You are on page 1of 6

PROGRAM TRANFORMASI DAERAH

LAPORAN PELAKSANAAN DIALOG PRESTASI SEKOLAH 2019 (DPS)


DIALOG PRESTASI BIL. 1 / 2019

NAMA SEKOLAH : SK ULU LEMANAK, LUBOK ANTU, SARAWAK.


TARIKH : 19 MAC 2019 (SELASA)
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SKUL
TARIKH MASA TEMPAT RUMUSAN KEHADIRAN
19.03.2019 2.30 Bilik Agenda Dialog Prestasi Bil.1/2019
ptg Mesy.
1.PERUTUSAN PENGERUSI Encik Chanking Anak Jawa
Ucapan Guru Besar: (Guru Besar)
- Guru Besar mengucapkan selamat datang
kepada semua guru-guru dan Encik Lunie Anak Sindong
mengucapan terima kasih atas kerjasama Encik Faisal Bin Jalil
semua guru dan staf bertugas yang Encik Hosen Bin Ellie
menghadirkan diri.
Cik Shabirah Shahar
2.PERKARA-PERKARA BERBANGKIT Cik Tracy Laing
- Tiada perkara berbangkit diusulkan Cik Sofena Imas
Cik Regina Anak Kadir
3. RUMUSAN DAN PENGESAHAN MAKLUM Pn Nurul Satiqah
BALAS DIALOG PRESTASI YANG LALU Encik Faqih Pauzi
- Guru Besar meminta Setiausaha untuk Encik Hamizan Sahari
membentangkan rumusan dan maklum Encik Azam Sulai
balas dialog prestasi yang lalu untuk Encik Hafizie Zulkefle
pengesahan
- Rumusan dan maklum balas dialog
prestasi disahkan oleh Pn. Satiqah dan
disokong oleh Cik Regina.

4.PEMBENTANGAN KERTAS KERJA / ISU/


LAPORAN

4.1 Kedatangan Murid Dan Intervensi


- Kehadiran murid bagi bulan Februari
adalah pada tahap yang memuaskan
dengan peratusan sebanyak 96.19%.
- Beliau juga mengingatkan supaya semua
guru memastikan maklumat murid dalam
system apdm lengkap dan telah
dikemaskin. Rekod kehadiran juga perlu
dikunci masuk pada awal pagi
persekolahan. Sekiranya ada murid yang
sakit dan mempunyai urusan keluarga
hendaklah dimaklumkan kepada guru
kelas dan disertakan dengan surat sakit.
4.2 Pencapaian Dalam Ujian /Peperiksaan Dan
Intervensi

- Puan Shabirah memberikan ulasan


analisis pencapaian murid Tahun 6 dalam
ujian Diagnostik yang telah lepas. Sasaran
yang ditetapkan ialah lulus 100%. Namun
begitu, hanya seorang yang lulus dan 6
gagal. Peratus kelulusan hanya 14.29%
dan gagal 85.71%. Manakala GPS pula
sebanyak 3.69. Dapatan daripada analisis
tersebut, beliau menyatakan semua guru
matapelajaran teras perlu membantu
murid Tahun 6 dengan mengadakan kelas
intensif bagi mengurangkan jumlah murid
yang gagal dan meningkatkan jumlah
murid yang lulus.
- Puan Shabirah juga mencadangkan
semua guru yang terlibat membuat
program intervensi berdasarkan kepada
analisis keputusan peperiksaan diagnostik
murid. kelas bimbingan secara
keseluruhan, kemudian kelas bimbingan
berfokus untuk murid yang dikenalpasti
aras kemahirannya yang lemah dan akan
dibantu berfokuskan kepada kemahiran
yang perlu dipertingkatkan. Seterusnya
mengadakan kelas bimbingan
pengukuhan bagi semua murid setelah
mengenalpasti dan memberi bimbingan
berfokus sebelumnya.

- Beliau juga menyatakan ujian


pertengahan penggal akan dijalankan
dalam 11-15 bulan Mac. Edaran jadual
peperiksaan telah pun diwar-warkan
dalam talian online Whatsup oleh PK
Pentadbiran. Semua guru perlu
mengambil tindakan sewajarnya untuk
persediaan kertas penilaian tahap 2.

4.3 Disiplin Murid dan Intervensi


- Disiplin dan tingkah laku murid
dalam keadaan yang terkawal dan tidak
memerlukan sebarang intervensi.
- Guru Besar meminta kerjasama semua
guru untuk membantu mengawal disiplin
murid supaya tidak mendatangkan
- sebarang masalah di sekolah.
- Encik Azam juga mengingatkan semua
guru untuk mengisi SSDM bagi
menghargai tingkah laku murid yang baik
setiap bulan.

4.4 Keberadaan Guru


- Kehadiran guru-guru adalah memuaskan dan
tidak berlaku masalah ponteng tanpa sebab dalam
kalangan guru. Guru Besar menyatakan harapan
supaya keadaan tersebut dikekalkan untuk masa akan
datang.

- Guru Besar memberitahu bahawa pihak


sekolah perlu menghantar laporan dan mengumpul
dokumen berkaitan seperti rekod kehadiran kepada
PPD sekiranya terdapat kes guru tidak hadir bertugas
dan sebagainya serta perlu dilaporkan segera.

4.5 Kualiti Kepimpinan Dan Kualiti Guru


- Guru Besar memaklumkan bahawa
program pencerapan akan diteruskan
pada tahun ini. Cikgu Harris juga
mengingatkan tentang keberhasilan guru,
iaitu mengenai orang yang dilantik sebagai
penilai pertama dan penilai kedua bagi
setiap guru-guru dan akp, begitu juga
dengan semua PK. Sebelum itu, beliau
juga meningatkan semua guru untuk
mengisi pencerapan kendiri berunsurkan
aktiviti KBAT.

4.6 HAL-HAL LAIN

a) Jadual Waktu Sekolah

- Guru Besar memaklumkan kepada


semua guru tentang peruntukan jadual
yang telah diberikan adalah mengikut Surat
Pekeliling Ikhtisas KPM Bil 8 / 2016, yang
menjurus kepada pelaksanaan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah ( Semakan
2017). Jadual yang disediakan di sekolah
telah pun dihantar oleh PK 1 kepada pihak
pejabat untuk tindakan selanjutnya. Semua
jadual kelas telah pun dicetak dan
dipamerkan dalam kelas. Selain itu Guru
Besar juga mengulaskan tentang
pendekatan modular yang perlu
dilaksanakan dan diseragamkan mengikut
sukatan pelajaran. Selain itu Guru Besar
juga mengingat semua guru untuk
menyelitkan elemen EMK dalam
penyediaan Rancangan Pengajaran
Harian dan aktiviti PdpC. Beliau juga
menyatakan kepentingan melaksanakan
aktiviti yang berunsurkan KBAT juga perlu
dilaksankan dalam kelas agar murid-murid
didedahkan dengan unsur KBAT dan lebih
berfokus kepada murid.

- Guru Besar juga memaklumkan tentang


PBD yang perlu dilaksanakan dengan
telus dan segala rekod yang dibuat
hendaklah disimpan. Cikgu Harris juga
mewar-warkan tentang pengisian
pemansuhan malan peperiksaan
pertengahan dan akhir tahun bagi tahap 1
sekolah rendah mulai 2019 di group
watsup sekolah, semua guru tahap 1
dikehendaki mengisi soal selidik tersebut
dan hanya guru pra dikecualikan daripada
mengisi.

b) Penyertaan penyediaan Video PBD &


Kempen Guru Pembelajaran Abad ke 21

- Guru Besar juga menyatakan sekolah


perlu menghantar video bagi pelaksanaan
Pentaksiran Bilik Darjah Tahap 1 (tahun
1,2 dan 3). Alamat pautan bagi
penghantaran video juga dinyatakan.
- Selain itu, Kempen Guru Pembelajaran
Abad ke 21 (PAK21) turut dihebahkan
kepada guru, Guru Besar sangat
menggalakkan semua guru untuk
menyertai kempen tersebut dan boleh
mendapatkan maklumat lanjut daripada
alamat yang dikongsikan melalui watsup
Group sekolah.

c) PLC

- Encik Faqih juga mengingatkan semua


ketua panitia untuk membuat aktiviti PLC
dan menghantar rekod PLC yang telah
direkodkan kepada pihak pejabat. Selain
itu beliau juga menyatakan rekod tersebut
juga perlu dilaporkan di dalam SPL-KPM
dan laporan yang dimasukkan perlu
selaras dengan laporan yang dihantar
kepad pihak pejabat. Selain itu kunjungan
bantu pihak SICS+ dari pejabat
Pendidikan Lubok Antu untuk berkongsi
mengenai cara pelaksanaan PBD tahap 1
dan merekod pelaksanaan PBD.

d) Buku RPH
- Guru Besar juga mengingatkan semua
guru untuk menghantar buku RPH pada
masa yang ditetapkan pada hari jumaat
pada waktu pagi atau selewat-lewatnya
hari isnin dan akan dimasukkan dalam
Buku Log Catatan Penghantaran RPH.

e) Program Ziarah Cakna


- Encik Azam dan Guru Besar
mencadangkan program Ziarah Cakna
diadakan dan akan mencadangkan tarikh
yang sesuai bagi melaksanakan program
tersebut untuk membantu murid yang
bermasalah dalam pembelajaran.

f) Program Intervensi
- Guru Besar juga telah menyatakan
kepada semua guru untuk memberikan
bimbingan kepada murid-murid yang
lemah di tahap 2. Cadangan untuk
mengadakan kelas seperti Gear Up boleh
diteruskan. Beliau juga memberikan
kebenarah kepada guru untuk membuat
kelas pada hari sabtu sekiranya ingin
berbuat demikian.

5.RUMUSAN
- Guru besar menyatakan harapan agar
semua guru dan staf dapat menjalankan
tugas-tugas khas berdasarkan pelantikan
yang akan dibuat dalam masa yang
terdekat ini.

7. PENUTUP
- Dialog seterusnya akan dimaklumkan dari
masa ke semasa
- Guru Besar berharap agar pada tahun ini
prestasi murid akan dapat di tingkatkan.
- Memohon maaf jika ada kekurangan dan
menangguhkan Dialog Prestasi.
- Mesyuarat ini ditangguhkan pada pukul
4.00 petang

.......................................................................

Tandatangan dan cap pengetua/guru besar

You might also like