You are on page 1of 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ KAILAN

13200 KEPALA BATAS,SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG.


TEL: 04-5753894 , FAX: 04-5741850
E-MAIL: smkpkpea2058@gmail.com
Ruj. Kami :
Tarikh :

YBHG. Dato’ Haji Ahmad bin Darus


No. 2 Lorong Bertam, Jalan 1,
Taman Bertam Jaya,
13200 Kepala Batas,
_________________________________________________________________________________________

Melalui dan Salinan,

Pengetua,
SMK Dato’ Kailan,
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang 5 OGOS 2022.

Y.B Tan Sri/Y.B Dato’/ Y.B Datin/Tuan/Puan

Per : MEMOHON SUMBANGAN MAJLIS MAKAN MALAM

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Saya mewakili Kelab Guru dan Kakitangan SMK Dato’ Kailan ingin memohon sumbangan berbentuk
kewangan bagi meraikan Majlis Persaraan Encik Ahmad Nazri bin Abdul Hamid yang akan diadakan pada :

Tarikh : 13 Ogos 2022


Hari : Sabtu
Masa : 8.30 malam
Tempat : Penang Golf Resort, Kepala Batas.

3. Untuk makluman Dato’, tujuan majlis ini diadakan bagi mengenang jasa Encik Ahmad Nazri yang telah
menabur jasa dan bakti beliau kepada SMK Dato’ Kailan selama 30 tahun. Selain itu, beliau juga merupakan
bekas Pengerusi JKKK, tokoh dan pemudah cara dalam masyarakat terutamanya dalam DUN Pinang Tunggal
dan Parlimen Kepala Batas selama hampir 30 tahun.

4. Sehubungan itu, saya berharap agar pihak Y.B Tan Sri / Y.B Dato’ / Y.B Datin/ Tuan/ Puan dapat
menghulurkan sumbangan bagi menampung perbelanjaan untuk menjayakan program tersebut. Sumbangan
boleh diserahkan kepada Pengerusi Kelab Guru SMK Dato’ Kailan iaitu Encik Mahamad Jamil b Johari.

5. Untuk sebarang pertanyaan atau keraguan, sila hubungi Pengerusi Encik Mahamad Jamil b Johari
(011- 28622610) dan Naib Pengerusi Cik Najwa binti Mohd.Jamil (012-5182545).

6. Segala kerjasama dan keprihatinan Y.B Tan Sri / Y.B Dato’ / Y.B Datin/ Tuan/ Puan saya dahului
dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menjalankan Amanah,

Yang benar,

____________________________
(SITI FADHILA BINTI ABDULLAH)
Setiausaha Kelab Guru SMK Dato’ Kailan

You might also like