You are on page 1of 8

‘PERTANDINGAN VIDEO KREATIF KAWAD KAKI’

KRS DAN TKRS


PERINGKAT NEGERI PERAK
TAHUN 2021

TARIKH
1 SEPT 2021- 15 OKT 2021

ANJURAN
SEKRETARIAT KRS DAN TKRS NEGERI PERAK

PENGELOLA
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
‘PERTANDINGAN VIDEO KREATIF KAWAD KAKI’
KRS DAN TKRS
PERINGKAT NEGERI PERAK
TAHUN 2021

1.0 PENGENALAN

‘PERTANDINGAN VIDEO KREATIF KAWAD KAKI’ KRS DAN TKRS ini dianjurkan
bertujuan memberikan peluang kepada kadet untuk menyertai pertandingan dari aspek kemahiran
kawad kaki. Format pertandingan ini dijalankan secara individu dan merujuk kepada Buku Panduan
Kawad Kaki KRS dan TKRS Kebangsaan.

Pertandingan kali ini dijalankan dalam keadaan norma baharu semasa dunia menghadapi Novel
Coronavirus (Covid-19) untuk memberi peluang murid mempamerkan kemahiran-kemahiran kawad
kaki mengikut aspek penilaian yang ditetapkan oleh pihak penganjur selain menerapkan ilmu serta
kemahiran teknologi maklumat.

2.0 MATLAMAT

Pertandingan ini bertujuan mendedahkan kebolehan dan memberi peluang kepada peserta
untuk menilai kebolehan diri untuk menjadi pemimpin di peringkat sekolah khususnya, dan di
peringkat daerah dan negeri amnya. Selain itu, aktiviti ini diharap akan dapat membentuk sahsiah dan
kepimpinan di kalangan pelajar melalui aktiviti-aktiviti di luar bilik darjah. Dalam masa yang sama
dapat membawa pulang sijil peringkat negeri yang memberi markah penglibatan dan pencapaian
dalam PAJSK.

3.0 OBJEKTIF

i. Membina keyakinan ahli kadet bahawa mereka berpotensi menjadi individu, pelajar
dan pemimpin yang cemerlang.

ii. Memberi kesedaran dan peluang untuk memahami diri sendiri serta orang lain ke arah
membentuk perkembangan diri yang positif.

iii. Memberi pengiktirafan kepada kadet berdasarkan kebolehan serta pencapaiannya.

iv. Mewujudkan kesedaran ahli kadet kepada kebolehan, keupayaan serta tanggungjawab
dirinya sebagai individu kepada keluarga, agama, masyarakat dan negara.

4.0 PELAKSANAAN AKTIVITI

4.1 Kumpulan sasaran

Anggota KRS tingkatan 4, 5 dan 6 serta TKRS tahun 5 dan tahun 6 dari negeri Perak.
4.2 Pertandingan ini dijalankan pada :

Tarikh : 1 September 2021 sehingga 15 Oktober 2021.

4.3 Kaedah pelaksanaan bagi pertandingan ini adalah secara atas talian (video).

4.4 Semua pergerakan dan kata hukuman kawad mestilah mematuhi standard dan piawai
kawad pasukan Kadet Remaja Sekolah (KRS).

4.5 Seorang kadet hanya boleh menyertai satu kategori pertandingan sahaja.

4.6 Kadet merakam video pelakuan kawad seperti yang terdapat dalam syarat
pertandingan.

4.7 Hasil video yang telah siap boleh diupload ke youtube dan linknya hendaklah
dihantar pada pautan google form yang telah diberikan oleh pihak penganjur.

4.8 Terma dan syarat penyertaan

a) Lihat Lampiran 1

4.9 Elemen pertandingan

4.9.1 Kategori Lelaki Dan Perempuan

4.9.2 Sekolah Menengah KRS

PERTANDINGAN ARAHAN & PERGERAKAN


SM1 Sedia, senang diri, rehatkan diri
SM2 Buka barisan, kanan lurus, pandang depan
SM3 Kanan, kiri, belakang, mengadap ke hadapan
SM4 Pergerakan pusing dengan nombor
SM5 Cepat jalan, hormat ke kanan, henti
SM6 Cepat jalan, hormat ke hadapan, henti
SM7 Cepat jalan, selaku terima sijil, henti
SM8 Cepat jalan ke belakang pusing, henti
SM9 Cepat jalan, mengadap ke hadapan, henti
SM10 Cepat jalan, tukar langkah semasa berjalan, henti
SM11 Cepat jalan, tukar langkah perlahan, henti
SM12 Cepat jalan, hentak kaki, henti
SM13 Perlahan jalan, ke belakang pusing, henti
SM14 Perlahan jalan, mengadap ke hadapan, henti
SM15 Perlahan jalan, hentak kaki, henti
SM16 Mara mengadap
SM17 Kawad tongkat
SM18 Panggil masuk baris
SM19 Belajar dan mengajar kawad

4.9.3 Sekolah Rendah TKRS

PERTANDINGAN ARAHAN & PERGERAKAN


SR1 Sedia, senang diri, rehatkan diri
SR2 Buka barisan, kanan lurus, pandang depan
SR3 Kanan, kiri, belakang, mengadap ke hadapan
SR4 Pergerakan pusing dengan nombor
SR5 Cepat jalan, hormat ke kanan, henti
SR6 Cepat jalan, hormat ke hadapan, henti
SR7 Cepat jalan, selaku terima sijil, henti
SR8 Cepat jalan ke belakang pusing, henti
SR9 Cepat jalan, mengadap ke hadapan, henti
SR10 Cepat jalan, tukar langkah semasa berjalan, henti
SR11 Cepat jalan, tukar langkah perlahan, henti
SR12 Cepat jalan, hentak kaki, henti
SR13 Perlahan jalan, ke belakang pusing, henti
SR14 Perlahan jalan, mengadap ke hadapan, henti
SR15 Perlahan jalan, hentak kaki, henti
SR16 Mara mengadap

4.10 Satu video bagi satu pertandingan.

4.11 Video yang dihasilkan perlulah dimuatt naik ke youtube dan link video youtube yang
telah siap hendaklah dihantar melalui google form yang diberikan.

4.12 Penghantaran video secara serahan manual dalam bentuk cakera padat, pemacu kilat,
atau disket adalah tidak dibenarkan dan penyertaan akan dibatalkan.

4.13 Video penyertaan murid berkenaan hendaklah dihantar oleh sekolah masing- masing
bermula 1 September 2021 atau sebelum 15 Oktober 2021 ke pautan:
https://forms.gle/7kXAn1YTAaFRUgfbA
5.0 ASPEK PENILAIAN

1. Hukuman dan Pergerakan kawad - 30 markah


2. Elemen pengajaran kawad - 20 markah (KRS Sahaja)
3. Kreativiti persembahan - 20 markah
4. Arahan bertulis pergerakan - 10 markah
5. Kualiti paparan audio visual - 10 markah
6. Kekemasan pakaian KRS/TKRS - 10 markah
7. Durasi (2 – 3 minit) (durasi video yang lebih akan dikenakan penalti)
6.0 PENALTI

6.1 Penalti diberikan sekiranya kadet tidak memakai pakaian penuh atau separa uniform
KRS.

6.2 Guru penasihat digalakkan untuk menyemak dan memastikan kadet memakai
pakaian dengan betul dan kemas.

6.3 Durasi video yang melebihi 3 minit akan dikenakan penalti 5 markah.

7.0 PANEL PENILAI

7.1 Hakim terdiri daripada hakim-hakim berkelayakan yang dipilih dan dilantik oleh
Jabatan Pendidikan Negeri Perak.
7.2 Pemarkahan hakim adalah berdasarkan pemarkahan yang telah dinyatakan dalam syarat
pertandingan.
7.3 Semua hakim akan diberikan taklimat dahulu untuk proses penghakiman.
7.4 Keputusan hakim adalah muktamad.
8.0 KATEGORI PEMENANG

8.1 Setiap pertandingan mempunyai lima kategori pencapaian

KRS LELAKI KRS PEREMPUAN TKRS LELAKI TKRS


PEREMPUAN
Johan Johan Johan Johan
Naib johan Naib johan Naib johan Naib johan
Ketiga Ketiga Ketiga Ketiga
Keempat Keempat Keempat Keempat
Kelima Kelima Kelima Kelima
Setiap peserta akan menerima Sijil Pencapaian secara e-sijil yang akan dikeluarkan oleh
pihak JPN Perak.
8.2 Keterangan lanjut mengenai pertandingan ini, bolehlah menghubungi PT KRS dan
TKRS Daerah masing – masing.

9.0 Keterangan lanjut mengenai pertandingan ini, sila hubungi

9.1 TKRS

MOHD HAFIZ HELMI BIN MD HASHIm


SK PUSING,
KINTA UTARA
0134851272

9.2 KRS
DILMI BIN MOHD ZULKIFLI
SMK METHODIST (ACS),
MANJUNG
0195796701

10.0 PENUTUP

Adalah diharapkan melalui pertandingan ini akan dapat meningkatkan lagi


profesionalisme dan pencapaian kadet. Selain itu, pelaksanaan program ini akan memberi
ruang dan peluang kepada ahli KRS dan TKRS untuk terus mempamerkan kebolehan dan
kemahiran mereka dalam bentuk yang berbeza (paparan video) ekoran pengawalan aktiviti
sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi
menangani penularan Novel Coronavirus (Covid-19). Semoga, penghasilan video kawad kaki
ini memberi ruang dan peluang untuk memperkasakan KRS dan TKRS di Malaysia setanding
dengan unit beruniform yang lain.
LAMPIRAN 1

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN VIDEO KREATIF KAWAD KAKI


KADET REMAJA SEKOLAH DAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH
PERINGKAT NEGERI PERAK , 2021

1. PENYERTAAN

1.1 Penyertaan adalah terbuka kepada Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan Tunas Kadet
Remaja Sekolah (TKRS) di Kolej Tingkatan 6, Sekolah-sekolah kerajaan, Sekolah
bantuan kerajaan, Sekolah Agama Negeri, sekolah sekolah swasta yang berdaftar
dengan badan induknya sahaja.

1.2 Peserta hanya boleh menyertai satu kategori pertandingan yang ditawarkan sahaja.

1.2.1 Kuota penyertaan bagi sekolah menengah ialah maksimum satu sekolah 19
orang kadet untuk 19 kategori pertandingan (1 kadet 1 pertandingan sahaja).

1.2.2 Kuota penyertaan bagi sekolah rendah ialah maksimum satu sekolah 16
orang kadet untuk 16 kategori pertandingan yang ditawarkan (1 kadet 1
pertandingan sahaja).

1.3 Pertandingan akan dijalankan di peringkat negeri.

1.4 Semua hasil video yang dihantar menjadi menjadi hak milik penganjur.

1.5 Pihak penganjur berhak membuat reproduksi ke atas video bagi tujuan publisiti,
promosi, penerbitan dan sebagai bahan ilmu atau rujukan.

2. PENDAFTARAN

2.1 Kadet mestilah terdiri daripada murid-murid yang sedang menuntut di Sekolah
Menengah (Tingkatan 4, 5 dan 6) dan Sekolah Rendah (Tahun 5 dan 6).

2.2 Penyertaan pertandingan ini adalah berbentuk individu sahaja.

2.3 Peserta akan mendaftar dan melengkapkan butiran yang diperlukan menggunakan
pautan borang pendftaran yang akan diberikan oleh pihak penganjur.

3. PAKAIAN

3.1 Kadet yang mengambil bahagian hendaklah berpakaian uniform penuh atau uniform
separa.

3.2 Semua aksesori yang dipakai pada pakaian mestilah dipakai dengan betul dan kemas.

3.3 Semua aksesori yang dipakai pada pakaian mestilah dipakai semasa rakaman
pertandingan kawad dijalankan.
3.4 Hanya dibenarkan memakai uniform lengkap (full uniform) atau separa (half Uniform)
sahaja.

3.5 Kekurangan atau kesalahan pada aspek pemakaian uniform akan dikenakan penalti.

4. JANGKA MASA PERSEMBAHAN

4.1 Jangka masa persembahan atau rakaman penuh termasuk pendahuluan dan penutup bagi
setiap kadet adalah berdurasi 2-3 minit. Oleh itu kadet perlu bijak mengatur masa.

4.2 Masa yang melebihi dari durasi yang ditetapkan akan dikenakan penalti 5 markah.

5. LOKASI RAKAMAN

5.1 Kawasan rumah atau kawasan yang sesuai dan patuh SOP pendemik semasa.

6. RAKAMAN VIDEO

6.1. Video boleh dirakam dan disunting menggunakan alat rakaman dan suntingan yang
sesuai.

6.2. Hasil video hendaklah mematuhi syarat-syarat penyertaan dan kategori pertandingan
yang disertai.

7. SUNTINGAN VIDEO

7.1. Video yang dihantar boleh di sunting untuk menyampaikan pengajaran/ menjadi contoh
kawad dengan kaedah yang kreatif. (penerangan boleh dibuat dengan pelbagai kaedah
seperti tulisan, penerangan audio atau kaedah yang difikirkan sesuai)

7.2. Rakaman kawad perlulah penuh dari mula pergerakan hingga tamat pergerakan.

7.3. Penambahan elemen pendahuluan dan penutup pada mula dan akhir video yang
dihantar adalah dibenarkan (intro/credit).

7.4. Watermark peribadi/syarikat rakaman adalah tidak dibenarkan diletak atas video kawad
kecuali watermark perisian suntingan yang ada secara automatik jika perisian suntingan
digunakan secara percuma.

7.5. Paparan proses kerja atau penerangan perbuatan kawad yang dipaparkan di atas video
kawad adalah dibenarkan.

You might also like