You are on page 1of 1

sains tingkatan 1

bab 1 ▼

bab 1
Apakah yang dimaksudkan dengan Sains?

Sains
bermaksu
d
pengetahu
an yang
diperolehi
daripada
pembelaja
ran secara
sistematik
, terhadap
fenomena semula jadi dan kesannya kepada
manusia dan alam sekitar.

Sebagai contohnya, fenomena berlakunya kilat,


pencairan ais, tarikan daya graviti dan juga
letupan gunung berapi.

Apa pula yang dimaksudkan dengan Teknologi?

Teknologi bermaksud aplikasi pengetahuan saintifik


untuk kegunaan manusia.

Sebagai contohnya, komputer, stesen pengesan dan


juga ubat antibiotik.

Apakah cabang-cabang yang ada dalam bidang


Sains?

- Biologi (berkaitan dengan benda hidup)


- Kimia (berkaitan dengan unsur alam)
- Fizik (berkaitan dengan daya dan gerakan)
- Geologi (berkaitan dengan batuan dan mineral)
- Astronomi (berkaitan dengan bintang dan galaksi)
- Meteorologi (berkaitan dengan jasad di angkasa)

Apakah kerjaya yang berkaitan dengan bidang


Sains?

- Doktor
- Jurutera
- Ahli farmasi
- Ahli fizik
- Ahli Kimia
- Ahli geologi
- Ahli biologi
- Saintis
Apa Itu
Sains?
Sains ialah kajian secara sistematik berkenaan alam
semulajadi tentang bagaimana ianya memberi
kesan kepada kita dan juga persekitaran kita.

Fenomena alam semulajadi yang berlaku di


sekeliling kita boleh dijelaskan melalui sains.
Seekor berudu yang bertukar menjadi seekor katak
dewasa, sebiji buah kelapa yang jatuh ke tanah dan
seketul ais yang sedang mencair, adalah merupakan
antara contoh-contoh fenomena alam semula jadi.

Semua ini boleh difahami melalui kajian sains.


Pengetahuan saintifik sentiasa berkembang.
Pengetahuan ini boleh diperolehi melalui
pemerhatian yang teliti, kajian yang mendalam dan
juga melalui penyelidikan secara saintifik.

Sains merupakan sebahagian daripada kehidupan


seharian kita. Makanan, pakaian serta peralatan
yang kita gunakan juga mempunyai dengan sains.

Sains juga banyak membantu kita dalam


menghasilkan lebih banyak makanan, bahan-bahan
baru serta peralatan-peralatan yang berguna bagi
kita.

Melalui kajian sains juga, banyak pengetahuan


serta penemuan baru diperolehi. Ini dapat
meningkatkan taraf hidup serta kualiti alam sekitar
kita.

Sains meliputi bidang kajian yang sangat meluas.


Antaranya adalah seperti berikut:
Bilologi - Kajian mengenai benda-benda
hidup.
Fizik - Kajian interaksi antara bahan
dan tenaga.
Kimia - Kajian mengenai komposisi dan
sifat-sifat bahan kimia serta tindak balas
mereka, dan penggunaannya.
Geologi – Kajian mengenai batuan dan
mineral.
Astronomi – Kajian mengenai bintang-
bintang dan planet-planet.
Meteorologi – Kajian mengenai cuaca
dan iklim.

Sains juga menawarkan pelbagai pilihan kerjaya.


Orang yang berkerjaya lazimnya memilih bidang
kerjaya bergantung kepada kepentingan serta apa
yang mereka minati dalam bidang sains.

Bidang perubatan dan bidang kejuruteraan adalah


merupakan antara contoh kerjaya yang menjadi
pilihan ramai.

Makmal Sains
Kita juga boleh mempelajari sains di makmal sains.

Makmal sains adalah merupakan sebuah bilik atau


bangunan dimana penyelidikan secara saintifik
dijalankan.

Kebanyakan sekolah mempunyai makmal-makmal


dimana pelajar boleh menjalankan eksperimen.

Adakah anda tahu tentang peraturan-peraturan dan


langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi
apabila anda berada di dalam makmal sains?

Adakah anda tahu mengapa anda perlu mengikut


peraturan-peraturan dan langkah-langkah
keselamatan tersebut?

Peraturan am dan langkah-langkah keselamatan

1. Makanan dan minuman tidak dibenarkan


dibawa masuk ke dalam makmal.

2. Bahan-bahan mestilah dikendalikan dengan


betul.

Peraturan-peraturan keselamatan dan langkah


berjaga-jaga di dalam makmal

1. Anda cuma boleh masuk ke dalam makmal


sains hanya dengan kebenaran guru sahaja.
2. Anda tidak boleh membawa masuk makanan
dan minuman ke dalam makmal sains.
3. Anda tidak dibenarkan untuk masuk ke bilik
persediaan dan stor.
4. Anda tidak boleh membawa alat radas atau
bahan kimia keluar dari makmal.
5. Anda cuma boleh menggunakan alat radas dan
bahan kimia hanya dengan kebenaran guru
sahaja.
6. Semua alat radas dan bahan-bahan kimia yang
digunakan mestilah mengikut seperti apa yang
diarahkan oleh guru anda sahaja.
7. Bahan-bahan mestilah dikendalikan dengan
betul.
8. Anda tidak boleh merasa apa-apa bahan kimia
kecuali guru anda meminta untuk berbuat
demikian.
9. Anda mesti sentiasa memeriksa label pada
botol untuk memastikan bahawa anda
menggunakan bahan kimia yang betul.
10. Jika berlaku keadaan bahan kimia secara
tidak sengaja termasuk kedalam mulut, anda
hendaklah meludah keluar bahan tersebut
dan basuh mulut anda dengan air bersih
berulang kali.
11. Jika bahan kimia terkena pada kulit atau
pakaian anda, basuh dengan menggunakan
air.
12. Anda hendaklah melaporkan semua
kemalangan dan kecederaan (contoh: seperti
luka atau terbakar) kepada guru anda dengan
segera.
13. Anda tidak boleh bermain atau bergurau di
dalam makmal.
14. Anda tidak boleh bermain dengan alat radas
dan bahan kimia.

Alat-alat radas yang biasa


terdapat di makmal sains
Terdapat pelbagai jenis alat radas di dalam makmal
sains. Rajah di bawah menunjukkan beberapa jenis
alat radas yang biasa digunakan.

Anda harus tahu apa itu alat radas. Anda juga perlu
mengetahui tentang kegunaan am pelbagai alat
radas.

Mangkuk pijar (Crucible)


Kegunaan: Untuk memanaskan bahan kimia.

Tabung uji (Test tube)


Kegunaan: Untuk mengisi bahan kimia.

Mangkuk penyejat (Evaporating dish)


Kegunaan: Untuk mengewap cecair daripada
larutan.

Penyubat gabus & penyumbat getah (Cork & rubber


stopper)
Kegunaan: Digunakan untuk menyumbat tabung uji
atau kelalang kon.

Pemegang tabung uji (Test tube holder)


Kegunaan: Untuk memegang tabung uji.

Picagari (Syringe)
Kegunaan: Untuk memindahkan cecair dalam
jumlah yang kecil.

Slaid kaca (Glass slide)


Kegunaan: Untuk meletak spesimen bagi tujuan
pemerhatian di bawah mikroskop.

Jam randik (Stop watch)


Kegunaan: Untuk mengukur masa.

Bikar (Beaker)
Kegunaan: Untuk mengisi bahan kimia dan cecair.

Kelalang kon (Conical flask)


Kegunaan: Untuk mengisi bahan kimia dan cecair.

Kelalang berdasar rata (Flat-bottomed flask)


Kegunaan: Untuk mengisi bahan kimia yang
digunakan dalam penyediaan gas yang mana proses
tersebut tidak memerlukan pemanasan.

Corong penuras/penapis (Filter funnel)


Kegunaan: Untuk menapis campuran pepejal dan
cecair.

Kasa dawai & tungku kaki tiga (Wire gauze & tripod
stand)
Kegunaan: Untuk menyokong radas semasa
pemanasan.

Penunu Bunsen (Bunsen burner)


Kegunaan: Untuk menyediakan nyalaan.

Rak tabung uji (Test tube rack)


Kegunaan: Untuk memegang tabung uji dalam
kedudukan yang tegak.

Rod kaca (Glass rod)


Kegunaan: Digunakan untuk mengacau larutan
didalam bekas.

Kaki retort & pengapit (Retort stand & retort


clamp)
Kegunaan: Untuk memegang alat radas semasa
eksperimen dijalankan.

Buret (Burette)
Kegunaan: Untuk menyukat isipadu larutan dengan
tepat.

Balang gas (Gas jar)


Kegunaan: Untuk mengisi gas.

Penyepit mangkuk pijar (Crucible tongs)


Kegunaan: Untuk memegang objek panas.

Pipet (Pipette)
Kegunaan: Untuk menyukat isipadu larutan dengan
tepat.

Silinder penyukat (Measuring cylinder)


Kegunaan: Untuk menyukat isipadu larutan dengan
tepat.

Jangka suhu (Thermometer)


Kegunaan: Untuk menyukat suhu.

Simbol-simbol Amaran
Tentang Bahaya
Bahan kimia yang terdapat di dalam makmal sains
mestilah dikendalikan dengan berhati-hati.

Sesetengah bahan kimia yang amat berbahaya dan


juga boleh membahayakan kesihatan kita. Ada yang
meletup, menghakis, sangat mudah terbakar atau
beracun/toksik.

Kita boleh mengetahui sifat bahan kimia tersebut


dengan melihat label pada bekas atau botol yang
mengandungi bahan-bahan kimia.

Rajah di bawah menunjukkan beberapa simbol yang


terdapat pada label bekas atau botol yang
mengandungi bahan-bahan kimia.

Menghakis (Corrosive)
Contoh: Hidrogen peroksida, asid hidroklorik pekat
dan natrium hidroksida.

Sangat mudah terbakar (Highly flammable)


Contoh: Fosforus putih, kuning fosforus, petrol,
minyak tanah, etanol.

Meletup (Explosive)
Contoh: Natrium, kalium.

Toksik / Beracun (Toxic / Poisonous)


Contoh: Raksa, plumbum, sodium cyanide, hidrogen
sulfida.

Berbahaya atau Perengsa (Harmful or Irritant)


Contoh: Ammonia, klorin, klorofom.

Radioaktif (Radioactive)
Contoh: Uranium, torium, radium.

Langkah-langkah Dalam
Penyelidikan Saintifik
Saintis melakukan penyelidikan saintifik dalam
mendapatkan pengetahuan saintifik. Ini melibatkan
penyelidikan yang bersistematik untuk mengetahui
sebab-sebab fenomena saintifik.

Langkah-langkah yang perlu diambil dalam

You might also like