You are on page 1of 15

ESD ( Electrostatic Discharge )

1.0 : OBJEKTIF

1.1 Mengetahui definasi, kesan / akibat serta punca terhasilnya ESD.

1.2 Mengetahui cara atau kaedah yang betul ketika mengendalikan serta menyimpan komponen –
komponen yang mudah rosak kepada kesan ESD.

1.3 Mengetahui simbol - simbol amaran yang terdapat pada label serta kotak penyimpanan
komponen esd.

1.4 Mengetahui kaedah pengawalan terhadap kesan – kesan ESD.

1.5 Mengetahui serta memahami keperluan Clean Room kepada industri elektronik, serta pakaian
– pakaian serta peraturan – peraturannya.

2.0 : DEFINASI ESD

• ELEKTRIK STATIK - Elektron yang tidak seimbang yang terdapat pada permukaan sesuatu bahan atau
benda .

• ESD (Electrostatic Discharge) - Perpindahan cas – cas statik dari satu bahan kepada bahan lain yang di
sebabkan oleh tarikan antara cas – cas yang berlainan atau bilangan cas yang banyak kepada cas yang
sedikit .

3.0 : KESAN – KESAN YANG DI SEBABKAN OLEH ESD

- Menyebabkan kerosakan kepada komponen – komponen elektronik terutamanya IC ( Integrated Circuit ),


dimana kesan esd boleh menyebabkan berlakunya litar pintas atau putus pada sambungan – sambungan di
dalam IC.

- Permukaan yang terdapatnya cas – cas static akan menyebabkan ia mudah untuk di lekati oleh habuk –
habuk yang terdapat di dalam udara. Dimana cas – cas itu akan menarik habuk – habuk yang mempunyai
cas yang berlainan denganya.

- Menyebabkan komponen atau peralatan elektronik memberikan bacaan atau output yang salah di mana
kesan esd akan mengganggu ketepatan bacaan sesuatu alatan.

KERINCHI/EP/E-010-2/INDUSTRIAL ELECTRONIC Mukasurat 1


ESD ( Electrostatic Discharge )

3.1 Beberapa Contoh Kesan Kerosakan Disebabkan oleh ESD , terhadap IC


( Integrated Circuit )

KERINCHI/EP/E-010-2/INDUSTRIAL ELECTRONIC Mukasurat 2


ESD ( Electrostatic Discharge )

4.0 : PENTINGNYA PENGAWALAN TERHADAP ESD

A. KOS PENGELUARAN AKAN MENINGKAT .


• Kesan kerosakan kepada komponen akan menyebabkan kos pengeluaran akan meningkat di mana pihak
pengilang akan terpaksa berbelanja lebih untuk mengelakkan kesan esd terhadap baranganya.

B. PRODUKTIVITI PENGELUARAN AKAN MENURUN .


• Di sebabkan oleh kerosakan komponen yang besar akan menyebabkan produktiviti atau jumlah barangan
yang dapat di hasilkan akan menurun dan jumlah yang dapat di hasilkan dengan baik dan dapat di jual
kepada pengguna akan semakin sedikit.

C. KUALITI BARANGAN MENURUN.


• Kualiti barangan juga akan menurun di sebabkan oleh alatan pengeluaran tidak memberikan ketepatan
bacaan yang tepat dan ini menyebabkan barangan yang terhasil tidak akan mengikut spesifikasi yang di
kehendaki.

5.0 : BAGAIMANA ELEKTRIK STATIK BOLEH TERHASIL ATAU BERPINDAH.

- Cas – cas statik boleh terhasil di sebabkan oleh pergeselan atau bersentuhan di antara dua bahan dan
kemudian di pisahkan .

- Apabila dua bahan tadi bersentuhan dan kemudian di pisahkan , elektron daripada bahan A akan berpindah
kepada bahan B dan menyebakan kuantiti cas – cas pada kedua – dua bahan tadi tidak lagi seimbang dan
inilah yang di namakan sebagai cas – cas statik atau static charge.

KERINCHI/EP/E-010-2/INDUSTRIAL ELECTRONIC Mukasurat 3


ESD ( Electrostatic Discharge )

- Apabila terdapatnya cas – cas yang tidak seimbang pada kedua – dua bahan, bila ia bersentuhan dengan
bahan lain , maka proton/elektron yang tak seimbang tadi akan cuba untuk menseimbangkan kembali
struktur atomnya dengan berpindah kepada atom bahan lain yang berhampiran atau bersentuhan
dengannya. Perpindahan cas – cas ini tadilah yang di katakan sebagai electrostatik discharge atau
perpindahan cas – cas statik.

- Pengaliran dan perpindahan cas – cas statik bukan hanya berlaku apabila dua bahan mempunyai kekutupan
cas yang berlainan sahaja , tetapi ia juga boleh berlaku pada kekutupan cas yang sama tetapi mempunyai
potensi voltan ( voltage potential ) yang berlainan. Dimana potential cas yang tinggi akan mengalir kepada
potential cas yang rendah. Ini di gambarkan di dalam gambarajah di bawah

• -5v adalah potensi cas tinggi.


• -1v adalah potensi cas rendah
• Pengaliran cas berlaku daripada –5v ke –1v.

KERINCHI/EP/E-010-2/INDUSTRIAL ELECTRONIC Mukasurat 4


ESD ( Electrostatic Discharge )

6.0 : JENIS – JENIS PENGALIRAN ESD ( ESD MODEL )

- Terdapat beberapa jenis kaedah pengaliran cas - cas statik boleh berlaku kepada komponen dan ianya di
kenali sebagai ESD MODEL.

- Terdapat 3 jenis model ESD yang sering berlaku iaitu


a. HBM – Human Body Model.
b. CDM – Charge Device Model.
c. MM – Machine Model.

- Secara amnya ESD boleh di katogerikan kepada model – model ini daimana ianya menerangkan bagaimana
sesuatu komponen boleh terkena kepada cas – cas statik dan bagaimana ia menyahcaskan kembali cas –
cas statik .

- Model – model ini biasanya di gunakan oleh pengeluar komponen atau IC untuk menguji ketahanan
komponen yang di keluarkan terhadap kesan ESD.
- Semasa pengujian di jalankan komponen yang di ujian akan menjalani ujian menerima cas – cas statik (
Charging ) dan menyahcaskan kembali cas – cas statik ( Discharge ), Ujian ini di buat kerana komponen
biasanya akan mengalami kerosakan di dalam dua keadaan di atas.

1. HBM – HUMAN BODY MODEL

- HBM adalah satu model yang paling sering berlaku di mana ia adalah perpindahan cas – cas statik yang
terdapat pada badan manusia kepada komponen yang di sentuhnya.
- Badan manusia adalah seumpama satu kapasitor yang akan menyimpan cas – cas statik yang terhasil
apabila kita berjalan atau bergerak.
- Proses charge kepada komponen akan berlaku apabila, kita menyentuh komponen tadi, ini akan
menyebabkan cas yang terdapat pada badan manusia akan di pindahkan kepada komponen yang di sentuh.
- Proses discharge pula akan berlaku apabila komponen yang telah mempunyai cas – cas statik tadi
menyentuh satu permukaan yang telah di bumikan.
- Rajah di bawah menerangkan bagaimana cas – cas itu mengalir .

KERINCHI/EP/E-010-2/INDUSTRIAL ELECTRONIC Mukasurat 5


ESD ( Electrostatic Discharge )

2. CDM – CHARGE DEVICE MODEL

- CDM adalah model dimana cas – cas statik di pindahkan kepada komponen semasa proses menyimpan dan
mengeluarkanya.
- Proses charge berlaku apabila komponen – komponen itu menyentuh atau bergesel dengan permukaan alat
penyimpanan.
- Manakala proses discharge pula akan berlaku apabila komponen yang telah mempunyai cas – cas statik tadi
menyentuh satu permukaan yang di bumikan.
- Rajah di bawah menunjukkan contoh bagi CDM model .

3. MM – MACHINE MODEL

- MM ialah model yang menunjukkan bagaimana cas – cas static yang terdapat pada badan sesuatu mesin
dapat berpindah kepada komponen yang di kendalikanya.

- Proses charge berlaku apabila mesin yang mengendalikan komponen mempunyai cas – cas statik
menyentuh/mengangkat komponen yang di kendalikan, cas – cas statik pada mesin terhasil daripada kesan
pergerakan makanikal dan perseseran makanikal yang tedapat pada mesin semasa ia berkendali.

- Proses discharge pula akan berlaku apabila mesin tadi meletakkan komponen yang telah terkena cas – cas
statik kepada bahagian atau permukaan yang telah di bumikan.

- Rajah di bawah menunjukkan contoh MM model berlaku.

KERINCHI/EP/E-010-2/INDUSTRIAL ELECTRONIC Mukasurat 6


ESD ( Electrostatic Discharge )

7.0 : KUANTITI VOLTAN ESD YANG BOLEH MEROSAKKAN KOMPONEN

- Jadual di bawah menunjukkan julat voltan ESD yang boleh merosakkan komponen apabila berlakunya
proses charge dan discharge keatas komponen.

JENIS KOMPONEN VOLTAN ESD

• CMOS ( Complimentary Metal Oxside Semiconductor • 30v – 1.2Kv


• MOSFET ( Metal Oxside Field Effect Transistors ) • 100v – 300v
• EPROM ( Erasable Programmable Read Only Memory ) • 190v – 2.5Kv
• OP-AMP ( Operational Amplifiers ) • 190v – 2.5Kv
• Scotsky Diode • 300v – 2.5Kv
• Flim Resistors / Chip resistors • 300v – 3Kv
• TTL ( Transistor – Transistor Logic ) • 1Kv – 2.5Kv
• JFET ( Junction Field Effect Transistors ) • 150v – 7Kv

- Nilai – nilai yang voltan yang di berikan adalah anggaran julat bagi voltan minimum ESD yang boleh
merosakkan komponen.

- Jenis komponen yang mempunyai nilai kadaran voltan ESD yang paling rendah adalah menunjukkan ia
adalah amat sensitif dan paling mudah rosak akibat kesan ESD.

Sliding Head Hard Disk , diantara komponen elektronik yang amat sensitif kepada kesan voltan
ESD. Voltan ESD sebanyak 5V sudah mampu untuk merosakkanya.

KERINCHI/EP/E-010-2/INDUSTRIAL ELECTRONIC Mukasurat 7


ESD ( Electrostatic Discharge )

8.0 : KAEDAH – KAEDAH PENGAWALAN TERHADAP ESD

- Disebabkan oleh kesan yang buruk kepada komponen, maka dengan itu ESD perlu di kawal atau di elakkan
daripada mengenai komponen yang di kendalikan atau di simpan.

- Bagi jenis – jenis model ESD yang telah di terangkan diantara lagkah – langkah pengawalan yang dapat di
lakukan ialah :

1. HUMAN BODY MODEL ( HBM )


• Memakai WRIST STRAP atau HEEL STRAP ketika menyentuh atau mengendalikan komponen yang sensitif
kepada ESD.
• Memastikan WRIST STRAP / HEEL STRAP meyentuh permukaan kulit dan memastikan ia mempunyai
sambungan yang baik ke bumi.
• Memakai kasut jenis pengalir ( ESD SHOE ) dan lantai kerja di perbuat atau di saluti dengan ESD FLOORING
MAT dan memastikan ia mempunyai pengaliran yang baik ke bumi.

2. CHARGED DEVICE MODEL ( CDM )


• Menggunakan bahan antistatik untuk tiub menyimpan IC dan mengunakan permukaan meja daripada jenis
antistatik .
• Meggunakan bahan antistatik untuk tujuan penyimpanan dan juga pembungkusan.
• Membumikan semua bahan jenis pengalir.

3. MACHINE MODEL ( MM )
• Membumikan badan – badan mesin yang digunakan untuk mengendalikan operasi pengeluaran terhadap
komponen – komponen yang sensitif kepada ESD.

9.0 : BARANGAN / ALATAN PENGAWALAN TERHADAP ESD.

- Untuk tujuan pengawalan atau pencegahan terhadap kesan esd kepada komponen maka terdapat barangan
– barangan atau peralatan yang di gunakan untuk tujuan mengelakkan kesan kerosakan di sebabkan oleh
ESD.

1. WRIST STRAP
• Dipakai ketika mengendalaikan peralatan atau komponen – komponen yang sensitif kepada dan tidak
mempunyai perlindungan terhadap ESD.
• Ia perlu di periksa pengalirannya sekurang kurangnya sekali dalam sehari ataupun sebelum memulakan
kerja.
• Pengujian yang lebih kerap lagi adalah di galakkan untuk memastikan ia sentiasa baik.

KERINCHI/EP/E-010-2/INDUSTRIAL ELECTRONIC Mukasurat 8


ESD ( Electrostatic Discharge )

2. HEEL STRAP / CONDUCTIVE FOOT WEAR


• Berfungsi sama seperti wrist strap iaitu untuk membumikan cas – cas statik yang terdapat pada badan
manusia ke bumi, tetapi ia hanya boleh digunakan bersama dengan lantai yang diperbuat dari bahan
pengalir dan di bumikan.
• Heel strap adalah lebih berkesan bagi pekerja yang memerlukan pergerakan yang bebas dari satu mesin ke
satu mesin yang lain.
• Jika pekerja hanya bekerja di dalam keadaan duduk sahaja , maka wrist strap adalah lebih baik.

3. ESD CONTROL MATS / FLOORING MATS


• Diperbuat daripada bahan jenis pengalir.
• Diletakkan pada lantai dan mempunyai pengaliran yang baik ke bumi.
• Digunakan bersama dengan Heel Strap.

4. ESD CONTROL WAX / SPRAY


• Wax / Spray antistatik akan digunakan pada permukaan lantai / peralatan untuk memastikan ia menjadi
antistatik.

5. PENGBUNGKUSAN PENGAWALAN ESD


• Peralatan / komponen yang hendak di simpan mestilah di simpan di dalam penmbungkusan atau kotak
yang di perbuat daripada bahan – bahan antistatik, seperti beg antistatik, tiub antistatik dan lain – lain.
• Ini untuk mengelakkan cas – cas stataik terhasil dan terkena kepada komponen semasa penyimpanan.

6. PAKAIAN PENGAWALAN ESD


• Mengelakkan cas – cas statik di hasilkan oleh pakaian semasa ia bergesel dengan badan .
• Membolehkan cas – cas statik di alirkan dengan senang ke bumi.
• Contoh pakaian ESD ialah Jumsuities dan Smock.

7. KABINET PENGAWALAN ESD


• Kabinet yang digunakan untuk penyimpanan adalah daripada bahan anti statik atau di saluti dengan bahan
antistatik.
• Ini adalah bertujuan untuk mengelakkkan voltan ESD yang di pindahkan secara electromegnatic daripada
luar kabinet.

KERINCHI/EP/E-010-2/INDUSTRIAL ELECTRONIC Mukasurat 9


ESD ( Electrostatic Discharge )

KERINCHI/EP/E-010-2/INDUSTRIAL ELECTRONIC Mukasurat 10


ESD ( Electrostatic Discharge )

10.0 : CLEAN ROOM.

APAKAH DIA CLEAN ROOM ?

- Sebuah bilik khas yang di bina untuk bebas daripada habuk dan kotoran.

- Clean room biasanya di dapati di dalam industri yang memerlukan satu ruang bersih daripada habuk untuk
menghasilkan produk mereka.

- Industri yang biasanya memerlukankan clean room ialah seperti :

1. Semiconductor – Seperti menghasilkan IC dan komponen semiconductor yang lain.

2. Hard Disk Drive – Seperti menghasilkan disk , head dan pemasangan keseluruhan komponen untuk
hard disk ( pemacu cakera keras )

KERINCHI/EP/E-010-2/INDUSTRIAL ELECTRONIC Mukasurat 11


ESD ( Electrostatic Discharge )

KELAS – KELAS CLEAN ROOM

- Terdapat beberapa kelas bilik clean room, di mana kelas – kelas ini menunjukkan kuantiti habuk serta saiz
micron habuk maksimum yang terdapat di dalam bilik clean room.

- Diantara kelas – kelas tersebut ialah :

a. Class 1000
b. Class 100
c. Class 10
d. Class 1

- Jika di perhatikan semakin kecil nilai sesuatu kelas maka semakin sensitif barangan / produk yang di
hasilkan terhadap habuk dan juga ESD.

- Bagi Clean Room Class 1 biasanya terdapat di dalam industri yang menghasilkan IC terutama untuk proses
– proses fabrikasi dan ianya juga terdapat bagi pengeluar kepala baca tulis bagi pemacu cakera keras.
Dimana kedua – dua barangan ini amat mudah rosak di sebabkan oleh habuk dan kesan ESD.

Clean Room Class 1, mempunyai spesifikasi yang amat ketat dan digunakan bagi industri
penghasilan wafer dan juga fabrikasi IC ( Integrated Circuit )

KERINCHI/EP/E-010-2/INDUSTRIAL ELECTRONIC Mukasurat 12


ESD ( Electrostatic Discharge )

PAKAIAN – PAKAIAN UNTUK CLEAN ROOM

- Bagi tujuan untuk memasuki clean room kita di kehendaki memakai pakaian khusus ketika memasuki dan
di dalam clean .

- Diantara pakaian – pakaian itu ialah :

a. Hair Net.
b. Face Mask.
c. Hood.
d. Jumpsuities.
e. Booties.
f. Wrist Strap
g. Heel Strap.
h. Gloves.

PERKARA - PERKARA YANG PERLU DI LAKUKAN DI DALAM CLEAN ROOM.

• Wrist Strap mesti di pakai selalu.

• Pastikan Wrist Strap menyentuh permukaan kulit.

• Gunakan Shower Box untuk memasuki clean room.

• Tukar glove sekiranya terkoyak atau kotor.

• Clean room Jumpsuities mesti di gantung pada penyangkut baju.

• Rambut dan skarf mesti berada di bawah Hair Net.

• Face Mask mestilah menutup hidung dan bawah dagu.

• Jangan heret jumpsuities di atas lantai.

• Gunakan wrist strap yang telah di lakukan pengujian.

• Hood mesti di lekatkan pada leher jumpsuities.

• Booties mesti di ikat pada kaki jumpsuities.

• Item yang bersih mestilah di simpan 45cm daripada atas permukaan lantai.

KERINCHI/EP/E-010-2/INDUSTRIAL ELECTRONIC Mukasurat 13


ESD ( Electrostatic Discharge )

PERKARA - PERKARA YANG TIDAK DI BENARKAN DI DALAM CLEAN ROOM.

• Jangan gosok mata / muka dengan mengunakan glove.

• Jangan mengikat rambut di dalam clean room.

• Jangan kotorkan jumpsuities dengan tulisan.

• Tidak di benarkan makan dan minum di dalam bilik clean room.

• Tidak di benarkan memakai selipar atau kasut bertumit tinggi di dalam clean room.

• Tidak di benarkan memakai sebarang kosmetik kepada sesiapa yang memasuki clean room.

• Barangan kepunyaan peribadi tidak di benarkan di bawa di dalam clean room.

• Jangan bercakap melalui pintu keluar clean room.

• Jangan mengunakan barangan yang telah jatuh ke lantai , ia hendaklah di cuci dengan IPA terlebih dahulu.

KERINCHI/EP/E-010-2/INDUSTRIAL ELECTRONIC Mukasurat 14


ESD ( Electrostatic Discharge )

NAMA BAHAGIAN – BAHAGIAN PAKAIAN BILIK CLEAN ROOM

Hood
Hair Net

Face Mask

Jumpsuite

Gloves

Booties

ESD Shoes

KERINCHI/EP/E-010-2/INDUSTRIAL ELECTRONIC Mukasurat 15

You might also like