You are on page 1of 7

INSTITUT TEKNOLOGI TUN ABDUL RAZAK

CAWANGAN PRAI ( SEKOLAH KEJURUTERAAN )


LORONG PERUSAHAAN 1, KAWASAN PERINDUSTRIAN PRAI,
11600 SEBERANG PERAI, PULAU PINANG.
HELAIAN KERTAS PENERANGAN ( IMFORMATION SHEET )
KURSUS / BIDANG MEKANIK TEKNOLOGI ELEKTRONIK PERINDUSTRIAN ( E – 010 )

TAJUK / TUGAS AMALAN KESELAMATAN BENGKEL

NOMBOR RUJUKAN DO1 T02-T07 TAHAP KEMAHIRAN TAHAP 1 BIL. MUKASURAT 6

AMALAN KESELAMATAN BENGKEL

Kecuaian atau tidak mengikuti peraturan keselamatan, boleh menyebabkan kehilangan jiwa dan kemusnahan harta benda.
Oleh itu, amalan peraturan keselamatan dan tabiat kerja yang baik adalah penting untuk menjamin keselamatan diri dan
harta benda.

PUNCA DAN KESAN KEMALANGAN

Punca utama yang menyebabkan kemalangan ialah:

 tidak mematuhi peraturan keselamatan yang di tetapkan.


 tidak mengendalikan sesuatu alatan atau mesin dengan betul.
 menggunakan alatan atau mesin yang tidak sesuai.
 kejahilan tentang cara membaiki alat.
 menggunakan alatan yang rosak.
 cuai atau tidak memberi tumpuan semasa bekerja.

Antara kesan kemalangan yang sering terjadi pula ialah:

 kejutan elektrik.
 melecur.
 kebakaran.
 letupan.

KEJUTAN ELEKTRIK

Antara faktor utama yang menyebabkan kejutan elektrik ialah kerosakan kabel dan alatan elektrik, kecuaian, persekitaran
yang basah, dan tidak mengikuti peraturan keselamatan. Semasa kejutan, badan mangsa berfungsi sebagai pengalir arus
elektrik. Arus yang melebihi daripada 1 mA boleh memberikan kesan kejutan. Jika arus melebihi 10 mA, mangsa kejutan akan
pengsan dan boleh menyebabkan kematian jika tidak diberi rawatan kecemasan.

Berikut adalab kesan yang mungkin terjadi apabila arus elektrik mengalir melalui tubuh.

Kadaran Arus Kesan – Kesan Yang Dirasai

1 mA Memberi kejutan yang ringan.

Memberi kejutan yang kuat yang boleh menyebabkan lecur dan kehilangan
10 mA
kawalan otot.

100 mA Memberi kejutan yang boleh menyebabkan kematian.

Jadual 1: Kadar arus dan kesannya

MELECUR

Lecur yang berlaku di bahagian luar tubuh akibat kejutan elektrik atau terkena benda panas seperti seterika atau besi
pemateri. Lecur juga boleh berlaku di bahagian dalam tubuh sekiranya arus berfrekuensi tinggi mengalir melaluinya.

Kerinchi ™ © Mukasurat 1/7


KEBAKARAN

Punca utama kebakaran akibat kemalangan elektrik ialah:


 kerosakan pada penebatan kabel yang menyebabkan litar pintas.
 beban yang berlebihan.
 sambungan litar longgar.
 percikan bunga api.
 menggunakan kadar fius melebihi had yang ditetapkan.
 kerosakan penangkap kilat.

Cara mengawal kebakaran elektrik yang paling berkesan ialah dengan menggunakan pemadam api jenis karbon dioksida atau
jenis serbuk kering. Pemadam api jenis air atau buih (busa) tidak sesuai digunakan kerana boleh menyebabkan litar pintas.
Jenis pemadam api yang digunakan adalah seperti dalam Jadual

JENIS BAHAN KELAS CARA PENGUNAAN

1. Cabut pin penutup.

2. Hampiri tempat kebakaran.


Kayu, tilam, kain,
kertas, alat perabot dan
3. Halakan muncung ke pangkal
seumpamanya.
api.

4. Tekan tuil.

1. Goncangkan tabung.

2. Hampiri tempat kebakaran.


Cecair, petrol, minyak,
3. Tekan dan pusingkan tuil.
cat.varnis dan
seumpamanya.
4. Terbalikkan tabung.

5. Halakan muncung ke pangkal


api.

1. Cabut pin keselamatan.

2. Halakan corong ke pangkal


Elektrik, jentera, papan
api.
suis, pengubah, jentera
pendingin udara dan
3. Hampiri tempat kebakaran.
seumpamanya.
4. Tekan tuil.

1. Cabut pin keselamatan.

2. Hampiri tempat kebakaran.

3. Halakan muncung ke pangkal


Bahan kimia seperti api.
natrium, kalium dan
kalsium. 4. Tekan tuil.

Pemadam api Jenis ini


boleh juga digunakan
menggantikan pemadam
api kelas A, B dan C.

Jadual 2: Jenis dan cara penggunaan alat pemadam api

Kerinchi ™ © Mukasurat 2/7


LETUPAN

Langkah berhati-hati mesti diambil sebelum menggunakan alatan elektrik di persekitaran yang berbahaya. Umpamanya,
kawasan yang ada bahan mudah bakar atau bahan mudah letup. Letupan terhasil bukan hanya daripada gas dan wap yang
mudah terbakar tetapi juga oleh debu dasar karbon yang dihasilkan daripada kisaran bijirin, gula atau arang.

Campuran debu dasar karbon dan udara, mengikut nisbah tertentu, akan menghasilkan keadaan mudah letup. Letupan boleh
berlaku bila-bila masa jika ada percikan bunga api.

Punca yang boleh menyebabkan letupan di dalam bengkel ialah:

 campuran bahan kimia yang salah.


 litarpintas antara kabel yang terdedah.
 sambungan kekutuban yang salah pada pemuat berkutub seperti pemuat elektrolitik.

KAEDAH MENGHINDARKAN KEMALANGAN

Bagi mengelakkan kemalangan elektrik, langkah - langkah tertentu perlu diambil. Pengguna juga perlu menyedari dan sentiasa
mengamalkan tabiat kerja yang selamat. Berikut, adalah beberapa kaedah yang perlu diikuti bagi menghindarkan kemalangan
elektrik.

Penebatan

Setiap alatan elektrik atau bahan pengalir perlu mempunyai penebatan yang baik. Sebelum menggunakan sesuatu alatan
yang baru, penebatannya perlu diuji terlebih dahulu. Penebatan yang baik akan menentukan pendawaian atau alatan
elektrik boleh digunakan dengan selamat

Pembumian

Pembumian ialah satu sistem sambungan yang dibuat antara bahagian logam alatan elektrik dengan bumi. Tujuan asas
pembumian adalah untuk mengelakkan pengguna daripada bahaya kejutan akibat arus bocor. Rajah1 menunjukkan kejutan
elektrik yang di sebabkan oleh arus melalui tubuh dan bocor ke bumi.

Rajah1 Rajah2: Pemencil dengan gerudi tekan

Peranti pelindung

Setiap alatan elektrik dan pemasangan pendawaian memerlukan peranti pelindung untuk mengawal pengaliran arus. Arus
atau voltan berlebihan yang boleh merosakkan alatan elektrik dan membahayakan pengguna. Peranti pelindung yang
biasa digunakan ialah fius khidmat, suis utama, pemutus litar arus baki (RCCB) dan pemencil.

Fius khidmat adalah untuk mengawal keseluruhan kemasukan bekalan elektrik daripada kabel perkhidmatan ke rumah. Fius
tersebut hanya boleh dipasang dan diganti oleh Tenaga Nasional Berhad. (TNB).

Suis utama berfius berfungsi sebagai pengawal pelindung litar akhir. Contoh litar akhir ialah lampu. Elemen fius akan lebur
apabila berlaku litar pintas dan lebihan arus.

Pemutus litar arus baki (RCCB) berfungsi untuk memutuskan litar pengguna apabila berlaku kebocoran arus ke bumi.

Pemencil digunakan untuk mengasingkan litar akhir daripada bekalan untuk keselamatan alatan dan pengguna. Pemencil
dipasang antara litar akhir dan alatan. Rajah 2 menunjukkan pemencil yang di
gunakan dengan gerudi tekan.

Kerinchi ™ © Mukasurat 3/7


AMALAN KESELAMATAN

Untuk menghindarkan kemalangan, antara amalan keselamatan yang perlu diikuti ialah:

 pakai pakaian yang sesuai dengan tugas yang dijalankan

 patuhi arahan yang diberi oleh guru atau penyelia, serta bertanya jika sesuatu arahan yang di berikan kurang jelas.

 pastikan alatan dan mesin berada dalam keadaan baik sebelum digunakan.

 lengkapkan diri dengan pengetahuan tentang pemadam api, cara rawatan kecemasan dan langkah keselamatan.

Antara peraturan yang perlu dipatuhi semasa bekerja di bengkel ialah :

 Jangan memakai cincin, gelang tangan, jam tangan dan rantai leher.

 Jangan memakai kasut yang bertapak nipis, bertumit tinggi atau selipar. Pakai kasut yang bertutup lengkap dan
sebaik – baiknya ialah kasut keselamatan ( Safety Boot ).

 Laporkan kepada guru atau penyelia jika terdapat kerosakan kepada alatan bengkel.

 Bengkel mestilah bersih daripada minyak, air dan gris. Ruang kerja mestilah teratur dan kemas.

 Jangan gunakan sebarang alatan tampa mengetahui cara pengunaannya yang betul.

 Dapatkan keizinan guru atau penyelia sebelum mengunakan alatan bengkel.

 Simpan alatan kerja di tempat yang betul.

 Bersihkan ruang kerja dan alatan kerja sebelum disimpan.

 Jangan tutup atau membuang tanda – tanda arahan atau amaran yang terdapat pada alatan.

 Gunakan alatan yang sesuai untuk bekerja.

 Jangan cuba membaiki sebarang alatan tanpa pengetahuan dan kebenaran daripada guru.

 Jangan bergurau semasa melakukan kerja.

 Jangan cuai semasa bekerja.

KESELAMATAN ELEKTRIK

Elektrik adalah merupakan salah satu keperluan kepada kehidupan kita seharian pada masa kini, tetapi ia juga boleh
mengakibatkan kemalangan jiwa jika tidak digunakan dengan cara yang betul dan mengikut peraturan yang di tetapkan. Oleh
yang demikian itu beberapa langkah – langkah keselamatan perlu dipatuhi bagi mengelakkan diri daripada kejadian yang tidak
di ingini.

1. Keselamatan Kawasan Kerja.

 Pastikan tempat / kawasan kerja bersih daripada tupahan minyak, air dan sebagainya, kerana ia boleh
menyebabkan kemalangan seperti tergelincir dan ia boleh bertindak sebagai bahan pengalir elektrik.

 Alatan – alatan kerja hendaklah disusun didalam keadaan kemas dan tidak mengganggu kawasan ruang kerja.

 Setiap peralatan kerja hendaklah dipastikan berada di dalam keadaan baik, supaya dapat mengelakkan daripada
terkena kejutan elektrik.

 Pastikan kawasan kerja adalah bebas untuk bergerak.

Kerinchi ™ © Mukasurat 4/7


2. Keselamatan Semasa Membuat Pemasangan Elektrik.

a. Keselamatan Diri.

 Pastikan kasut yang dipakai mempunyai tapak yang diperbuat daripada bahan penebat dan bertumit rendah.

 Jangan memakai barang – barang kemas seperti cincin, gelang dan rantai.

 Pakaian mestilah kemas dan bersesuaian dengan keadaan kerja yang dilakukan.

 Jika mengunakan pisau untuk membuang lapisan penebat pada kabel, jangan halakan ke arah kawan.

b. Litar Buka ( Litar Mati ).

 Sebaik – baiknya semua kerja – kerja pendawaian / pemasangan elektrik hendaklah dilakukan di dalam
keadaan litar mati iaitu dengan mematikan ( off ) suis pada kotak fius agihan dan tanggalkan fius yang
terdapat. Jika anda bekerja berseorangan maka sebaik – baiknya fius tersebut hendaklah di bawa bersama
ketika kerja – kerja dijalankan.

c. Litar Tertutup ( Litar Hidup ).

Walaupun melakukan kerja di dalam litar hidup tidak digalakkan, ia boleh dilakukan jika keadaan memerlukan.
Oleh itu beberapa langkah – langkah keselamatan wajib dipatuhi bagi mengelakkan terkena kejutan elektrik.

 Tebatkan diri anda dengan memakai pakaian bertebat dan mengunakan sarung tangan bertebat seperti
getah.

 Kerja yang dilakukan hendak disiapkan secara bahagian demi bahagian.

 Setiap alatan dan perkakas kerja hendaklah berada di dalam keadaan kering.

 Tandakan kabel atau penyambung litar yang sedang dibaiki.

3. Keselamatan Pemasangan / Pendawaian.

 Semua peralatan yang digunakan hendaklah sesuai dengan kadaran bekalan beban yang ditanggungnya.

 Alat pelindung mesti disediakan pada setiap litar bagi mengelakkan daripada beban lampau, lebihan arus dan litar
pintas.

 Ditempat yang memerlukan alat perlindungan makanikal maka ia wajib disediakan.

 Pendawaian semula perlu dilakukan jika didapati litar pendawaian yang asal tidak lagi selamat.

BAHAYA KEMALANGAN ELEKTRIK

Terdapat dua jenis bahaya yang sentiasa muncul pada setiap pemasangan elektrik ialah :

a. Bahaya Kejutan Elektrik.

b. Bahaya Kebakaran dan Letupan.

Kejutan elektrik akan berlaku apabila arus elektrik mengalir melalui badan manusia. Di dalam keadaan biasa , arus minima
yang boleh menyebabkan kejutan elekrik dan membawa maut ialah pada kadaran 50mA manakala voltan minima yang mampu
menyebakan kejutan elektrik ialah pada kadar 67V AU .Letupan adan kebakaran elekrik bisanya berlaku dipada kesan litar
pintas dan penyambungan kekutupan ( Polarity ) litar yang tidak betul.

Kerinchi ™ © Mukasurat 5/7


Kejutan elektrik mungkin berlaku sekiranya :

a. Berlaku kerosakan pada alat – alat elektrik yang digunakan.

b. Membuat perubahan pada alatan elektrik tanpa merujuk kepada pihak pembuat alatan tersebut.

c. Tidak mematuhi peraturan pengunaan peralatan elektrik dan mengunakan alatan yang tidak sesuai dengan pengunaanya.

d. Memandang ringan terhadap kerosakan yang berlaku pada alatan atau litar elektrik dengan tidak membaikinya.

e. Kelalaian semasa kerja.

f. Pemasangan tidak dilakukan pengujian sebelum digunakan.

Langkah – langkah segera perlu diambil apabila berdepan dengan mangsa yang mengalami kejutan elektrik.

a. Putuskan bekalan pada mangsa iaitu dengan mematikan suis bekalan atau dengan menolak mangsa tersebut dengan
bahan penebat sepeti kayu.

b. Bawa mangsa ke tempat yang lapang dan mempunyai peredaran udara yang baik.

c. Longgarkan pakaian mangsa dan tanggalkan barang – barang yang boleh mengganggu pernafasan.

d. Jalankan pemulihan pernafasan jika perlu.

e. Dapatkan bantuan dan bawa mangsa segera ke hospital.

Kerinchi ™ © Mukasurat 6/7


Kerinchi ™ © Mukasurat 7/7

You might also like