You are on page 1of 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TENGKU LAKSAMANA

JALAN KUALA KEDAH 06600 KUALA KEDAH

MINIT MESYUARAT PIBG


BIL 1 SESI 2022

Tarikh : 13 September 2022


Masa : 2.15 petang – 3.40 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Seri Delima SMKTL
Pengerusi : Encik Abu bin Abdul Hamid
Kehadiran :

Bil Nama Jawatan


1. En Nek Yusoff Bin Nek Harun Penasihat
2. Encik Abu bin Abdul Hamid Yang Dipertua PIBG
3. Puan Faizah binti Osman Setiausaha
4. Puan Suhaila binti Amir Bendahari
5. Puan Nur Alia Azaria binti Nordin Ahmad Penolong Setiausaha
6. Puan Ruhaiza binti Abdul Ghani AJK Ibu Bapa
7. Puan Norazarina binti Saharin AJK Ibu Bapa
8. Puan Norhayati binti Ariffin AJK Ibu Bapa
9. Puan Nur Hilal binti Abu Yazid AJK Ibu Bapa
10. Encik Maslan bin Md Isa@ Md Akib AJK Ibu Bapa
11. Encik Mohd Raduan bin Ibrahim AJK Ibu bapa
12. Encik Maslan bin Md Isa AJK Guru
13. Encik Nabil bin Basir AJK Guru
14. Encik Ku Mohd Hafiezad bin Ku Shaif@ Ku Shuib AJK Guru
15. Puan Aziroh binti Abdul Aziz AJK Guru
16. Puan Hafidah Hani binti Hanafi AJK Guru

Turut Hadir :
1. En Noor Apandi bin Abdullah Penolong Kanan HEM

Tidak Hadir Bersebab :


1. Encik Mohamud bin Mohd Saad@Mohd Rashid Naib Yang Dipertua PIBG
2.

1
I UCAPAN ALUAN YANG DIPERTUA PIBG
1 En Abu selaku pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli mesyuarat dan
mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang telah hadir ke mesyuarat
ajk bil 1 bagi sesi 2022 terutamanya Encik Nek Yusoff, pengetua SMKTL.

2 Pengerusi juga mengucapkan sekalung tahniah pada pasukan bola Sepak


sekolah kerana telah berjaya menewaskan SMK Mergong dalam Liga 2
sebelum ini.

Tindakan: Makluman

II UCAPAN TUAN PENGETUA


3 Tuan Pengetua mengucapkan ribuan terima kasih kepada ajk PIBG dan guru-
guru kerana dapat hadir ke mesyuarat pada hari ini.

4 Tuan Pengetua memaklumkan bahawa pihak sekolah masih terikat dengan


pematuhan sop Covid-19 dan pembelajaran sepanjang PKP tiada isu besar
yang dihadapi oleh pihak sekolah.
Tindakan: Makluman

III PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

5 Puan Faizah binti Osman selaku setiausaha PIBG membentangkan minit


mesyuarat bil 1 sesi 2022.

6 Encik Raduan bin Ibrahim mengesahkan minit mesyuarat bil 1 dan disokong
oleh semua ajk yang hadir.
Tindakan: Makluman

IV PERKARA BERBANGKIT

7 Ahli mesyuarat diminta untuk membuat rujukan pada muka surat 5 perkara
13. Tuan pengetua memaklumkan bahawa terdapat seorang waris telah
membuat aduan kepada PPD berkaitan tidak semua waris terlibat dalam
mesyuarat Agung kali ke 43.
Tindakan: Makluman

8 Tuan pengetua memaklumkan bahawa perkara tersebut dibuat untuk


menjarakkan kedudukan waris bagi membendung penularan wabak Covid-19
dan pihak sekolah masih perlu mamatuhi SOP Perintah Kawalan pergerakan
(PKP).

9 Tuan pengetua juga turut memberi maklumbalas perkara 20 dalam minit

2
mesyuarat lalu berkaitan dengan cadangan untuk membina laluan pejalan kaki
berbumbung tidak dapat dilaksanakan setelah beberapa perkara diselidiki iaitu
ia mungkin menjadi tempat murid-murid untuk melepak ketika Pdpc
berlansung.
Tindakan: maklumbalas pengetua

V LAPORAN KEWANGAN

10 Puan Suhaila binti Amir, bendahari PIBG membentangkan laporan kewangan


dengan memaklumkan bahawa baki kewangan sebanyak 32,869.36

11 Bendahari memaklumkan bahawa semua murid telah dimaklumkan berkaitan


sumbangan PIBG dalam perhimpunan dan guru kelas telah membuat kutipan
sumbangan pibg.

12 PIBG juga telah bersetuju untuk memberi sumbangan kepada pasukan Bola
Sepak bawah 18 tahun sebanyak RM 1500.00 sebagai penghargaan kerana
berjaya meraih johan dalam Liga 2.

13 Ahli mesyuarat juga dimaklumkan perbezaan anggaran perbelanjaan untuk


Majlis Anugerah Kecemerlangan Transformasi Akademik (MAKTA)
ialah sebanyak RM 11,285.00 sekiranya diadakan di sekolah manakala RM
10,435.00 jika diadakan di Hotel. Perbelanjaan ini melibatkan sebilangan
murid yang cemerlang,AJK PIBG dan guru. Majlis ini akan berlangsung pada:

Tarikh : 24.9.2022(Sabtu)
Tempat : Hotel Grand Alora
Perasmi : Timbalan Pengarah Sektor Perancangan &
Pengurusan PPD, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

14 Ahli mesyuarat yang hadir telah sebulat suara menyokong dan meluluskan
anggaran perbelanjaan MAKTA di hotel.

Tindakan: Makluman
VI HAL-HAL LAIN

15 En Noor Apandi bin Abdullah, Pk Hem memaklumkan enrolmen murid


tingkatan satu sehingga tingkatan lima bagi sesi 2022/2023 ialah seramai 797
orang.

16 Pk Hem juga memaklumkan tindakan pihak sekolah bagi mengatasi murid


yang lewat hadir ke sekolah ialah dengan mengenakan denda iaitu menyimpan
kunci motosikal dan memulangkan semula pada jam 2.30 petang (setengah
jam lewat)

17 Bagi murid tingkatan lima yang hadir lewat ke sekolah akan dikenakan denda
menyalin karangan contoh atau menjawab soalan sejarah di laluan tengah
antara pejabat dan kelas tingkatan 5

18 Pk Hem juga memaklumkan bagi murid yang didapati bersalah membawa


telefon bimbit ke sekolah akan di kenakan denda sebanyak RM 30.00 dan

3
perlu mengambil telefon bimbit tersebut bersama waris.

19 Semua ahli mesyuarat yang hadir diminta untuk membuat rujukan pada muka
surat 5. Pk hem memberi maklumbalas kepada perkara 22, surat terhadap
peniaga takoyaki yang menghalang laluan pejalan kaki telah diserahkan oleh
pihak sekolah.

20 Bagi perkara 23, Pk Hem memaklumkan bahawa pengawal Keselamatan akan


menunggu di hadapan sekolah untuk memantau murid-murid ketika melintas
lampu isyarat sehingga selesai.

Tindakan: Makluman
21 Puan Hayati binti Ariffin memaklumkan bahawa terdapat murid yang
berpakaian sekolah dan berlencana sekolah SMKTL telah menghisap Vape
pada waktu pulang sekolah.
Tindakan: Makluman

22 Tuan pengetua menyatakan bahawa guru tidak boleh sewenangnya


mengenakan tindakan kepada murid yang melakukan kesalahan diluar
sekolah. Pengetua memaklumkan akan kenalpasti murid tersebut dan memberi
nasihat.
Tindakan: Maklum Balas pengetua

23 Tuan Pengetua mengucapkan terima kasih kepada YdP PIBG dan ajk PIBG
kerana meluluskan permohonan MAKTA dan sumbangan kepada pasukan
Bola Sepak Sekolah.
Tindakan: Makluman

VII PENANGGUHAN MESYUARAT


I

24 YDP PIBG mengakhiri mesyuarat dengan ucapan terima kasih atas


maklumbalas dan kerjasama yang diberikan oleh pihak sekolah.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.40 petang. Mesyuarat seterusnya akan


dimaklumkan kemudian.

Disediakan oleh,
.........................................
Faizah binti Osman
Setiausaha PIBG SMKTL

4
MAKLUMBALAS AGENDA MESYUARAT KALI KE-2

PERKARA PERKARA TINDAKAN

8 Sumbangan pemasangan tangki air kepada pihak SELESAI

sekolah sebanyak RM 460.00.

13 Mesyuarat Agung PIBG kali ke-44 diadakan di Anjung SELESAI

Kuala melibatkan waris tingkatan 1,2 dan 3.

16 Surat permohonan Sumbangan Rm 500.00 untuk SELESAI

“Program Panggilan Sayang SPM”.

18 Suntikan vaksin dos kedua untuk semua murid. SELESAI

22 Surat kepada peniaga Takoyaki yang menghalang SELESAI

laluan pejalan kaki ke sekolah

23 Pengawal keselamatan memantau murid melintas di TELAH

lampu isyarat. DILAKSANAKAN

5
6

You might also like