You are on page 1of 8

DUTY 01.

00 Pengendalian Bahan Kimia & Toxic

1.0 : PENGENALAN

Di dalam sektor industri dan perkilangan , banyak bahan-bahan kimia dan juga toxic digunakan untuk proses-
proses pembuatan .

Kebanyakan bahan kimia yang digunakan adalah merbahaya dan boleh membunuh manusia jika ia tidak
dikendalikan atau disimpan dengan betul serta mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Sesetengah bahan kimia terdiri daripada jenis-jenis asid / alkali yang pekat di mana ia akan memberikan
kesan fizikal serta merta apabila terkena kepada kulit atau mata.

Ada pula yang terdiri daripada gas-gas yang beracun di mana apabila terhidu , ia boleh menyebabkan
kematian.

Oleh itu , pengendalian terhadap bahan-bahan ini memerlukan seseorang yang mengetahui akan bahayanya ,
langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil kira serta langkah-langkah pertolongan cemas yang perlu
diambil jika berlakunya kemalangan atau kecederaan di sebabkan oleh bahan-bahan ini.

Oleh itu , adalah penting , latihan yang lengkap dan sepenuhnya diberikan kepada mereka yang akan
mengendalikan bahan – bahan yang merbahaya ini.

Kerinchi45/EP/E-010-2/INDUSTRIAL ELECTRONIC/ Mukasurat 1


DUTY 01.00 Pengendalian Bahan Kimia & Toxic

2.0 : MENGENALPASTI BAHAYA DAN JENIS BAHAN

Bagi memastikan setiap bahan kimia yang dikendalikan hendaklah diketahui sifat – sifat bahan tersebut.
Diantara sifat – sifat utama yang perlu diketahui bagi memastikan keselamatan ketika mengendalikanya ialah
seperti :

A ) Bertoksid / Beracun.

Eksperimen dengan gas beracun mesti dilakukan dalam kebuk wasap.Gunakan pipet untuk menyedut
keluar cacair yang beracun.

Seseorang yang menggunakan bahan kimia beracun mesti memakai cermin mata keselamatan dan
sarung tangan keselamatan getah. Selepas eksperimen, tangan hendaklah dibasuh.

Jika mata untuk kulit ternena bahan kimia beracun, cuci segera dengan air yang banyak. Sebagai
langkah susulan rawatan Pegawai perubatan hendaklah didapati.

1. Langkah Keselamatan

Bahan-bahan kimia yang berikut mempunyai kesan yang boleh memudaratkan. Oleh itu langkah
keselamatan mesti diberi perhatian. !

i. ANILINA mudah menyerap ke dalam kulit.

ii. BENZENA jika dihidu sedikit-sedikit selama tempoh masa yang agak lama, boleh menjadi
racun. Ia juga boleh menyerap ke dalam kulit. Jika boleh ia mestilah digantikan dengan
bahan yang kurang beracun misalnya toluena atau xilena.

iii. WAP BROMIN adalah merbahaya kepada mata, hidung dan paru-paru. Ia juga membahaya
bila bersentuhan dengan kulit.

iv. KARBON DISULFIDA boleh menyerap ke dalam kulit dan wapnya sangat beracun. Ia sangat
mudah terbakar dan mempunyai takat suhu nyalaan yang rendah.

v. WAP KARBON TETRAKLOARIDA (tetraklorometana) adalah beracun dan boleh menyerap


ke dalam kulit.

vi. KLOROFORM (Triklometana) adalah beracun dan boleh menyerap ke dalam kulit.

vii. HIDROGEN SULFIDA sama beracun seperti hidrogen sianida, tetapi ia bukanlah racun
yang menokok. Ia mesti digunakan hanya dalam kebuk wasap sahaja.

viii. MERKURI mesti dipanaskan hanya di dalam kebuk wasap tetapi lebih baik lagi jika tidak
dipanaskan langsung. Wapnya ADALAH SANGAT merbahaya.

ix. SULFUR DIOKSIDA adalah beracun.

2. Peraturan Penyimpanan

Penyimpanan bahan kimia hendaklah mengikut peraturan-peraturan berikut:

a. Semua botol reagen bahan kimia mestilah dilebel dengan jelas dan lebel itu hendaklah
diperiksa dari semasa ke semasa.

b. Bagi-bahan kimia yang beracun dan berbahaya simbol-simbol tertentu digunakan.


c. Bahan kimia tidak sepatutnya disimpan dalam makmal tetapi mestilah disimpan dalam stor
bahan kimia yang mempunyai peredaran udara yang baik. Rak menyimpan bahan ini mestilah
bertubir untuk mengelakkan botol daripada jatuh.

d. Cecair meruap dan lain-lain cecair yang berbahaya hendaklah disimpan dalam tempat khas
yang kalis api.

Kerinchi45/EP/E-010-2/INDUSTRIAL ELECTRONIC/ Mukasurat 2


DUTY 01.00 Pengendalian Bahan Kimia & Toxic

e. Bahan kimia yang beracun hendaklah disimpan dalam almari yang berkunci di dalam stor.
Penggunaannya mestilah direkodkan.

f. Di dalam makmal tidak digalakkan ,menympan cecair yang lebih daripada 500cm3. Bahan
kimia lama yang tidak boleh digunakan lagi merupakan sumber yang akan mendatangkan
bahaya (misalnya letupan). Ia mestilah dirawat mengikut cara yang betul.

B ) Berasid / beralkali

Contoh bahan-bahan kimia bersifat mengkakis adalah asid-asid pekat seperti asid nitrik, asid
hidroklorik, asid sulfurik, asid etanoik, asid metanoik, ammonia pekat, hidrogen peroksida
pekat, metanol, fenol, cecair bromin, kalium manganat (VII) dan argentum nitrat.

Elakkan anggota badan daripada tersentuh bahan-bahan tersebut. Pengendalian bahan kimia ini
hendaklah dilakukan dalam kebuk wasap dengan memakai cermin mata keselamatan serta sarung
tangan keselamatan.

Sekiranya sebahagian badan terkena bahan kimia mengkakis, bahagian tersebut hendaklah segera
dibilas dengan air yang berlebihan.

Selalunya , jika amali melibatkan bahan kimia mengkakis dengan bahan organik, kuantiti yang kecil
sahaja digunakan.

D ) Senang atau boleh terbakar

a. Pepejal Mudah Terbakar

Logam Natrium dan Kalium hendaklah disimpan terendam sepenuhnya dalam minyak (Kerosin
atau minyak tanah) dan terletak jauh daripada larutan berair. Fosforus kuning mestilah
disimpan terendam sepenuhnya dalam air dan jangan dibiarkan menjadi kering. Penyimpanan
ketiga-tiga bahan ini hendaklah diperiksa selalu untuk menentukan bahawa ia terendam
sepenuhnya dalam cecair. (Penggunaan fosforus kuning tidak digalakkan di sekolah).

Bahan pengoksida yang kuat (misalnya klorat, perklorat, nitrat, mengganat, peroksida, asid
nitrik) mestilah disimpan berjauhan daripada bahan-bahan yang mudah teroksida.

b. Cecair Mudah Terbakar

Cecair mudah terbakar yang banyak seperti yang terdapat dalam botol “Winchester”
hendaklah disimpan pada aras terbawah dalam almari . Almari ini harus mempunyai tubir
untuk mencegah cecair mengalir keluar daripada botol yang pecah. Cecair ini haruslah
disimpan dalam bekas dan hendaklah terhindar daripada bara api dan sumber elektrik kerana
wap daripadanya boleh menyebabkan letupan.

Cecair tersebut mesti dipanaskan dengan menggunakan kukus air. Jauhkan cecair mudah
terbakar daripada sebarang sumber nyalaan.

E ) Jenis – jenis bahan yang tidak boleh di campur dengannya.

Bahan kimia tidak boleh dicampurkan sewenang – wenangnya dimana jika bahan yang dicampurkan
adalah salah inya mungkin akan mengakibatkan letupan dan kebakaran.

Begitu juga di dalam kaedah mencampurkan sesuatu bahan kimia, ia mestilah dicampurkan mengikut
peraturan – peraturan bahan tersebut.

F ) Apabila terbakar ia boleh mengakibatkan terjadinya letupan.

Tidak semua bahan kimia boleh di panaskan atau di bakar dimana ianya mungkin akan mengakibatkan
berlakunya letupan.

G ) Boleh meresap kedalam kulit.

Sesetengah bahan kimia boleh meresap melalui kulit, ini amat merbahaya dimana ia mugkin
mengakibatkan kesan kesihatan di dalam jangka masa yang panjang.

Kerinchi45/EP/E-010-2/INDUSTRIAL ELECTRONIC/ Mukasurat 3


DUTY 01.00 Pengendalian Bahan Kimia & Toxic

H ) Melecur apabila terkena kulit.

Sesetengah bahan kimia akan mengakibatkan kesan melecur apabila terkena kulit.

I ) Hilang penglihatan apabila terkena mata.

Sesetengah bahan kimia boleh mengakibatkan kehilangan penglihatan kekal atau sementara apabila
terkena kepada mata. Oleh itu bagi mengendalikan bahan ini perlu memakai pelindung muka.

K ) Suhu bilik penyimpanan yang sesuai dengannya.

Setiap bahan kimia mempunyai suhu penyimpanan yang bersesuaian denganya oleh itu bahan kimia
tersebut hendaklah disimpan di dalam bilik yang mempunyai suhu yang sesuai. Sebagai contoh bahan
kimia yang mudah terbakar hendaklah di temparkan di dalam suhu bilik yang sejuk , jika di tempatkan
di dalam bilik yang mempunyai suhu yang panas, ia mungkin akan mengakibatkan kebakaran atau
letupan berlaku.

L ) Bekas penyimpanan yang sesuai dengannya.

Setiap bahan kimia hendaklah disimpan di dalam bekas yang bersesuaian denganya, terutama bahan
kimia yang mempunyai sifat – sifat menghakis, dimana jika bekas yang tidak bersesuaian di gunakan ia
akan mengakibatkan kebocoran akibat daripada kesan hakisan.

M ) Boleh disimpan bersama bahan kimia yang lain atau tidak .

Tidak semua bahan kimia boleh disimpan bersama – sama dengan bahan kimia lain , dimana ia
mungkin akan mengakibatkan kebakaran atau lepan berlaku. Oleh itu bahan kimia yang memerlukan bilik
penyimpanan berasingan hendaklah disimpan berasingan daripada bahan – bahan kimia yang lain.

Arahan serta simbol-simbol yang tercatat pada bekas menyimpanan perlu dibaca dan difahami untuk
memastikan pengendalian yang betul di lakukan. Spesifikasi sesuatu bahan kimia biasanya akan
dikeluarkan oleh pihak pengeluar bahan tersebut dimana ia akan menyatakan dengan lengkap sifat – sifat
bahan dan maklumat – maklumat keselamatan ketika pengendalian bahan tersebut.

3.0 : SIMBOL-SIMBOL AMARAN PADA BAHAN KIMIA

 Simbol Amaran Merbahaya


 Amaran umum untuk memperingatkan bahan yang dikendalikan adalah merbahaya atau kawasan itu
adalah merbahaya

Kerinchi45/EP/E-010-2/INDUSTRIAL ELECTRONIC/ Mukasurat 4


DUTY 01.00 Pengendalian Bahan Kimia & Toxic

 Simbol Amaran Bahan Toxic


 Amaran ini memberitahu bahan yang dikendalikan adalah bahan kimia bertoksid dan merbahaya
kepada keselamatan manusia.

 Simbol Amaran Bahan Radioaktif dan kawasan Radioaktif


 Amaran ini memberitahu bahan yang dikendalikan mengandungi kesan radioaktif dan memerlukan
pakaian khusus.

 Simbol Amaran Bahan Mudah Terbakar


 Amaran ini memberitahu bahawa bahan yang dikendalikan daripada jenis yang amat mudah untuk
terbakar.

Kerinchi45/EP/E-010-2/INDUSTRIAL ELECTRONIC/ Mukasurat 5


DUTY 01.00 Pengendalian Bahan Kimia & Toxic

Warna Tanda – Tanda keselamatan

 MERAH - Membawa maksud amaran keras dan amat merbahaya.


 KUNING – Membawa maksud amaran / peringatan.
 BIRU – Membawa maksud peringatan – peringatan am.

4.0 : LANGKAH-LANGKAH PERTOLONGAN CEMAS

4.1 : Terkena mata

 Segera basuh mata dengan melalukan air dengan perlahan sekurang-kurangnya 15 minit ( pastikan
mata sentiasa terbuka )

 Segera hubungi doktor dan segera bawa mangsa kehospital ( terutama pakar mata )

 Jika dengan melalukan air kedalam mata masih tidak berkesan , kemungkinan mata tidak berfungsi
adalah lebih banyak.

4.2 : Terkena kulit

 Buka baju dan kasut yang telah terkena bahan kimia dan basuh dengan air yang banyak.

 Ber bantuan perubatan dan bawa mangsa yang cedera segera ke hospital.

4.3 : Terhidu

 Bawa mangsa kekawasan lapang yang mempunyai peredaran udara yang baik (jangan kerumuni
mangsa)

 Beri bantuan pernafasan jika perlu dan bawa mangsa kehospital dengan segera.

4.4 : Tertelan atau termakan

 Jangan ransang mangsa untuk muntah.

 Beri mangsa beberapa gelas air atau susu dan jangan memberikan apa-apa kepada mangsa yang
pengsan , melalui mulut.

 Bawa mangsa yang cedera segera kehospital.

5.0 : LANGKAH-LANGKAH MENGHADAPI KEBAKARAN

 Hendaklah mengikut arah angin ketika menyembur kearah kebakaran.

 Jika berlakunya kebakaran berhampiran dengan bahan kimia yang mudah terbakar maka pindahkan ia
ketempat yang selamat.

 Jika tidak mudah atau tidak dapat dipindahkan , maka sembur bekas penyimpanan bahan kimia itu
dengan air untuk menyejukkannya.

 Jika banyak kuantiti kimia yang mudah terbakar terlibat dalam kebakaran , maka pemadam api jenis
kimia perlu digunakan seperti jenis buih , jenis serbuk atau CO2

Kerinchi45/EP/E-010-2/INDUSTRIAL ELECTRONIC/ Mukasurat 6


DUTY 01.00 Pengendalian Bahan Kimia & Toxic

6.0 : LANGKAH – LANGKAH PERLU KETIKA BERLAKU TUMPAHAN

 Jika berlaku tumpahan yang sedikit , basuh tempat tumpahan dengan air yang banyak dan pastikan
ianya menyalir melalui parit / longkang sehingga tumpahan telah benar-benar dibersihkan.

 Jika berlaku tumpahan yang banyak, kumpulkan dan sembur dengan air yang banyak ke tempat yang
selamat dan masukkan tumpahan tersebut ke dalam bekas pembuangan yang telah di tetapkan oleh
Ordinant ( Disposal Consideration ). Jangan biarkan tumpahan itu mengalir memasuki sungai atau
tasik.

 Pastikan Hanya orang yang terlatih sahaja terlibat di dalam kerja – kerja pembersihan.

 Pakaian – pakaian keselamatan seperti Suit PVC, Boots, Penutup Muka dan sarung tangan hendaklah di
pakai.

 Jangan masukkan kembali kimia yang di kumpulkan semasa kerja – kerja pembersihan kembali ke
dalam bekas asalnya. Hanya bekas pembuangan H2O2 sahaja digunakan.

7.0 : LANGKAH – LANGKAH PENGENDALIAN.

 Elakkan bahan kimia / toxic yang dikendalikan daripada bocor atau tertumpah keluar daripada bekas
penyimpanannya.

 Jangan gunakan apa – apa alatan yang boleh menghasilkan api ( spt. Lighter, pemanas elektrik dll ) di
tempat penyimpanan atau pengendalian bahan kimia yang mudah terbakar.

 Jangan masukkan kembali bahan kimia yang telah digunakan atau telah dikeluarkan daripada
bekasnya kembali ke dalam bekas penyimpanannya.

 Basahkan bahan – bahan yang mudah terbakar ( spt. Kayu, kertas , kain dll ) dengan air yang banyak
apabila ia terkena pada bahan kimia yang mudah terbakar.

 Gunakan pakain perlindungan diri semasa mengendalikan bahan kimia, ini bagi mengelakkan bahan
kimia tersebut mengenai mata , kulit atau terhidu.

8.0 : LANGKAH – LANGKAH PENYMPANAN BAHAN KIMIA.

 Elakkan bahan kimia daripada di cemari oleh bahan lain dan pastikan bekas penyimpanannya juga tidak
tercemar.

 Tempat penyimpanan bahan kimia mestilah mempunyai sistem peredaran udara yang baik dan mencukupi.
Jangan menyimpan bahan kimia di tempat yang terkedap / tidak mempunyai sistem peredaran udara.

 Jangan menyimpan bahan kimia yang berlainan jenis di tempat penyimpanan yang sama.

 Pastikan punca air berada di dalam keadaan baik untuk keadaan kecemasan dan bagi tujuan penyejukan.

9.0 : KAWALAN PENDEDAHAN / PERLINDUNGAN DIRI.

1. Kawasan Tempat Kerja.

 Mesti di lengkapi dengan alat mandian keselamatan dan kemudahan membasuh mata dan
kedudukannya mestilah mudah untuk dikenalpasti dan tidak terhalang oleh bahagian – bahagian lain.
 Dikendalikan di tempat yang tidak terdedah kepada orang ramai , tertutup dan mempunyai peredaran
udara yang baik.

Kerinchi45/EP/E-010-2/INDUSTRIAL ELECTRONIC/ Mukasurat 7


DUTY 01.00 Pengendalian Bahan Kimia & Toxic

2. Pakaian Perlindungan Diri.

 Pakaian – pakaian yang telah ditetapkan ialah.

a. Penghadang Muka / Chemicals Splash Goggles.

b. Kasut / Boots Getah atau PVC.

c. Pakaian PVC.

d. Alat Pernafasan Keselamatan.

e. Apron PVC.

f. Sarung Tangan PVC.

Kerinchi45/EP/E-010-2/INDUSTRIAL ELECTRONIC/ Mukasurat 8

You might also like