You are on page 1of 2

Tajuk ini membincangkan pengendalian secara selamat bahan saintifik dan bahan

kimia. Aspek yang diberi perhatian termasuk cara pengendalian bahan kimia, bahan
radioaktif dan bahan biologi, penyimpanan bahan kimia, pengendalian peralatan
elektrik, dan penyimpanan peralatan sains dengan betul dan selamat.
Bahan saintifik dan bahan kimia dalam makmal hendaklah dikendalikan dengan betul
dan selamat supaya tidak mengakibatkan risiko yang berikut:

Kebakaran dan letupan disebabkan oleh bahan reaktif.

Melecur disebabkan oleh bahan kimia yang mengkakis.

Alahan kepada bahan sains.

Kecederaan disebabkan oleh tumpahan dan percikan bahan kimia.

Pencemaran kepada alam sekitar.

Keracunan disebabkan terhidu gas beracun.

Kemudaratan disebabkan oleh pendedahan kepada sinaran radioaktif.


(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1999)

Bahan kimia selamat digunakan jika dikendalikan dengan betul. Beberapa bahan kimia
mempunyai ciri-ciri tertentu seperti mudah terbakar dan meletup, mengkakis, beracun
dan merengsa. Beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan semasa mengendalikan
bahan kimia adalah seperti berikut:

Baca label pada botol reagen dengan teliti untuk memastikan bahan kimia
yang digunakan adalah betul.

Gunakan bahan kimia mengikut kuantiti dan keperluan menjalankan amali.

Botol yang mengandungi bahan kimia mesti ditutup dengan segera selepas
digunakan.

Dilarang menghidu dan merasa sebarang bahan kimia.

Guna kukus air untuk memanaskan bahan kimia dan elakkannya daripada
terdedah secara terus dengan api.

Mengendalikan pelarut mudah terbakar dalam hud ekzos atau kawasan yang
mempunyai pengudaraan yang baik.

Pelarut yang tidak kehendaki haruslah dikembalikan kepada stor pelarut atau
segera dilupuskan dengan betul.

Bekas yang mengandungi cecair mudah terbakar tidak perlu diisi lebih
daripada satu setengah kapasitinya.

Apabila membuat ekstrak pelarut atau mengoncang cecair meruap, tekanan


dalam bekas harus kerap dilepaskan/dikurangkan.

Jangan tuangkan cecair mudah terbakar ke dalam singki.

Elakkan tumpahan dan serta-merta membasuh tangan dengan sabun dan air
jika tersentuh tumpahan tersebut.

Sentiasa menuangkan asid ke dalam air.

Jangan sekali-kali menggunakan spatula yang sama untuk mengeluarkan


bahan kimia daripada dua bekas yang berbeza.

You might also like