You are on page 1of 37

TEMA 1

KAEDAH
SAINTIFIK
BAB 1 Langkah Keselamatan di
dalam Makmal

BAB 2 Bantuan Kecemasan

BAB 3 Teknik Mengukur


Parameter Kesihatan Badan
BAB 1
LANGKAH KESELAMATAN DI
DALAM MAKMAL
Dalam bab ini, anda
akan belajar tentang:

Peralatan
perlindungan diri

Pembuangan bahan
sisa

Pemadam
kebakaran
1.1 Peralatan Perlindungan Diri
Kepentingan: Untuk melindungi pemakai daripada bahaya.

Peralatan Perlindungan
Diri pada Murid

Gogal
Topeng muka
Sarung tangan
Baju makmal
Kasut keselamatan/kasut
bertutup
Peralatan Perlindungan Diri pada Murid

Gogal
 Fungsi:
Melindungi mata daripada terkena
bahan kimia berbahaya.

Face mask
 Fungsi:
Melindungi hidung dan mulut
daripada terhidu bahan kimia yang
sengit dan mudah meruap serta
debu.
Peralatan Perlindungan Diri pada Murid

Sarung tangan
 Fungsi:
Melindungi tangan daripada
bahan kimia berbahaya.

Baju makmal
 Fungsi:
Melindungi diri serta pakaian
daripada sentuhan secara langsung
terhadap bahan kimia melalui percikan
ataupun tumpahan bahan kimia.
Peralatan Perlindungan Diri pada
Murid
Kasut Keselamatan/kasut bertutup
 Fungsi:
Melindungi kaki daripada tumpahan bahan kimia dan
serpihan kaca.
Peralatan Perlindungan Diri di dalam
Makmal

Kabinet
Penyiram
aliran
keselamatan
laminar

Peralatan
Perlindungan
Diri di dalam
Makmal

Kebuk Pembilas
wasap mata
Peralatan Perlindungan Diri di dalam
Makmal

Kabinet aliran laminar


(Laminar flow cabinet)
• Fungsi: Untuk mengelakkan kontaminasi semasa aktiviti
mikrobiologi dijalankan.
Peralatan Perlindungan Diri di dalam
Makmal

Kebuk wasap
(Fume chamber)
• Fungsi: digunakan untuk menjalankan eksperimen yang menggunakan
bahan yang mudah meruap, mudah terbakar, beracun, mengakis
dan berbau.
Peralatan Perlindungan Diri di dalam
Makmal

Penyiram kecemasan
• Fungsi: Untuk membersih dan
menyingkirkan tumpahan bahan
kimia daripada anggota badan atau
pakaian dengan segera.

Pembilas mata
• Fungsi: Untuk membilas dan
mencuci mata yang terkena
bahan kimia dengan segera.
1.2 Pembuangan Bahan Sisa

Bahan Sisa

Boleh dibuang ke dalam Tidak boleh dibuang ke dalam


singki singki
o Bahan yang tidak o Bahan yang boleh menyebabkan
mencemarkan alam dan tidak pencemaran alam dan
merbahayakan hidupan. merbahaya kepada hidupan.
o Contoh: o Contoh: dan bangkai
 Sisa pepejal haiwan)
 Asid dan alkali cair
mempunyai nilai pH antara 5  Bahan dengan  Sisa radioaktif
hingga 9. pH<5 dan pH>9  Bahan meruap
 Garam/Bahan neutral (CaCl2  Pelarut organik  Bahan reaktif
, MgSO4 , Na2SO4)  Bahan toksik
 Cecair atau larutan  Logam berat
berkepekatan rendah dan  Bahan sisa
tidak berbahaya organik (mikrob
Mengurus Bahan Sisa Biologi
• Sisa biologi adalah bahan buangan biologi yang
mengandungi atau mengalami kontaminasi oleh agen
biobahaya.
• Sisa biologi termasuk; jarum, picagari, darah, medium
kultur, tisu, haiwan uji kaji, pathogen.

Prosedur Operasi Standard (POS) bagi


pelupusan bahan sisa biologi
• Prosedur yang digunakan untuk mengurus pelupusan sisa
biologi di makmal.
Mengurus Bahan Sisa Biologi

Bahan Sisa Kategori A

• Peralatan tajam
• Contoh: Picagari, Jarum, Bilah
Skalpel
• Pengurusan Sisa Biologi:
Masukkan ke dalam bekas
khas(bekas sisa tajam) dan
simpan dalam tempat yang
selamat sebelum dilupuskan.
Tidak diautoklaf
Mengurus Bahan Sisa Biologi

Bahan Sisa Kategori B

• Pepejal tidak tajam


• Contoh: Sarung tangan, tisu,
medium kultur
• Biological Waste Management:
Bungkus dan masukkan ke
dalam beg plastik biobahaya.
Diautoklafkan dan
dimasukkan ke dalam tong
biobahaya.
Mengurus Bahan Sisa Biologi

Bahan Sisa Kategori C

• Bangkai, organ
• Contoh: Haiwan makmal,
haiwan ujikaji
• Pengurusan Sisa Biologi:
Dibalut dalam bahan
penyerap(kertas tisu),
Dibungkus rapi di dalam beg
plastik biobahaya dan
disejuk beku sebelum
dilupuskan.
Mengurus Bahan Sisa Biologi

Bahan Sisa Kategori D

• Cecair
• Contoh: Darah, serum
• Pengurus Sisa Biologi:
Dinyahkontaminasi secara
autoklaf
Dilupuskan secara terus ke
dalam sistem kumbahan
melalui singki makmal atau
tandas.
Langkah Mengurus Kemalangan di
dalam Makmal
• Mengapakah kemalangan berlaku di dalam makmal?
a) Kecuaian dan kelalaian
b) Kurang kemahiran dan pengetahuan dalam proses mengendalikan
eksperimen/radas
c) Kejadian di luar jangkaan

• Jenis kemalangan biasa berlaku di dalam makmal:


a) Kebakaran
b) Lecur disebabkan haba
c) Terkena bahan kimia pekat
d) Tersedut gas toksik
e) Renjatan elektrik
f) Kebocoran gas
g) Terkena serpihan kaca
Langkah Mengurus Kemalangan di
dalam Makmal
• Apakah yang perlu anda lakukan jika rakan anda tertumpah sejenis
bahan kimia ke atas meja semasa eksperimen dijalankan?

Laporkan kepada guru/pembantu makmal

Jadikan kawasan tumpahan kawasan larangan

Sekat tumpahan daripada merebak menggunakan


pasir membentuk sempadan

Kaut tumpahan bahan kimia

Lupuskan dengan
selamat
Langkah Mengurus Kemalangan di
dalam Makmal

Sumber: Berita
Harian Online
https://
www.bharian.com.m
y/berita/kes/
2017/08/307764/4-
pelajar-dirawat-
akibat-tumpahan-
merkuri
Langkah Mengurus Kemalangan di
dalam Makmal
o Apakah yang dimaksudkan dengan keracunan merkuri?
 Merkuri ialah logam berat yang sangat toksik.
 Keracunan merkuri berlaku kerana pendedahan kepada merkuri dan
pengumpulannya dalam tubuh pada jangka lama.
 Racun merkuri akan menyerang sistem saraf, saluran pencernaan, dan
ginjal.
o Apakah simptom seseorang mengalami keracunan merkuri?
a) Kelemahan otot
b) Sesak nafas
c) Sakit kepala dan muntah
d) Rasa berlogam di dalam mulut
e) Kesemutan di sekitar kaki, tangan dan mulut
f) Gangguan penglihatan, bicara dan mendengar
g) Gangguan keseimbangan, sukar berjalan
Langkah Mengurus Kemalangan di
dalam Makmal
• Apakah perlu anda lakukan jika berlaku tumpahan merkuri
di makmal sekolah?

Laporkan kepada guru/pembantu


makmal

Jadikan kawasan tumpahan sebagai kawasan


larangan

Taburkan serbuk sulfur untuk menutupi tumpahan

Hubungi Jabatan Bomba


1.3 Pemadam Kebakaran
Fungsi: Untuk mengawal atau memadamkan kebakaran.
Bahagian-bahagian pemadam kebakaran:

Pemicu
Pin keselamatan

Meter tekanan

Label:
 Jenis(Air, karbon
dioksida, serbuk
kering)
 Kelas(ABC)
Hos/Muncung  NFPA capacity
Rating
 Arahan
Jenis Pemadam Kebakaran

o Alat pemadam kebakaran dikelaskan berdasarkan medium


pemadam kebakaran.
o Secara umumnya, terdapat lima jenis alat pemadam kebakaran:

Photo by uniquefireandsecurity.co.uk
Jenis Pemadam Kebakaran

Pemadam Kebakaran Jenis Air

o Warna label: MERAH


o Memadamkan kebakaran melibatkan bahan
pepejal;
 Kertas dan kadbord
 Kain dan fabrik
 Kayu
o Tidak sesuai untuk jenis kebakaran
elektrik kerana air adalah konduktor elektrik
yang baik.
Jenis Pemadam Kebakaran

Pemadam Kebakaran Jenis Buih

o Warna label: KRIM


o Memadamkan kebakaran melibatkan bahan
pepejal;
 Kertas dan kadbord
 Kain dan fabrik
 Kayu
serta jenis cecair dan gas yang mudah
terbakar
 Cat
 Petrol
 Minyak
 Gas asli
Jenis Pemadam Kebakaran

Pemadam Kebakaran Jenis Karbon Dioksida

o Warna label: HITAM


o Untuk memadamkan kebakaran melibatkan
peralatan elektrik;
o serta jenis cecair dan gas yang mudah
terbakar
 Cat
 Petrol
 Minyak
 Gas asli
Jenis Pemadam Kebakaran

Pemadam Kebakaran Jenis Serbuk Kering


o Warna label: BIRU
o Kelebihan: mampu memadamkan semua jenis
kebakaran
o Memadamkan kebakaran melibatkan bahan pepejal;
 Kertas dan kadbord
 Kain dan fabrik
 Kayu
serta jenis cecair dan gas yang mudah terbakar
 Cat
 Petrol
 Gas asli
dan kebakaran melibatkan peralatan elektrik
Jenis Pemadam Kebakaran

Pemadam Kebakaran Jenis Kimia Basah

o Warna label: KUNING


o Untuk memadam kebakaran melibatkan
lemak dan minyak;
o serta kebakaran melibatkan bahan pepejal;
 Kertas dan kadbord
 Kain dan fabrik
 Kayu
Jenis Kebakaran dan Alat Pemadam
Kebakaran yang Sesuai
Penggunaan pemadam kebakaran bergantung kepada punca kebakaran.

Jenis alat pemadam


Jenis kebakaran Deskripsi
kebakaran
Kebakaran melibatkan bahan api
Kelas A mudah terbakar kecuali logam Serbuk kering

Kebakaran melibatkan jenis


Kelas B cecair (petrol, kerosin, cat, diesel)
Serbuk kering
Karbon dioksida

Kebakaran melibatkan gas (gas Serbuk kering


Kelas C LPG, LNG, oksigen) Karbon dioksida

Kebakaran melibatkan logam


Kelas D (magnesium, aluminum, natrium)
Serbuk kering

Kebakaran melibatkan peralatan Serbuk kering


Kelas E elektrik. Karbon dioksida

Kebakaran melibatkan lemak dan Serbuk kering


Kelas F minyak masak. Karbon dioksida
Alat Pemadam Kebakaran Lain

Pemadam Kebakaran Jenis ABC

o Sebuk kering ammonium fosfat dapat


membentuk satu penghalang mengasingkan
oksigen, menghalang api menyala semula.
o Dapat memadam empat jenis kebakaran;
 Kelas A: kayu, kertas dan kain,
 Kelas B: Cecair mudah terbakar
 Kelas C: Gas mudah terbakar
 Kelas E: Peralatan elektrik
Alat Pemadam Kebakaran Lain

Selimut Kebakaran

o Digunakan untuk memadam api pada


badan mangsa semasa kebakaran.
o Diperbuat daripada dua lapisan gentian
kaca.
o Cara: Membalut badan mangsa dengan
selimut dan gulingkan mangsa di atas
tanah/lantai sehingga api terpadam.
Alat Pemadam Kebakaran Lain

Pasir

o Menggunakan baldi berwarna merah


yang diisi dengan pasir, perkataan ‘api’
ditulis pada baldi.
o Digunakan untuk memadam kebakaran
melibatkan minyak serta bahan api
jenis cecair.
o Mampu menyerap tumpahan cecair
mudah terbakar dengan berkesan.
o Sesuai untuk memadam api kecil
sahaja.
Kaedah Penggunaan Pemadam
Kebakaran
Pastikan alat pemadam kebakaran ditegakkan.
Kaedah menggunakan pemadam kebakaran yang betul dengan

mengaplikasikan teknik P.A.S.S.:

1. P. Pull – Cabut pin keselamatan daripada pemadam


kebakaran.
2. A. Aim - Halakan muncung pemadam kebakaran ke arah
pangkal api. (Pastikan sumburan ikut arah angin)
3. S. Squeeze – Tekan pemicit atas pemadam kebakaran.
4. S. Sweep – Layangkan muncung dari sisi ke sisi untuk
meratakan semburan seluruh sumber api sehingga api
terpadam.
Menjalankan Audit Alat Pemadam
Kebakaran di Sekolah
oObjektif:
Untuk memastikan semua alat pemadam kebakaran di sekolah
berfungsi dengan baik.
o Semasa audit dijalankan, aspek yang
perlu diberi penekanan adalah:
Jenis pemadam kebakaran
Tarikh luput
Bacaan tekanan
Bilangan jenis pemadam kebakaran
Lokasi alat pemadam kebakaran
dalam pelan laluan kecemasan
sekolah Tarikh luput
Mencipta Alat Pemadam Kebakaran
Ringkas
Aktiviti:
Dapur mempunyai pelbagai bahan mudah terbakar seperti
tepung, gula, minyak, bahan api dan sebagainya. Kewujudan
bahan api menjadi punca kebakaran di rumah.

Berdasarkan pernyataan di atas, cipta satu alat pemadam


kebakaran ringkas dengan menggunakan bahan yang boleh didapati
di rumah.
Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan berempat.
Mencipta Alat Pemadam Kebakaran
Ringkas
Bahan diperlukan:
 Serbuk penaik
 Cuka
 Air
 Kertas tisu
 Botol air bertudung
 Sebatang pin
Mencipta Alat Pemadam Kebakaran
Ringkas
Prosedur:
a. Isi botol dengan air dan cuka bernisbah 1:1 sehingga 2/3 penuh.
b. Letak dua sudu serbuk penaik di atas kertas tisu dan balutkan.
c. Tebuk lubang pada tudung air botol dengan menggunakan pin.
d. Letakkan kertas tisu yang berisi serbuk penaik menerusi lubang
tudung botol.
e. Apabila hendak digunakan, tolak kertas tisu berisi serbuk penaik
ke dalam botol air. (Serbuk penaik bertindak balas dengan cuka
menghasilkan gas karbon dioksida. Air dan gas karbon dioksida
akan ditolak keluar melalui lubang tudung botol air menjadi
semburan)
Source: https://www.wikihow.com/Create-Your-Own-Fire-Extinguisher-With-Household-Items

You might also like