerokaan
dan menjalankan sendiri eksperimen dapat menguja perasaan ingin tahu dan
seterusnya memberi kefahaman mendalam yang menjadi asas kepada prinsip Sains.
Pembelajaran sains perlu dijalankan di Makmal Sains atau Bilik Sains untuk:
a. Memastikan P&P mata pelajaran sains lebih efektif.
b. Mengembangkan kemahiran saintifik yang meliputi pemikiran secara saintifik,
kemahiran menjalankan penyiasatan dan penyelidikan sains serta kemahiran
manipulatif
c. Membolehkan eksperimen dijalankan dengan aktif, di tempat yang lebih
sesuai.
d. Memperkembangkan lagi semangat ingin tahu dan minat terhadap sains dan
membentuk serta mengamalkan nilai-nilai sains dan nilai-nilai murni.
e. Memberikan ruang yang lebih kondusif dan sesuai bagi memperkenalkan
mata pelajaran Sains pada setiap peringkat sekolah rendah.
f. Menggalakkan murid mengikuti pelajaran sains dengan lebih berkesan dan
juga untuk menanam minat sains dalam kalangan murid.
g. Memudahkan capaian Internet (di makmal-makmal yang tersedia Internet).

18
g611ttmteb5179

SCE 3112

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU


(PPG)
AMBILAN 2011

h. Menggalakkan lebih ramai pelajar menceburi bidang sains, selari dengan


sasaran KPM mencapai Dasar 60:40
Susun atur Makmal Sains
Reka bentuk makmal berbeza bergantung kepada beberapa faktor seperti fungsi,
bahan dan peralatan, dan bilangan pengguna. Jenis reka bentuk dan pelan susun
atur bergantung kepada kelulusan pelan dan jenis projek pembangunan
(contohnya pelan Jabatan Kerja Raya, Project Management Consultant dan lainlain).
Kedudukan Makmal Kimia disusun sesuai dengan kemudahan memberi bantuan
kecemasan sekiranya berlaku kebakaran atau tumpahan bahan kimia mengkakis.
Kedudukan Makmal Kimia sebaiknya berada di aras bawah, Makmal Biologi di
aras satu dan Makmal Fizik di aras dua. Makmal Sains Am boleh berada di aras
satu atau di aras dua. Bilik persediaan dikongsi antara dua makmal sains dan
berada di antara dua makmal tersebut.
Makmal Sains Tingkatan 6
Murid Tingkatan 6 perlu mempunyai Makmal Sains Tingkatan 6 untuk
mengelakkan pertembungan waktu penggunaan dengan murid Tingkatan 4 dan
5.

Keperluan Perabot dan Peralatan Asas


Setiap makmal sains perlu mempunyai keperluan asas perabot dan peralatan,
seperti berikut:
1. Meja makmal
2. Bangku makmal
3. Komputer
4. Pencetak
5. Bakul sampah
6. DLP
7. Papan tulis
19
g611ttmteb5179

SCE 3112

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU


(PPG)
AMBILAN 2011

8. Papan putih beroda


9. Skrin
10. Langsir 1 set untuk bilik
11. Meja komputer
12. Pembesar suara
13. Rak peralatan sains
14. Almari
15. Kabinet
16. Penggantung carta
17. Pemadam api
18. Selimut api
19. Penggera kebakaran
20. Bekas simpanan bahan sisa
21. Bekas simpanan bahan rosak
22. Kebuk Wasap
23. Pancuran dan pencuci mata
24. Kipas pengudaraan
25. Kit Pertolongan Cemas

Perabot dan Peralatan Asas dalam Bilik Sains


1 Meja makmal
2 Bangku makmal
3 Komputer
4 Printer
5 DLP
6 Meja komputer
7 Skrin
8 Pembesar suara
9 Papan tulis
10 Papan putih beroda
11 Bakul sampah
12 Langsir 1 set untuk bilik
20
g611ttmteb5179

SCE 3112

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU


(PPG)
AMBILAN 2011

13 Kabinet
14 Almari cermin
15 Rak buku
16 Penggantung carta
17 Rak peralatan sains
18 Kit Pertolongan Cemas
19 Pemadam api
20 Penggera kebakaran
21 Selimut Kalis Api

Rujukan
Ooi Chong Beng, Mohd Khairuddi Yahya. (1982). Panduan Makmal Sains. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

21
g611ttmteb5179

SCE 3112

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU


(PPG)
AMBILAN 2011

Mr.Dennis M.Mc Grath,(1978).Laboratory Management and Techniques.Penang:


Anthonian Store Sdn.Bhd
Universiti Pendidikan Sultan Idris. Unit 6 Pengurusan Makmal. Retrieved Julai
2013 from http://myguru3.upsi.edu.my
Makmal SK Kem Kabota. Nota. Retrieved Julai 2013 from
http://makmalskkemkabota.blogspot.com/
Makmal Sains SMK Berangan, Tumpat. Panduan Makmal Sains Sekolah.
Retrieved Julai 2013 from http://makmal.9f.com
Makmal Sains SK Bahagia. (September 2011). Pengurusan Makmal Sains.
Retrieved Julai 2013 from http://happysclabo.blogspot.com
RECSAM. 1978. Laboratory management and techniques for schools and
colleges.
Kuala Lumpur : Anthonian Store Sdn. Bhd.

22
g611ttmteb5179

You might also like