You are on page 1of 58

Peraturan Keselamatan Makmal

Dan Prosedur Kerja Lapangan

1. PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL

1.1 Peraturan Umum

1.1.1 Pengguna makmal hendaklah memakai baju makmal dan kasut


(sebarang bentuk selipar ditegah sama sekali) semasa berada
dalam makmal. Cermin mata keselamatan wajib dipakai dalam
makmal. Pemakaian purdah adalah dilarang.
1.1.2 Pengguna makmal dilarang makan, minum dan merokok dalam
makmal.
1.1.3 Pengguna dilarang bergurau dalam makmal.
1.1.4 Bilik makmal tidak boleh digunakan sebagai bilik rekreasi
walaupun semasa rehat
1.1.5 Jangan meninggikan suara dalam makmal dan di koridor.
1.1.6 Pelajar tidak dibenarkan bekerja sebelum atau selepas masa yang
ditentukan kecuali diiringi oleh pembimbing/pembantu makmal
yang bertugas.
1.1.7 Sampah sarap kerja amali mestilah dibuang ke dalam bakul
sampah atau tempat yang dikhaskan. Jangan buang sampah
dalam sink atau dalam urinal.
1.1.8 Sisa eksperimen mestilah dibuang ke dalam bekas berlabel yang
dikhaskan.
1.1.9 Sisa pelarut organik mestilah dibuang ke dalam botol berlebel
yang dikhaskan.
1.1.10 Mereka yang tidak berkenaan tidak dibenarkan masuk ke dalam
makmal kecuali dengan urusan/kebenaran.
1.1.11 Sebarang operasi melibatkan mulut seperti mempipetkan larutan
adalah dilarang.
1.1.12 Pelajar tidak dibenarkan menyimpan atau menyalin kunci
makmal.

1
Peraturan Keselamatan Makmal
Dan Prosedur Kerja Lapangan

1.1.13 Meja kerja mestilah dikemaskan setiap hari sebelum


meninggalkan makmal.
1.1.14 Anda perlu membiasakan diri dengan kedudukan peralatan
kecemasan seperti pemadam api, penyiram kecemasan dan lain-
lain.
1.1.15 Muka dan tangan mestilah dibersihkan sebelum meninggalkan
makmal.
1.1.16 Sebarang kemalangan mestilah dilaorkan dengan segera secara
lisan kepada pengawas/pembantu makmal/jurutunjuk dan secara
bertulis kepada jabatan dan pegawai pengawas keselamatan.

1.2 Cermin Mata Keselamatan

1.2.1 Pastikan anda memakai cermin keselamatan semasa berada


dalam makmal. Cermin mata hanya boleh ditinggalkan apabila
anda keluar dari makmal, bukan selepas anda selesai sesuatu
eksperimen.
1.2.2 Bahaya utama kepada mata anda ialah bahan kimia (seperti gas,
cecair atau pepejal), benda yang bertebangan (seperti serpihan
kaca) dan punca cahaya yang kuat (seperti laser).
1.2.3 Mata juga sangat peka kepada wap SO2, Cl2 dan NH3. Iritasi
mata dapat diminimumkan atau diatasi dengan merancang
eksperimen secara teliti dan menggunakan alat penyingkiran
wap secara berkesan.
1.2.4 Mata yang terkena cecair atau pepejal yang menghakis boleh
menyebabkan kecederaan yang lebih teruk.
1.2.5 Mata yang terkena bahan kimia mesti dibasuh secepat mungkin
dengan larutan daripada botol pencuci mata atau air paip yang
bersih selama 20 minit. Dapatkan rawatan doktor secepat
mungkin.

2
Peraturan Keselamatan Makmal
Dan Prosedur Kerja Lapangan

1.2.6 Jika mata terkena bahan kimia, pembasuhan tidak akan berkesan
jika anda menggunakan kanta sentuh. Ini kerana bahan kimia
akan terperangkap antara kanta dan mata anda.

1.3 Alat Radas

1.3.1 Pelajar dilarang menggunakan alat radas tanpa mendapat


keterangan yang lengkap daripada pensyarah atau pembantu
makmal. Penggunaan alat radas rumit tanpa pengawasan akan
membahayakan diri sendiri dan juga pengguna lain serta juga
boleh melibatkan kerosakan kepada alat tersebut.
1.3.2 Sebelum menggunakan radas, pastikan bahawa punca kuasa dan
palam adalah sesuai dengan alat berkenaan.
1.3.3 Gunakan alat radas yang sensitif di tempat yang dikhaskan tanpa
mengalihkannya.
1.3.4 Kerosakan yang berlaku kepada alat semasa menggunakannya
hendaklah dilaporkan dengan segera kepada pembantu
makmal/jurutunjuk yang berkenaan. Jangan cuba membaikinya
sendiri.

1.4 Radas Kaca

1.4.1 Apabila anda perlu menyambung tiub kaca kepada tiub getah,
penyumbat getah atau tiub plastik, pastikan yang saiz lubang
bersesuaian. Gunakan sedikit air atau gliserin sebagai pelincir.
Pastikan anda gunakan kain yang tebal sebagai pengalas untuk
melakukan kerja sedemikian.
1.4.2 Jika penutup atau “groud glass” terlekat, dapatkan bantuan
jurutunjuk atau pembantu makmal. Jangan gunakan psaksaan
untuk menanggalkan sambungan kaca kerana kaca akan pecah.
1.4.3 Hujung setiap tiup kaca perlulah dilicinapikan.

3
Peraturan Keselamatan Makmal
Dan Prosedur Kerja Lapangan

1.4.4 Jangan menggunakan paksaan untuk mengeluarkan getah atau


gabus dari tiub kaca. Jika perlu, potong getah atau gabus dari
tiub kaca.
1.4.5 Jangan cuba memaksa penyumbat yang besar ke dalam mulut
kelalang. Penyumbat boleh dikecilkan dan menjadi lembut
dengan menggelekkannya.

1.5 Bahan Kimia

1.5.1 Elakkan penggunaan api secara terbuka. Jika perlu, perhatian


khas mesti diberikan dan jangan ditinggalkan begitu sahaja.
Pastikan tiada pelarut mudah terbakar di sekitarnya.
1.5.2 Pastikan aras bahaya dan cara pengendalian sesuatu bahan kimia
sebelum memulakan kerja.
1.5.3 Elakkan sentuhan secara langsung dengan sebarang bahan kimia.
Jangan merasa atau menghidu bahan kimia melainkan bila
diperlukan. Cuci anggota badan yang terkena bahan kimia
dengan sabun.
1.5.4 Semua sampel bahan kimia mestilah dilabel dengan betul.
Jangan gunakan bahan kimia tanpa label.
1.5.5 Jangan mengambil bahan kimia lebih daripada yang diperlukan
dari botol dan segala lebihan mestilah dibuang
di tempat yang dikhaskan dan jangan memasukkan balik
lebihannya ke dalam botol asal.
1.5.6 Semasa menyediakan larutan, larutan pekat haruslah dituang ke
dalam larutan kurang pekat, bukan sebaliknya. Cermin mata
keselamatan mesti dipakai dan kerja pencairan mestilah
dilakukan dalam almari wasap.
1.5.7 Kebanyakan eter membentuk peroksida, iaitu suatu bahan yang
berpotensi untuk meletup apabila terdedah kepada udara dan

4
Peraturan Keselamatan Makmal
Dan Prosedur Kerja Lapangan

cahaya. Jangan goncang atau panaskan eter jika anda tidak pasti
sama ada eter itu bebas daripada peroksida atau tidak.
1.5.8 Elakkan pelarut yang mudah terbakar daripada terdedah secara
langsung kepada cahaya matahari dan haba. Jangan panaskan
pelarut dengan api terbuka atau plat pemanas elektrik.
1.5.9 Jangan gunakan ketuhar elektrik tanpa ventilasi untuk menyejat
pelarut organik atau sisa pelarut dalaam sampel atau penjanaan
semula bahan penjerap (gel silika) yang tidak dicemari oleh
pelarut organik.
1.5.10 Semua botol Winchester yang berisi bahan kimia mestilah
dibawa khas dan buka dengan memegang lehernya/telinganya.

1.6 Pembuangan Sisa Makmal

1.6.1 Setiap pelajar bertanggungjawab untuk membersihkan kawasan


meja kerja masing-masing supaya tidak membahayakan
pengguna lain. Sisa yang memudaratkan mestilah dibotolkan dan
dilabelkan dengan baik.
1.6.2 Buangan makmal mestilah mempunyai pH dalan julat 6 ke 10.
1.6.3 Had kepekatan bahan berikut dalam sisa makanan ialah:

Nama Bahan Kepekatan m/L-1

Pepejal terapung 350


Minyak dan gris 50
Karbohidrat (sebagai D(+)-glukosa 500
Sianida (CN-) 5
Sulfat (SO42-) 330
Sulfida (S2-) 2

5
Peraturan Keselamatan Makmal
Dan Prosedur Kerja Lapangan

Logam kromium, kuprum, nikel, zink, kadmium, plumbum dan


argentum mestilah secara total atau individu tidak melebihi 10
mgL-1.

Bahan pencuci anion (seperti manoxol OT), kation (seperti Cetyl


piridinium bromide) dan bukan ionik (seperti Lissapol NS)
mestilah tidak melebihi secara total 20 mgL-1.
1.6.4 Bahan berikut tidak boleh dibuang ke dalam sink makmal.
- Petroleum spirit
- Kalsium karbida
- Sebatian organik dari kumpulan hidrokarbon
terhalogen
1.6.5 Semua sisa makmal yang tidak sesuai untuk dibuang ke dalam
sink mestilah dikumpul dan disimpan dalam bekas yang
dikhaskan. Setiap pelajar yang menjanakan sisa makmal
bertanggungjawab mengumpul bahan-bahan itu dan memberi
maklumat yang perlu kepada kakitangan yang
dipertanggungjawabkan.
1.6.6 Pelarut organik yang tidak terlarut-campur dengan air pelarut
dan pelarut-pelarut yang mudah terbakar tidak boleh dibuang ke
dalam sink atau longkang.
1.6.7 Sisa pelarut dan sisa kimia lain mestilah dikumpul secara
berasingan mengikut sifat fizikal dan kimia bahan. Sisa pelarut
diasingkan kepada:
- Pelarut yang mudah terbakar
- Pelarut yang tidak mudah terbakar
- Pelarut terhalogen
1.6.8 Elakkan pencampuran sisa pelarut.
1.6.9 Sisa kloroform tidak boleh dicampur dengan sisa pelarut lain
seperti sisa aseton kerana kloroform boleh bertindakbalas
dengan cergas sehingga tidak terkawal.

6
Peraturan Keselamatan Makmal
Dan Prosedur Kerja Lapangan

1.6.10 Sisa natrium tidak boleh dibuang ke dalam sink, tetapi mesti
ditindakbalaskan sedikit demi sedikit dengan alkohol kering.
1.6.11 Botol Winchester mestilah dibasuh sekurang-kurangnya dua kali
dengan air sebelum buang.

1.7 Bahan Radioaktif

1.7.1 Setiap kerja dengan bahan radioaktif mestilah dilakukan dalam


talam beralas dan di bilik yang ditetapkan.
1.7.2 Pengguna makmal radioaktif mesti memakai ‘film badge’ atau
peralatan pengesan yang lain.
1.7.3 Sarung tangan getah mesti dipakai apabila bekerja dengan bahan
radioaktif secara terbuka.
1.7.4 Sarung tangan getah dan pakaian mesti dipantau selepas
pengendalian bahan radioaktif secara terbuka.
1.7.5 Semua alat radas yang digunakan untuk bahan radioaktif
mestilah dilabelkan dengan pita amaran radioaktif dan pita
ditanggalkan sesudah alat radas dicuci dan didapati bersih
daripada bahan radioaktif.
1.7.6 Sisa radioaktif mesti dikumpul dalam bekas khas.
1.7.7 Jika tumpahan cecair radioaktif berlaku, serapkan tumpahan itu
dan bersihkan dengan kertas tisu. Pemantauan perlu dilakukan
selepas tempat itu kering.
1.7.8 Jika tumpahan pepejal radioaktif berlaku, tutupkan tempat itu
dengan kertas tisu lembab. Pemantauan perlu dilakukan selepas
itu.
1.7.9 Semua bahan radioaktif bertanda sama ada tertutup atau tidak,
mestilah disimpan di tempat-tempat yang telah ditetapkan.
1.7.10 Bahan radioaktif mesti dilabelkan dengan sempurna sebelum
dan semasa menggunakannya.

7
Peraturan Keselamatan Makmal
Dan Prosedur Kerja Lapangan

1.7.11 Baju makmal hendaklah ditinggalkan di tempat yang disediakan


apabila hendak meninggalkan kawasan ini.
1.7.12 Pembuangan sisa dan pembelian bahan radioaktif mestilah
dilakukan menerusi pegawai pengawas keselamatan atau
mengikut peraturan yang ditetapkan.

1.8 Elektrik, Gas dan Lain-lain

1.8.1 Pastikan semua sumber gas, elektrik dan air ditutup sebelum
meninggalkan makmal. Tingkap almari wasap mestilah
diturunkan ke paras paling rendah.
1.8.2 Pastikan punca kuasa itu sesuai dengan alat yang digunakan.
Alat yang telah selesai digunakan mesti ditinggalkan palamnya.
1.8.3 Jika sesuatu eksperimen perlu ditinggalkan, pastikan eksperimen
itu dapat berjalan dengan selamat dan semua sistem saluran air,
gas, elektrik dan lain-lain mestilah diperkuatkan dan sempurna
keadaannya supaya kebocoran tidak berlaku. Peralatan elektrik
juga mesti mempunyai sistem pasti selamat (‘fail-safe system’)

1.9 Hal-Hal Lain

1.9.1 Bilangan peralatan dan radas yang beroperasi secara


berpanjangan di luar waktu pejabat mestilah diminimumkan bagi
mengelakkan kemungkinan banjir dan kebakaran.
1.9.2 Pelajar bertanggungjawab membersihkan meja kerja, sink,
peralatan dan alat-alat yang digunakan.
1.9.3 Kakitangan makmal bertanggungjawab membersih meja kerja,
sink, unit-unit di bawah meja kerja, almari, peti sejuk, alamari
wasap dan alat radas yang berkaitan.
1.9.4 Pelajar bertanggungjawab membersihkan meja kerja, sink,
peralatan dan alat-alat yang digunakan.

8
Peraturan Keselamatan Makmal
Dan Prosedur Kerja Lapangan

1.9.5 Jika sesuatu eksperimen itu berbahaya, maka eksperimen itu


perlu dibincangkan dengan Pengerusi Pusat Pengajian berkenaan
dan seterusnya memberitahu pegawai pengawas keselamatan.
1.9.6 Pelajar perlu berhati-hati apabila bekerja dengan sampel biologi
seperti darah, urin, mikrob dan lain-lain, disebabkan bahaya dari
jangkitan kuman-kuman berbahaya.

2. PERATURAN BEKERJA DI LUAR WAKTU PEJABAT

2.1 Pensyarah, pembantu makmal dan pelajar boleh terus bekerja (atau
keluar masuk bangunan) sehingga pukul 5.30 petang pada hari Isnin
hingga Jumaat tanpa memerlukan surat kebenaran dari Pusat Pengajian.
2.2 Pelajar hanya dibenarkan bekerja selepas pukul 5.30 petang bagi hari
Isnin-Jumaat atau pada hari-hari cuti setelah mendapat kebenaran dari
Penyelia dan Pengerusi Pusat Pengajian.
2.3 Pensyarah dan pembantu makmal boleh memasuki bangunan pada hari
Ahad dan hari cuti am selepas mendaftar diri di Pusat Kawalan
Keselamatan Fakulti/Pusat. Bagaimanapun, mereka perlu menunjukkan
kad pengenalan atau kad pekerja kepada pengawal keselamatan yang
bertugas sebelum dibenarkan masuk.
2.4 Kakitangan dan pelajar yang bekerja selepas pukul 5.30 petang pada hari
Isnin-Jumaat atau pada hari cuti umum perlu menandatangani buku
pendaftaran di Pusat Kawalan Keselamatan Fakulti/Pusat setiap kali
memasuki dan meninggalkan bangunan.
2.5 Pengawal keselamatan yang ditugaskan di bangunan akan membuat
rondaan dalam bangunan dari masa ke semasa dan hanya akan berada di
Pusat Kawalan Keselamatan Fakulti/Pusat untuk membolehkan
kakitangan dan pelajar keluar masuk bangunan. Pintu masuk bangunan
akan dikunci selepas pukul 6.00 petang pada hari Isnin-Jumaat dan pada
hari cuti umum.

9
Peraturan Keselamatan Makmal
Dan Prosedur Kerja Lapangan

2.6 Semua kakitangan dan pelajar di Fakulti/Pusat perlu menggunakan pintu


khas sahaja untuk keluar masuk selepas waktu pejabat.
2.7 Pengawal keselamatan yang bertugas di Fakulti/Pusat boleh meminta
seseorang yang keluar masuk bangunan mengenalkan diri (dengan
menunjukkan kad ahli/kad pengenalan/ kad kampus) sekiranya orang itu
dicurigai. Pemeriksaan ini boleh dibuat pada bila-bila masa, selepas
waktu pejabat.
2.8 Sumber-sumber bahaya perlu diberitahu kepada pengawal yang bertugas
apabila eksperimen dibiarkan berlanjutan selepas waktu pejabat.
2.9 Penyelidikan boleh diteruskan hingga selepas waktu pejabat, dengan
syarat sekurang-kurangnya terdapat seorang lagi (dalam jarak panggilan)
dalam bangunan tersebut. Elakkan eksperimen yang berbahaya di luar
waktu pejabat.

10
Peraturan Keselamatan Makmal
Dan Prosedur Kerja Lapangan

PUSAT PENGAJIAN SAINS KIMIA DAN TEKNOLOGI MAKANAN


FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Pengarah Keselamatan
Universiti Kebangsaan Malaysia Tarikh :___________

Tuan,

Kebenaran Untuk Memasuki Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan
(PPSKTM) Di Luar Waktu Pejabat / Makmal

Dengan hormatnya merujuk perkara tersebut di atas, pihak PPSKTM memberi kebenaran
kepada penama-penama berikut memasuki bangunan PPSKTM untuk menjalankan kerja-
kerja di makmal.

Nama : a) ______________________________ No. Matrik : _______________________


b) ______________________________ No. Matrik : _______________________

Tarikh dan Masa :


Dari : _________________ hingga _________________________

Makmal : ______________________
Pembantu Makmal Bertugas : ________________ Nama : ____________________________
(Tandatangan)
4. Komen Penyelia :
___________________________________________________________________________

5. Perakuan Penyelia : ___________________ Nama : ______________________________


(Tandatangan)

Sekian, terima kasih.


Yang benar,

_____________________
(Tandatangan & Cop Pengerusi Pusat)

s.k : Penyelia
: Pegawai Sains, PPSKTM
* Borang ini mestilah dipamerkan di luar pintu makmal untuk semakan Pengawal
Keselamatan.

11
Peraturan Keselamatan Makmal
Dan Prosedur Kerja Lapangan

3. PENGENDALIAN BAHAN KIMIA

Arahan yang diberi ialah untuk bahan kimia yang diketahui kemudaratannya
sahaja. Bahan yang lain perlulah dianggap sebagai mudarat juga walaupun
taraf kemudaratannya tidak diketahui kerana ini merupakan suatu amalan
makmal yang berguna. Setiap pekerja makmal perlulah cekap,bersih dan
mempunyai teknik bekerja yang baik dan selamat supaya kemungkinan
kemalangan diminimumkan. Pastikan segala langkah keselamatan diambil
memulakan sebarang eksperimen.

3.1.1 Aras bahaya bagi beberapa bahan kimia yang sering digunakan:

Bahan Kimia Aras Dos Bahaya

Asid pekat 1mL


Alkali pekat 1 mL atau 1 g
Arsenik (As2O3) 100 mg
Garam barium 800 mg
Bromin 120 mg
Sianida (HCN), F2, HF dll 50 mg
Garam merkuri 1 mg
Garam logam berat 5-10 mg
Fenol 10 mg

3.1.2 Kepekatan maksimum bagi pendedahan setiap hari bekerja:

Bahan Gas, ppm(v/v) Wasap-habuk,


mg/m3

Garam rodium - 0.001


Garam Be, Os, Pt - 0.002
Nikel karbonil 0.00 10.007
Organomerkuri - 0.01
Natrium fluoroasetat (1080) - 0.05
Kromat sperti CrO3 - 0.1
Merkuri - 0.1
Parathion, warfarin - 0.1

12
Peraturan Keselamatan Makmal
Dan Prosedur Kerja Lapangan

Tolilena z, 4-diisosianat 0.02 0.14


Akreloin, Br2O3 0.1 -
Aldrin, dieldrin 1 0.25
Meta-dinitrobenzena - 1
Nitrobenzena 1 5
DDT Diklorvos 1 1
H2SO4 - 1
Sianida - 5
S2Cl2 - 6
Dimetil sulfat 1 5
Anilina 5 19
SO2 5 13
NO2 5 9
Fenol 5 19
HCN 10 11
H2S 10 15
CS2 20 60
Benzena 25 80
NH3 50 35
Amil alkohol 100 360

3.2 Bahaya Kebakaran

3.2.1 Tiga perkara diperlukan untuk suatu kebakaran bermula iaitu


bahan api, punca oksigen dan sumber pencucuhan atau haba.
Jika salah satu daripada perkara ini tiada maka kebakaran tidak
akan bermula dan jika sudah bermula akan padam.

3.2.2 Kebanyakan pelarut yang digunakan dalam makmal yang mudah


terbakar ialah karbon disulfida, eter, benzena, toluena, alkohol,
etil klorida, metil klorida, pentana, heksana, nitromentana
(asetonitril) dan aseton. Sifat-sifat fizik, takat kilat dan suhu

13
Peraturan Keselamatan Makmal
Dan Prosedur Kerja Lapangan

autonyalaan perlu dikaji bagi menimbangkan bahaya yang


mungkin timbul. Misalnya sentuhan dengan permukaan panas
akan menyebabkan karbon disulfida terbakar. Wap eter adalah
lebih berat daripada udara dan akan merayap di sepanjang
permukaan meja kerja, atau mengalir ke atas lantai, dan
mungkin terbakar di situ. Selain itu logam alkali seperti natrium
dan kalium juga terbakar jika bertindakbalas dengan air.

3.2.3 Pengawasan dan Pencegahan

 Hanya tindak balas yang melibatkan 500 mL atau kurang,


pelarut mudah terbakar dibenarkan dilakukan dalam makmal.
Eksperimen yang berukuran lebih besar perlulah dilakukan
dalam bilik khas. Mendapatkan semula pelarut, mestilah juga
dilakukan dalam bilik khas.
 Penyimpanan pelarut mudah terbakar dalam makmal mestilah
tidak melebihi 2.5 liter atau satu botol Winchester dan dalam
tempat tertutup seperti almari dan lain-lain. Kuantiti yang
dibenarkan di tempat terbuka, di atas rak atau meja adalah
kurang dari 500 mL. Pemindahan pelarut daripada bekas ke
bekas lain mestilah dilakukan dalam alamari wasap.
 Sebelum memulakan eksperimen hendaklah dikaji dahulu
kemungkinan bahaya kebakaran. Anda perlu biasakan dengan
kedudukan pemadam api di sekitar kawasan bekerja dan tahu
kaedah menggunakan peralatan berkenaan.
 Cecair yang mudah terbakar tidak boleh dituang dari satu
bekas ke bekas yang lain atau dipanaskan apabila berhampiran
dengan api terbuka.
 Bagi eksperimen yang memerlukan pemanasan, perhatian khas
perlu diberi kepada medium pemanasan; pemilihan bergantung
pada suhu yang dikehendaki. Maklumat yang terperinci boleh
didapati daripada buku panduan.

14
Peraturan Keselamatan Makmal
Dan Prosedur Kerja Lapangan

 Pelarut bersuhu didih rendah (kurang daripada 100oC pada 760


mm Hg) haruslah dipanaskan dalam rendaman stim atau air
yang dipanaskan secara elektrik. Pelarut bersuhu didih tinggi
hendaklah dipanaskan dalam rendaman minyak atau pada
tekanan rendah dalam rendaman stim atau air. Semua saluran
elektrik mestilah tertutup.
 Pemansan menggunakan api, gas atau plat pemanas selalunya
membawa bahaya kebakaran berpunca dari wap mudah
terbakar yang tidak terkondensasi atau keretakan radas kaca.
 Wap yang dikeluarkan mestilah dikondensasi secekapnya
supaya tiada yang dapat bebas ke dalam makmal. Jika boleh,
setiap eksperimen haruslah dijalankan dalam almari wasap.
 Laraskan pemanasan supaya cecair tidak terkumpul dalam
kondenser. Jika ini berlaku cecair mungkin tersembur keluar
dan disambar oleh api.
 Radas kaca yang akan digunakan untuk memanaskan cecair
yang mudah terbakar perlulah diperiks dengan teliti untuk
mengelakkan kecacatan yang mungkin wujud seperti
keretakan, calar dan ketebalan dinding yang tidak sekata.
 Semua sambungan mestilah betul-betul sesuai supaya tiada
kebocoran berlaku.
 Perlu diingatkan terdapat banyak lagi cecair atau leburan yang
mudah terbakar apabila dipanaskan seperti nitrobenzene,
naftalena dan minyak dalam rendaman minyak.

3.2.4 Kebakaran pakaian

 Jarang sekali-kali berlari jika kebakaran adalah besar.


Gunakan penyiram air kecemasan (anda perlu mengetahui
kedudukan penyiram ini). Jika tiada penyiram atau tiada siapa
yang boleh menolong, segera baring dan berguling di atas
lantai.

15
Peraturan Keselamatan Makmal
Dan Prosedur Kerja Lapangan

 Apakah pertolongan yang wajar/perlu diberikan kepada orang


yang sedang terbakar? Pertolongan harus diberi dengan
segera; kelambatan akan mengakibatkan kecederaan kepada
mangsa itu. Jika terdapat penyiram kecemasan berhampiran,
anda perlu bawa mangsa ke bawah penyiram dan
menyiramnya. Jika tiada penyiram dua perkara penting perlu
dilakukan;
- Mangsa kebakaran mestilah ditundukkan supaya api tidak
merebak ke mata dan terus ke dalam pernafasan
- Mangsa kebakaran haruslah dipaksa berguling di atas lantai
atau menutup api dengan pakaian tebal atau selimut.
Penutup api mestilah cekap supaya api tidak sampat
membesar dan membakar selimut yang digunakan. Jangan
menggunakan alat pemadam api oleh kerana bahan pemadan
api mungkin berbentuk asid aatu terlalu sejuk.

3.3 Letupan

3.3.1 Langkah-langkah berikut perlu diambil untuk pengendalian


bahan-bahan letupan atau yang mungkin meletup.

 Elakkan pengendalian bahan dalam bentuk kontang.


 Alatan yang boleh mencetuskan penyucuh api mestilah
dielakkan. Kayu atau logam lembut seperti aluminium atau
loyang mestilah digunakan.
 Elakkan sebarang geseran dan pukulan.
 Jangan menyimpan bahan letupan dalam botol bertutupkan
penyumbat kaca atau skru.
 Penggunaan bahan letupan haruslah pada kuantiti yang kecil.
 Bahan letupan tidak boleh dipanaskan bersama bahan
pengoksida, atau bahan yang mudah terbakar.

16
Peraturan Keselamatan Makmal
Dan Prosedur Kerja Lapangan

 Langkah-langkah yang wajar seperti penabiran, perisai muka,


cermin mata keselamatan, balutan leher dan sarung tangan,
mestilah digunakan.

3.3.2 Terdapat sebatian yang lengai tetapi pada keadaan-keadaan


tertentu boleh menjadi peletup, misalnya cecair udara atau
oksigen bersama bahan organik, walaupun sedikit, seperti sisa
peninggalan dari cucian boleh menghasilkan letupan. Di bawah
ini disenaraikan kumpulan-kumpulan sebatian yang menjadi
peletup.

Asetilida (-C=C-Logam) Nitrat (-O-NO2)


Oksida amina (N-O) Nitrat (-O-NO)
Azida (-N-N=N) Nitro (-NO2)
Klorat (-ClO3) Nitroso (-NO)
Diazo (-N=N-) Ozonida (-O-O-)
Diazonium (-N=X-) Perasid (-C(O)COOH)
Fulminat (O=N=C)

3.4 Bahaya Kecerunan

3.4.1 Makanan
 Bahaya ini timbul akibat kelalaian seseorang yang tidak
memenuhi peraturan, seperti memimum dari bikar, tidak
membasuh tangan semasa keluar dari makmal, makan dalam
makmal, menghisap rokok semasa pengendalian bahan
beracun dan lain-lain.

3.4.2 Pernafasan
 Bahan-bahan yang digunakan atau dihasilkan dalam makmal
yang boleh mengewap dan wujud pada kepekatan beracun
mestilah diawasi; pelarut dan gas yang digunakan atau
dihasilkan dalam tindak balas. Penggunaan bahan-bahan ini
atau tindak balas yang sedemikian perlulah dilakukan dalam
almari wasap.

17
Peraturan Keselamatan Makmal
Dan Prosedur Kerja Lapangan

 Benzena adalah pelarut yang baik tetapi adalah peracun


kronik. Benzena boleh meresap melalui pernafasan atau
melalui kulit oleh sebab benzena adalah pelarut lemak.
Penyerapan sedikit demi sedikit pada jangka masa yang
panjang memberikan kesan keracunan kronik ke atas darah
dan organ pembentukan darah.
 Hidrokarbon terklorin selamat kerana tidak mudah terbakar,
tetapi mempunyai kesan keracunan kronik ke atas hati dan
buah pinggang, sebagai contoh, kloroform dan karbon
tetraklorida. Karbon sulfida bukan sahaja mempunyai kesan
keracunan kronik tetapi juga berkeupayaan membakar dengan
mudah dan meletup. Untuk mengelakkan bahaya ini, jangan
pipet pelarut dengan mulut. Gunakan bebuli penyedut getah.
 Gas seperti hydrogen sulfide dan sulfur dioksida ialah gas
yang berbau busuk dan mudarat pada kepekatan tinggi. Anda
perlulah berhati-hati dan mengikut peraturan yang ditetapkan
apabila menggunakan gas, wap atau wasap.

3.4.3 Penyerapan melalui kulit, kebakaran kimia dan dermatitis


 Kulit
- Pelrut seperti aniline boleh menyerap ke dalam badan
melalui kulit. Lemak terlarut di dalam sebatian seperti
anilina dan dengan itu anilina dapat meresap ke dalam
badan dengan mudah. Tumpahan anilina ke atas kulit
perlulah dibasuh dengan segera. Sebarang pakaian
yang terkena anilina perlulah ditanggalkan.
Pengendalian bahan ini memerlukan pemakaian
sarung tangan.
- Pelarut yang melarutkan lemak boleh memberi kesan
kepada kulit dengan menyebabkan kulit menjadi
kering dan merekah. Setiap pembukaan dalam lapisan

18
Peraturan Keselamatan Makmal
Dan Prosedur Kerja Lapangan

pelindung asli kulit akan menjadi saluran kepada


bahan-bahan kimia yang lain ke dalam badan dan
punca kepada jangkitan-jangkitan yang lain.

 Kebakaran kimia
- Pengendalian asid pekat, alkali pekat dan ammonia
memerlukan pemakaian cermin mata keselamatan
untuk mengelakkan percikan ke dalam mata. Selain
daripada bahan-bahan yang diketahui dan dianggap
sebagai penghakis, pemerhatian dan langkah yang
sama perlu diambil di dalam pengendalian bahan
seperti asid asetik glacial, asid kloroasetik, asid
klorosulfonik, sulfonit klorida, fosforus klorida dan
tionil klorida. Apabila mengendalikan bahan-bahan ini
sarung tangan getah atau PVC dan cermin mata
keselamatan atau perisai muka perlu dipakai.
Hidrogen fluorida (HF) lebih mudarat lagi dan oleh itu
memerlukan perhatian yang khas semasa
pengendaliannya.

 Dermatitis
- Perangsang utama bertindak serta merta apabila
bersentuh dan merangsang kulit. Tindakan ini
mungkin disebabkan oleh keasidan, kealkalian atau
kebolehan melarut lemak pada kulit atau
mengeringkan kulit. Bahan-bahan ini akan
mengganggu kulit setiap orang pada sentuhan pertama
jika kepekatan tinggi dan masa pendedahannya cukup
lama.
- Terdapat juga bahan kimia, seperti sebatian-sebatian
asid amino yang menyebabkan dermatitis sentuhan.

19
Peraturan Keselamatan Makmal
Dan Prosedur Kerja Lapangan

Pendedahan pertama mungkin tidak dan tidak kesan


dapat dilihat. Tetapi, jika pendedahan berterusan atau
berlaku semula walaupun pada kadar yang kecil,
mungkin selepas beberapa hari, dermatitis akan terjadi
disebabkan pendedahan pertama memekakan kulit.

3.5 Sebatian Berbahaya

3.5.1 Asid Perklorik


 Semua gred asid perklorik perlu disimpan dalam stor asid.
Garam organik asid perklorik perlu dijaga dengan teliti, oleh
sebab garam sebegini telah dibuktikan menjadi punca
letupan dalam makmal organik. Garam bukan organik asid
perklorik juga berbahaya apabila bersentuh dengan pelarur-
pelarut organik seperti apabila dicuci dengan etanol atau
eter. Oleh itu garam perklorat mesti dikendalikan dalam
almari wasap perklorik dan dilindungi oleh perisai
keselamatan. Pemanasan, sentuhan atau gegaran ke atas
bahan ini mestilah dielak.
 Penggunaan bahan ini mestilah di bawah pengawasan yang
rapi. Pembahagian asid juga mestilah dilakukan di dalam
almari wasap perklorik.

3.5.2 Asid Hidrofluorik


Asid hidrofluorik mestilah dikendalikan dalam almari wasap
hidrofluorik. Pastikan anda mempunyai bengkel “paste”
magnesium oksida dan kalsium glukonat bagi rawatan
segera kebakaran apabila berlaku tumpahan asid ke atas
kulit.

20
Peraturan Keselamatan Makmal
Dan Prosedur Kerja Lapangan

3.5.3 Sebatian Karsinogenik


Sebatian ini adalah agen yang mempunyai keupayaan
mengakibatkan kanser dan dengan itu wajar dikendalikan
dalam almari wasap atau bekas tertutup dengan
menggunakan sarung tengan getah. Bekas-bekas yang
mengandungi bahan ini perlulah dilabelkan dengan
menuliskan tanda-tanda penyakit kanser yang boleh
terjadi. Lebihan sebatian ini mestilah disimpan segera
selepas digunakan dan semua bekas yang digunakan
mestilah dibasuh oleh pengguna itu sendiri. Semasa
penggunaan sarung getah mestilah sentiasa dalam almari
wasap dan sarung getah ini mestilah dibasuh selepas
digunakan. Sebatian sebegini perlu disenaraikan.
Pada umumnya sebatian-sebatian ini terdiri daripada
- Hidrokarbon aromatik polisiklik besar dan terbitnya
seperti 2,4-benzopyrena, 1-2-benzanthrasena dan lain-
lain.
- Amina aromatik atau garamnya dan sebatian nitro.
- Pewarna azo seperti 4-dimetil aminoazo benzene dan
terbitannya. Penggunaan sebatian ini mestilah di
tempat yang sesuai (mempunyai ventilasi yang baik)
dan dengan kebenaran Pengerusi Pusat Pengajian.

3.5.4 Sebatian Karbonil Logam


Terdapat beberapa sebatian ini dan terbitannya yang mudah
mengewap dan terlalu toksik. Pelajar perlulah berhati-hati
apabila menggunakan bahan ini.

3.5.5 Raksa
Raksa ialah bahan mudarat yang member kesan keracunan
kronik. Oleh itu penggunaannya mestilah mempunyai

21
Peraturan Keselamatan Makmal
Dan Prosedur Kerja Lapangan

sistem ventilasi yang baik. Semua bekas raksa mestilah


ditutup dan jika tidak boleh ditutup maka permukaan raksa
mesti diliputi dengan lapisan air. Pemindahan raksa dari
satu bekas ke bekas yang lain dan penggunaan lain
perlulah dilakukan di atas talam supaya sebarang
tumpahan dapat dibersihkan dengan sempurna.
Bekas kaca storan raksa mestilah kukuh, cukup besar untuk
memberi ruang apabila raksa mengembang dan perlulah
dilindungi dengan baik. Tumpahan raksa mestilah
dipunggut balik dan sisanya mestilah diberi rawatan kimia
iaitu dicuci dengan emulasi yang terdiri dari campuran
1:1, kalsium hidroksida-sulfur. Biarkan selama 24 jam dan
apabila kering cuci dengan air. Jika tumpuhan raksa tidak
dibersihkan segera, raksa akan memecah kepada titisan
yang kecil dan menyerap ke dalam liang-liang di dalam
kayu atau simen. Dari situ raksa membentuk wap dan
menepukan udara dengan wap yang beracun.

3.5.6 Dadah Berbahaya dan Racun


 Bahan-bahan yang telah dikatakan sebagai racun dan
berbahaya perlulah diberi perhatian yang khas. Setiap
orang yang menyimpannya mestilah mengawasinya
dengan baik dan begitu juga dengan penggunaannya.
Pengerusi Pusat Pengajian dan pengawas keselamatan
perlu diberitahu tentang kewujudan dan penggunaan
bahan-bahan tersebut di dalam makmal. Pembuagan
sisa-siasanya juga perlu dipastikan. Pemindahan
bahan-bahan ini dari empunya dilarang.

22
Peraturan Keselamatan Makmal
Dan Prosedur Kerja Lapangan

3.5.7 Bahan Hakisan dan Kaustik


 Bahan-bahan ini boleh menyebabkan luka kimia jika
tertumpah ke atas kulit. Anda perlulah berhati-hati
apabila menngunakan bahan ini dan harus memakai
cermin mata keselamatan dan sarung getah.

4. PENGGUNAAN ALAT ELEKTRIK

4.1 Umum

4.1.1 Alat elektrik selamat digunakan jika segala peraturan


penggunannya diikuti sepenuhnya.
4.1.2 Sebarang jalan pendek (short cut) akan membawa kepada
kecelakaan.
4.1.3 Kerja yang selamat memerlukan pendekatan yang teliti dan
berhati-hati kepada setiap langkah yang diambil. Kecuaian anda
boleh membahayakan orang lain danmenyebabkan kerosakan
kepada peralatan dan bangunan. Oleh demikian, anda harus
mempelajari dan mengamalkan prinsip-prinsip keselamatan
sebelum memasuki makmal.

neutral

4.1.4 Pada umumnya punca kuasa di dalam makmal bervoltan 240V


dan disalurkan melalui palam 3 pin, satu pin adalah ke bumi
untuk keselamatan dan dua lagi adalah untuk membawa kuasa.
Satu daripada pembawa kuasa (hidup) adalah bervoltan 240V

23
Peraturan Keselamatan Makmal
Dan Prosedur Kerja Lapangan

berdasarkan keupayaan bumi. Walaupun terdapat peraturan


menyambung pin-pin ini dengan wayar berwarna tertentu tetapi
kadangkala ia tidak diikuti dan dengan itu adalah wajar untuk
menganggap yang kedua pembawa kuasa itu hidup.

Sambungan Piawaian Antarabangsa


Hidup Perang (Coklat)
Neutral Biru
Bumi Hijau / Kuning

4.2 Peraturan Bekerja Dengan Alat Elektrik

4.2.1 Sebelum memulakan sesuatu tugas/eksperimen, tentukan


bahawa anda faham akan arahan-arahan dan tindakan-tindakan.
Jika ragu-ragu, minta penerangan dan nasihat kakitangan yang
berkenaan terlebih dahulu.
4.2.2 Anda mesti merancang tugas anda terlebih dahulu. Susunkan
semula alat/perkakas yang diperlukan di atas meja kerja dalam
susunan yang rapi dan teratur.
4.2.3 Sebelum menggunakan sesuatu perkakas, baca terlebih dahulu
buku panduan alat tersebut walaupun anda tahu bagaimana
menggunakannya. Pengetahuan yang terhad boleh
membahayakan diri sendiri atau alat berkenaan.
4.2.4 Pastikan alat yang akan anda gunakan berada dalam keadaan
boleh berfungsi dengan selamat. Kawat kuasa peralatan yang
berjerumbai, rekah atau terbakar dan palam kuasa yang retak
atau sumbing merupakan punca-punca kemalangan.
4.2.5 Elakkan gangguan dengan mana-mana perkakas yang tidak kena
mengena dengan anda. Selain dari membahayakan, gangguan ini
boleh menyebabkan operasi yang tidak sempurna yang mungkin

24
Peraturan Keselamatan Makmal
Dan Prosedur Kerja Lapangan

merugikan masa dan wang untuk kerja pembetulan dan


pembaikian.
4.2.6 Jangan bekerja bersendirian. Pelajar yang bekerja di luar waktu
pejabat untuk menyiapkan eksperimen mesti ada kawan. Dua
pelajar boleh bekerja dalam dua makmal yang berlainan dengan
syarat mereka berada dalam jarak panggilan masing-masing.
4.2.7 Anda perlu mengambil tindakan-tindakan berikut untuk
mengelakkan bahaya kejutan elektrik:
 Jangan bekerja dengan tangan yang basah atau berdiri
di atas lantai yang lembab apabila menggunakan
peralatan elektrik.
 Pakai kasut bertapak getah atau berdiri di atas atau
berdiri di atas tikar apabila bekerja di meja
eksperimen. Sifat pemisahan kasut atau tikar getah
adalah tidak berguna jika anda meletakkan tangan atau
lengan anda di atas, misalnya, sebuah osiloskop yang
dibumikan; sebelah tangan di dalam saku anda adalah
satu tindakan keselamatan yang mudah.
 Matikan suiz sumber kuasa dan tanggalkan palam
sebelum sambungan atau sebarang perubahan pada
litar/alat.
 Semua sambungan wayar hendaklah dibuat dengan
baik dengan menggunkan wayar yang bersalut dan
mempunyai penebat arus yang mencukupi.
 Wayar hendaklah dijauhkan daripada permukaan yang
panas dan mesin bergerak, yang mungkin akan
merosakkan penebatnya. Laporkan sebarang
kerosakan penebat wayar dengan segera kepada
kekitangan makmal.
 Jangan tanggalkan/pindahkan pelindung daripada alat
elektronik/elektrik.

25
Peraturan Keselamatan Makmal
Dan Prosedur Kerja Lapangan

 Jangan melebihi beban pada punca kuasa dengan


menggunakan lebih daripada satu alat pada satu punca
kuasa.
 Tentukan semua alat elektrik/elektronik yang
berkenaan menggunakan palam kuasa keselamatan
tiga pin berfius. Pastikan saluran bumi tersentuh
dengan baik kepada logam badan alat berkenaan. Alat
buatan Amerika selalunya bersalutan dua wayar.
Untuk keselamatan, anda perlu tambahkan wayar
bumi kepada alat itu.
 Jangan gunakan fius (dalam palam 3 pin ataupun
dalam alat) yang mempunyai keamperan lebih tinggi
daripada yang ditetapkan. Alat-alat keselamatan
seperti fius bertujuan untuk melindungi dan
menyelamatkan anda dan alat. Apabila berlaku
perleburan fius pastikan punca mengakibatkan
perleburan dahulu sebelum alat itu dipasang semula.
 Anda dinasihatkan supaya jangan membuat apa-apa
sentuhan terus dengan mana-mana punca voltan
kerana tindakan ini boleh membawa maut.
 Jangan sentuh sebarang alat yang disangkakan hidup.
Jika anda perlu menolong mangsa kejutan elektrik,
pastikan punca kuasa telah dimatikan dahulu atau
tangan anda telah tertebat.

4.2.8 Kebakaran atau letupan yang berpunca daripada kuasa elektrik


boleh dielakkan dengan mengambil langkah-langkah berikut:
 Jangan membawa api terbuka (menyala) berhampiran
bateri plumbum yang sedang dicas. Gas yang terbebas
akan meletup dan asid sulfuric akan tersebar.
 Bunga apo dan haba yang terjana daripada:

26
Peraturan Keselamatan Makmal
Dan Prosedur Kerja Lapangan

- Litar pintas kondenser besar


- Litar pintas bateri
- Sentuhan geganti terbuka
adalah punca-punca kebakaran. Dalam tiga perkara di atas
pastikan wujud rintangan yang mencukupi di dalam litar.
Kondenser yang diletakkan melintasi sentuhan geganti akan
menghapuskan “chatter” dan bunga api di dalam perkara
sesentuhan geganti terbuka.

4.2.9 Di dalam kebakaran elektrik gunakan pemadam api jenis CO2


atau BCF atau serbuk kering. CCl4 hanya boleh digunakan
dalam bilik yang mempunyai perudaraan yang sempurna atau di
kawasan terbuka di mana pembebasan asid tidak akan
memudaratkan. Jangan gunakan pemadam asid-soda atau busa
ke atas kebakaran elektrik.

4.2.10 Anda perlu membiasakan diri dengan kaedah-kaedah


pertolongan cemas sekiranya berlaku kejutan elektrik atau apa-
apa kemalangan lain dalam makmal. Untuk mematikan kuasa
elektrik di dalam makmal, anda perlu menutup ibu suis kuasa.
Tentukan anda tahu di mana letaknya ibu suis ini semasa anda
mula bekerja di makmal berkenaan. Laporkan kejadian
kemalangan dengan segera kepada
pensyarah/tutor/jurutunjuk/pembantu makmal.

4.2.11 Pastikan anda tahu di mana letaknya kotak-kotak pertolongan


cemas dan alat-alat pencegah api (anda perlu tahu bagaimana
hendak menggunakan alat ini). Jangan menggeledah kotak-kotak
pertolongan cemas – ANDA mungkin memerlukan isi
kandungannya nanti.

27
Peraturan Keselamatan Makmal
Dan Prosedur Kerja Lapangan

4.2.12 Apabila loceng kebakaran berbunyai, tutup semua suis elektrik


dalam makmal anda, tutup pintu tetapi jangan kunci,dan
tanggalkan bangunan secepat mungkin melalui tangga secara
teratur.

4.2.13 Sebelum meninggalkan makmal, tanggalkan SEMUA palam


kuasa dari punca. Sekiranya anda terakhir sekali meninggalkan
makmal, TUTUP juga ibu suis. Sekiranya sesuatu
peralatan/perkakas perlu dibiar berfungsi (ON) setiap masa,
bincangkan perkara ini terlebih dahulu dengan pensyarah dan
kakitangan makmal dan tandakan suis berkenaan dengan nama
anda dan tarikh.

4.2.14 Gunakan mesin hanya di bawah penyeliaan ataupun selepas


latihan, sambil sentiasa berhati-hati semasa bekerja. Elakkan
pakaian yang longgar, tali leher, rambut dan sebagainya, yang
mungkin tertangkap dalam shaf berputar.

5. PENGENDALIAN PERALATAN DI DALAM MAKMAL

Peralatan di dalam makmal selalunya mempunyai fungsi tertentu, iaitu suatu


alat itu hanya untuk kegunaan tertentu. Menyalahgunakan sesuatu alat boleh
menyebabkan kerosakan dan memendekkan tempoh hayatnya. Oleh itu
perlulah kita berwaspada tentang keperluan keselamatan sesuatu alat semasa
kita hendak menggunakannya. Bahaya kepada pengguna juga akan terjadi
jika peraturan penggunaan tidak diikuti. Berikut adalah beberapa keperluan
keselamatan alat/radas yang sering didapati dalam makmal.

28
Peraturan Keselamatan Makmal
Dan Prosedur Kerja Lapangan

5.1 Desikator Vakum


Desikator vakum boleh meletup ke dalam apabila penyedutan udara
dilakukan. Kanvas pelindung diperlukan semasa pemvakuman
dilakukan.

5.2 Bagi mengelakkan kemalangan kelalang Dewar yang tidak diletakkan di


dalam bekas logam, ia perlulah dibaluti dengan “tape” penyalut, selotap,
atau jarring sarung.

5.3 Peti Sejuk

5.3.1 Semua sampel yang disimpan dalam peti sejuk mestilah berlabel;
nama pemilik sampel dan nama bahan mestilah dituliskan dengan
jelas.
5.3.2 Setiap bekas mestilah kedap udara; sebarang bekas yang terbuka
atau ditutup dengan piring kaca tidak dibenarkan.
5.3.3 Makanan dan minuman dilarang sama sakali dalam peti sejuk
makmal.

5.4 Alat Elektrik

5.4.1 Alat-alat elektrik dalam makmal adalah amat peka. Jangan cuba
mengoperasinya jika kaedah operasinya belum dipastikan.
5.4.2 Sebarang sambungan atau pengubahsuaian mestilah diperakukan
oleh pegawai yang bertanggungjawab terlebih dahulu.

5.5 Sistem Vakum

5.5.1 Peralatan vakum dalam makmal yang bertekanan terlalu rendah


boleh meletup (implode) dan menyebarkan serpihan kacanya.

29
Peraturan Keselamatan Makmal
Dan Prosedur Kerja Lapangan

5.5.2 Sistem vakum perlulah diletakkan di penjuru makmal supaya


terasing daripada kesibukan yang lain dan perlindungan yang
sewajarnya perlulah diberikan.

5.6 Almari Wasap

5.6.1 Almari wasap yang didapati di UKM ini terbahagi kepada tiga
jenis iaitu jenis serbaguna, asid perklorik dan asid hidrofluorik.
5.6.2 Setiap jenis telah direkabentuk dan dibuat dari jenis bahan yang
tahan kepada bahan kimia tertentu, supaya sesuai dengan
kegunaan yang ditetapkan. Jika bahan kimia yang tidak sesuai
dimasukkan ke dalam almari wasap, wap dari bahan kimia ini akan
bertindak dengan permukaan dinding almari wasap dan kipas
penyedut, dan seterusnya menjadi karat dan musnah.
5.6.3 Langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjaga keselamatan
almari wasap ialah:
 Kipas penyedut mestilah dipasangkan semasa bekerja
dalam almari wasap atau semasa meninggalkan sebarang
bahan kimia atau sampel-sampel lain di dalamnya.
 Jangan gunakan almari wasap sebagai stor bahan kimia
atau sampel-sampel lain. Ini bertujuan mengelakkan
pengumpulan wap-wap yang berbahaya kepada
pengguna dan alat-alat lain di dalam almari tersebut.
 Pastikan almari wasap boleh beroperasi iaitu dapat
menyedut udara yang dapat dirasa, sebelum
memasukkan radas dan sampel ke dalamnya. Almari
wasap yang cekap akan menyedut udara pada kadar
100kaki/min bagi pembukaan pintu (sash) 1 kaki.
 Eksperimen yang menghasilkan wap/gas berbau, racun
atau berbahaya sahaja yang wajar dilakukan dalam
almari wasap.

30
Peraturan Keselamatan Makmal
Dan Prosedur Kerja Lapangan

 Pintu almari tidak dapat member perlindungan dari


sebarang letupan; anda perlu menggunakan perisai jika
melakukan eksperimen yang mungkin menyebabkan
letupan.
 Kerja-kerja yang tidak melibatkan asid hidrofluorik atau
asid perklorik mestilah dilakukan di dalam almari wasap
serbaguna. Sebarang eksperimen melibatkan asid
hidrofluorik mestilah dilakukan dalam almari wasap
hidrofluorik, disebabkan wap asid hidrofluorik akan
bertindak dengan permukaan almari wasap jenis lain.
 Almari wasap asid perklorik dikhaskan untuk kerja-kerja
yang melibatkan asid perklorik sahaja. Peraturan khas
bagi almari wasap seperti ini ialah:
- Alamari wasap asid perklorik tidak boleh
digunakan sebagai jenis serbaguna; kerja-kerja
yang melibatkan asid perklorik sahaja
dibenarkan di dalamnya dan kerja-kerja
sampingan yang lain perlulah dilakukan di
tempat lain.
- Keselamatan alamari wasap ini memerlukan
pembasuhan bahagian dalamnya, saluran
duktus, dan kipas penyedut setiap masa atau
selepas eksperimen.
- Semua radas yang handak digunakan dalam
almari wasap perlulah disalut dengan bahan
bukan organik atau minyak pelincir.
Mereka yang mengetahui tentang bahaya asid perklorik
dan cara mengendalikannya sahaja yang dibenarkan
menggunakan almari wasap ini.

31
Peraturan Keselamatan Makmal
Dan Prosedur Kerja Lapangan

5.7 Gas Dan Cecair Termampat

5.7.1 Anda mesti berhati-hati sewaktu menggunakan selinder gas yang


mengandungi cecair atau gas termampat. Selinder perlu ditambat
dengan baik kepada meja kerja atau dalam troli pengangkat.
Kejatuhan selinder gas boleh membawa kepada letupan dan
selinder boleh bertindak sebagai peluru tak berpandu yang
berbahaya.
5.7.1.1 Peraturan berikut perlu dipatuhi semasa mengendalikan selinder
gas ini:
 Pastikan peraturan keselamatan yang diberikan oleh
pembekal/kilang difahami dengan baik bagi gas
berkenaan.
 Pengubahsuaian kepada selinder perlulah dilakukan
dalam almari wasap.
 Alat respirator perlulah dipakai ataupun ada
berhampiran dan boleh digunakan semasa kecemasan.
 Ada orang lain yang berhampiran untuk memberi
pertolongan jika perlu.
 Sebelum anda melakukan sebarang kerja melibatkan
selinder gas, langkah-langkah keselamatan sepenuhnya
perlulah diambil.

5.8 Saluran Gas

5.8.1 Saluran gas bahan api perlulah di dalam keadaan sempurna


supaya tiada kebocoran dapat berlaku.
5.8.2 Sebelum anda menyalakan penunu pastikan tidak ada sebarang
kebocoran gas di dalam makmal.

32
Peraturan Keselamatan Makmal
Dan Prosedur Kerja Lapangan

5.9 Kawasan Berbahaya

5.9.1 Kotak suis dan bilik injap gas adalah tempat-tempat yang
berbahaya. Pegawai-pegawai universiti atau pembantu-
pembantu makmal yang dipertanggungjawabkan sahaja yang
dibenarkan mengendalikan tempat-tempat ini.
5.9.2 Makmal juga adalah kawasan yang berbahaya; patuhi sebarang
arahan yang diberi atau bertulis di papan kenyataan.

6. KESELAMATAN BAHAN KIMIA

6.1 Am
Bahan kimia selamat kalau digunakan dan dikendalikan dengan bertertib
dan sempurna. Malangnya ada juga yang menggunakan dan
mengendalikan bahan kimia secara melulu tanpa mengendahkan bahaya
yang akan timbul. Sikap begini merupakan tabiat yang harus
disingkirkan kerana boleh menjadi punca segala masalah dan kecelakan,
bukan hanya kepada diri sendiri tetapi juga masyarakat di sekeliling.
Oleh itu, demi keselamatan, sikap yang betul harus dipunyai sebelum
seseorang itu dibenarkan menggunakan dan mengendalikan bahan kimia.

6.2 Sifat Fizik dan Aktiviti Kimia


Pada umumnya pengkelasan bahan kimia yang berbahaya adalah
berdasarkan sifat-sifat fizik yang ditunjukkan oleh bahan-bahan tersebut.
Sifat-sifat itu adalah:
6.2.1 Sifat berbahaya. Sifat ini termasuk kesenangan sesuatu bahan itu
untuk menjadi bahan peletup jika ia tergoncang, tergeser dan
terkena kejutan. Ini menunjukkan bahan ini adalah sensitif
kepada pergerakan.

33
Peraturan Keselamatan Makmal
Dan Prosedur Kerja Lapangan

6.2.2 Takat kilat. Takat kilat adalah suhu bila campuran udara dan
wap bahan kimia menjadi mudah terbakar. Sifat ini memberikan
suhu badan itu mempunyai risiko kebakaran dan letupan.
6.2.3 Keracunan. Sifat ini menunjukkan paras bahaya keracunan
bahan kimia kepada manusia berdasarkan kajian kesannya ke
atas haiwan.
6.2.4 Karsinogen. Kumpulan bahan kimia yang mungkin
menyebabkan penyakit kanser apabila termakan, tersedut atau
tersentuh bahan itu. Ini juga berdasarkan kajian kesan ke atas
haiwan.

Paras berbahaya bahan kimia juga ditunjukkan oleh aktiviti kimianya.


Pembakaran merupakan suatu aktiviti tindak balas yang utama bagi
kebanyakan bahan kimia. Aktiviti lain yang menjadi punca bahaya ialah:
 Toksik. Kesan toksik atau keracunan disebabkan oleh tersedut,
termakan dan penjerapan bahan kimia melalui kulit diikuti
dengan tindak balas di dalam sistem metabolisme. Ia juga
memberi kesan kepada sekitaran.
 Kakisan. Tindak balas kimia yang berlaku dengan tisu badan dan
sekitaran memberi kesan kakisan dan toksik. Dalam hal ini
pengendalian perlu memakai pakaian khas bagi mengelak kesan
ini.
 Aktiviti dengan O2 atau udara. Udara biasa yang mengandungi
21% O2, bertindak dengan semua logam kecuali emas dan
plantinum. Tindak balas dengan natrium, kalium dan kalsium
adalah amata pantas. Bahan bukan logam bertindak dengan O2
pada suhu yang tertinggi dan kebanyakannya diikuti dengan
pembebasan gas toksik dan haba.
 Aktiviti dengan H2O. Tindak balas dengan air boleh
menghasilkan gas mudah terbakar dan toksik. Air bertindak
dengan logam seperti natrium memberikan gas mudah terbakar

34
Peraturan Keselamatan Makmal
Dan Prosedur Kerja Lapangan

hydrogen. Hidroksida yang terbentuk mempunyai sifat kaustik


atau kakisan dan toksik. Sebahagian bahan-bahan bukan logam
juga mampu bertindak balas dengan air menghasilkan hasilan
yang merbahaya, sebagai contoh:
2Cl2 + 2H2O →4HCl + O2 (HCl bersifat kakisan)

6.3 Pengkelasan Bahan Kimia


Pengkelasan bahan kimia adalah bercorak umum, berdasarkan sifat-sifat
kemerbahayaan fizik dan aktiviti kimia bahan-bahan tersebut. Ini adalah
bertujuan supaya langkah-langkah keselamatan yang wajar dapat diambil
semasa pengendalian bahan-bahan tersebut bagi meminimumkan risiko
kemalangan yang mungkin timbul. Pengendalian di sini bermaksud,
penghantaran, penyimpanan, penggunaan di dalam makmal dan
pembuangan sisa-sisa makmal. Kelas-kelas yang telah digunakan adalah
seperti berikut:
 Kelas 1 – Bahan Peledak. Bahan ini adalah cukup berbahaya dan
harus dikendalikan dengan hati-hati. Penyimpanannya mestilah
di tempat-tempat yang terpisah dari bahan lain dan
persekitarannya dapat dikawal terutama sekali suhu.
 Kelas 2 – Gas. Gas-gas yang ada dalam makmal terisi selinder
besi waja pada tekanan yang tinggi. Terdapat juga gas yang
berbentuk cecair pada suhu yang rendah seperti nitrogen. Bagi
tujuan simpanan dan penggunaan, gas dibahagikan kepada tiga
jenis iaitu
 Gas mudah terbakar (2.1)
 Gas tak mudah terbakar (2.2)
 Gas beracub (2.3)
Penyimpanan ogas yang termampat mestilah si setor yang
mempunyai sistem pengudaraan yang baik dan terpisah dari
bahan-bahan atau gas lain yang boleh bertindakbalas atau
percampuran mereka bolehmenjadi bahan peledak. Misalnya

35
Peraturan Keselamatan Makmal
Dan Prosedur Kerja Lapangan

campuran udara dengan asetilena pada 2-80% akan menjadi


bahan peletup.
 Kelas 3 – Cecair Mudah terbakar. Cecair dalam kelas ini
menghasilkan wap yang mudah terbakar pada suhu rendah
menghasilkan wap yang mudah terbakar pada suhu rendah
61oC (141oF). Terdapat juga cecair yang mudah terbakar
dimasukkan ke dalam kelas yang lain, kerana sifat-sifat
keracunan dan kakisan lebih utama. Cecair di dalam kelas 3 ini
dsubkelaskan lagi berdasarkan paras suhu mudah terbakar
supaya pengendalian dan penyimpanan dapat dilakukan dengan
lebih baik lagi. Subkelas itu ialah:
 Cecair dengan takat kilat kurang dari 18oC (0oF) (3.1)
 Cecair dengan takat kilat di antara-18oC ke 23oC (73oF)
(3.2)
 Cecair dengan takat kilat yang tinggi di antara 23oC ke
61oC (141oF) (3.3)
Perlu diingat di dalam kebakaran cecair mudah terbakar, air
tidak sesuai bagi bahan pemadam kerana kebanyakan cecair
tidak larut air.
 Kelas 4 – Bahan Mudah Terbakar. Bahan-bahan di dalam kelas
ini disubkelaskan kepada 3 subkelas berdasarkan sifat-sifat
yang ditunjukkan. Bahan-bahan di kelas ini termasuklah
sebatian-sebatian yang sudah terkenal yang pada zahirnya
kelihatan tidak berbahaya tetapi jika tersalah pengendalian,
akan menjadi amat merbahaya. Subkelas-subkelas yang
digunakan ialah:
 Pepejal mudah terbakar. Bahan-bahan di dalam kelas
ini mudah terbakar dan boleh disebabkan oleh punca-
punca luar seperti bunga api atau api, misalnya kapas,
sulfur dan bahan-bahan getah. (4.1)

36
Peraturan Keselamatan Makmal
Dan Prosedur Kerja Lapangan

 Pepejal berkemungkinan membakar secara spontan.


Bahan-bahan ini manjadu terbakar secara spontan
apabila terdedah kepada udara lembab. Di dalam
kebakaran bahan seperti ini gas toksik mungkin
terhasil. (4.2)

Pepejal berbahaya apabila basah. Bahan-bahan di
dalam subkelas ini memberikann gas yang bukan
sahaja mudah terbakar tetapi juga bersifat toksik
apabila terkena air. Dengan ini pengawalan api semasa
kebakaran menjadi sukar. Penggunaan air, stim atau
campuran air-foam akan memburukkan lagi keadaan.
Dalam keadaan tertentu CO2 pun tidak sesuai
digunakan. Contohnya kalsium karbida, serbuk-serbuk
terbitan aluminium dan kalsium, ferrosilicon, litium,
sebatian berasaskan magnesium, sebatian berasaskan
kalium, rubidium, natrium dan zink. (4.3)
 Kelas 5 – Bahan pengoksidaan dan peroksida organik. Kelas ini
terbahagi kepada dua subkelas bagi membezakan di antara
pengoksida yang walaupun tidak mudah terbakar tetapi
mengeluarkan oksigen yang akan membantu kebakaran dan
peroksida organik yang kebanyakannya mudah terbakar.
Pengawasan yang ketat diperlukan apabila mengendalikan
bahan-bahan ini.
 Pengoksida. Bahna-bahan ini mengeluarkan oksigen di
dalam kebakaran dan ini menyebabkan kesukaran di
dalam pengawalan api semasa kebakaran. Sebahagian
daripada bahan-bahan di dalam kelas ini adalah sensetif
kepada hentaman, geseran atau kenaikan suhu, dan
terdapat juga bahan yang bertindakbalas dengan udara
lembab. (5.1)

37
Peraturan Keselamatan Makmal
Dan Prosedur Kerja Lapangan

Percampuran bahan-bahan ini dengan bahan-bahan


organik dan mudah terbakar boleh menghasilkan
letupan. Tindak balas tidak terkawal juga berlaku di
antara kebanyakan bahan pengoksida dan cecair asid
kuat dengan menghasilkan gas-gas beracun.

Contoh bahan-bahan ini ialah baja ammonium nitrat,


klorat, kalsium dan kalium permanganat.

 Peroksida Organik. Bahan-bahan ini selain daripada


menjadi agen pengoksida, boleh juga mengurai serta
mengeledak. Kebanyakannya akan membakar dengan
pantas dan sensitif kepada hentaman dan geseran. Bagi
mengurangkan bahaya, bahan-bahan ini selalunya
dikendalikan di dalam bentuk larutan sebagai pes
dibasahi dengan air atau pepejal lengai. Walaupun di
dalam keadaan begitu, ada juga yang dapat
bertindakbalas di luar kawalan disebabakan oleh
surihan bahan asing seperti asid, oksida logam atau
amina. Penguraian bahan yang mungkin disebabkan
oleh kenaikan suhu akan membawa kepada letupan dan
pengeluaran gas toksik atau mudah terbakar. (5.2)
 Kelas 6 – Bahan beracun dan berjangkit. Kelas ini dibahagikan
kepada dua subkelas iaitu:
 Bahan-bahan beracun. Pada umumnya bahan-bahan di
dalam kelas ini akan menyebabakan kecederaan atau
mungkin kematian jika termakan, terhidu atau terserap
melalui kulit, contohnya ialah racun serangga dan
rumput. (6.1)
 Bahan berjangkit. Bahan-bahan di dalam subkelas ini
termasuklah mikroorganisme atau toksinnya yang telah

38
Peraturan Keselamatan Makmal
Dan Prosedur Kerja Lapangan

dibuktikan menyebabkan penyakit kepada haiwan dan


manusia.
 Kelas 7 – Bahan Radioaktif. Pengkelasan berdasarkan
peraturan yang disarankan oleh IAEA.
 Kelas 8 – Bahan Kakisan. Bahan-bahan di dalam kelas ini
boleh mencederakan tisu dan merosakkan bahan-bahan lain.
Wap dari kabanyakan bahan-bahan ini berbau busuk, beracun
dan berbahaya. Terdapat juga bahan yang mudah terbakar atau
memberi wap yang mudah terbakar pada keadaan-keadaan
tertentu. Sifat kakisan ke atas logam dan kaca ditunjukkan oleh
sebahagian dari bahan-bahan ini. Air bertindak dengan
beberapa bahan ini menghasilkan gas dan haba dan juga
menyebabkan ia lebih menghakis.
 Kelas 9 – Lain-lain bahan berbahaya. Bahan-bahan di dalam
kelas ini adalah bahan-bahan yang tidak dapat dikelaskan di
dalam kumpulan-kumpulan di atas oleh sebab tertentu. Bahan-
bahan di dalam kelas ini termasuk aerosol, sebahagian baja
ammonium nitrat, asbestos, mancis api dan bahan pencemaran
yang lain.

6.4 Pengasingan Bahan Kimia


Jadual 6.1 menunjukkan keperluan umum bagi pengasingan bahan kimia
antara kelas. Bagaimanapun sifat sesuatu sebatian dalam setiap kelas
mungkin jauh berbeza antara satu sama lain. Dengan itu cara
pengasingan sesuatu kelas seharusnya dirujuk dengan lebih mendlam
bagi tujuan/penyimpanan.

39
Peraturan Keselamatan Makmal
Dan Prosedur Kerja Lapangan

Jadual 6.1: Keperluan Umum Bagi Pengasingan Bahan Kimia

1.1 1.2 1.3 1.4 2.1 2.2 3.1 3.3 4.1 4.2 4.3 5.1 5.1 6.1 7 8
1.5 2.3 3.2
Bahan letupan 1.1 * * * * 4 2 4 4 4 4 4 4 4 2 2 4
1.5
Bahan letupan 1.2 * * * * 4 2 4 4 4 4 4 4 4 2 2 4
Bahan letupan 1.3 * * * * 4 2 4 4 3 3 4 4 4 2 2 2
Bahan letupan 1.4 * * * * 2 1 2 2 2 2 2 2 2 X 2 2
Gas mudah terbakar 2.1 4 4 4 2 * 2 2 1 2 1 2 4 X 2 1
Selain gas mudah 2.2 2 2 2 1 X 2 2 X 1 X X 2 X 1 X
terbakar
2.3
Cecair mudah terbakar 3.1 4 4 4 2 2 2 2 2 2 2 3 X 1 X
3.2
Cecair mudah terbakar 3.3 4 4 4 2 2 2 1 2 2 2 3 X 2 1
Pepejal mudah terbakar 4.1 4 4 3 2 1 X 2 1 1 1 1 2 X 2 1
Bahan mudah terbakar 4.2 4 4 3 2 2 1 2 2 1 1 2 2 X 2 1
secara spontan
Bahan berbahaya bila 4.3 4 4 4 2 1 X 2 2 1 1 12 2 X 2 1
basah
Bahan pengoksidaan 5.1 4 4 4 2 2 X 2 2 1 2 2 2 1 1 2
Peroksida organik 5.2 4 4 4 2 4 2 3 3 2 2 2 2 1 2 2
Racun 6.1 2 2 2 X X X X X X X X 1 1 X X
Bahan radioaktif 7 2 2 2 2 2 1 2 2 2 2 2 1 2 X 2
Bahan menghakis 8 4 4 2 2 1 X 1 1 1 1 1 2 2 X 2
Lain-lain bahan 9 ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** **
berbahaya
40
Peraturan Keselamatan Makmal
Dan Prosedur Kerja Lapangan

7. PANDUAN PELUPUSAN SISA MAKMAL

7.1 Pelupusan sisa makmal


Sisa bahan kmia yang dihasilkan dalam makmal umumnya adalah tergolong sebagai sisa
berjadual dilupuskan mengikut peraturan setempat yang telah ditetapkan.

7.2 Pengumpulan sisa makmal


Bekas sisa yang mampu menghalang tindakan kandungannya adalah perlu dalam
pemgumpulan bahan sisa untuk mengurangkan gangguan kepada perjalanan sesebuah
makmal. Bekas mestilah tidak bocor dan kedap udara jika perlu diangkut menggunakan jalan
darat. Bekas yang berisi bahan sisa perlulah disimpan di tempat yang mempunyai
pengudaraan yang baik dan mesti ditutup ketat untuk menghalang sebarang kebocoran wap
sisa.

7.2.1 Bekas untuk sisa pelarut organik


bekas yang paling sesuai adalah tong dram HDPE yang mempunyai isipadu muatan
10L. Bekas yang serupa juga boleh dipilih untuk pelbagai jenis bahan sisa.
7.2.2 Bekas plastik untuk sisa akueus
Bekas dengan isipadu muatan 10-20 L adalah paling sesuai. Terdapat pelbagai jenis
dan kelas bekas yang boleh dipilih untuk pelbagai jenis bahan sisa.
7.2.3 Tong dram plastik dan logam
Untuk penyimpanan dan pengangkutan yang selamat bagi bahan sisa dengan kuantiti
yang kecil (seperti bahan kimia luput tarikh yang masih dalam bekas asal) ataupun
bahan sisa yang tidak tumpat (seperti bahan fasa pegun kromatografi), bekas dengan
isipadu 30 ataupun 60 L adalah sesuai. Bahan alas yang sesuai seperti vermiculite
boleh digunakan untuk menghalang perlanggaran semasa pengangkutan.
7.2.3 Perlabelan bekas sisa
Sisa makmal perlu disimpan dalam bekas berasingan mengikut jenis sisa yang
dikumpul. Sesetengah bahan kimia aktif perlu dineutralkan terlebih dahulu sebelum
disimpan mengikut pelbagai kaedah yang diterangkan dalam bahagian berikut. Label
yang mengandungi maklumat tentang kandungan sisa dan simbol hazad tertentu perlu
dilekatkan pada bekas sisa dengan baik dan jelas.

A. Pelarut organik dan larutan sebatian organik yang tidak mengandungi halogen.

41
Peraturan Keselamatan Makmal
Dan Prosedur Kerja Lapangan

B. Pelarut organik dan larutan sebatian organik yang mengandungi halogen. (jangan
guna bekas yang diperbuat daripada aluminium)
C. Sisa organik pepejal yang tersimpan dalam beg plastik ataupun botol ataupun
dalam bekas asal.
D. Larutan garam: nilai pH larutan perlulah dalam julat 6-8.
E. Sisa tak organik beracun, garam logam berat dan larutan sebatian ini yang
tersimpan dengan ketat dalam bekas yang tidak mudah pecah dan label yang jelas
dan rahan lama.
F. Sebatian beracun mudah terbakar yang tersimpan ketat dalam bekas yang tidak
mudah pecah dan label yang mengandungi meklumat tentang ini kandungannya.
G. Raksa dan sisa garam tak organic raksa.
H. Sisa garam ligam, perlu disimpan berasingan.
I. Pepejal tak organik.

7.3 Peneutralan sisa makmal


Untuk memastikan pengumpulan dan pelupusan sisa makamal yang reaktif, penukaran
kepada bahan yang tidak memudaratkan adalah perlu. Pengendalian bahan kimia terutamanya
apabila meneutralkan bahan kimia reaktif, perlulah dilakukan dengan penuh berhati-hati
kerana tindak balas kimia yang sangat reaktif sering terjadi. Oleh itu semua kerja perlu
dilakukan oleh kakitangan yang terlatih dalam kebuk wasap yang berfungsi dengan cekap,
dengan segala langkah keselamatan yang perlu. Kaedah yang dipilih untuk meneutralkan sisa
kimia reaktif perlulah dicuba ke atas sebahagian kecil bahan kimia terlebih dahulu untuk
mengelak sebarang kejadian diluar jangkaan.

1. Pelarut organik tanpa halogen: Bekas A. Sejumlah kecil pelarut organik tanpa halogen
boleh dikumpul dan dilupuskan bersama pelarut organik berhalogen. Pastikan tiada
peroksida sebelum diserahkan kepada syarikat yang mengendalikan pelupusan.
2. Pelarut organik berhalogen: Bekas B. jangan guna bekas aluminium.
3. Sebatian organik yang kurang reaktif. Bekas A. Jika berhalogen, perlu menggunakan
bekas B. gunakan bekas C jika sisa adalah pepejal.
4. Larutan akueus asid organik perlu dineuteralkan terlebih dahulu menggunakan natrium
hydrogen karbonat ataupun natrium hidroksida. Sebelum disimpan dalam bekas D,
pastikan pH adalah neutral. Asid karbosilik aromatik perlu dimendakkan dengan asid
hidroklorik cair dan dituras. Mendakkan: bekas C. Hasil turasan bekas: D.

42
Peraturan Keselamatan Makmal
Dan Prosedur Kerja Lapangan

5. Larutan bes organik dan amina: Bekas A atau B. untuk mengelak bau yang tidak
menyenangkan, peneutralan dangan asid hidroklorik ataupun asid sulfurik cair perlu
dilakukan (dalam kebuk wasap). Pastikan pH adalah neutral.
6. Sebatian nitrildan merkaptan perlu dioksidakan dengan pengacauan selama beberapa jam
(seeloknya semalaman) bersama larutan natriumhipoklorit. Pengoksida berlebihan perlu
dinuetralkan dengan natrium tiosulfat. Fasa organik: Bekas A. Fasa akueus: Bekas D.
7. Sebatian aldehid larutan berair perlu ditukarkan kepada aduk bisulfit menggunakan
larutan pekat akueus natrium hydrogen sulfit. Bekas A atau B.
8. Sebatian organo-logam yang sensitif terhadap tindak balas hidrolisis, yang umumnya
larut dalam pelarut organic perlu dititis ke dalam 1-butanol sambil dikacau dalam kebuk
wasap yang tertutup. Sebarang gas mudah terbakar yang terhasil perlu disalirkan terus
melalui tiub ke dalam penyedut. Apabila penghasilan gas selesai, pengacauan diteruskan
selama sejam dan diikuti dengan penambahan air yang berlebihan. Fasa organic: Bekas
A. Fasa akueus: Bekas D.
9. Sebatian mudah terbakar dan karsinogenik yang bertanda sangat beracun ataupun
beracun: Bekas F. Alkil sulfat adalah karsinogenik.
10. Sebatian mudah terbakar dan karsinogenik yang bertanda sangat beracun ataupun
beracun: bekas F. Alkil sulfat adlah karsinogenik. Elakkan sedutan melalui pernafasan
dan sentuhan kulit. Untuk menyahaktifkan alkil sulfat, titskan (daripada corong pemisah)
ke dalam larutan pekat ammonia yang sejuk sambil dikacau dengan kuat. Pastikan nilai
pH adalah neutral sebelum disimpan dalam bekas D.
11. Asid anhidrida tak organik perlulah terlebih dahulu dicairkan ataupun dihidrolisis melalui
pengacauan secara berhati-hati ke dalam air-ais, dan diikuti dengan peneutralan dengan
larutan natrium hidroksida dalam kebuk wasap (perlu menggunakan sarung tangan).
Pastikan nilai pH adalah neutral sebelum disimpan dalam bekas D. Asid sulfurik pekat
perlu dititiskan (setitis pada satu masa) ke dalam 40% asid sulfurik. Sediakan aiis untuk
penyejukan. Setelah sejuk ikut kaedah di atas peneutralan. Gas asid (seperti hidrogen
bromida, hidrogen klorida, hidrogen iodida, klorin, fosgen dan sulfur dioksida) perlu
disalurkan ke dalam larutan cairn atrium hidroksida dan dirawat sebagai asid tak organik.
12. Bes tak organik perlu dicairkan jika perlu, melalui pengacauan ke dalam air dan
dineutralkan dengan asid hidroklorik (dalam kebuk wasap, sarung tangan diperlukan).
Pastikan nilai pH adalah neutral sebelum disimpan dalam bekas D.
13. Garam tak organik: bekas I. Larutan neutral garam ini: Bekas D. Pastikan nilai pH adalah
neutral sebelum disimpan.

43
Peraturan Keselamatan Makmal
Dan Prosedur Kerja Lapangan

14. Larutan dan pepejal yang mengandungi logam berat: Bekas E. Sebatian nikel Raney perlu
dikacau (dlam bentuk akueus) ke dalam asid hidroklorik sehingga larut (Bekas E).
Elakkan nikel Raney dan baki turasan daripada kering, jika tidak letupan akan berlaku
apabila terdedah kepada udara.
15. Garam talium yang sangat beracun dan larutan akueusnya mesti dikendalikan dengan
berhati-hati. Elakkan sentuhan dengan kulit. Bekas E. Garam talium dalam lerutan akueus
boleh dirawat dengan natrium hidroksida untuk memendakkan sebatian talium (III)
oksida untuk diguna semula.
16. Sebatian selenium tak organik adalah beracun: Bekas E. unsur selenium boleh dikumpul
dengan mengoksidakan garamnya dalam larutan akueus menggunakan asid nitric pekat.
Penambahan natrium hidrogen sulfit menghasilkan mendakan unsur selenium. Fasa
akueus: Bekas D.
17. Sebatian berilium dan garamnya adalah karsiogenik. Elakkan sedutan melalui pernafasan
dan sentuhan dengan kulit. Bekas E.
18. Sebatian torium dan uranium adalah beradioaktif dan mesti dikumpul dan dilupuskan
mengikut peraturan setempat.
19. Baki sebatian raksa organik: Bekas G.
20. Sebatian sianida perlu terlebih dahulu dioksidakan kepada sebatian sianat menggunakan
hidrogen peroksida pada pH 10-11. Penambahan lanjut pengoksida pada pH 8-9
mengoksidakan sebatian ianat kepada karbon dioksida. Bekas D. Sebatian azida mengurai
kepada nitrogen apabila bertindakbalas dengan iodin bersama dengan natrium tiosulfat:
Bekas D.
21. Sebatian peroksida tak organik, pengoksida, bromin dan iodin boleh ditukarkan kepada
bahan yang tidak memudaratkan melalui penurunan dengan larutan berasid netrium
tiosulfat. Bekas D.
22. Sebatian hidrogen fluorida dan larutan fluorida tak organik mesti dikendalikan dengan
sangat berhati-hati. Elakkan sama sekali sebarang sentuhan dengan kulit dan pastikan
sebarang kerja mestilah dilakukan dalam kebuk wasap yang berfungsi dengan cekap dan
tingkapnya tertutup. Baki perlu dimendakkan sebagai kalsium fluorida menggunakan
kalsium karbonat. Mendakan: Bekas I. turasan: Bekas D.
23. Sisa cecair halida tak organik dan reagen yang sensitif terhadap hidrolisis mesti dikacau
dengan berhati-hati (setitis pada satu masa) ke dalam larutan 10% natrium hidroksida
yang sejuk. Bekas E.
24. Fosforus putih akan teroksida secara eksotermik apabila terdedah kepada udara
menghasilkan fosforus pentoksida. Inilah sebabnya mengapa fosforus putih perlu

44
Peraturan Keselamatan Makmal
Dan Prosedur Kerja Lapangan

disimpan dalam air. Fosforus putih adalah sangat beracun. Baki yang sedikit boleh
dinyahaktif menggunakan kaedah 11. Fosforus merah tidak beracun tapi mesti dielak
daripada bersentuhan dengan sebatian pengoksida: Bekas I. Sebatian fosforus perlu
dioksida dalam gas lengai menggunakan kebuk wasap yang berfungsi dengan cekap dan
tingkapnya tertutup. Setiap gram sebatian fosforus yang ditimbang, memerlukan 10 mL
larutan 5% natrium hipoklorit yang megandungi 5 mL larutan 50% natrium hidroksida
dan kemudian titiskan larutan sebatian yang ingin dinyahaktifkan (setitis pada satu masa)
sambil disejukkan dengan ais. Penambahan kalsium hidroksida menghasilkan mendakan
fosfat. Mendakan: Bekas I. Larutan akueus: Bekas D.
25. Logam alkali perlu disimpan dalam pelarut lengai dan dinyahaktifkan dengan menitiskan
2-propanol sambil dikacau. Gas hidrogen akan terhasil dan letupan mungkin terjadi, oleh
itu salirkan terus gas yang terhasil kepada penyedut. Apabila tindak balas selesai, titiskan
air (setitis pada satu masa): Bekas D. Bagi kes sebatian logam alkali borohidrida, tambah
methanol sambil dikacau, untuk logam alkali amida dan hidrida tambah 2-propanol
sambil dikacau. Apabila tindak balas selesai, hidrolisiskan dengan air: Bekas D. Untuk
memusnahkan litium aluminium hidrida, tambahkan ke dalam eter dan titiskan campuran
1:4 etil asetat dan eter (jenis yang digunakan sebelumnya, setitis pada satu masa di bawah
atmosfera lengai) pastikan tiada bahan yang terlekat pada dinding bekas yang boleh
menghalang tindakbalas berlaku secara langkap. Bekas A.
26. Sisa yang mengandungi logam berharga perlu diproses semula. Bekas H.
27. Larutan akueus: Bekas D.
28. Sebatian alkali aluminium sangat sensitif terhadap tindak balas hidrolisis. Sebatian ini
perlu dicairkan dengan pelarut lengai (seperti petroleum spirit) di bawah atmosfera
lengai, diikuti dengan penambahan 1-oktanol (secara titisan pada permulaan) dan
akhirnya dengan air. Bekas F. Penggunaan picagari boleh meningkatkan tahap
keselamatan pengendalian.
29. Apabila digunakan dengan mengikut prosedur yang betul, agen pencuci makmal Extran
tidak akan memudaratkan. Jika bahan ini digunakan untuk menyingkirkan sebatian yang
memudaratkan persekitaran, air basuhan hendaklah disimpan dalam bekas D.
30. Sebatian semulajadi seperti karbohidrat, asid amino dan sisa akueus lain: Bekas D.
apabila bercampur dengan reagen atau pelarut organik: Bekas A atau B.

45
Peraturan Keselamatan Makmal
Dan Prosedur Kerja Lapangan

8. POLISI KESELAMATAN

8.1 Penyertaan
8.1.1 Universiti Kebangsaan Malaysia sedapat mungkin akan mewujudkan suasana kerja
yang selamat dan sihat untuk kakitangan dan penuntut-penuntut bersesuaian dengan
kehendak undang-undang Negara. Universiti berharap semua kakitangannya
mengamalkan tahap keselamatan yang tinggi di dalam sebarang pekerjaan supaya
dapat menghayati konsep keselamatan dan menerimanya sebagai amalan biasa
sebelum meninggalkan universiti.
8.1.2 Keselamatan di dalam Universiti bukan sahaja menjadi tanggungjawab universiti
sebagai badan pentadbir tetapi juga setiap individu kakitangan dan penuntut. Setiap
individu mempunyai tanggungjawab moral dan legal terhadap dirinya sendiri dan
masyarakat sekitarnya. Setiap orang bertanggungjawab mematuhi segala peraturan
keselamatan dan mengambil langkah-langkah yang sesuai supaya tindakannya tidak
membahayakan orang lain. Universiti mengharapkan agar setiap individu memikul
tanggungjawab secara serius dan melaksanakan semua peraturan-peraturan
keselamatan yang telah diterima/lulus.

8.2 Perancangan

Universiti akan melaksanakan poilisi keselamatannya menerusi langkah-langkah berikut:


8.2.1 Menentukan keadaan bangunan, makmal, peralatan di dalam bengkel dan makmal
sentiasa dalam keadaan selamat untuk digunakan.
8.2.2 Sebarang pengubahsuaian kepada bilik, kemudahan dan peralatan akan dilakukan
oleh pihak yang ditauliahkan.
8.2.3 Mewujudkan peraturan yang selamat dan terpelihara dari segi kesihatan dan
penggunaan, pengendalian storan dan penghantaran bahan-bahan berbahaya.
8.2.4 Semua langkah-langkah keselamatan termasuk menyediakan baju makmal, kasut dan
peralatan pelindung diri, akan diambil bagi mengelakkan bahaya daripada keadaan
tabii pekerjaan yang dilakukan seperti bahan radioaktif, bahan kimia, gas, mikrob dan
lain-lain. Langkah-langkah ini termasuk sistem pembuangan sisa-sisa bahan.
8.2.5 Memberi keterangan, arahan dan latihan di aman yang perlu bagi menjamin
keselamatan kakitangan di tempat kerja. Peraturan keselamatan makmal akan diberi
kepada semua kakitangan.

46
Peraturan Keselamatan Makmal
Dan Prosedur Kerja Lapangan

8.2.6 Menyediakan panduan langkah-langkah yang perlu diambil semasa kebakaran “Fire
drills” dan ujian ke atas penggera kebakaran akan dilakukan setiap jangka masa
tertentu. Langkah-langkah akan diambil untuk mengelakkan bahaya kebakaran, dan
peralatan kebakaran akan disediakan dan dipastikan ia berada dalam keadaan yang
baik. Pelan lantai yang menunjukkan jalan keluar dari bangunan akan disediakan.
8.2.7 Membentuk Jawatankuasa Pengawasan Keselamatan dan memberi panduan
berkenaan operasinya, segala keputusan jawatan kuasa pengawasan keselamatan akan
dilaksanakan secepat mungkin.
8.2.8 Melantik seorang pegawai pangawas keselamatan, yang bertanggungjawab kepada
Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Pembangunan dan manjadi setiausaha
kepada jawatankuasa pengawasan keselamatan, untuk menjaminkan pelaksanaan
polisi keselamatan universiti dan memberi nasihat sebarang hal yang berkaitan
dengan keselamatan di dalam universiti.

8.3 Pentadbiran

8.3.1 Timbalan Naib Censelor Penyelidikan dan Pembangunan atau penggantinya adalah
manjadi wakil kepada Naib Censelor di dalam melaksanakan polisi keselamatan
Universiti bersesuaian dengan tanggungjawab legal dari segi kesihatan, keselamatan
dan kebajikan kakitangan dan penuntut.
8.3.2 Dekan/Pengarah Fakulti/Pusat Pengajian adalah bertanggungjawab secara umum ke
atas keadaan keselamatan bangunan dan kemudahan-kemudahan lain di
Fakulti/Pusat.
8.3.3 Pengerusi Pusat Pengajian adalah bertanggungjawab ke atas keadaan keselamatan di
pejabat, makmal, kemudahan dan peralatan-peralatan dalam Pusat Pengajian.
8.3.4 Pegawai lain yang bertanggungjawab ke atas keadaan keselamatan bangunan
kemudahan dan peralatan di dalam bangunan adalah Pendaftar untuk bangunan
Pentadbiran, Ketua Pustakawan untuk Perpustakaan, Pengarah Pusat Teknologi
Pendidikan untuk Pusat Teknologi Pendidikan dan Pengarah Unit Pembangunan
untuk Unit Pembangunan dan Pengarah Perumahan Pelajar untuk blok-blok kolej.

47
Peraturan Keselamatan Makmal
Dan Prosedur Kerja Lapangan

8.4 Jawatankuasa Pengawas Keselamatan

8.4.1 Jawatankuasa pengawasan keselamatan Universiti berperanan memberi nasihat


berkenaan hal keselamatan di Universiti dan mengawasi pelaksanaan polisi
keselamatan Univeristi. Keahlias jawatankuasa ini adalah:
- TNC Penyelidikan dan Pembangunan (Pengerusi)
- Dekan/Wakilnya dari Fakulti/Pusat Pengajian
- Wakil dari Pusat Teknologi Pendidikan
- Wakil dari Unit Pembangunan
- Wakil dari Pengarah Keselamatan
- Pegawai Pengawas Keselamatan (Setiausaha)
8.4.2 Jawatankuasa pengawasan keselamatan Fakulti/Pusat adalah bertugas sebagai badan
penasihat kepada Dekan/Pengarah dalam hal pengawasan keselamatan di
Fakulti/Pusat dan pelaksanaan polisi keselamatan Universiti. Jawatankuasa ini
dianggotai oleh:
- Dekan/Wakilnya (pengerusi)
- Ketua Jabatan/Wakilnya
- Ketua Bengkel
8.4.3 Jawatankuasa pengawasan keselamatan jabatan/unit ditugaskan memberi nasihat
kepada ketua jabatan/unit di dalam hal pengawasan keselamatan di jabatan/unit dan
pelaksanaan polisi keselamatan Universiti.

8.5 Tanggungjawab Umum


Setiap pegawai Universiti, pensyarah dan kakitangan lain, mempunyai tanggungjawab legal
dan moral untuk mengambil tindakan-tindakan yang wajar bagi menjamin kesihatan dan
keselamatan diri sendiri dan rakan-rakan semasa bekerja, dan bekerjasama sepenuhnya
dengan Universiti di dalam pelaksanaan tugas dan keperluannya.

48
Peraturan Keselamatan Makmal
Dan Prosedur Kerja Lapangan

PENGENALAN DAN PROSEDUR KERJA LAPANGAN

1. Pengenalan

 Pengurusan keselamatan dan kebersihan pekerjaan di Universiti Kebangsaan Malaysia


tidak terhad kepada aktiviti di dalam kampus sahaja. Ia juga melibatkan pekerjaan atau
aktiviti semasa di lapangan.
 Hazard dan risiko yang terdapat di lapangan adalah jauh lebih sukar ditentukan dan
dikawal kerana factor dan keadaan di lapangan sentiasa berubah. Lebih buruk lagi
terdapat hazard yang tidak dapat dikenalpasti dan risikonya ditaksirkan.
 Risiko kemalangan adalah tinggi apabila pengurusan risiko di lapangan tidak dilakukan
sebelum, semasa dan selepas sesuatu kerja lapangan.
 Kemalangan adalah akibat kegagalan sistem, dengan demikian pencegahan kemalangan
semasa kerja lapangan hendaklah dibuat berlandaskan pengurusan sistem.
 Pengurusan sistem ini bermaksud pengurusan secara sistematik dan holistik.

2. Takrifan

2.1 Kerja lapangan

 Semua aktiviti akademik atau penyelidikan yang dilakukan di luar kawasan di bawah
kawalan UKM (diiktiraf) termasuk perjalanan pergi dan balik
 Melibatkan bermalam atau tidak
 Kebiasaanya dijalankan di luar bangunan

2.2 Aktiviti Spesifikasi Kerja Lapangan

1. Aktiviti akuatik
2. Aktiviti scuba
3. Aktiviti snorkeling
4. Aktiviti di tepi pantai/tebing sungai/tasik/kolam
5. Aktiviti alam hutan
6. Aktiviti menggunakan laluan kanopi (canopy walkways)
7. Aktiviti berkhemah
8. Aktiviti pengumpulan sampel dan pengambilan data

49
Peraturan Keselamatan Makmal
Dan Prosedur Kerja Lapangan

9. Aktivti menjelajah gua


10. Aktiviti lapangan di kuari, tebing berbatu dan memanjat bukit
11. Aktiviti pemantauan dan persampelan di tepi jalan/lebuhraya/landasan keretapi
12. Aktiviti tinjauan udara

2.3 Ketua Rombongan


 Individu yang mengetuai sesuatu kerjalapangan

2.4 Ketua Kumpulan


 Individu yang dilantik oleh ketua rombongan untuk mengetuai kumpulan kecil di dalam
rombongan kerja lapangan

2.5 Penyelidik
 Semua peserta kerja lapangan yang menjalankan penyelidikan termasuk pembantu
penyelidik.

2.6 Peserta
 Peserta termasuk pensyarah, kakitangan sokongan, penyelidik dan pelajar

2.7 Hazad
 Punca atau keadaan yang berpotensi untuk mengakibatkan kemudaratan (cth.
Kecederaan, kerosakan harta benda dan alam sekitar atau gabungannya)

2.8 Kompeten
 Individu yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baik dalam
melaksanakan bidang tertentu

3. Etika Kerja Lapangan

 Tiada pembohongan data saintifik


 Pematuhan dan pemeliharaan Hak Cipta “Intelectual Property Rights”
 Hormati budaya, prinsip atau adat individu, komuniti dan masyarakat setempat.
Kebenaran, permit dan syarat perlu dipatuhi

50
Peraturan Keselamatan Makmal
Dan Prosedur Kerja Lapangan

 Jika melibatkan menusia (kajian bahasa, sosial, budaya) individu atau komuniti tersebut
berhak mengetahui tujuan meklumat tersebut diambil dan bagaimana maklumat tersebut
digunakan.
 Nama atau maklumat sampel daripada responden tidak boleh didedahkan kecuali dengan
kebenaran responden
 Pengumpulan sampel genetic manusia perlu mendapatkan kebenaran khas
 Meminimumkan kerosakan alam sekitar termasuk tanggungjawab menjaga kebersihan
persekitaran

4. Jawatakuasa Penaksiran Risiko Fakulti

4.1 Apakah JKPRF?


 Sebuah jawatankuasa kecil peringkat fakulti yang bertanggungjawab khas memastikan
keselamatan dan kesihatan aktiviti kerja lapangan yang dilakukan oleh setiap ahli
(pensyarah, kakitangan sokongan dan pelajar) pusat pengajian.

4.2 Apakah komposisi JKPRF?


 JKPRF ialah jawatankuasa kecil di bawah JKKPF;
 JKPRF hendaklah dipengerusikan oleh seorang pensyarah yang telah dilantik oleh
pengerusi JKKPF; dan
 Ahli JKPRKF hendaklah terdiri daripada pensyarah-pensyarah fakulti yang kompeten
dalam penaksiran risiko kerja lapangan.

4.3 Apakah fungsi JKPRF?


 Merancang, melaksanan, menilai semula dan mempertingkatkan segala aspek pengurusan
kerja lapangan yang dilakukan dan yang akan dilakukan oleh pensyarah, kakitangan
sokongan dan pelajar Pusat;
 Mempertimbangkan segala permohonan kerja lapangan yang dibuat oleh ahli fakulti
 Menyiasat segala kemalangan-kemalangan nyaris, kejadian berbahaya, keracunan
pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku semasa dan selepas kerja lapangan serta
melaporkan kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Fakulti.

5. Prosedur Kerja Selamat

1. Prosedur memohon kebenaran melakukan kerja lapangan

51
Peraturan Keselamatan Makmal
Dan Prosedur Kerja Lapangan

2. Prodsedur pengurusan risiko kerja lapangan


3. Prosedur keselamatan semasa kerja lapangan
4. Prosedur kecemasan semasa kerja lapangan
5. Prosedur penyiasatan kemalangan kerja lapangan
6. Jenis latihan keselamatan dan kesihatan kerja lapangan
7. Insuran kerja lapangan

6. Prosedur Memohon Kebenaran Melakukan Kerja Lapangan

6.1 Pengenalan
 Setiap kerja lapangan yang melibatkan kakitangan dan pelajar handaklah mendapat
kelulusan pihak JKPRF terlebih dahulu sebelum kerja lapangan tersebut dilakukan.

6.2 Prosedur Permohonan


1. Setiap permohonan kerja lapangan hanya boleh dibuat oleh pensyarah SAHAJA.
Kakitangan lain atau pelajar tidak dibenarkan memohon untuk melakukan kerja lapangan.
2. Permohonan handaklah dibuat dengan melengkapkan borang-borang berikut:
- Borang Permohonan Kerja Lapangan (diisi oleh pensyarah)
- Borang Penyertaan Kerja Lapangan dan Pengakuan Jamin Diri (diisi oleh setiap
peserta yang mengikuti kerja lapangan)
- Borang Maklumat Kesihatan

6.3 Prosedur Memohon Kebenaran Melakukan Kerja Lapangan


 KKKI/6.2/A-M : Borang Penaksiran Risiko Aktiviti Kerja Lapangan
 KKKI/6.2/A – aktiviti kenderaan akuatik
 KKKI/6.2/B – aktiviti scuba
 KKKI/6.2/C – aktiviti snokerling
 KKKI/6.2/D – aktiviti di tepi pantai/ tebing sungai/ tasik/ kolam
 KKKI/6.2/E – aktiviti dalam hutan
 KKKI/6.2/F – aktiviti menggunakan laluan kanopi
 KKKI/6.2/G – aktiviti berkhemah
 KKKI/6.2/H – aktiviti pengumpulan sampel dan pengambilan data
 KKKI/6.2/I – aktiviti menjelajah gua
 KKKI/6.2/J – aktiviti lapangan di kuari dan tebing berbatu

52
Peraturan Keselamatan Makmal
Dan Prosedur Kerja Lapangan

 KKKI/6.2/K – aktiviti pemantauan dan persempelan di tepi jalan/lebuhraya/landasan


keratapi
 KKKI/6.2/L – aktiviti tinjauan udara
 KKKI/6.2/M – aktiviti lain yang tidak termasuk di dalam senarai A-L

7. Prosedur Keselamatan Semasa Kerja Lapangan

7.1 Objektif
 Mengurangkan aras risiko kemalangan yang melibatkan kesihatan, keselamatan dan
kehilangan harta benda
 Prosedur ini hendaklah dipatuhi oleh setiap peserta yang terlibat dalam aktiviti kerja
lapangan.
 Proses ini terbahagi kepada dua aktiviti iaitu taklimat sebelum memulakan kerja
lapangan, dan prosedur bagi aktiviti spesifik

7.2 Taklimat Sebelum Memulakan Kerja Lapangan


Taklimat keselamatan hendaklah diberikan oleh Ketua Rombongan sebelum kerja
lapangan dimulakan. Kandungan taklimat hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya
perkara berikut:
 Memastikan semua peserta memahami tujuan kerja lapangan dan mempunyai
persediaan yang cukup semasa melakukan kerja lapangan
 Memastikan setiap peserta mengetahui Ketua Rombongan/Kumpulan
 Memaklumkan tanggungjawab setiap individu
 Memaklumkan tentang hazard yang mungkin berlaku dan penilaian risiko
terhadap hazard berkaitan
 Memastikan kelengkapan dan peralatan keselamatan yang minimum disediakan
dan pengguna memahami penggunaanya.
 Menjelaskan prosedur kecemasan bagi semua kes yang mungkin berlaku
 Memaklumkan pentingnya sentiasa mematuhi arahan yang diberikan dari masa
ke semasa oleh Ketua Rombongan/Kumpulan
 Menghendaki peserta sentiasa berhati-hati dan memikirkan keselamatan

53
Peraturan Keselamatan Makmal
Dan Prosedur Kerja Lapangan

7.3 Prosedur Aktiviti Spesifik


Kerja lapangan boleh melibatkan berbagai aktiviti di berbagai kawasan. Setiap satu aktiviti
dan lokasi mempunyai hazardnya tersendiri dan ini memerlukan prosedur kerja selamat yang
khusus. Prosedur kerja selamat bagi aktiviti berikut diberikan:
1. Aktiviti akuatik
2. Aktiviti scuba
3. Aktiviti snorkeling
4. Aktiviti di tepi pantai/tebing sungai/tasik/kolam
5. Aktiviti alam hutan
6. Aktiviti menggunakan laluan kanopi (canopy walkways)
7. Aktiviti berkhemah
8. Aktiviti pengumpulan sampel dan pengambilan data
9. Aktivti menjelajah gua
10. Aktiviti lapangan di kuari, tebing berbatu dan memanjat bukit
11. Aktiviti pemantauan dan persampelan di tepi jalan/lebuhraya/landasan keretapi
12. Aktiviti tinjauan udara

8. Prosedur Kecemasan Semasa Kerja Lapangan

8.1 Kecemasan
Peristiwa atau keadaan tidak dijangka akibat hilang atau tiada kawalan yang
mendatangkan kemudaratan atau mampu mendatangkan kemudaratan

8.2 Tahap Kecemasan


Tahap 1 – Kecemasan yang masih di dalam kawalan Ketua Rombongan dan tidak
melibatkan pihak penyelamat luar UKM.
Tahap 2 – Kecemasan yang di luar kawalan Ketua Rombongan dan melibatkan pihak
penyelamat dan keselamatan luar UKM.

8.3 Contoh Kecemasan


- Kemalangan semasa kerja lapangan
- Hilang atau sesat
- Dilanda perubahan cuaca yang mampu mendatangkan kemudaratan
- Hilang kawalan terhadap kerja lapang

54
Peraturan Keselamatan Makmal
Dan Prosedur Kerja Lapangan

8.4 Pelan Tindakan Kecemasan Kerja Lapang


Ketua Rombongan hendaklah:
 Menyediakan pelan tindakan kecemasan sebelum melakukan kerja lapangan. Pelan
ini hendaklah berdasarkan penaksiran risiko pada borang perancang kerja lapangan.
 Mengkategorikan kecemasan mengikut tahapnya
 Memastikan adanya sistem komunikasi sandaran (back-up) semasa kecemasan
 Memastikan dan menyimpan nombor telefon kecemasan (Pusat Kawalan
Keselamatan UKM, badan-badan penyelamat yang berkaitan seperti polis, hospital,
Jabatan Perhilitan, Jabatan Perhutanan, Unit Penyelamat Awam, dan sebagainya yang
berdekatan dengan kawasan kerja).

8.5 Tindakan Kecemasan


Ketua Rombongan hendaklah:
 Bertanggungjawab melaksanakan prosedur kecemasan dan memastikan semua ahli
yang turut serta mematuhinya
 Menaksirkan tahap kecemasan. Jika kecemasan memerlukan bantuan luar maka
beliau hendaklah mengaktifkan pelan tindakan kecemasan tahap II
 Mengawal keadaan kecemasan supaya tidak memudaratkan ahli dan dirinya
 Memberikan pertolongan cemas kepada ahli yang cedera
 Menyediakan maklumatberikut semasa berkomunikasi:
- Lokasi kemalangan (rujukan grid/bacaan GPS);
- Keadaan Geografi (lembah sungai, bukit, jurang, cerun);
- Masa berlaku kemalangan;
- Bilangan yang tercedera;
- Nama dan jantina mangsa;
- Keadaan kecederaan mangsa;
- Pertolongan cemas yang telah diberikan; dan
- Memberi amaran kepada pasukan penyelamat mengenai bahaya dan risiko
yang wujud.
 Mengesahkan kecemasan telah berakhir
 Tidak menghebahkan maklumat kecemasan kepada pihak luar universiti

55
Peraturan Keselamatan Makmal
Dan Prosedur Kerja Lapangan

PROSEDUR TINDAKAN KECEMASAN

PENGERUSI
JKKPF

3. Memaklumkan perkembangan
kecemasan kepada Dekan FST

PENGERUSI 2. Pengerusi/Penyelaras (berada


PUSAT PENGAJIAN/ di UKM) menyelaras
PENYELARAS PUSAT tindakan kecemasan dengan
KECEMERLANGAN Ketua Rombongan kerja
lapangan (berada di
lapangan)
4. Ketua Rombongan membantu
Pengerusi Pusat Pengajian/
Penyelaras Pusat
Kecemerlangan melengkapkan
dan menghantar Borang
Pemberitahuan Kemalangan
Kerja Lapangan kepada 1. Pemberitahuan secara lisan peristiwa
Pengerusi JKKPF dalam tempoh kecemasan secepat mungkin kepada pasukan
24 jam dan satu salinan dihantar penyelamat dan pihak berkuasa berdekatan
ke Pejabat Keselamatan dan dan Pengerusi Pusat/Pusat Kawalan
Kesihatan Pekerjaan UKM Keselamatan UKM

KETUA
Rombongan Kerja Lapangan
Menyelaras kecemasan dengan pihak UKM
dan pasukan penyelamat dan keselamatan

56
Peraturan Keselamatan Makmal
Dan Prosedur Kerja Lapangan

LAMPIRAN

Simbol Hazad

Harmful Explosive Corrosive

Dangerous for Flammable Toxic


the environment

Radioactive Biohazard Poison Oxidizing

General danger Explosive Flammable Electrical hazard

57
Peraturan Keselamatan Makmal
Dan Prosedur Kerja Lapangan

Kerja Lapangan

Persampelan air

58

You might also like