You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN BALUNG

Peti Surat 696, 91008 Tawau


SABAH, MALAYSIA
Telefon Pejabat AM : 089-925172
Emel : xba3004@gmail.com

ARAHAN AM KEPADA SEMUA GURU

1. Selaku pegawai kerajaan, guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat
dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu, semua guru dikehendaki membaca, memahami dan
mematuhi Perintah Am tersebut.

2. Guru hendaklah menghayati Tatasusila Profesion Keguruan dan menjunjungnya sebagai


satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan semata-mata.

3. Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip
Perkhidmatan Cemerlang.

4. Semua guru hendaklah menjalankan tugas sebagai satu pasukan - TEAM (Together
Everyone Achieve More)

KEDATANGAN/ KEHADIRAN BERTUGAS

1. Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah 10 minit sebelum waktu persekolahan
bermula dan mencatat kehadiran semasa sampai dan sewaktu balik sekolah.

2. Guru yang bertugas mingguan dikehendaki berada di kawasan sekolah 30 minit sebelum waktu
persekolahan bermula.

3. Guru yang tidak hadir atau terpaksa datang lewat ke sekolah hendaklah memberikan kenyataan
dan sebab-sebab yang wajar. Guru juga mestilah memaklumkan kepada pihak sekolah dengan
kadar segera supaya jadual waktu ganti dapat disediakan.

4. Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu persekolahan kecuali dalam keadaan
kecemasan.

Rujukan : Surat Perkeliling Ikhtisas


Bil 2/1981 bertarikh 12 September 1981

KELUAR KAWASAN SEKOLAH DALAM WAKTU PERSEKOLAHAN

1. Guru dan staf tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu
persekolahan kecuali jika terdapat sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari
Jabatan Pendidikan/PPD dengan syarat mendapat kebenaran dari Guru Besar/Penolong Kanan.

2. Guru dan staf dikehendaki mengisi buku keluar kawasan sekolah di pejabat sekolah dan dapatkan
tandatangan Guru Besar/Penolong Kanan sebelum keluar. Sila isikan waktu balik dari urusan selepas
balik.

3. Semua guru hendaklah meninggalkan kerja bertulis kepada pelajar sebelum meninggalkan
sekolah.

4. Guru Besar tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kemalangan yang berlaku terhadap mana-
mana guru yang keluar tanpa kebenarannya atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa.

BUDAYA KERJA SEPASUKAN


PENJANA KECEMERLANGAN KUALITI KERJA
1MALAYSIA, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

You might also like