You are on page 1of 8

HELAIAN DATA KESELAMATAN

Produk Silikon

No. Semakan: 0 Tarikh: 24.05.2017

RS 650
HARDEX RED RTV GASKET MAKER 85.2G
SEKSYEN I: PENGENALPASTIAN PRODUK DAN SYARIKAT

Nama Produk: Hardex Red RTV Gasket Maker 85.2g


Kod Produk: RS 650
Kegunaan: Pelekat

Pengilang/Pembekal: Amerseal Industrial Sdn. Bhd.


Alamat: No. 2A, Jalan IM 3/6, Kawasan Perindustrian IM 3,
Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang D.M.,
Malaysia.

Nombor Telefon: +609-5721063/1064/1065


Faks: +609-5721066
Email: info@hardexworld.com
Laman Sesawang: http://www.hardexworld.com
Nombor Telefon Kecemasan: +609-5721063 (24 jam)

SEKSYEN II: PENGENALPASTIAN BAHAYA

Pengelasan Bahan Kimia Berbahaya: Bukan campuran bahan berbahaya.


Label: Bukan campuran bahan berbahaya.
Penyataan Berjaga-jaga: P217 Hanya digunakan diluar rumah atau dikawasan
yang mempunyai pengudaraan yang baik.

SEKSYEN III: KOMPOSISI DAN MAKLUMAT BAHAN

Nama Kimia No. CAS Kepekatan (%)


Silikon dioksida 7631-86-9 ≥ 5 - < 10
Titanium dioksida 13463-67-7 <1
Octamethylcyclotetrasiloxane 556-67-2 <1

1
HELAIAN DATA KESELAMATAN

SEKSYEN IV: LANGKAH-LANGKAH PERTOLONGAN CEMAS

Tersedut: Jika tersedut, alihkan ke tempat yang mempunyai udara yang bersih.
Dapatkan rawatan perubatan jika berlaku simptom-simptom.
Mata: Basuh mata dengan air sebagai langkah berjaga-jaga. Dapatkan rawatan
perubatan jika rengsaan berlaku atau berterusan.
Kulit: Bersihkan dengan air dan sabun sebagai langkah berjaga-jaga. Dapatkan
rawatan perubatan jika berlaku simptom-simptom.
Tertelan: Jika tertelan, jangan paksa untuk muntah. Dapatkan rawatan perubatan jika
berlaku simptom-simptom. Basuh mulut menggunakan air.
Komen: Rawatan berdasarkan keadaan pesakit dan tahap pendedahannya.

SEKSYEN V: LANGKAH MEMADAM KEBAKARAN

Medium Pemadam Api Sesuai: Bahan kimia kering


Semburan air
Karbon dioksida (CO2)

Medium Pemadam Api yang Tidak diketahui.


Tidak Sesuai:
Bahaya Khusus Semasa Memadam Pendedahan kepada bahan terbakar boleh
Kebakaran: memberi bahaya kepada kesihatan.

Bahan Terbakar Berbahaya: Karbon oksida


Silikon oksida
Formaldehid

Peralatan Khas Untuk Ahli Bomba: Memakai alat pernafasan serba lengkap untuk memadam
jika perlu.
Kaedah Khusus Memadam Kebakaran:Gunakan langkah-langkah memadam yang bersesuaian
dengan keadaan dan persekitaran. Gunakan semburan air
untuk menyejukkan bekas tertutup.Keluarkan bekas yang
tidak rosak dari kawasan kebakaran jika ia selamat
dilakukan.
Kosongkan kawasan.

2
HELAIAN DATA KESELAMATAN

SEKSYEN VI: LANGKAH-LANGKAH PENGAWALAN PELEPASAN TIDAK SENGAJA

Langkah Berjaga-jaga, Peralatan : Mengikut nasihat pengendalian yang selamat dan peralatan
Perlindungan Diri dan Kecemasan perlindungan diri yang dicadangkan.

Langkah Berjaga-jaga Untuk Pelepasan ke persekitaran perlu dielakkan.


Persekitaran: Elakkan kebocoran atau tumpahan jika selamat untuk
melakukan sedemikian. Mengekalkan dan melupuskan air
basuhan tercemar. Pihak berkuasa tempatan perlu dinasihati
jika berlakunya tumpahan serius yang tidak dapat diatasi.
Kaedah dan Bahan Untuk Serapkan dengan bahan menyerap. Untuk tumpahan besar,
Membendung dan Pembersihan: sediakan bahan membendung yang sesuai untuk elakkan
bahan daripada merebak. Bersihkan lebihan bahan daripada
tumpahan dengan menggunakan penyerap yang sesuai.
Peraturan tempatan atau negara boleh digunakan
untuk melepaskan atau melupuskan bahan ini atau
barang-barang yang digunakan dalam pembersihan.
Anda perlulah menentukan peraturan yang sesuai untuk
digunakan. Seksyen XIII dan XV di dalam SDS ini
menyediakan maklumat mengenai keperluan tempatan atau
negara tertentu.

SEKSYEN VII: PENGENDALIAN DAN PENYIMPANAN

Pengendalian
Langkah teknikal: Lihat langkah teknikal pada Seksyen VIII Kawalan
Pendedahan dan Perlindungan Diri.

Pengudaraan: Digunakan dalam pengudaraan yang mencukupi.

Nasihat untuk pengendalian selamat: Kendalikan mengikut kebersihan industri yang baik
dan amalan yang selamat.
Penyimpanan
Keadaan penyimpanan yang selamat: Disimpan dalam bekas yang berlabel. Simpan
mengikut peraturan negara tertentu.

Bahan yang harus dielak: Tidak boleh disimpan bersama jenis bahan seperti berikut:
Agen pengoksidaan yang kuat.

3
HELAIAN DATA KESELAMATAN

SEKSYEN VIII: KAWALAN PENDEDAHAN DAN PERLINDUNGAN DIRI

Had Pendedahan

Jenis nilai Kepekatan yang


Komponen No. CAS (Bentuk Dibenarkan / Basis
Pendedahan) Parameter Kawalan

Silicone dioksida 7631-86-9 TWA 10 mg/m3 MY PEL

TWA 10 mg/m3 MY PEL


Titanium dioksida
13463-67-7 10 mg/m3
TWA
(Titanium dioksida) ACGIH

Octamethylcyclotetrasiloxane 556-67-2 TWA 10 ppm DCC


OEL

Langkah Perlindungan Diri seperti Peralatan Perlindungan Diri

Perlindungan Mata: Memakai alat perlindungan diri:


Cermin mata keselamatan.

Perlindungan Kulit: Dicuci pada waktu makan dan di akhir waktu


kerja. Pakaian dan kasut yang tercemar hendaklah
di tanggalkan secepat mungkin dan dibasuh bersih
sebelum digunakan. Penggunaan sarung tangan
tahan kimia disyorkan.

Perlindungan Sistem Pernafasan: Menggunakan alat perlindungan pernafasan


kecuali pengudaraan yang mencukupi disediakan.

Jenis Penapis: Jenis wap organik


Perlindungan Tangan: Sarung tangan tahan kimia.
Kebersihan Diri: Pastikan sistem curahan mata dan pancuran air
keselamatan diletak berdekatan tempat kerja.
Apabila digunakan haruslah mengelak daripada
makan, minum atau merokok. Basuh pakaian
tercemar sebelum digunakan semula. Langkah
berjaga-jaga ini adalah untuk pengendalian pada
suhu bilik. Gunakan pada suhu tinggi atau
penggunaan aerosol/penyembur memerlukan
langkah berjaga-jaga tambahan.

4
HELAIAN DATA KESELAMATAN

SEKSYEN IX: SIFAT FIZIK DAN KIMIA

Keadaan Fizikal : Pes


Warna : Merah
Bau : Asid Asetik
Ambang Bau : Tiada data
pH : Tidak berkenaan
Takat Beku / Takat Lebur : Tidak berkenaan
Takat Didih : Tidak berkenaan
Takat Kilat : Tidak berkenaan
Kadar Penyejatan : Tidak berkenaan
Kemudahbakaran
(pepejal dan gas) : Tidak dikelaskan sebagai bahan terbakar.
Had Kemudahbakaran Atas : Tiada data
Had Kemudahbakaran Bawah : Tiada data
Ketumpatan Wap Relatif : Tiada data.
Ketumpatan Relatif : 1.03
Keterlarutan Dalam Air : Tiada data.
Suhu Pengautocucuhan : Tiada data.
Kelikatan
Kelikatan,Dinamik : Tidak berkenaan
Sifat Letupan : Tidak meletup

Sifat Pengoksidaan : Bahan atau campurain tidak diklasifikasi sebagai bahan


pengoksidaan.

Berat Molekul : Tiada data

Maklumat di atas tidak digunakan sebagai penyediaan spesifikasi produk.

SEKSYEN X: KESTABILAN DAN KEREAKTIFAN

Kereaktifan: Tidak dikelaskan sebagai bahan reaktif.


Kestabilan: Stabil pada keadaan normal.
Kemungkinan Tindakbalas Berbahaya: Digunakan pada suhu tinggi boleh menghasilkan
sebatian berbahaya.
Boleh bertindakbalas dengan agen-agen pengoksidaan
yang kuat.

5
HELAIAN DATA KESELAMATAN

Keadaan Yang Perlu Dielakkan: Tidak diketahui.


Bahan yang Tidak Sesuai: Agen pengoksidaan .
Produk Penguraian Berbahaya:
Penguraian Terma: Formaldehid

SEKSYEN XI: MAKLUMAT TOKSILOGI

Kesan Kesihatan Yang Mungkin Dialami

Akut
Kulit: Tiada kerengsaan yang ketara dijangka akibat pendedahan sekali dan
jangka pendek.
Mata: Terkena terus boleh menyebabkan kerengsaan yang sederhana.
Tersedut: Sedikit kerengsaan kepada sistem pernafasan. Wap yang berlebihan akan
menyebabkan mengantuk.
Termakan: Bahaya termakan dalam kuantiti sedikit untuk kegunaan biasa. Termakan
yang berlebihan akan menyebabkan mengantuk, pening, kekeliruan atau
kehilangan koordinasi.

Kronik
Kulit: Pendedahan berulang-ulang akan menyebabkan tindakbalas alergik bagi
kulit. Pendedahan berulang-ulang atau berpanjangan boleh menyebabkan
kulit menyahlemak dan kering, yang boleh mengakibatkan kerengsaan kulit
dan jangkitan kulit.
Tersedut: Tersedut yang berlebihan akan menyebabkan kecederaan pada organ
berikut: Darah, hati.
Termakan: Termakan secara berulang-ulang atau menelan bahan dalam kuantiti yang
banyak boleh menyebabkan kecederaan organ dalaman.
.
Kesan berpotensi bagi pendedahan berlebihan yang disenaraikan di atas adalah berdasarkan data sebenar,
keputusan kajian yang dijalankan yang dijalankan keatas komposisi serupa, data komponen dan/atau kajian semula
pakar ke atas produk.

SEKSYEN XII: MAKLUMAT EKOLOGI

Kemudaratan Alam Sekitar dan Penyebaran:


Bahan pepejal, tidak larut dalam air. Tiada kesan buruk yang dijangka.

Kesan Alam Sekitar:


Tiada kesan buruk di jangka berlaku ke atas organisma akuatik.
6
HELAIAN DATA KESELAMATAN

Bioakumulasi: Tidak berpotensi untuk mengalami bioakumulasi.

Kemudaratan Dan Kesan Kepada Loji Rawatan Air Sisa:


Tiada kesan buruk dijangka berlaku keatas bakteria.

SEKSYEN XIII: MAKLUMAT PELUPUSAN

Kaedah Pelupusan

Sisa : Pelupusan sisa adalah berdasarkan Peraturan Kualiti Alam (Sisa


Berjadual) dan peraturan lain dikeluarkan oleh DOE dan/atau pihak
berkuasa tempatan.

Pelupusan Pembungkus: Pelupusan produk yang tidak digunakan. Bekas kosong harus dibawa
ke kawasan pengendalian sisa yang dibenarkan untuk pelupusan atau
kitar semula.

SEKSYEN XIV: MAKLUMAT PENGANGKUTAN

Peraturan Antarabangsa

UNRTDG
Tidak tertakluk sebagai bahan berbahaya.

IATA-DGR
Tidak terakluk sebagai bahan berbahaya.

Kod IMDG
Tidak tertakluk sebagai bahan berbahaya.

Pengangkutan dalam kuantiti besar berdasarkan kepada Annex II marpol 73/78 dan kod IBC
Tidak berkenaan bagi produk ini.

SEKSYEN XV: MAKLUMAT PERATURAN

Peraturan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Khusus Untuk Bahan Kimia Berbahaya

Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pembungkusan Dan Pelabelan


Bahan Kimia Berbahaya) 2013

Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan
Kimia Berbahaya kepada Kesihatan) 2000

7
HELAIAN DATA KESELAMATAN

Konponen produk ini ditunjukkan dalam inventori berikut:

KECI: Semua bahan-bahan sama ada disenaraikan, dikecualikan atau dilaporkan.


TSCA: Semua sebatian kimia dalam bahan ini sama ada tersenarai atau tidak dalam Inventori
TSCA bagi bahan kimia.
AICS: Semua bahan-bahan sama ada disenaraikan atau dikecualikan.
IECSC:Semua bahan-bahan sama ada disenaraikan atau dikecualikan.
PICCS:Semua bahan-bahan sama ada disenaraikan atau dikecualikan.
NZloC:Semua bahan-bahan sama ada disenaraikan atau dikecualikan.

Inventori:
AICS (Australia), DSL (Kanada), IECSC (China), REACH (European Union), ENCS (Jepun),
ISHL (Jepan), KECI (Korea), NZIoC (New Zealand), PICCS (Filipina), TCSI (Taiwan), TSCA
(USA)

SEKSYEN XVI: MAKLUMAT LAIN

JAMINAN
Maklumat dan data yang terkandung adalah tepat dan boleh dipercayai.
Walaubagaimanapun, adalah menjadi tanggungjawab pengguna untuk memastikan
kesesuaian penggunaanya. Oleh kerana pembekal tidak dapat mengetahui semua kegunaan
atau keadaan penggunaan produk ini , tiada jaminan berkaitan kesesuaian penggunaan atau
tujuan tertentu dilakukan. Waran pembekal hanyalah untuk produknya yang memenuhi
spesifikasi. Tiada jaminan kebolehdagangan atau kesesuian untuk digunakan, dan tiada
jaminan sama ada tersurat atau tersirat. Remedi ekslusif pengguna dan liabiliti tunggal
pembekal adalah terhad untuk membayar balik harga pembelian atau penggantian mana-
mana produk terbukti selain daripda yang dijamin.

You might also like