You are on page 1of 7

BAHAGIAN 1

1.1 Maklumat Produk Nama produk Nama perdagangan Nama kimia Formula kimia Jisim molar

MAKLUMAT KESELAMATAN BAHAN-BAHAN PENGENALAN PRODUK DAN SYARIKAT

: : : : : : : :

PETRONAS Dynamic Diesel High Speed Diesel Tiada Tiada Tiada Tiada Tiada Minyak diesel pacuan tinggi

Kumpulan bahan kimia Kod pengeluar Kegunaan 1.2 Pengenalpastian Syarikat Nama dan alamat pengilang . Nama dan alamat pengimpot & pengedar tempatan Nombor telefon Nombor telefon kecemasan 1.3 Urusan Perhubungan Jawatan

PETRONAS Dagangan Bhd Aras 30 - 33, Menara 1, Menara Berkembar PETRONAS, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur. Tiada Tiada 1-800-88-8181

: : :

Pengurus Kanan Jabatan Kesihatan, Keselamatan,Alam Sekitar &Pengurusan Risiko PETRONAS Dagangan Bhd Aras 30, Menara 1, Menara Berkembar PETRONAS, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur. 03-23316581

Nombor telefon

Page 1 of 7

REV: SEPT, 2009

BAHAGIAN 2
Nombor CAS Bahan-bahan berbahaya : :

MAKLUMAT BAHAN
Tidak berkaitan untuk campuran. Kepekatan gas hidrogen sulfida (H2S) berbahaya boleh terkumpul di dalam tangki-tangki simpanan, kompartmen kapal marin atau lain-lain ruang tertutup yang mengandungi produk ini. Bila membuka hac dan penutup kubah, berdiri mengikut arah angin, jauhkan muka sejauh boleh dari lubang dan elakkan dari menghidu wap atau gas. Bila kepekatan yang terdedah tidak diketahui dan perlindungan pernafasan tidak digunakan, alat-alat amaran H2S peribadi harus dipakai. Pekerja harus bergantung kepada alat-alat ini untuk memberi amaran sekiranya kepekatan boleh mengancam nyawa. Bau telur busuk yang dikeluarkan oleh H2S akan hilang dengan cepat walaupun masih terdapat kepekatan H2S yang tinggi. Pakaian yang dibasahi oleh produk ini harus ditanggalkan dan dicuci kering atau didobi sebelum ianya dipakai semula. Kajian telah menunjukkan bahawa cucian kering adalah lima kali lebih berkesan daripada mendobi untuk menghilangkan minyak galian. Abu dari pembakaran minyak berat mengandungi wap vanadium yang toksik dan merengsa bila dihidu. Pekerja- pekerja yang membersihkan tiub dandang dan kotak-kotak api disyorkan memakai perlindungan termasuk alat pernafasan yang diluluskan, gogel, sarung tangan dan baju perlindungan berlengan panjang dan berhud.

BAHAGIAN 3
Rupa Bau Kebolehlarutan Takat didih Takat lebur Tekanan wap Peratus bahan mudah meruap Kadar penyejatan Ketumpatan wap Graviti spesifik Takat kilat Suhu pengautocucuhan : : : : : : : : : : : :

SIFAT-SIFAT FIZIKAL DAN KIMIA


Cecair kuning pucat Bau diesel hidrokarbon Tidak larut dalam air 160 ~ 400 C Tiada <1 @ 20C 99 Tidak ditentukan 45 0.83 (kebiasaan) 60 darjah Celsius (ASTM D93) 338 darjah Celsius

Page 2 of 7

REV: SEPT, 2009

Had mudah terbakar (%) dan sifat-sifat lain

: :

Had atas mudah terbakar

5.0 %

Had bawah mudah terbakar 0.50 %

BAHAGIAN 4
Klasifikasi produk No. Pengenalan bahaya NFPA* Bahaya-bahaya utama : : :

PENGENALPASTIAN BAHAYA
BERBAHAYA 0,2,0 AMARAN : MUNGKIN MELEPASKAN HIDROGEN SULFIDA (H2S) MUNGKIN MEMBAWA MAUT JIKA DIHIDU GAS H2S YANG MUDAH TERBAKAR MUNGKIN MENYEBABKAN KERENGSAAN MATA MUNGKIN MERBAHAYA KEPADA KULIT * NO. PENGENALAN BAHAYA NFPA : KESIHATAN, MUDAH TERBAKAR, REAKTIVITI

NOTA

BAHAGIAN 5
Pemakanan :

LANGKAH-LANGKAH PERTOLONGAN CEMAS


Sekiranya tertelan, DILARANG melakukan apa-apa yang boleh menyebabkan pesakit muntah. Hubungi doktor dengan segera. (Penyedutan wap mungkin mengakibatkan pneumonia kimia). Basuh mata dengan air bersih dengan segera sekurangkurangnya selama 15 minit sambil memegang dan membuka kelopak mata seluas mungkin. Jumpa doktor sekiranya kerengsaan berlarutan. Tanggalkan pakaian yang tercemar. Cuci kulit sebersihbersihnya dengan sabun dan air. Cuci pakaian yang tercemar. Pindahkan pesakit ke tempat berudara segar. Jika pesakit tidak bernafas, lakukan pernafasan bantuan. Hubungi doktor dengan segera. Pemakanan produk ini atau muntah selepas pemakanan boleh mengakibatkan penyedutan cecair hidrokarbon yang tinggi yang boleh menyebabkan pneumonitis.

Sentuhan mata

Sentuhan kulit Sedutan

: :

Pesanan untuk doktor

BAHAGIAN 6
Media pemadaman Arahan pencegahan api : :

LANGKAH-LANGKAH PEMADAMAN KEBAKARAN


Agen memadam/mengawal kebakaran adalah bahan kimia kering, karbon dioksida (CO2), buih dan kabus. Disyorkan memakai alat pernafasan berisian sendiri

Page 3 of 7

REV: SEPT, 2009

Langkah berjaga khas

Cecair mungkin menyejat dan membentuk wap yang boleh terbakar. Bahaya api adalah lebih besar sewaktu suhu cecair melebihi 30 darjah Celsius.

BAHAGIAN 7
Kebocoran/ tumpahan :

LANGKAH-LANGKAH PENGAWALAN PELEPASAN TIDAK SENGAJA


Jauhkan semua punca nyalaan api termasuk enjin pembakaran dalam dan peralatan elektrik. Pastikan udara bergerak di ruang kejadian dan elakkan dari menghidu wap. Bersihkan tumpahan kecil dengan menggunakan teknik-teknik yang sesuai seperti menggunakan bahan-bahan penyerap atau mengepam. Sekiranya munasabah dan sesuai, alihkan tanah yang tercemar. Patuhi langkah-langkah yang ditetapkan untuk melapor dan bertindak menangani lepasan yang besar.

BAHAGIAN 8
Pengendalian Penyimpanan : :

PENGENDALIAN DAN PENYIMPANAN


Mengikut peraturan-peraturan kerajaan

BACA DAN PERHATIKAN SEMUA LANGKAH BERJAGA-JAGA - Guna dan simpan ditempat yang sejuk dan berudara. - Pastikan bekas tertutup. DILARANG MENGGUNA ATAU MENYIMPAN berdekatan dengan api, bunga api atau permukaan panas - Dilarang memanas, mengimpal atau menggerudi bekas. - Kembalikan penutup atau penyumbat. - Kosongkan bekas yang masih mengandungi wap atau cecair berbahaya mudah meletup. - Dilarang menggunakan bekas bagi tujuan-tujuan lain seperti menyimpan air dan lain-lain. PERINGATAN : Dilarang mengguna tekanan untuk mengosongkan dram. Jika tidak, letupan mungkin berlaku. AMARAN : Dilarang menggunakan pemanas mudahalih. Wasap toksik mungkin terkumpul dan menyebabkan maut.

BAHAGIAN 9
a. Had pendedahan :

KAWALAN PENDEDAHAN & PERLINDUNGAN DIRI


Potensi karsinogen : kadar meruap tar arang batu disyorkan (sebagai pelarut benzena) 0.2 mg/m3 TWA; H2S TLV/TWA adalah 20 ppm (ACGIH 1984 - 85) Tiada Gogel jenis kimia atau pelindung muka jika perlu. Kulit Pekerja-pekerja yang terdedah kepada bahan berbahaya harus mengamalkan kebersihan diri yang berpatutan. Ini termasuk mencuci bahagian-bahagian kulit yang tercemar dengan sabun dan air

b. Langkah-langkah kejuruteraan c. Perlindungan diri

Page 4 of 7

REV: SEPT, 2009

Hidu

beberapa kali sehari dan mencuci atau mencuci kering pakaian kerja sekurang- kurangnya setiap minggu. Bahan ini mungkin berbahaya jika dihidu melainkan ada pengaliran udara yang secukupnya. Secukupnya untuk memenuhi syarat kepekatan yang dibenarkan.

Pergerakan udara

BAHAGIAN 10
Keadaan yang perlu dielak Bahan tidak serasi Penghuraian haba : : :

KESTABILAN DAN KEREAKTIFAN


Bahan biasanya stabil pada suhu dan tekanan sederhana tinggi. Agen pengoksidaan yang kuat. Pembakaran yang lengkap akan menghasilkan karbon dioksida dan wap air. Pembakaran yang tidak lengkap akan menghasilkan karbon monoksida. Tidak akan berlaku.

Pempolimeran berbahaya

BAHAGIAN 11
Data ketoksikan :

MAKLUMAT TOKSIKOLOGI
Dos yang boleh membawa maut (LD50 LC50) (Spesis) Oral Hidu Dermal Lain-lain Tidak ditentukan. Tidak ditentukan. Tidak ditentukan. Tidak ditentukan.

Indeks kerengsaan : Anggaran kerengsaan. Kulit Mata Kesan kepada pendedahan Karsinogen Kesan pembiakan Kesan pendedahan berlebihan Kesan kronik : : : : Tiada Tiada Wasap toksik boleh membawa maut. Pendedahan jangkamasa panjang kepada wap telah menyebabkan kanser di dalam haiwan makmal. Kerengsaan mata Dijangka menyebabkan hanya kerengsaan mata yang ringan. Tidak ditentukan. Tidak ditentukan. Tidak ditentukan.

Organ sasaran

Page 5 of 7

REV: SEPT, 2009

Kerengsaan kulit

Keadaan kesihatan yang amnya

Mungkin menyebabkan kerengsaan kulit. Sentuhan kulit yang berlarutan/ berulangkali mungkin merbahayakan. Sistem respiratori Penghiduan wap yang berlarutan boleh mendatangkan kesan kepada sistem saraf. Tiada menjadi semakin serius akibat pendedahan

BAHAGIAN 12
Kebolehgerakan & pembiotumpukan Kebolehbiorosotan Ketoksikan : : :

MAKLUMAT EKOLOGI
Tidak ditentukan. Tidak terbiodegradasikan. Mungkin menyebabkan kesan-kesan buruk jangkamasa panjang di dalam persekitaran akuatik.

BAHAGIAN 13

MAKLUMAT PEMBUANGAN

Kaedah buangan selaras dengan undang-undang dan peraturan persekitaran kebangsaan yang digunapakai.

BAHAGIAN 14
Keperluan pengangkutan DOT nama perkapalan sebenar : :

MAKLUMAT PENGANGKUTAN
Mengangkut, mengendali dan menyimpan selaras dengan ketetapan peraturan kerajaan. MINYAK DIESEL PACUAN TINGGI, MINYAK GAS. Produk Petroleum Kelas III.

DOT kelas bahaya (jika berkenaan) :

BAHAGIAN 15
Ungkapan merujuk kepada bahaya :

MAKLUMAT PENGAWALAN
Merbahaya jika dihidu atau ditelan. Merengsa mata dan kulit. Ada kemungkinan risiko dan kesan-kesan yang timbul tidak dapat dipulihkan seperti sediakala. Mungkin menyebabkan kesan-kesan buruk jangkamasa panjang dalam persekitaran akuatik. Jika tersentuh pada kulit, cuci kulit dengan serta-merta air yang banyak dan sabun. Jika ditelan, dapatkan nasihat perubatan dengan segera (tunjukkan bekas atau label). Elakkan lepasan ke persekitaran. Rujuk kepada arahan-arahan khas atau lampiran data keselamatan.

Ungkapan merujuk kepada mengguna keselamatan

BAHAGIAN 16
Tiada

MAKLUMAT LAIN

Page 6 of 7

REV: SEPT, 2009

Maklumat yang terkandung dalam dokumen ini pada pengetahuan kami adalah tepat. Walaubagaimanapun oleh kerana suasana dan keadaan ia digunakan mungkin adalah di luar kawalan kami, dengan itu kami tidak bertangggungjawab atas kehilangan atau kerosakan dalam apa bentuk sekalipun yang terjadi secara langsung atau tidak langsung hasil dari penggunaan maklumat tersebut. Kami juga tidak menawarkan apa-apa jaminan atau pengecualian daripada perlanggaran hak paten.

Page 7 of 7

REV: SEPT, 2009

You might also like