You are on page 1of 5

SK ULU LEMANAK

MINIT MESYUARAT PBS KALI KEDUA 2019

Tarikh :  18 MAC 2019


Masa          : 1400-1600
Tempat : BILIK ICT SK ULU LEMANAK
Pengerusi : ENCIK LUNIE ANAK SINDONG

Kehadiran:

Encik Chanking Anak Jawa (Guru Besar)


Encik Lunie Anak Sindong ( PK pentadbiran)
Encik Faisal Bin Jalil (PK HEM)
Encik Hosen Bin Ellie (PK Ko-Kurikulum)

Cik Shabirah Shahar


Cik Tracy Laing
Cik Sofena Imas
Cik Regina Anak Kadir
Pn Nurul Satiqah
Encik Faqih Pauzi
Encik Hamizan Sahari
Encik Azam Sulai
Encik Hafizie Zulkefle

Agenda Mesyuarat

I. PERUTUSAN PENGERUSI

1. Pengerusi mengucapkan salam dan syukur kehadrat Ilahi  serta bacaan Ummul
kitab. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran semua guru.
          Makluman

2. Pentaksiran sumatif 1 dan dua tidak perlu dilaksanakan mengikut tempoh tertentu.
Guru melaksanakan sendiri mengikut ketetapan guru itu sendiri.
                                                                                                                   Makluman
                                                                                                                  

1
II. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

5. Minit Mesyuarat PBS kali pertama 2019 diterima sebulat suara tanpa sebarang
pindaan.
                                                                                 Makluman

III. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

6. Rujuk maklum balas.


7. Tiada perkara berbangkit, kerana semua telah selesai.
                                                                                                                   Makluman
IV. PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)

8. Template pelaporan Tahap 1 dikeluarkan version 3 yang terbaru, guru perlu


muatturun di laman web BPK. Guru perlu bersedia dan menerima jika BPK
menarik balik template V3.

Makluman

9. Template pelaporan Tahap 2 masih seperti dulu, kecuali mendapat template


baru, akan diberitahu jika ada.
Makluman

10 Template pelaporan baru akan mula dikumpulkan 1 Mei sehingga 13 Jun


2019. Semua guru dikehendaki mematuihi tempoh masa yang diberikan. Ini
kerana selepas tarikh tersebut, akan diadakan Hari Terbuka bersama waris.
Tindakan: Semua guru

11 SU PBS dalam usaha meneroka penggunaan template pelaporan di dalam


Google Sheets, jika berjaya, guru2 akan mengisi secara online di Google
Sheets menggunakan template yg sama juga. Jika ada data yang tidak dapat
dipindahkan dari Excel ke dalam Sheets, penggunaan Telegram akan
diteruskan seperti tahun lepas. Semua guru bersetuju mengikut perancangan
SU PBS sama ada menggunakan Google Sheets ataupun Telegram.
Makluman

2
12 SUPBS berhasrat meletakkan template pelaporan ke dalam site Frog VLE
bertujuan menaikkan rating penggunaan VLE dalam kalangan murid/waris.
(dalam proses try n error)
Tindakan: SU PBS

13 Hari Terbuka akan diadakan selepas 13 Jun 2019, bagi memberi laluan
kutipan template pelaporan. Belum ada tarikh khusus.
Makluman
14.Pemberian satu tahap penguasaan kepada murid akan dibuat semasa akhir
tahun. Semua guru subjek akan bermesyuarat untuk menentukan satu TP bagi
mewakili pencapaian murid secara keseluruhan. Tahap penguasaan keseluruhan ini
boleh menentukan kecemerlangan untuk Hari Anugerah.
Tindakan: semua guru

V. Penjaminan Kualiti
15. Mulai 1 Mei 2019 – 20 Mei 2019 segala borang penjaminan kualiti pengesanan,
penyelarasan, pemantauan dan pementoran (bagi yang belum) akan dikumpulkan.
Tindakan: Semua guru, Ketua Panitia dan Jurulatih Utama

18. SU PBS juga mengedarkan borang PKS 1A kepada semua guru untuk
penjaminan kualiti penyelarasan subjek masing-masing. Semua guru dikehendaki
mengisi borang itu. Guru- guru perlu memilih satu rancangan pelajaran harian,
instrumen pentaksiran berkaitan, dan menyerah 10 sampel buku kerja murid kepada
ketua panitia untuk penjaminan kualiti penyelarasan. Penerangan tentang pengisian
borang juga telah diberikan oleh SU PBS.
Tindakan: Semua guru dan Ketua Panitia
19.Guru-guru perlu bekerjasama dengan Jurulatih utama yang menjalankan
pengesanan di mana mereka akan melihat instrumen pentaksiran yang digunakan.
Tindakan: semua guru dan Jurulatih Utama
20.Guru-guru perlu memilih topik tertentu saja, itu sudah memadai untuk penjaminan
kualiti.
Makluman
21.Ketua Panitia akan menjalani penyelarasan oleh GPK1 Encik Lunie. Oleh itu
Ketua Panitia perlu menyerahkan borang PKS 1A kepada GPK1.
Tindakan: Ketua Panitia dan GPK1

3
22. SU PBS mengedarkan borang penyelarasan dan pengesanan dalam sampul
surat berwarna putih kepada panitia yang belum menerima borang.
Makluman
VI PAJSK / SEGAK
23. GPK kokurikulum, memohon kerjasama guru penasihat unit uniform, persatuan,
kelab dan permainan untuk mendaftarkan nama murid ke dalam sistem PAJSK.
Nama murid boleh rujuk di dalam fail persatuan/kelab/unit uniform masing-
masing di bilik GPK KOKO.

Tindakan: Guru Penasihat Unit Uniform, Persatuan, Kelab dan


Permainan

24. GPK kokurikulum tidak membenarkan pertukaran murid ke persatuan lain. Murid
bermain untuk pasukan sekolah, tetapi unit permainan berbeza, satu kelebihan
kepada murid dari segi pemarkahan.

Makluman

25. Guru-guru penasihat perlu kreatif merangka aktiviti untuk persatuan dan
permainan. Aktiviti luar bilik darjah sepatutnya lebih menyeronokkan.
Makluman
26. Segak 1 telah selesai sepenuhnya.
Makluman

VII Pentaksiran PSikometrik

27. Ikep Tahun 6 selesai semuanya pada 18 April 2019. Penskoran sedang dalam
proses.
Tindakan: Penyelaras PPSI

28. Taklimat PPSi kepada murid PPKI diberikan pada 10 April 2019 sementara itu
pentaksiran sedang dalam proses.
Tindakan: Penyelaras PPSI
VIII Kes-Kes Khas
29. Easter Ribby didapati ponteng kerap dan menganggu PBD beliau. Cikgu Azam
sudah melawat keluarga untuk berbincang tentang kes tidak datang ke sekolah.
Didapati murid tersebut sihat sahaja, tetapi malas untuk tidak hadir ke sekolah.
Harap tindakan daripada pihak sekolah. PBD beliau tergendala disebabkan kes
ponteng yang serius.

Tindakan: GPK Hem dan guru kelas

4
VIII. HAL-HAL LAIN

9. Guru tahap 2 diminta membuat soalan peperiksaan sendiri agar peperiksaan


dapat dijalankan seiring dengan pelaksanaan ujian AR1, AR2, dan AR3 bagi tahun
6.                                                                                            
 Tindakan: guru tahap 2

VII. PENUTUP

Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang hadir dalam
mesyuarat ini. Pengerusi berharap semua dapat menjalankan tugas dengan baik
dan berdedikasi. Guru dinasihatkan menggunakan professional Judgement dalam
mengurniakan Tahap Penguasaan kepada murid.

                                                                                                                    Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang.


Disediakan oleh,
Setiausaha PBS
Tarikh: 26 Mac 2019

You might also like