You are on page 1of 7

TEMA 1: KESELAMATAN DAN KESIHATAN

BAB 1: LANGKAH KESELAMATAN DALAM MAKMAL

1.1 Peralatan Perlindungan Diri


1.1.1 Menjelaskan dengan contoh peralatanperlindungan diri serta fungsinya

 PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI ialah kelengkapan yang diperlukan untuk memberikan


perlindungan kepada pemakainya daripada bahaya.
 Terdapat lima peralatan perlindungan diri iaitu:-

1. GOGAL - melindungi mata daripada terkena bahan kimia berbahaya seperti asid,
bromin ammonia dan logam reaktif

2. TOPENG MUKA –melindungi hidung dan mulut daripada terhidu


bahan kimia yang sengit dan mudah meruap serta debu

3. SARUNG TANGAN – yang diperbuat daripada getah melindungi tangan daripada


bahan kimia berbahaya

4. BAJU MAKMAL – terdiri daripada lapisan keselamatan dan mudah untuk dibuka
jika kecemasaan. –Penting untuk melindungi kerosakan pada pakaian

5. KASUT BERTUTUP/ KASUT KESELAMATAN - untuk melindungi kaki


daripada tumpahan bahan kimia atau serpihan kaca.

 Terdapat 3 jenis peralatan perlinduangan diri yang disediakan di dalam makmal

KABINET ALIRAN LAMINAR (Laminar flow cabinet)

- digunakan untuk mengelakan kontamininasi semasa aktiviti berkaitan dengan


mikrobiologi dijalankan.

1
TEMA 1: KESELAMATAN DAN KESIHATAN
BAB 1: LANGKAH KESELAMATAN DALAM MAKMAL

KEBUK WASAP (Fume Chamber)

- ini perlu digunakan oleh pengguna makmal ketika


mengendalikan bahan kimia berbahaya yang meruap bagi
menggelakkan kebocoran gas berbahaya dalam makmal.

PENYIRAM KESELAMATAN
(Safety shower)
- Ini digunakan untuk membersihkan dan membilas bahagian badan atau pakaian
yang terkena bahan kimia dengan segera

1.2 Pembuangan Bahan Sisa


1.2.1 Menjelaskan dengan contoh bahan yang boleh dibuang ke dalam sinki
1.2.2 Mencirikan bahan yang tidak boleh dibuang ke dalam sinki

BAHAN SISA – dibahagikan kepada dua jenis

1) Bahan yang boleh dibuang ke dalam sinki


- Ialah bahan cecair atau larutan yang kepekatan rendah
- Contoh-contoh bahan:
a) Susu d) Air liur
b) Air Minuman e) Asid Hidroklorida Cair
c) Plasma Darah f) Asid Sulfurik Cair
- tidak berbahaya seperti bahan neutral, asid lemah dan alkali lemah
- Nilai pH (5-9) yang tidak terlalu berasid dan beralkali dapat memastikan bahan tersebut tidak
mencemarkan air dan alam sekitar
- Contoh-contoh bahan:
a) Gula d) Kalium Dikromat g) Kapur
b) Garam e) Sabun h) Natrium Bisulfat
c) Serbuk penaik f) Ubat gigi

2) Bahan yang tidak boleh dibuang ke dalam sinki

a) pH kurang dari 5 dan lebih dari 9 - Asid hidroklorik pekat, Sulfurik pekat, Natrium/Kalium
hidroksida
b) Sebatian pelarut organik - Aceton, Methanol, Etil acetat, Toluene
c) Bahan kimia - Asid, gris, Minyak, Cat, Hidrogen peroksida
d) Bahan toksik - Sianida, Arsenik, Ricin, Heroin
e) Sisa organic - Mikroorganisma dan bangkai

2
TEMA 1: KESELAMATAN DAN KESIHATAN
BAB 1: LANGKAH KESELAMATAN DALAM MAKMAL

f) Bahan buangan radioaktif - Uranium Torium, Radon Tinner,


g) Bahan meruap - Tinner, Pembersih cat, Gasolin, Gam
h) Bahan reaktif - Natrium, Kalium, Kalsium, Logam oksida, Karbit
i) Logam berat - Plumbum dan Merkuri

1.2.3 Mengurus bahan sisa biologi

POS (Prosedur Operasi Standard)

- Prosedur yang digunakan bagi tujuan mengurus pelusan sisa biologi di makmal
- Terdapat empat kategori

Kategori Bahan Kategori A Kategori B Kategori C Kategori D


Sisa
Jenis Bahan Peralatan Tajam Peralatan tidak Bangkai,Organ Cecair
SIsa Tajam
Contoh Picagari, Jarum , bilah skapel Sarung tangan, tisu , Haiwan makmal Darah ,Urin
medium kultur Haiwan uju kaji
Pengurusan 1. Masukkan dalam bekas khas 1. Bungkus dan 1. Dibalut dalam 1.
Sisa Biologi (bekas sisa tajam) masukkan dalam beg bahan penyerap Dinyahkontaminasi
2. tidak diautoklaf plastic biobahaya (kertas,tisu) secara autiklaf
3. Bekas disimpan di tempat 2. Diautoklaf dan dibungkus rapi di 2. diupuskan
yang selamat sebelum dimasukkan kedalam dalam beg plastic secara terus
dilupuskan tong biobahaya biobahaya dan kedalam system
disejuk bekukan kumbahan melalui
sebelum dilupus singki
makmal/tandas

3
TEMA 1: KESELAMATAN DAN KESIHATAN
BAB 1: LANGKAH KESELAMATAN DALAM MAKMAL

1.2.4 Berkomunikasi mengenai langkah mengurus kemalangan dalam makmal

Langkah mengurus bahan kimia secara umum adalah seperti berikut:

1. Maklumkan kepada guru atau pembantu makmal dengan segera.


2. Jadikan kawasan tumpahan kawasan larangan.
3. Sekat tumpahan daripada merebak menggunakan pasir untuk membentuk sempadan.
4. Kaut tumpahan bahan kimia.
5. Buang dengan selamat.

Tindakan apabila berlakunya tumpahan merkuri di makmal


1. Maklumkan kepada guru atau pembantu dengan segera.
2. Jadikan kawasan tumpahan kawasan larangan
3. Tabur serbuk sulfur untuk menutupi tumpahan

4
TEMA 1: KESELAMATAN DAN KESIHATAN
BAB 1: LANGKAH KESELAMATAN DALAM MAKMAL

4. Hubungi Jabatan Bomba

BAHAN MERKURI

- adalah berbahaya kepada persekitaran dan manusia kerana ia merupakan sejenis


neurotoksin, iaitu toksin yang berupaya merosakkan sistem saraf.
- Keracunan merkuri bermaksud memberikan kesan toksik apabila seseorang
terdedah kepada bahan merkuri atau unsur ini telah memasuki badan dalam
kuantiti tertentu dengan pelbagai cara.
- Racun merkuri menyerang sistem penghadaman dan apabila ia mengalir dalam
darah ia juga merosakkan ginjal dan sistem saraf.

1.3 Pemadam Kebakaran

1.3.1 Berkomunikasi mengenai jenis pemadam kebakaran

ALAT PEMADAM API


- ialah alat bantu mula untuk mengawal kebakaran.
- merupakan salah satu alat pencegahan kebakaran mudah alih yang penting kerana menjadi
alat pertahanan barisan hadapan yang memadamkan kebakaran peringkat api permulaan .
- mempunyai beberapa jenis, iaitu jenis buih, serbuk, karbon dioksida dan air.
- Penggunaannya adalah bergantung kepada punca kebakaran.
- Pengguna harus tahu punca kebakaran supaya api dapat dikawal sebelum merebak menjadi besar.

5
TEMA 1: KESELAMATAN DAN KESIHATAN
BAB 1: LANGKAH KESELAMATAN DALAM MAKMAL

JENIS – JENIS KEBAKARAN

Kelas Api Jenis Kebakaran Contoh Punca Kebakaran


• Pepejal dalam bentuk organik
A Kayu, kain, dan kertas
• Pembakaran lazimnya membentuk bara

B Api yang melibatkan cecair atau pencairan pepejal minyak, varnish dan cat

• Api yang melibatkan gas-gas


C LPG, Propana dan Metana
• Injap gas perlu ditutup sebelum dipadamkan

• Api yang melibatkan logam


Kalium, natrium, kalsium
D • penggunaan teknik khas diperlukan
dan magnesium
• anggota bomba terlatih diperlukan

E Api yang melibatkan peralatan elektrik Barangan elektrik

Semua jenis minyak,


F Api yang melibatkan minyak masak dan lemak
mentega dan marjerin

KAEDAH LAIN UNTUK MEMADAM KEBAKARAN

Selimut Kebakaran - Selimut ini diperbuat daripada bulu atau fabrik gentian kaca
yang ditenun dengan bahan kimia tahan api. Fungsinya adalah memadam
kebakaran kecil atau sederhana dengan membalut mangsa

Penggunaan pasir - Pasir berasal daripada batuan yang sifatnya tahan kepada suhu
yang tinggi iaitu konduktor haba yang lemah

6
TEMA 1: KESELAMATAN DAN KESIHATAN
BAB 1: LANGKAH KESELAMATAN DALAM MAKMAL

1.3.2 Menerangkan kaedah penggunaan pemadam kebakaran

Cara-cara penggunaan alat pemadam api

INGAT PERKATAAN P.A.S.S


P : Rotate pin to break seal and pull out pin
Pusing Pin untuk memutuskan kunci keselamatan dan cabut
kunci pin.

A : Aim nozzle at fire base from approx 2m.


Halakan penyembur ke pangkal api dari jarak 2m

S : Squeeze lever, release to stop


Tekan pemicit, lepaskan picu untuk berhenti

S : Sweep left and right


Gerakkan ke kiri dan ke kanan.

You might also like