PENGENDALIAN DAN PENGURUSAN BAHAN KIMIA
Pengendalian dan penyimpanan bahan kimia dengan sempurna amat perlu dalam lankah
untuk menjaga keselamatan semua pengguna. Berikut adalah langkah-langkah atau
saranan kepada semua yang terlibat dengan penggunaan bahan kimia ini iaitu:
1. Rekod semua pengambilan bahan kimia
2. Senarai bahan kimia perlulah dikemaskini secara berkala
3. Bahan kimia yang kurang perlu haruslah disimpan dalam stor atau
dilupuskan jika perlu
4. Bahan kimia yang disimpan di dalam makmal haruslah dilebalkan
dengan jelas
5. Penyimpanan bahan kimia yang mudah terbakar haruslah dijauhkan dari
suhu yang panas atau tinggi
6. Penyimpanan bahan kimia hruslah diletakkan di tempat yang mudah dicapai
dan mudah dialihkan
7. Penggunaan peti sejuk biasa untuk menyimpan bahan kimia yang mudah
terbakar haruslah dielakkan
8. Elakkan pemanasan secara terus,ketukan aau geseran kepada
mana-mana bahan kimia
9. Bahan kimia haruslah tidak dihidu dan penggunaan harus dalam kuantiti
yang kecil atau bersesuaian dengan kerja yang akan dijalankan.
10. Sentiasalah memakai PPE apabila mengendalikan bahan kimia.
11. Penggunaan kabuk wasap haruslah dilakukan jika melibatkan penggunaan
bahan kimia yang boleh menghasilkan wap,debu atau asap yang boleh
mengancam nyawa seseorang dan mencemarkan udara makmal.
PENGURUSAN SISA KIMIA
Bahan kimia yang boleh dianggap sisa:
Sisa amali penyelidikan
Kimia tertumpah
Bahan kimia lama
Sisa kimia terdiri daripada:
Bahan kimia beracun/radioaktif
Sisa pelarut organic/berhalogen dan tak berhalogen
Sisa bahan kimia pepejal
Jenis sisa kimia makmal
Sisa kimia
Sisa biologi
Sisa radioaktif
Sisa pecahan kaca/tajam
Konsep 3 R untuk pengurusan bahan kimia :
1. Reduce(Pengurangan)
Pengurangan penggunaan bahan kimia boleh
dilakukan dengan merancang kerja yang akan
dilakukan sebelum melaksanakannya.
Menggunakan kuantiti dengan kuantiti yang berpatutan dan minimum, cukup
untuk kerja yang dilakukan tanpa lebih.
2. Reuse (Penggunaan balik)
Menggunakan bahan kimia yang boleh digunakan semula.
Terdapat beberapa bahan kimia yang boleh digunakan semula
lebih dari sekali penggunaan.
3. Recycle (Kitar semula)
Untuk mengurangkan kos pelupusan bahan kimia, konsep
kitar semula boleh dilakukan dengan menghantar kepada
syarikat-syarikat yang menjalankan perkhidmatan tersebut.
Beberapa langkah pengurusan sisa kimia sebelum pelupusan dilakukan:
I. Buang sisa pada bekas yang sesuai
II. Semua sisa pelarut hendaklah disimpan dalam botol yang berlabel dan
bersesuaian
III. Pelarut organic haruslah diasingkan kepada dua iaitu berhalogen dan tidak
berhalogen
IV. Asingkan sisa kimia mengikut kelas yag sudah ditetapkan oleh pihak yang
bertanggungjawab untuk pelupusan
Pelupusan sisa kimia haruslah menepati piawaian pelupusan oleh peraturan kualiti
alam sekitar agar ianya tidak mengancam keselamatan hidupan di kemudian hari.