You are on page 1of 2

PANITIA SAINS@SMK LEMBAH KERAMAT, GOMBAK, SELANGOR.

PERATURAN MAKMAL, LANGKAH KESELAMATAN


DAN
PERTOLONGAN CEMAS DALAM MAKMAL

Peraturan makmal
1. Semua pelajar dilarang masuk ke dalam makmal tanpa kebenaran guru.
2. Beg pelajar, makanan dan minuman tidak boleh dibawa masuk ke dalam
makmal.
3. Bahan dan radas tidak boleh dibawa keluar dari makmal tanpa kebenaran guru.
4. Eksperimen tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran guru.
Baca arahan dan fahami arahan eksperimen terlebih dahulu.
5. Jangan buang bahan pepejal ke dalam sinki.
6. Pelajar dilarang bermain dan berlari di dalam makmal
7. Segala kerosakan radas perlu dilaporkan kepada guru dengan segera.
8. Tutup pili air dan gas serta suis elektrik selepas digunakan.
9. Bahan kimia yang berlebihan tidak boleh dituang semula ke dalam botol asalnya.
10. Semua radas perlu dibersihkan dan diletakkan ke tempat asalnya selepas
digunakan.
11. Bersihkan tempat anda selepas menjalankan eksperimen.
12. Jangan bazirkan bahan kimia, air, gas atau elektrik.

Langkah keselamatan
13. Jangan rasa sebarang bahan kimia tanpa kebenaran guru.
14. Sebarang kemalangan atau kecederaan perlu dilaporkan kepada guru
secepat mungkin.
15. Batang mancis yang bernyala perlu dipadamkan dengan air sebelum
dibuang ke dalam tong sampah.
16. Baca semua label dengan teliti terlebih dahulu sebelum menggunakan
suatu bahan kimia.
17. Bahan kimia pepejal mesti dikendalikan dengan menggunakan spatula.
18. Kendalikan semua bahan kimia meruap yang beracun dalam kebuk wasap.
19. Nyalakan Penunu Bunsen dengan menggunakan pemetik api atau mancis.
Jangan gunakan kertas.
Nyalakan mancis terlebih dahulu sebelum membuka pili gas.

Pertolongan cemas
20. Jika asid atau alkali terkena pada kulit atau mata, basuh segera dengan air
yang banyak.
21. Jika bahan kimia termasuk ke dalam mulut, kumuh dengan air yang
banyak.
22. Jika tertelan bahan kimia, minum air yang banyak dan laporkan kepada
guru dengan segera.
23. Jika terkena renjatan elektrik, matikan suis elektrik utama dengan segera.
24. Jika berlaku kebakaran, laporkan kepada guru dengan segera.
25. Jika pakaian terbakar, gulingkan badan dengan cepat di atas lantai
sehingga api padam.

Utamakan keselamatan anda dan rakan-rakan anda

Nama Nama
PANITIA SAINS@SMK LEMBAH KERAMAT, GOMBAK, SELANGOR.

Pelajar : Penjaga:
No. Mykad: No. Telefon:

Tandatanga Tandatangan
n: :
Tarikh: Tarikh:

You might also like