You are on page 1of 7

KERTAS KERJA

“ e -Karnival PSKPP Sarawak ”

ANJURAN
PSKPP CAWANGAN IBU PEJABAT (CIP)

TAHUN 2021

Disediakan oleh:
Unit Pembangunan Bakat Murid (Sukan)
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

1
1. Tajuk

“e-Karnival PSKPP Sarawak” anjuran Persatuan Sukan dan Kebudayaan

Perkhidmatan pelajaran Sarawak tahun 2021

2. Pengelola
Cadangan Pengelola ialah Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran
Sarawak, Cawangan Ibu Pejabat (CIP).

3. Pengenalan:

Penularan Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia telah menghadkan dan
menghalang pelaksanaan sebarang kejohanan, pertandingan sukan secara
bersemuka. Keadaan ini telah menyukarkan pelibatan secara langsung warga
pendidikan dalam aktiviti Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran
Sarawak (PSKPPS) secara langsung. Justeru, pihak urus setia telah mengambil
inisiatif dan pendekatan proaktif untuk menganjurkan Program “e-Karnival PSKPP
Sarawak”

Program “e-Karnival PSKPP Sarawak” merupakan satu program yang diadakan bagi
menggalakkan penyertan warga pendidikan di seluruh Sarawak untuk bergiat aktif
dalam aktiviti sukan, permainan dan kebudayaan. Di samping itu, sebagai aktiviti
tahunan Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Sarawak. Antara
aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan untuk “e-Karnival PSKPP Sarawak” adalah
Pertandingan kemahiran bagi sukan-sukan tertentu, rakaman video dan pertandingan
kraftangan.

4. Matlamat

Pengelolaan program “e-Karnival PSKPP Sarawak” ini berhasrat memenuhi hasrat


penubuhan persatuan iaitu mempromosi, menggalak dan terlibat dalam aktiviti
kesukanan dan kebudayaan seperti yang telah temaktub dalam perlembagaan
Persatuan Sukan dan kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Sarawak.

2
5. Objektif
Program “e-Karnival PSKPP Sarawak” yang dikelolakan pada tahun 2021 adalah
selaras dengan norma baharu dalam memerangi Pandemik Covid-19:-
i. Menggalakkan penyertaan warga pendidikan dalam aktiviti dan program
PSKPP.
ii. Mempromosi program dan aktiviti PSKPP dalam kalangan warga pendidikan di
seluruh Sarawak.
iii. Sebagai aktiviti dan program tahunan PSKPP Sarawak.

6. KELAYAKAN DAN STATUS PEMAIN


6.1 Terbuka kepada semua Ahli PSKPP Berdaftar
Kelayakan menjadi ahli berdaftar:
I. Guru Interim yang telah berkhidmat 3 bulan secara beterusan.
II. Guru COS DG 41
III. Semua warga pendidikan yang berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan

7. Pelaksanaan Program

7.1 Pertandingan Kemahiran Video

7.1.1 Tempoh : Oktober-Disember 2021

7.1.2 Kaedah Pertandingan : Rakaman Video dan Penilaian panel


(kraftangan)

7.1.3 Penyertaan : Ahli yang berdaftar dengan PSKPP


Sarawak.
8. Maklumat Sasaran / Pelaksanaan
8.1 Kategori : ✓ Lelaki Senior (40 tahun ke bawah)
✓ Lelaki Veteran (41 tahun ke atas)
✓ Senior Perempuan (34 tahun ke bawah)
✓ Veteran Perempuan (35 tahun ke atas)
8.3 Bilangan kategori : Kategori Lelaki
Kategori Perempuan
8.4 Penyertaan : Individu dan berkumpulan (kugiran)

3
8.5 Bilangan peserta : Peringkat Daerah tiada Had Penyertaan
➢ Peringkat daerah tiada had penyertaan.
➢ Satu Terbaik di cawangan (daerah) di
hantar ke peringkat negeri. (bagi setiap
pertandingan yang dijalankan.
➢ Manakala untuk melukis 2 terbaik
peringkat cawangan (daerah) layak ke
peringkat negeri

9. Cadangan aktiviti dan Sasaran Penglibatan:-

Medium Penyertaan
penghakiman Negeri
Bil Acara
Cawangan Lelaki Wanit
a
1 Kemahiran menimang Bola Video 6
Sepak Senior dan veteran
2 Kemahiran menimang Bola video 6
Takraw Kategori Senior dan
Veteran
Tiada had
3 Virtual Run Lelaki Senior 1
penyertaan
4 Virtual Run Lelaki Veteran 1
Video (melalui apps) 31 Cawagan
5 Virtual Run Wanita Senior 1
PSKPP di
6 Virtual Run Wanita Veteran 1
peringkat ini.
7 Nyanyian Solo Video 1 1
8 Pertandingan Seni Visual Hantar Hasil Karya 2
9 Kraftangan Hantar Hasil Karya 1 1
10 Mencipta dan Deklamasi Sajak video 1
11 Tarian Etnik Sarawak Kreatif Video 1 1
12 Pertandingan Seni Visual Hantar Hasil Karya 1 1
13 Kebudayaan (Kugiran) Video 5-8

4
9. Pelan Tindakan Kerja Pengelola
BIL PERKARA TINDAKAN PELAKSANAAN
1. Merangka Kertas Kerja dan urusan
mendapatkan maklumat dan lain-lain
Urus Setia
kemudahan asas mengenai kejohanan.
• Anggaran perbelanjaan
30 Julai 2021
• Tempat program
• Cadangan Jawatankuasa Pengelola
• Kelulusan Kertas Konsep Pengelolaan
2. Hebahan Siaran Program / Pertandingan
kepada semua Cawangan PSKPP Urus setia September 2021

3. Penataran / Taklimat bersama Penyelaras


Minggu ke pertama Oktober
dan teknikal serta semua Setiausaha Urus setia
2021
Cawangan PSKPP secara google meet
4. Pendaftaran / urusan rakaman video
PPD dan urus setia Minggu ke-2 Oktober
peringkat daerah
5. Penghantaran video ke cawangan (daerah) 30 Setiausaha
Minggu ke-3 Oktober 2021.
Sukan di PPD
6.. Taklimat kepada panel hakim bagi peringkat
Urus setia Minggu pertama November
negeri
7. Penilaian oleh panel/hakim di peringkat
Urus setia Minggu pertama Disember
negeri
8. Majlis Penutupan secara atas talian Urus setia Minggu ke-3 Disember
9. Post Mortem / Review Urus Setia dan JKK Minggu ke-4 Disember
2021

9. Sumber Kewangan
9.1 Peruntukan Akaun Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran
Sarawak (PSKPPS)
9.3 Semua PPD selaku pengelola dikehendaki menghantar bersama Laporan Pengelolaan
termasuk kos perbelanjaan pengelolaan seminggu selepas tamat program di bahagian
masing-masing.

5
10. PELAN PENGURUSAN RISIKO
PELAN PENGURUSAN RISIKO

ASPEK RISIKO TINDAKAN MENANGANI RISIKO

• Tugas akan dilaksanakan oleh JK


teknikal yang dilantik
Panel Hakim (PTPS
• Penyerahan tugas bersama dokumen
Sumber Manusia Negeri, Bahagian &
• Pihak urus setia hendaklah membentuk
Daerah) tidak hadir
pasukan kerja bagi tujuan penilaian.

Peruntukan tidak • Mengubahsuai program dengan


Kewangan mencukupi menggunakan peruntukan sedia ada

• Surat kebenaran ibu bapa hendaklah


Kes kemalangan atau diedarkan dan kebenaran daripada
berlaku kecederaan sekolah dan ibu bapa diperolehi
kepada murid • Taklimat keselamatan diberikan
Peserta semasa rakaman atau sebelum program dimulakan oleh guru
program dijalankan di • Murid yang menyertai pertandingan
stesen masing-masing. wajib berada bersama guru / jurulatih
bertanggungjawab pertandingan
• Bantuan kecemasan asas disediakan
• Peserta di wajibkan menggunakan
pelitup hidung dan mulut ketika rakaman
di jalankan.
• Penjarakan 1 meter antara jurulatih/guru
dan murid dipatuhi.
• Setiap peralatan yang digunakan
Penularan wabak covid hendaklah di sanitasi selepas
SOP Covid 19
19, di sekolah digunakan.
• Orang luar tidak dibenarkan membantu
membuat rakaman di kawasan sekolah
• Rakaman hendalak di buat di kawasan
sekolah dan dibantu oleh guru.
• Sekiranya berlaku jangkitan dalam
kalangan murid atau guru ketika

6
program dijalankan pihak sekolah
hendaklah ikut prosedur dan arahan
yang telah ditetapkan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia.
• Peserta boleh minta bantuan daripada
guru penasihat
• Boleh menghantar dalam bentuk cakera
Masalah atau gangguan padat kepada urus sedia secara pos.
kepada sistem capaian • Guru penasihat boleh membantu untuk
Capaian Internet internet semasa upload fail melalui google drive
menghantar video / • Memberi tempoh masa yang mencukupi
upload video sekurang-kurangnya sebulan untuk
menghantar video peserta kepada pihak
urus setia.

11. PENUTUP
Semoga dengan adanya kertas kerja ini ianya dapat dijadikan panduan dalam mengelolakan
Program e- Karnival PSKPP Sarawak Tahun 2021. Di samping itu, program ini akan dapat
menyemarakkan lagi semangat kesukanan dalam kalangan warga pendidikan seluruh sarawak
supaya lebih aktif walaupun dalam keadaan dunia dilanda pandemik covid-19.

You might also like