You are on page 1of 1

SMK BANDAR TUN RAZAK, PAHANG PERATURAN MAKMAL SAINS BAGI PELAJAR 1.

Makmal dan bilik persediaan ialah kawasan larangan. Tidak sesiapapun dibenarkan masuk tanpa kebenaran guru. 2. Pelajar mestilah beratur dengan baik sebelum masuk dan sebelum keluar dari makmal sains. 3. Peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi dalam makmal tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran guru. 4. Peralatan sains, bahan kimia hanya boleh digunakan atas arahan dan panduan guru. 5. Semua peralatan sains, bahan kimia yang telah digunakan hendaklah dikembalikan ke tempat asalnya. 6. Semua radas hendaklah dibersihkan sebelum dan selepas digunakan. 7. Eksperimen tidak boleh dilakukan tanpa pengetahuan dan kebenaran guru. 8. Setiap kerosakan, pecahan atau hal kemalangan perlulah dilaporkan dengan segera kepada guru atau pun kakitangan makmal. 9. Dilarang bermain-main dengan segala peralatan dan kelengkapan di dalam makmal. 10. Tidak dibenarkan berpindah dari tempat duduk yang dikhaskan ke tempat lain tanpa kebenaran guru. 11. Kerusi makmal hendaklah diatur dengan kemas seperti keadaan asal sebelum masuk ke makmal. Keadaan dalam makmal hendaklah bersih dan kemas selepas tiap-tiap waktu selepas eksperimen dijalankan. 12. Dilarang menconteng meja atau peralatan makmal yang lain. 13. Kertas tidak boleh digunakan untuk menghidupkan api penunu bunsen. 14. Kayu mancis dan benda-benda lain yang masih berbara mesti dipadamkan sebelum dibuang ke dalam tong sampah. 15. Kayu mancis, kertas turas ataupun sebarang sampah dalam bentuk pepejal tidak boleh dibuang ke dalam ataupun ke bawah sinki, tetapi mesti dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan. 16. Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik makmal. 17. Beg pelajar tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik makmal. 18. Air pili di dalam makmal tidak boleh diminum. Penggunaan air di dalam makmal hanyalah dengan kebenaran guru sahaja. 19. Tidak dibenarkan menggunakan peti pertolongan cemas tanpa pengetahuan guru. 20. Langkah-langkah keselamatan mesti dipatuhi setiap masa. AMARAN Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kejadian yang tidak diingini sekiranya seorang pelajar itu tidak mematuhi peraturan-peraturan tersebut di atas. * Peraturan ini hendaklah ditampal pada muka pertama buku nota sains anda. * Saya mengaku telah membaca dan memahami apa yang terkandung dalam peraturan makmal ini untuk saya patuhi. Yang benar,
. Nama: Tarikh:

You might also like