You are on page 1of 10

PEMILIHAN ATLET

PENCAK SILAT SABAH


GAMES DAERAH
LAHAD DATU
ANJURAN BERSAMA:

KEMENTERIAN BELIA & SUKAN SABAH

DAN

PSS PESAKA DAERAH LAHAD DATU

TARIKH: 27 – 28 MEI 2023


1.0 PENDAHULUAN

PSS PESAKA daerah Lahad Datu dengan kerjasama Kementerian Belia & Sukan Sabah
akan menganjurkan “Pemilihan Atlet Pencak Silat Daerah Lahad Datu 2023”.
Penganjuran acara ini telah mendapat sansi, kerjasama, sokongan serta bantuan dari
Kementerian Belia & Sukan Sabah . Acara ini bakal melibatkan penyertaan dari atlet
pencak silat seluruh Lahad Datu melalui program yang akan dilaksanakan. Pemilihan
ini akan diadakan bermula pada 27-28 Mei 2023 manakala di peringkat Negeri Sabah
pula akan diadakan pada 16-21 Disember 2023.

2.0 LATAR BELAKANG


2.1 Pemilihan atlet Pencak Silat Daerah Lahad Datu merupakan inisiatif daripada PSS
PESAKA daerah dengan kerjasama Kementerian Belia & Sukan Sabah. Program ini
bertujuan untuk memperkasa dan memperkaya aktiviti silat yang telah sedia ada di
daerah-daerah. Melalui program ini, pesilat boleh mengembangkan bakat dan minat
dalam silat sejak peringkat sekolah hingga ke peringkat antarabangsa.

2.2 Program ini juga bertujuan untuk memperkenal dan memartabatkan seni silat
kepada masyarakat. Program ini akan dijalankan secara bersemuka dengan menuruti
SOP ketat yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan.

2.3 Diharapkan dengan adanya program sebegini, akan dapat merangsang


perkembangan dan pembangunan seni dan sukan silat di seluruh daerah Lahad Datu
khususnya. Program ini turut selari dengan pendekatan kerajaan untuk membina
masyarakat yang sihat, cergas dan berbudaya sukan ke arah perpaduan
pembangunan negara menyahut usaha melestarikan Silat sebagai Warisan Dunia
Tidak Ketara yang diiktiraf di bawah kategori “Representative List of the Intangible
Cultural Heritage of Humanity” oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan
Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

3.0 MATLAMAT
3.1 Penyemaian dan pengukuhan rasa cinta terhadap warisan budaya dan
bangsa.
3.2 Pemupukan generasi muda yang berdikari, bersikap positif, sabar, berani
menghadapi cabaran, mempunyai keyakinan diri dan juga jati diri.
3.3 Pelaksanaan pelbagai aktiviti akan menyemarakkan aktiviti di semua
peringkat akar umbi, samaada di sekolah, kampung, taman perumahan dan
kelab-kelab di bandar daerah, negeri dan kebangsaan.
4.0 OBJEKTIF
4.1 Menggalakkan budaya hidup sihat dalam kalangan warga Lahad Datu.
4.2 Melahirkan pesilat berkemahiran tinggi dalam ilmu persilatan disamping
punyai jati diri sebagai rakyat Malaysia yang penuh adab.
4.3 Memberi peluang kepada pesilat dalam daerah Lahad Datu untuk
mengembangkan bakat ke peringkat lebih tinggi samada di peringkat
daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

5.0 NAMA PROGRAM


Program ini dinamakan sebagai “PEMILIHAN ATLET PENCAK SILAT SABAH GAMES DAERAH
LAHAD DATU”.

6.0 BENTUK PROGRAM


Program ini adalah berbentuk pertandingan bersemuka yang melibatkan
pertandingan antara ahli gabungan PSS Pesaka Daerah dan juga Kelab berdaftar di
bawah Pesuruhjaya Sukan Sabah.

7.0 TEMA
“MELENTUR BULUH BIAR DARI REBUNGNYA”

8.0 ANJURAN BERSAMA


8.1 PSS PESAKA Lahad Datu
8.2 Kementerian Belia & Sukan Sabah
8.3 Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu

9.0 PENGELOLAAN
9.1 Pemilihan ini dianjurkan oleh PSS Pesaka daerah Lahad Datu dengan
kerjasama Kementerian Belia & Sukan Sabah.

9.2 Penyelarasan pasukan yang mengambil bahagian dikendalikan oleh PSS


PESAKA daerah Lahad Datu dengan tugas-tugas khas yang diberikan.

9.3 Pengarah Pertandingan yang dilantik adalah bertanggungjawab dalam


memastikan aktiviti pertandingan berjalan dengan lancar dan tersusun
berpandukan peraturan pertandingan dan diberi kuasa untuk melantik
jawatankuasa pengelola yang akan bertugas dalam pertandingan
tersebut seperti Sekretariat Pertandingan, Deligasi Teknikal,
Jawatankuasa Penerangan/ICT, dan Wasit Juri.

10.0 MAKLUMAT RINGKAS PEMILIHAN


Acara  SOLO KREATIF
Dipertandingkan  TUNGGAL
 TANDING
Tarikh Kejuaraan 27-28 Mei 2023
Taraf Aktiviti Daerah
Penyertaan Ahli Gabungan PSS Pesaka Daerah
Kelab-kelab berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan Sabah

Tempat Kejuaraan Dewan Sri Perdana, Lahad Datu


Penganjur PSS PESAKA LAHAD DATU & KBS Zon Pantai Timur
Kerjasama • Unit Pembangunan Bakat Murid (UPBM) PPD Lahad Datu.
• PSS PESAKA Negeri SABAH

11.0 TARIKH-TARIKH PENTING


Tarikh Perkara Keterangan
23 Mei 2023 Pendaftaran Penyertaan Penyertaan diuruskan oleh
JawatankuasaTeknikal PSS Pesaka
Daerah Lahad Datu
26 Mei 2023 Mesyuarat Pengurus Diuruskan Oleh Urusetia/Teknikal
(2.30petang) Pasukan Pertandingan
& Pembugaran Teknikal
27 – 28 Mei 2023 Pertandingan bermula Pertandingan diuruskan oleh
Jawatankuasa Teknikal PSS PESAKA
Daerah.

12.0 SASARAN PENYERTAAN

12.1 Penyertaan terbuka kepada ahli gabungan PSS Pesaka Lahad Datu dan
juga semua kelab berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan Sabah.
12.2 Setiap kontinjen hanya boleh mendaftarkan dua (2) pasukan Putera dan dua
(2) pasukan puteri yang terdiri daripada:

Pasukan Putera Pasukan Puteri


Pengurus Pasukan 1 -
Jurulatih 2 1
Pesilat Seni 7 7
Pesilat Olahraga 10 5
Jumlah 20 13

12.3 KELAS- KELAS YANG DIPERTANDINGKAN

Bil Kategori Putera Puteri


Kelas A – 45-50kg
Kelas B – 50-55kg
Kelas A – 45-50kg
Kelas C – 55- 60kg
Kelas B – 51-55kg
Kelas D – 60-65kg
Kelas C – 56- 60kg
1. Tanding Kelas E – 65-70kg
Kelas D – 61-65kg
Kelas F – 70-75kg
Kelas E – 66-70kg
Kelas G - 75-80kg
Kelas I – 80-85kg
Kelas J - 85-90kg
Solo(bebas) Solo (bebas)
Tunggal Putra Tunggal Putri
2. Seni
Ganda Ganda
Regu (jurus wajib) Regu (jurus wajib)

***Nota: Konsep Pertandingan mengikut kelayakan & kategori dipertandingkan dan


digunakan oleh PESAKA mengikut peraturan baharu PERSILAT ( tahun 2022.Ver.6)

13.0 YURAN DAN KOS PENYERTAAN


1.1 TIADA YURAN Penyertaan dikenakan kepada peserta.

1.2 Segala kos pengurusan pasukan sepanjang pemilihan dibawah


tanggungjawab kelab.

14.0 KATEGORI PENYERTAAN


14.1 SOLO KREATIF
14.1.1 Memperagakan kemahiran bersilat tangan kosong dan
bersenjata
14.1.2 Masa peragaan 3 minit
14.1.3 Muzik iringan disediakan oleh penganjur
14.1.4 Memilih 3 senjata untuk diperagakan daripada senjata pilihan
berikut:
14.2 TUNGGAL (tangan kosong dan senjata)
14.2.1 Memperagakan 14 Jurus Tunggal baku
14.2.2 Masa peragaan 3 minit
14.2.3 Senjata digunakan hanya golok dan toya
14.2.4 Persembahan solo oleh pesilat
14.2.5 Saiz senjata : Golok - Panjang mata 30 cm hingga 40 cm, lebar 2.5cm
hingga 4 cm
-Toya - Panjang 150 cm hingga 180 cm, diameter 2.5 cm hingga 3.5
cm.

14.3 TANDING
14.4 Berumur 16-20 tahun Syarat umur: Lahir pada tahun 2003 hingga 2007.
BIL BERAT PUTRA KELAS BERAT PUTRI
1 45 KG – 50 KG A 43 KG – 47 KG
2 50 KG – 55 KG B 51 KG – 55 KG
3 55 KG – 60 KG C 59 KG – 63 KG
4 60 KG – 65 KG D 67 KG – 71 KG
5 65 KG – 70 KG E 75 KG – 79 KG
6 70 KG – 75 KG F
7 75 KG – 80 KG G
8 80 KG – 85 KG H
9 85 KG – 90 KG I
10 90 KG – 95 KG J

- Masa pertandingan ikut babak ialah 2 minit untuk satu babak,


bermain dalam 3 babak sahaja. Satu (1) minit rehat antara
babak.

15.0 PERATURAN AM
15.1 Peraturan Kejuaraan ini merujuk kepada Peraturan Pertandingan Silat
yang telah dikeluarkan oleh Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa
(PERSILAT) Versi 6.0 Tahun 2022.
15.2 Penerangan tentang peraturan dan permarkahan perlawanan bagi
Kejuaraan ini akan diberikan semasa Sesi Mesyuarat Pengurus Pasukan
15.3 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan di dalam peraturan berkenaan
akan diputuskan seperti berikut :-
15.3.1 Sebarang permasalahan teknikal akan diputus berasaskan
kepada Undang-undang dan Peraturan Persekutuan Pencak Silat
Antarabangsa (PERSILAT).

Kesihatan
15.4 Peserta mesti memiliki kesihatan yang baik dan tidak menghidapi
sebarang penyakit dan/atau masalah kesihatan yang boleh menjejaskan
keselamatannya semasa menyertai Kejuaraan ini.
15.5 Bagi tujuan di atas, peserta mesti menjalankan pemeriksaan kesihatan
dengan Pegawai Perubatan yang bertauliah dengan kos sendiri serta
membuat pengakuan kepada pihak Penganjur.
15.6 Sekiranya syarat 15.4 dan 15.5 di atas tidak dipenuhi oleh seseorang
peserta, peserta tersebut adalah tidak layak untuk bertanding; dan
dengan itu menjadi tanggungjawab Pengurus dan/atau Jurulatih kepada
peserta tersebut untuk tidak membenarkan penyertaannya untuk
bertanding di dalam pemilihan ini.

Tahun Kelahiran dan Had Berat


15.8 Setiap Pengurus/Jurulatih hendaklah memastikan setiap peserta
mematuhi tahun kelahiran dan had berat yang telah ditetapkan untuk
setiap Kategori.
15.9 Kad Pengenalan / MyKid / Surat Beranak yang asli perlu dikemukakan semasa
peserta dipanggil untuk pemeriksaan.
15.10 Peserta akan menjalani proses penimbangan berat badan bagi
menentusahkan berat badannya bersesuaian dengan Had Berat bagi Kelas
yang didaftarkan.

Pemakaian
15.11 Pakaian pertandingan ialah Baju Silat berwarna hitam keseluruhannya
dengan potongan Melayu leher Cekak Musang. Baju yang mempunyai
garisan atau ‘lace’ berwarna lain tidak dibenarkan.
15.12 Pemakaian jam tangan atau barang perhiasan adalah dilarang.
15.13Pemakaian tudung kepala, sarung lengan dan kaki bagi peserta Puteri
adalah digalakkan bagi menjaga aurat. Walau bagaimanapun, peserta
bertanggungjawab memastikan yang tudung atau sarung tersebut
adalah berwarna hitam dan selamat dipakai untuk perlawanan dan tidak
menyebabkan kecederaan kepada peserta tersebut atau lawannya
seperti terjatuh akibat licin di atas lantai, tersangkut dan sebagainya.
15.14Peserta diwajibkan memakai kelengkapan keselamatan (no. i hingga iii
disediakan oleh peserta sendiri) iaitu:
i)Pelindung kemaluan (groin guard) yang sesuai.
ii)Pelindung lengan (arm guard) yang dilapisi span/busa (sponge/foam).
iii) Pelindung keting (shin guard) yang dilapisi span/busa (sponge/foam).
iv)Pelindung badan (body protector) – disediakan oleh Penganjur.
15.15 Pemakaian pelindung pelindung gigi (mouth guard) adalah dibenarkan
(disediakan oleh peserta sendiri).
15.16 Pemakaian pelindung kepala (head gear) adalah dibenarkan dan hanya
warna hitam dan putih sahaja dibenarkan. (disediakan oleh peserta sendiri).

Persiapan Peserta
15.17 Peserta adalah bertanggungjawab untuk mempersiapkan diri lebih awal
untuk pertandingan masing-masing.

15.18 Panggilan peserta akan dibuat oleh suara dari gelanggang yang
berkenaan. Peserta mesti peka kepada setiap pengumuman atau panggilan
yang dibuat oleh pihak Penganjur.

15.19 Sekiranya seseorang peserta tidak berada di sudut perlawanan


masingmasing (dengan pemakaian lengkap) setelah panggilan ketiga
diumumkan, peserta tersebut boleh dibatalkan atas keputusan Ketua
Pertandingan.

Adab sopan semasa Kejuaraan


15.20 Peserta, Pengurus, Jurulatih dan penyokong hendaklah mengamalkan adab
sopan sepanjang Kejuaraan.

15.21 Sorakan berbentuk sokongan kepada pasukan atau peserta adalah


digalakkan dengan syarat tidak mengganggu perjalanan Kejuaraan.
15.22 Perbuatan yang tidak bersemangat kesukanan seperti ejekan, caci-maki,
ugutan dan sebagainya kepada mana-mana peserta, Pengurus, Jurulatih,
Kakitangan Teknikal serta penyokong adalah tidak dibenarkan.

15.23 Sekiranya didapati mana-mana peserta, Pengurus, Jurulatih atau


penyokong seseorang peserta tersebut melakukan perbuatan yang tidak
bersemangat kesukanan, pihak Penganjur berhak untuk membatalkan
penyertaan peserta tersebut atau semua peserta di bawah pasukan tersebut
tanpa memberi apa-apa pampasan.

16.0 MAKLUMAT PASUKAN

16.1 Setiap pasukan hanya boleh mendaftarkan satu (2) pasukan PUTERA dan satu (2)
pasukan PUTERI yang terdiri daripada :-

KETERANGAN PUTERA PUTERI

Pengurus Pasukan 1
orang
Jurulatih 2 orang 1 orang

Atlet Tanding 10 orang 5 orang

Atlet Seni 7 orang 7 orang

JUMLAH 20 13
orang orang
33

16.2 Setiap Pasukan yang menyertai perlu menghantar salinan kad pengenalan
pesilat, borang pendaftaran pasukan, borang perubatan pesilat, borang
kebenaran pesilat, borang timbangan pasukan dan borang kesihatan
seperti yang dilampirkan

18.0 Keterangan lanjut mengenai pertandingan ini sila hubungi

21.2 Dr.Hj.Suharpi Hj. Lasuddang


Presiden
PSS PESAKA Daerah Lahad Datu
016-8015547
19.0 Penutup
Semoga dengan penganjuran kejuaraan ini dapat menyuntik semangat dan memberi
dorongan kepada generasi muda untuk terus bergiat aktif di dalam bidang Sukan Silat
dan menjadikannya sebagai satu budaya yang diamalkan setiap hari. Akhir sekali,
adalah menjadi harapan pihak penganjur agar kejohanan sukan ini menjadi platfom
kepada melahirkan pesilat negara.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

……………………………………….. ………………………………………………………
(SAMINAH BT RAFEL ) ( DR HJ SUHARPI B LASUDDANG)
Setiausaha, Presiden,
PSS PESAKA DAERAH. PSS PESAKA DAERAH.
LAHAD DATU LAHAD DATU

You might also like