You are on page 1of 4

www.cikgukini.

com koleksi pendidikan anda | NOTA | LATIHAN | SOALAN PEPRIKSAAN | ISU PENDIDIKAN



BAB 1: PENGENALAN KEPADA SAINS


1.2 Makmal Sains?
Makmal Sains
1. Makmal sains ialah bilik di mana penyiasatan saintifik dijalankan.
2. Pelajar perlu mengetahui dan mematuhi peraturan dan langkah-langkah keselamatan untuk
mengelakkan kemalangan di makmal sains.

Peraturan Umum dan Langkah-langkah Keselamatan
1. Anda tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal sains tanpa izin guru.
2. Anda tidak dibenarkan membawa makanan atau minuman ke dalam makmal sains.
3. Anda tidak dibenarkan memasuki bilik pembantu makmal dan stor.
4. Anda hanya boleh menggunakan radas dan bahan yang disediakan dengan izin guru.
5. Semua radas dan bahan hanya boleh digunakan dengan arahan guru.
6. Bahan dan radas mesti digunakan dengan betul bagi mengelakkan kerosakan dan
kemalangan.
7. Sentiasa memeriksa label pada botol sebelum menggunakannya.
8. Anda tidak boleh merasa sebarang bahan kimia melainkan atas arahan guru.
9. Gunakan pemetik api atau mancis untuk menyalakan penunu Bunsen dan jangan
menghalakan mulut tabung uji ke arah diri sendiri atau kawan.
10. Anda mesti melaporkan sebarang kemalangan atau kecederaan seperti luka dan terbakar
kepada guru dengan segera.
11. Anda tidak boleh bermain atau berlari di dalam makmal.
12. Apabila sebarang bahan kimia terkena badan atau pakaian anda, basuh dengan air yang
banyak.
13. Sentiasa jaga kebersihan makmal terutamanya selepas eksperimen.
14. Cuci semua radas yang telah digunakan dan kembalikan ke tempat yang betul.
15. Tutup suis semua alat elektrik dan penunu Bunsen sebelum meninggalkan makmal sains.



www.cikgukini.com koleksi pendidikan anda | NOTA | LATIHAN | SOALAN PEPRIKSAAN | ISU PENDIDIKAN

Radas-Radas Makmal
Berikut merupakan beberapa jenis radas yang biasa dijumpai di makmal sains:


www.cikgukini.com koleksi pendidikan anda | NOTA | LATIHAN | SOALAN PEPRIKSAAN | ISU PENDIDIKAN



Menggunakan Penunu Bunsen
1. Cara-cara yang betul semasa menggunakan penunu Bunsen:
a) Pastikan salur getah dipasang dengan kemas pada pili gas dan penunu Bunsen.
b) Tutup lubang udara penunu dengan memusingkan gelang.
c) Nyalakan mancis dan dekatkannya dengan bahagian atas cerobong.
d) Buka pili gas perlahan-lahan.
e) Buka lubang udara sehingga nyalaan biru terhasil.
2. Untuk mengelakkan kemalangan, anda perlu mengambil langkah-langkah berikut:
a) Guna pemetik api atau mancis untuk menyalakan penunu Bunsen.
b) Jangan halakan mulut tabung didih ke arah diri sendiri atau rakan.
c) Jangan panaskan bahan kimia mudah terbakar secara terus.
d) Tutup gas selepas menggunakan penunu Bunsen.


Simbol Berbahaya
1. Langkah-langkah yang betul semasa mengendalikan bahan bahaya:
a) Jauhkan bahan kimia mudah terbakar daripada api.
b) Elakkan daripada menyedut atau merasa bahan kimia bahaya.
c) Simpan natrium, kalium dan litium dalam minyak pan.
2. Bahan kimia mempunyai simbol pada botolnya (label) untuk menandakan sifat-sifatnya.


www.cikgukini.com koleksi pendidikan anda | NOTA | LATIHAN | SOALAN PEPRIKSAAN | ISU PENDIDIKAN

Simbol yang digunakan untuk menunjukkan bahan kimia berbahaya

You might also like