You are on page 1of 2

PERATURAN MAKMAL SAINS

PERATURAN MAKMAL BAGI PELAJAR

1. Makmal dan bilik persediaan ialah kawasan larangan. Tidak sesiapapun dibenarkan
masuk tanpa kebenaran guru.

2. Peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi dalam makmal tidak boleh dibawa keluar tanpa
kebenaran guru.

3. Peralatan sains, bahan kimia atau bahan biologi hanya boleh digunakan atas arahan dan
panduan guru.

4. Semua peralatan sains, bahan kimia atau bahan biologi yang telah digunakan hendaklah
dikembalikan ke tempat asalnya.

5. Semua radas hendaklah dibersihkan sebelum dan selepas digunakan.

6. Eksperimen tidak boleh dilakukan tanpa pengetahuan dan kebenaran guru.

7. Setiap kerosakan, pecahan atau hal kemalangan perlulah dilaporkan dengan segera
kepada guru atau pun kakitangan makmal.

8. Dilarang bermain-main dengan segala peralatan dan kelengkapan di dalam makmal.

9. Tidak dibenarkan berpindah dari tempat duduk yang dikhaskan ke tempat lain tanpa
kebenaran guru.

10. Kerusi makmal hendaklah diatur dengan kemas. Keadaan dalam makmal hendaklah bersih dan
kemas selepas tiap-tiap waktu makmal.

11. Kertas tidak boleh digunakan untuk menghidupkan api penunu bunsen.

12. Kayu mancis dan benda-benda lain yang masih berbara mesti dipadamkan sebelum dibuang ke
dalam tong sampah.

13. Kayu mancis, kertas turas ataupun sebarang sampah dalam bentuk pepejal tidak boleh
dibuang ke dalam ataupun ke bawah sink, tetapi mesti dibuang ke dalam tong sampah yang
disediakan.

14. Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik makmal.

15. Beg pelajar tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik makmal.

16. Air pili di dalam makmal tidak boleh diminum.

17. Tidak dibenarkan menggunakan peti pertolongan cemas tanpa pengetahuan guru.

18. Langkah-langkah keselamatan mersti dipatuhi setiap masa.

You might also like