You are on page 1of 10

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI WANGSA,

BUKIT SELAMBAU,08010 SUNGAI PETANI,


KEDAH DARUL AMAN.
E-mel : skseriwangsa.ppdkmy@gmail.com

MINIT MESYUARAT GURU KALI KEDUA 2020

TARIKH : 12 OGOS 2020


HARI : RABU
MASA : 12.45 TENGAH HARI
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER SK SERI WANGSA

KEHADIRAN:

1. En. Rosli bin Bashah (Guru Besar)


2. En. Abdul Manaf bin Souib (PK Pentadbiran)
3. En. Mohd. Farhan bin Che Jaafar (PK HEM)
4. En. Ahmad Faisal bin Abdullah (PK Kokurikulum)
5. Pn. Roslailey bt Ismail (Setiausaha)
6. Pn. Nurin bt Husain
7. En. Azman bin Hashim
8. En. Muhammad Azli bin Nasron
9. Cik Samon a/p Pau Wang
10. Pn. Nasirah binti Medah@Muda
11. Pn. Norhasni bt Mohd. Amin
12. Cik Noor Azni Aniza bt Mohamad Sahidi
13. Pn. Nurehan bt Ahmad
14. En. Azizi bin Zahry
15. En. Ibrahim bin Yaakub
16. Pn. Noraini bt Abdul Rahman
17. Pn. Hazwani bt Abd Hamid
18. Pn. Ku Mahiroh bt Ku Mustafa

MINIT MESYUARAT

1
I. UCAPAN PENGERUSI
1. En. Rosli selaku Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan al-Fatihah
dan mengalu-alukan kehadiran guru-guru, serta mengucapkan terima kasih
atas kehadiran guru – guru pada mesyuarat guru kali kedua bagi sesi 2020
ini.
2. Pengerusi mengucapkan syukur ke hadrat Illahi kerana dapat bertemu kali
pertama dalam mesyuarat guru kali kedua SKSW bagi sesi persekolahan
2020.
3. Pengerusi berharap guru-guru dapat membudayakan PdPcdengan baik
walaupun kita semua masih menghadapi pandemik Covid-19 dan masih
berada dalam fasa PKPP.
4. Pengerusi memaklumkan mengenai masih terdapat ibu bapa mengambil
kesempatan tidak mahu menghantar anak-anak ke sekolah. Namun demikian,
semua guru perlu bersiap sedia menerima SOP baharu secara tiba-tiba.
5. Sewaktu PdPc, semua guru perlu menekankan normal baharu kepada semua
murid dari masa ke semasa.
6. SOP baharu perlu sentiasa dilaksanakan bergantung kepada keadaan
semasa dan apa jua pengumuman kerajaan berkaitan SOP.
7. Pengerusi mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua guru SKSW
kerana berjaya menjalankan SOP dengan baik dan tidak menerima apa-apa
aduan dari mana-mana pihak sama ada dari pihak PPD, JPN atau dari pihak
ibu bapa dan waris.
8. Pemantauan akan sentiasa dijalankan oleh pihak PPD dan JPN dari masa ke
semasa bagi memastikan semua guru menjalankan tugas dengan penuh
tanggungjawab. Sehingga kini, SKSW berada di landasan yang betul dalam
pematuhan terhadap pasca Covid-19.
9. Pengerusi meminta semua guru agar sentiasa mengingatkan murid mengenai
penjarakan social walaupun semasa dalam PdPc.
10. Guru-guru juga perlu memastikan semua murid sentiasa mencuci tangan
semasa berada di sekolah.
11. Pengerusi meminta kepada PK HEM untuk menghantar penyata Bantuan
Awal Persekolahan (BAP) kepada beliau.
Tindakan: PK HEM dan guru BAP

12. Ujian Psikometrik perlu dijalankan dengan segera kepada semua murid tahun
6 tahun 2020.
Tindakan: PK HEM dan guru B&K

13. Taklimat daripada Tn. Hj. Jamil – Sederap Memacu Pendidikan.


a. Guru-guru tetap akan dinilai prestasi walaupun dalam Pasca Covid-19.
b. Dokumen penjajaran perlu ada untuk setiap guru dalam bentuk soft copy
ataupun hard copy.
c. PBD- guru boleh mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid melalui
PBD yang dijalankan. Tindakan boleh diambil melalui kurikulum penjajaran
yang telah disediakan.
d. pihak JPN akan membuat lawatan mengenai penjajaran kurikulum di
sekolah-sekolah negeri Kedah. Semua guru perlu bersedia dengan dokumen
penjajaran masing-masing.

2
e. ujian SEGAK sepatutnya bermula bulan Ogos 2020, tetapi telah
ditangguhkan ke tarikh yang belum dimaklumkan.
Makluman: Semua guru
14. Ucapan Pengarah JPN Kedah – En. Abd Aziz bin Selaiman
a. Moto JPN Kedah – Kegembiraan, Kasih Sayang, Hormat Menghormati
perlu diamalkan oleh setiap kakitangan yang berada di bawah JPN Kedah.
b. Jangan ambil mudah mengenai pandemik Covid-19. Setiap pesanan dari
PPD atau JPN perlu diambil serius oleh setiap guru.
c. Tiada sebarang kebenaran untuk menyewa fasiliti sekolah sama ada
dewan, atau padang.
d. Terima kasih kepada semua guru kerana telah membuat persiapan yang
baik untuk pembukaan sekolah.
e. Pentadbir dan guru-guru perlu memastikan kelas kondusif untuk murid
belajar.
f. Kantin perlulah bersih dan mempunyai pekerja yang cukup dengan
keperluan murid di sekolah.
g. Pengawal keselamatan- Pakaian perlulah lengkap, mempunyai walkie
talkie, lampu suluh dan beberapa keperluan wajib sebagai pengawal
keselamatan.
h. Semasa kehadiran pegawai-pegawai ke sekolah, sila pastikan di Pos
Pengawal hanya mempunyai dua orang pengawal, tiada orang luar yang
tidak berkenaan ada di Pos Pengawal. Pihak sekolah perlu mengambil
tindakan sekiranya ada orang luar berada di Pos Pengawal.
i. Kepada semua guru, sekiranya ada pelawat masuk ke kelas, murid-murid
perlu memberi salam kepada pelwat tersebut sebagai tanda hormat.
j. Pada musim Pasca Pandemik Covid-19 ini, sekolah perlu sentiasa bersedia
menerima kehadiran tetamu. Defisitkan pembelajaran pada musim pandemik.
k. Semua guru perlu memahami penjajaran kurikulum untuk memudahkan
PdPc bagi pembelajaran subjek teras.
l. Sempena musim Pandemik Covid-19 sekarang ini, banyak program seperti
mesyuarat, taklimat dan kursus dijalankan secara atas talian seperti Google
Meet. Semua guru perlu bersedia untuk mencari peluang baru dalam Google
Meet.
m. Semua pihak sama ada di peringkat JPN, PPD atau peringkat sekolah
perlu bertindak segera terhadap semua tugasan yang diberikan, jangan
bertangguh untuk melakukan sesuatu tugasan.
n. Maklumat dan data yang perlu diisi untuk dihantar ke PPD atau JPN
mestilah telus.
o. Semua maklumat murid perlu sentiasa dikemaskini terutama maklumat
peribadi yang penting.
p. PBS, PAJSK dan SEGAK perlu perlu disediakan awal supaya guru tidak
kelam-kabut apabila maklumat diminta oleh pihak PPD atau JPN.

Makluman: Semua guru

II. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT


14. Setiausaha membentangkan minit mesyuarat guru kali pertama 2020.

3
15. Cadangan pengesahan minit mesyuarat: Pn. Ku Mahiroh bt Ku Mustafa
Sokongan pengesahan minit mesyuarat: Pn. Nurin bt Husain
Makluman: Semua guru

III. PERKARA BERBANGKIT


16. Pengerusi membangkitkan perkara 5 dalam minit mesyuarat yang lalu iaitu
mengenai kelumpuhan minda. Kelumpuhan minda bermaksud seseorang
guru telah selesa dan berada di sesebuah sekolah terlalu lama dan tidak
mahu berpindah ke tempat lain.
17. Perkara 8 mengenai SKPMg2 – guru-guru perlu yakin dengan kebolehan diri
sendiri. Semasa membuat penilaian kendiri, guru-guru tidak boleh meletakkan
markah terlalu rendah kerana akan menjadikan guru tidak yakin dengan kerja
buat sendiri.
Tindakan: Semua guru

18. Perkara 9 mengenai cuti – MC dari klinik swasta hanya dikira untuk tempoh
15 hari. Hari yang selebihnya, perlu mendapat endorse dari klinik kerajaan.
Makluman: Semua guru
19. Perkara 12 – PLC perlu direkodkan walaupun diadakan secara dalam talian
pada waktu cuti sama ada waktu cuti sekolah ataupun semasa PKP.
Tindakan: Semua guru

20. Masih terdapat kelemahan dalam sistem surat di sekolah ini. Sekiranya Guru
Besar tiada di sekolah, PK Pentadbiran perlu mengambil alih tugas Guru
Besar untuk minitkan surat kepada guru yang terlibat.
Makluman: Semua guru

IV. ROMBAKAN TAKWIM


21. Rombakan takwim telah dijalankan oleh pihak pentadbir. Puan Saliza di
gantikan dengan En. Abdul Manaf, manakala tugas Pn. Zaiton dan Pn. Noor
Azian yang telah bertukar digantikan dengan PN. Nasirah dan Cik Azni.
22. Rombakan takwim secara keseluruhan bermula bulan Ogos hingga bulan
Disember 2020.
23. Disebabkan perhimpunan rasmi mingguan tidak boleh diadakan, pengerusi
meminta agar guru bertugas setiap minggu dapat memberikan pesanan
kepada murid melalui pembesar suara di pejabat.
24. Cuti Akhir Tahun bermula 18 Disember 2020 hingga 19 Januari 2021.
Mesyuarat guru dan budaya buka sekolah akan diadakan pada minggu akhir
cuti persekolahan.
25. Sekiranya terdapat apa-apa program yang perlu dijalankan, perlulah
dimasukkan dalam takwim antara bulan Ogos hingga Disember.
26. Tindakan : Semua guru Makluman : Semua guru

V. PENGURUSAN MAKLUMAT DAN DATA SEKOLAH, KEBERADAAN


GURU,APDM, SSDM, e OPERASI,e PANGKAT, HRMIS, SKPMg2, PBPPP,
NILAM

4
27. Keberadaan guru dan APDM di sekolah perlu di kemaskini setiap hari
sebelum 9 pagi setiap hari persekolahan. Semua guru diminta mengikut
arahan yang telah ditetapkan oleh pihak KPM.
28. Bagi APDM, semua guru kelas perlu mengisi APDM seperti biasa, PK HEM
akan membuat pengesahan dan meyimpannya di dalam fail.
Tindakan : Guru kelas
29. SSDM – pengerusi mengingatkan semua guru agar memasukkan maklumat
sahsiah murid yang baik ke dalam SSDM. Masih ramai lagi guru-guru yang
tidak memasukkan maklumat sahsiah murid ke dalam SSDM.
30. Setakat hari ini (12 Ogos 2020) hanya 5 orang guru yang memasukkan
maklumat sahsiah murid ke dalam SSDM. Semua diminta memberikan
kerjasama untuk mengisi sahsiah diri murid.
31. e Pangkat – semua guru perlu daftar dan semak dalam e Pangkat masing-
masing. Semua guru perlu peka dengan tarikh kenaikan pangkat masing-
masing.
32. Sekiranya guru layak untuk mengisi e Pangkat, sistem e Pangkat akan
memaklumkan kepada guru secara automatik untuk memohan kenaikan
pangkat.
33. Untuk markah prestasi, semua guru boleh menyemak markah masing-masing
dalam portal HRMIS.
34. Sekiranya terdapat apa-apa perubahan mengenai diri dan keluarga guru, guru
perlulah kemaskini HRMIS. Contohnya seperti pertambahan anak dan
sebagainya. Ini untuk memudahkan apa-apa urusan berkaitan dengan
kemasukan ke wad dan sebagainya.
35. e Operasi – PK Pentadbiran akan mengemaskini maklumat terkini setiap guru.
Guru-guru perlu menyemak maklumat dalam e Operasi sekiranya diminta
untuk berbuat demikian. Jika terdapat apa-apa pembetulan, sila maklumkan
kepada PK Pentadbiran untuk pembetulan.
36. PBPPP – semua guru perlu membuat penilaian secara kendiri mengikut ítem
yang terdapat dalam borang yang telah diedarkan. Guru-guru diminta untuk
membuat penilaian kendiri yang terbaik. Pengerusi telah meminta semua
Pentadbir untuk menilai guru di bawah penyeliaan masing-masing.
37. NILAM – Pn. Roslailey memaklumkan bahawa program NILAM akan berjalan
seperti biasa di dalam kelas kerana PSS masih tidak dibenarkan untuk murid
masuk.
38. NILAM di dalam kelas boleh dijalankan dengan meminta pengawas PSS
untuk mengambil bakul buku dan buku NILAM di PSS.
Tindakan : Semua guru

VI. LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN


39. Cik Samon telah membentangkan mengenai kursus dan jumlah hari yang
telah dihadiri oleh semua guru. Hanya En.Azizi dan Pn. Shafiqah masih tidak
cukup hari berkursus.
40. Untuk menyemak mata kredit LDP bagi setiap individu, guru-guru perlu
melayari portal SPLKPM . Semua guru dan staff perlu melebihi 42 mata kredit.

5
41. Selain itu, semua guru dan staff juga perlu membaca sekurang-kurangnya 2
buah buku dan membuat sinopsis buku yang telah dibaca. Sinopsis perlulah
dihantar kepada Cik Samon untuk direkodkan ke dalam fail.
Tindakan dan Makluman: Semua guru

VII. PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN SEKOLAH

42. Pejabat sekolah telah dinaik taraf untuk keselesaan pentadbir dan staff
sokongan. Setiap orang Penolong Kanan mempunyai bilik sendiri, begitu juga
dengan En. Najmi dan Pn. Shafiqah, mempunyai kubikel masing-masing.
43. Setakat hari ini, sebanyak RM12 ribu telah digunakan untuk menurapan
semula Dataran Ilmu dan penambahbaikan kawasan depan Pra Sekolah.
44. Pengerusi juga memaklumkan bahawa terdapat peruntukan untuk membaik
pulih bilik pemulihan, pagar sekolah, tembok dan tempat murid menunggu
waris dengan nilaian sebanyak RM100 ribu.
45. Selain itu, pihak sekolah juga telah ditawarkan untuk mengecat semula
bangunan sekolah.
46. PA sistem juga telah ditambah di Dataran Ilmu dengan kos sebanyak RM2
ribu.
Tindakan: Semua guru Makluman : Semua guru

VII. PENGURUSAN ASET ALIH DAN STOK


47. Pengerusi meminta guru aset untuk menyemak semula perolehan-perolehan
yang perlu diganti terutama PC yang ada dalam makmal komputer.
48. Semua aset perlu mempunyai inventori kerana belanja menggunakan
peruntukan dari kerajaan.
49. Sekiranya mana-mana aset tidak mempunyai inventori, sila berjumpa dengan
Encik Najmi untuk mendapatkan salinan invois aset daripada beliau.

Tindakan: Guru Aset

VIII. PENGURUSAN KURIKULUM – JADUAL, UJIAN DAN PEPERIKSAAN


50. PK Pentadbiran memaklumkan bahawa pada 24 September akan diadakan
Hari Penyerahan PBD dan PBS kepada semua waris.
51. Semua guru perlu memuat turun dokumen penjajaran kurikulum dan dihantar
ke pejabat untuk disahkan.
52. Semua guru perlu menghantar buku latihan murid masing-masing untuk
semakan pihak pentadbir. Guru boleh menyemak senarai penghantaran buku
latihan kepada pentadbir dalam takwim yang telah dibekalkan pada awal
tahun.
53. Untuk pencerapan, semua guru perlu menampal kertas pencerapan yang
diberikan oleh pentadbir dalam buku atau fail RPH masing-masing sebagai
bukti guru-guru telah dicerap.
54. Pengerusi akan membuat penilaian dan pencerapan secara tidak langsung
terhadap semua guru.
55. Julat markah yang diberikan oleh pengerusi dan PK Pentadbiran perlu lah
tidak melebihi 8 markah setiap orang.
Tindakan dan Makluman : Semua guru

6
IX. PENGURUSAN HAL EHWAL MURID – SOP COVID-19
56. PK HEM melaporkan bahawa pelaksanaan SOP Covid-19 di sekolah ini
berjalan dengan baik seperti yang telah dirancang.
57. Termometer yang digunakan untuk menyaring suhu badan murid di pintu
masuk terdapat sedikit masalah pagi tadi, tetapi telah dapat diselesaikan.
58. Terima kasih kepada semua guru kerana bertanggungjawab mencatat suhu
murid pada waktu pertama dalam kelas setiap hari.
59. Senarai nama murid serta suhu setiap harian akan disimpan dalam fail
kehadiran murid sebagai eviden SOP menangani pandemik Covid-19.
60. Guru- guru yang berada dalam kelas pada waktu rehat memberikan
kerjasama yang baik. 10 minit sebelum waktu rehat, pastikan kelas telah
bersih dari sebarang sampah dan sisa makanan.
61. RMT berjalan dengan lancar dengan adanya guru bertugas di kantin.
Sekiranya ada murid yang membawa bekal, pastikan murid tersebut
mengambil makanan RMT dahulu, kemudian barulah makan bekal yang
dibawa.
62. 10 minit sebelum waktu balik, akan ada murid yang membaca mengenai SOP
Covid-19 di sekolah.
63. Sekiranya sabun yang dibekalkan di depan kelas telah habis, guru perlu
memaklumkan kepada PK HEM untuk mengisi semula sabun tersebut.
64. Kebenaran belajar dari rumah yang diberikan sebelum ini telah ditarik balik
kerana terdapat ramai ibu bapa yang mengambil kesempatan untuk tidak
menghantar anak ke sekolah.
65. Bagi pemakaian pelitup sepatuh muka, pada waktu pagi murid-murid
memakai pelitup muka masuk ke kawasan sekolah, apabila masuk ke dalam
kelas, pelitup muka perlulah dibuka. Kemudian pelitup muka akan dipakai
semula sekiranya murid hendak keluar kelas seperti pergi ke tandas dan
sebagainya.
66. Proses sanitasi bangunan akan diadakan pada setiap minggu oleh pekerja
kebersihan dengan bantuan dari beberapa orang guru. Guru waktu akhir
diminta untuk mengingatkan murid supaya mengosongkan laci meja pada hari
Khamis setiap minggu.
67. Untuk makluman guru kelas, mulai minggu hadapan, PK HEM akan minta ibu
bapa untuk menghantar surat makluman ketidakhadiran anak ke sekolah.
Guru kelas boleh masukkan surat tersebut ke dalam fail kehadiran yang telah
disediakan.
Tindakan: Guru kelas
68. Kehadiran untuk bulan Mac dan Julai telah dicetak dan akan dimasukkan ke
dalam fail kehadiran bagi setiap kelas.
69. Dalam SKPMg2,PK HEM dan setiausaha HEM perlu tahu mengenai
pengisian dan ada eviden yang disediakan. Dokumentasi bagi setiap program
dan minit mesyuarat perlu ada dalam fail.
70. Semua program yang telah dijalankan perlu didokumentasikan dan diletakkan
dalam fail. Sebaiknya dibuat dalam 2 salinan.
71. Pengerusi memaklumkan bahawa Pengarah JPN meminta agar semua guru
tidak memegang telefon bimbit semasa dalam kelas.
Makluman : Semua guru

7
X. PENGURUSAN KO-KURIKULUM – ATAS TALIAN
72. En. Ahmad Faisal selaku Penolong Kanan KO Kurikulum memaklumkan
bahawa terdapat beberapa aktiviti anjuran unit Ko Kurikulum daerah yang
dijalankan secara atas talian. Maklumat telah dihebahkan kepada pihak waris,
namun tidak mendapat sebarang maklumbalas.
73. PK Ko Kurikulum mengucapkan tahniah kepada Pn. Norhasni dan Panitia
Pendidikan Islam kerana masuk pertandingan Ko Akademik yang dianjurkan.
74. Untuk PAJSK, sesi awal telah selesai dijalankan iaitu mengisi maklumat
penyertaan murid dalam aktiviti Ko-Kurikulum. Selepas ini, akan ada
pengisian tahap penyertaan mereka sama ada peringkat daerah atau negeri.
75. SEGAK – tarikh pengisian SEGAK akan dilanjutkan sehingga ke tarikh yang
akan diberitahu kelak. Sebelum ini, tarikh akhir pengisian bulan Ogos dan
Oktober. Namun demikian, En. Faisal memaklumkan sekolah kita telah siap
membuat ujian SEGAK kepada murid.
76. Sambutan Bulan Kemerdekaan – AJK sambutan Bulan Kemerdekaan telag
diedarkan kepada semua guru. Semua pertandingan yang dijalankan boleh
dijalakan secara rakaman video kerana akan diadakan pertandingan sajak
dan pantun peringkat PPD.
77. Hadiah akan diberikan mengikut tahap iaitu tahap 1 dan tahap 2 bagi setiap
pertandingan.
78. En. Abdul Manaf memaklumkan bahawa poster kemerdekaan untuk murid
tahun 5 dan 6 telah siap dijalankan.
Makluman : Semua guru

XI. PROJEK DTP AMAN DAN HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME (HIP)


79. Pengerusi memaklumkan bahawa tahun ini adalah merupakan tahun akhir
bagi projek DTP AMAN. Panitia Matematik dan Panitia Bahasa Inggeris telah
mendapat peruntukan bagi projek DTP AMAN. Barang-barang yang diminta
oleh kedua-dua panitia telah diserahkan.
80. Pengerusi memaklumkan pihak JPN dan PPD sendiri akan memantau
barang-barang yang telah dibeli oleh pihak sekolah.
81. Setiausaha DTP AMAN perlu membuat inventori bagi barang-barang DTP
AMAN yang telah dibeli.
82. Buku rekod penggunaan juga perlu diwujudkan bagi memudahkan
pemantauan barang-barang tersebut.
Tindakan: Setiausaha DTP AMAN

83. Untuk projek Highly Immersive Programme (HIP) pula, kawasan depan Para
Sekolah akan dijadikan kawasan untuk HIP.
84. Kawasan tersebut akan diserahkan kepada Pn. Norhasni untuk buat apa-apa
program yang berkaitan dengan HIP.
85. Pn. Norhasni menyatakan akan membuat kertas kerja untuk membeli bahan-
bahan kelengkapan bagi program HIP.
Tindakan : Setiausaha HIP

XII. HAL-HAL LAIN

8
86. Kem Bestari Solat – Pengerusi memaklumkan bahawa buku Kem Bestari
Solat (KBS) telah dibeli untuk memudahkan KBS dijalankan di dalam kelas.
Tindakan: Panitia Pendidikan Islam

87. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada Encik Azizi kerana membantu
menyelesaikan masalah komputer-komputer yang yang ada di makmal
komputer.
88. Pn. Nurehan memaklumkan bahawa Google Classroom telah ditukar nama
kepada Delima. Guru-guru boleh akses masuk ke dalam Delima
menggunakan ID dan kata laluan yang telah di mesej kepada semua guru
termasuk Cik Azni sebagai guru ganti.
89. En. Abdul Manaf memaklumkan bahawa data Cik Azni telah berada dalam
sistema e Operasi dan akan dikemaskini oleh beliau.PN. Noraini
memaklumkan bahawa SKSW telah menyertai 5 acara dalam pertandingan
‘MTQ Online’ yang telah diadakan baru-baru ini. Terima kasih diucapkan
kepada Pn. Nurehan kerana telah memuatnaik video atas talian.
90. Pn. Hazwani memaklumkan pendaftaran Pra Sekolah boleh diakses apabila
sistem dibuka.
91. Pn. Roslailey memaklumkan kepada semua guru, sekiranya memerlukan
carta untuk BBM atau menghias kelas, boleh dapatkan di PSS.
Makluman: Semua guru

92. Pengerusi meminta semua Panitia membuat mesyuarat panitia kali ke-2 bagi
tahun 2020.
Tindakan: Semua Ketua Panitia

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.10 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………….. ……………………..

(ROSLAILEY BT ISMAIL)

Setiausaha Mesyuarat Guru

SK Seri Wangsa

Tarikh : 3 September 2020

9
10

You might also like