You are on page 1of 10

Rancangan Pengajaran KSSR Tahun 1 Mata pelajaran dan Kelas : Dunia Sains dan Teknologi Tahun Satu Tema

/ Tajuk: Teknologi dan Kehidupan Lestari / Reka Bentuk Masa: 2 waktu

1. Standard Kandungan: 12.1 Mencipta binaan daripada bentuk asas bongkah 2. Standard Pembelajaran: 12.1.1, 12.1.2, 12.1.3,12.1.4 3. Objektif Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: i. Mengenal pasti bentuk asas bongkah iaitu kubus, kuboid, piramid, prisma, kon, silinder dan sfera. ii. Mereka bentuk objek atau struktur menggunakan bentuk asas dan bentuk asas bongkah. iii. Menaakul kepentingan kepelbagaian bentuk bongkah secara lisan. iv. Menjelaskan pemerhatian melalui gambar. 4. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran: i. Guru mengedarkan pelbagai bentuk iaitu silinder, kon, piramid, kubus dan kuboid. ii. Murid menamakan bentuk-bentuk yang ada mengikut pengetahuan sedia ada. iii. Guru membimbing murid menamakan bentuk. (Lampiran 1) iv. Murid membincangkan kepentingan kepelbagaian bentuk bongkah secara lisan. v. Murid menamakan bentuk yang terdapat pada objek (Lampiran 2 ) yang disediakan. 5. Elemen Merentas Kurikulum (EMK) i. ii. Kreativiti: 4 Sistesis Idea Keusahawanan: 1.4 Daya Kreativiti dan Inovasi

6. Bahan Bantu Belajar: i. ii. iii. iv. Model bentuk dan bongkah. Lembaran Kerja 1. Gambar (Lampiran 2). Lego

7. Penilaian pengajaran dan pembelajaran: Guru meminta murid-murid menjawab soalan dalam Lembaran Kerja 1.

Aktiviti Pengayaan

Murid membina binaan menggunakan bongkah yang disediakan (Lego).

Aktiviti Pemulihan

Murid-murid melukis bentuk asas bongkah iaitu kubus, kuboid, piramid, prisma, kon, silinder dan sfera.

8. Refleksi:

Lampiran 1 :

Lembaran Kerja 1 :
Padankan.

Lampiran 2:

Namakan bentuk yang terdapat pada objek berikut:

You might also like