You are on page 1of 1

SMK Dang Anum

PERATURAN MAKMAL SAINS BAGI PELAJAR

PERATURAN AM

v Kebenaran guru hendaklah diperolehi sebelum memasuki makmal sains dan bilik persediaan.

v Peralatan dan bahan sains dalam makmal sains tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran guru.

v Peralatan dan bahan sains hanya boleh digunakan atas arahan guru.

v Semua peralatan dan bahan sains yang telah digunakan hendaklah dikembalikan ke tempat asal seperti yang diarahkan
oleh guru.

v Semua radas hendaklah dibersihkan selepas digunakan.

v Kerja amali hanya boleh dilakukan dengan kebenaran dan pengetahuan guru.

v Peralatan yang rosak atau pecah perlu dilaporkan dengan segera kepada guru atau Pembantu Makmal yang berkenaan.

v Sebarang kemalangan yang berlaku perlu dilaporkan dengan segera kepada guru.

v Pelajar dikehendaki menjaga kebersihan dan susunan perabot supaya kemas dan teratur.

v Sebarang benda yang masih menyala atau berbara tidak boleh dibuang ke dalam tong sampah.

v Hanya buku dan peralatan belajar yang dibenarkan sahaja boleh dibawa masuk ke dalam makmal sains.

v Bahan dan alat dalam Kit Pertolongan Cemas hanya boleh digunakan dengan kebenaran dan pengawasan guru.

v Pelajar dilarang bermain-main dan berlari di dalam makmal sains. Kelakuan buruk boleh mengakibatkan kemalangan.

PENGGUNAAN BAHAN KIMIA

v Baca label pada botol reagen dengan teliti untuk memastikan bahawa bahan kimia yang digunakan itu adalah betul.

v Gunakan bahan kimia mengikut keperluan sahaja semasa menjalankan amali.

v Gunakan spatula sahaja untuk mengambil bahan kimia pepejal.

v Botol yang mengandungi bahan kimia mesti ditutup selepas digunakan.

v Dilarang menghidu dan merasa sebarang bahan kimia kerana bahan kimia adalah beracun dan mengakis.

PENGGUNAAN BAHAN BIOLOGI

v Spesimen biologi jenis bahan bukan perosak yang masih hidup hendaklah dikembalikan semula ke habitatnya.

v Spesimen yang sudah dibedah hendaklah dikumpul dan ditanam.

v Jangan buka piring petri yang mengandungi kultur mikroorganisma.

v Jika piring petri mengandungi mikroorganisma retak atau pecah, ianya hendaklah dilaporkan kepada guru dengan segera.

PERINGATAN
PIHAK SEKOLAH TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KEJADIAN
YANG TIDAK DIINGINI SEKIRANYA SESEORANG PELAJAR ITU
TIDAK MEMATUHI PERATURAN YANG TERSEBUT DI ATAS.

You might also like