You are on page 1of 28

Disediakan oleh :

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Kenalpasti kesilapan yang berlaku di
dalam bilik sains
PERATURAN BILIK SAINS

Peraturan bilik Sains perlu dipatuhi


ketika berada di dalam bilik sains bagi
menjamin keselamatan guru dan
murid.

Langkah-langkah keselamatan
mestilah dipatuhi semasa berada
dalam Bilik Sains atau bilik
persediaan
PERATURAN BILIK SAINS

murid hanya dibenarkan masuk ke dalam


Bilik Sains dan bilik persediaan dengan
kebenaran guru.

hanya buku dan peralatan untuk


pelajaran Sains sahaja dibenarkan
dibawa masuk ke Bilik Sains semasa
pengajaran dan pembelajaran Sains
PERATURAN BILIK SAINS

amali boleh dijalankan hanya dengan


pengetahuan guru.

sebarang aktiviti di Bilik Sains hendaklah


di bawah pengawasan guru.

kebersihan Bilik Sains dan bilik


persediaan perlu dijaga setiap masa.

alatan dan bahan kimia hanya boleh


digunakan dengan pengetahuan guru
PERATURAN BILIK SAINS

Semua cermin tingkap mesti dibuka


dan kipas dipasang supaya pengaliran
udara bersih
Rambut yang panjang hendaklah
diikat rapi
Basahkan bahan terbakar sebelum
dibuang
Nyalakan penunu bunsen
menggunakan pemetik api
Peti pertolongan cemas lengkap dan
mudah dilihat
PERATURAN BILIK SAINS

Bahan buangan pepejal dibuang ke


dalam bakul sampah.

Bahan buangan cecair dibuang ke


dalam singki dengan paip yang
mengalir.

Jangan hidu atau sentuh bahan tanpa


kebenaran guru.
PERATURAN BILIK SAINS

penunu mudah alih hendaklah dinyalakan


dengan pemetik api khas
semua radas hendaklah dibersihkan
selepas digunakan
semua peralatan dan bahan sains
hendaklah dikembalikan ke tempat
asalnya setelah digunakan
alatan dan bahan sains dibenarkan
dibawa keluar dari Bilik Sains dan bilik
persediaan hanya dengan kebenaran
guru
PERATURAN BILIK SAINS

 alatan yang rosak atau pecah perlulah


dilaporkan segera kepada guru atau staf Bilik
Sains.
 sampah dan sisa bahan sains hendaklah
dibuang ke dalam bekas yang disediakan.
 penggunaan bahan dan alat Peti Pertolongan
Cemas hendaklah dengan kebenaran dan
pengawasan guru.
 spesimen biologi yang masih hidup hendaklah
dikembalikan semula ke habitatnya.
 semua kemalangan yang berlaku hendaklah
dilaporkan kepada Ketua Panitia Sains dan
Guru Besar serta dicatatkan dalam Buku Rekod
Kemalangan.
BUKU REKOD DI DALAM BILIK
SAINS

Rekod penggunaan bilik sains.

Rekod kerosakan/kehilangan dan


kemalangan.

Rekod pinjaman peralatan.

Rekod penggunaan peralatan dan


bahan
KESELAMATAN

Aspek keselamatan sememangnya diberi


penekanan utama semasa aktiviti dalam
Bilik Sains. Guru hendaklah sentiasa peka
dan berhati-hati ketika mengendalikan
kerja amali untuk mengelakkan daripada
berlakunya kemalangan atau kecederaan.

Peraturan semasa kerja amali, langkah


keselamatan dan panduan pertolongan
cemas adalah antara perkara yang perlu
diberi perhatian.
Langkah-Langkah Keselamatan

Keselamatan Bilik Sains


 memastikan keadaaan Bilik Sains selamat
digunakan
 mendedahkan maklumat keselamatan makmal
kepada murid
Pelan Laluan Kecemasan/kebakaran.
 menyediakan pelan laluan kecemasan dengan jelas
dan
 mudah difahami
 mempamerkan pelan laluan kecemasan di Bilik
Sains
 mengadakan latihan kecemasan untuk
mengenalpasti
pelan laluan kecemasan
Langkah-Langkah Keselamatan

Alat Pemadam Api / Pondok Pemadam Api

memastikan alat pemadam api tersebut


ada di tempat tempat tertentu
memastikan alat tersebut dalam
keadaaan baik dan selamat digunakan
mengadakan latihan untuk memahirkan
penggunaan alat pemadam api (selimut
penahan api, baldi perisi pasir)
Langkah-Langkah Keselamatan

Jika ada kebakaran:

hebahkan kebakaran kepada umum


arahkan murid ke tempat lapang dan
selamat mengikut pelan laluan
kecemasan
usahakan memadam kebakaran dengan
alat pemadam api dalam masa yang
sama dapatkan perkhidmatan Bomba
Langkah-Langkah Keselamatan

Pertolongan Cemas

Semasa menghadapi kecemasan, setiap


kemalangan yang berlaku dalam Bilik
Sains hendaklah dilaporkan dengan
segera.
guru mengambil tindakan segera serta
mengawal keadaaan memberi bantuan
dan rawatan awal jika perlu
melaporkan kepada pentadbir sekolah
atau pihak-pihak tertentu jika perlu.
PETI PERTOLONGAN CEMAS
Langkah-Langkah Keselamatan

Jenis kecederaan atau kemalangan

luka
lemas
pengsan
melecur
kejutan elektrik
mata dimasuk bendasing
gigitan binatang dan serangga berbisa
Langkah-Langkah Keselamatan

Rawatan
Luka
kenalpasti sama ada luka itu ringan atau
parah
memberi rawatan awal seperti mencuci,
menyapukan ubat dan membalutkan luka
jika luka itu parah, berikan rawatan
untuk mencegah kehilangan darah
dengan menggunakan teknik tornike dan
membawa pesakit ke hospital dengan
segera.
Langkah-Langkah Keselamatan

Melecur dan melepuh

kenalpasti punca kecederaan


-melecur - air panas, minyak panas
-melepuh - logam panas dan api

tutup bahagian yang cedera dengan


kain yang lembut untuk melindungi dari
tiupan angin bawa pesakit ke hospital.
Langkah-Langkah Keselamatan

Kejutan elektrik
jangan sekali-kali menyentuh pesakit
tutup suis utama atau punca kuasa
bekalan elektrik, jika gagal,pisahkan
pesakit dari punca kejutan dengan
menggunakan objek penebat seperti
kayu kering.
rehatkan pesakit di tempat yang selesa
dan berudara bersih, kemudian
longgarkan pakaiannya. Beri rawatan
pernafasan sekiranya perlu bawa pesakit
ke hospital
Langkah-Langkah Keselamatan

Mata dimasuki benda asing

tegah murid daripada menggosok mata


yang dimasuki benda asing.
arahkan murid supaya membuka dan
menutup matanya di dalam air mengalir
dan bersih untuk mengeluarkan benda
asing sekiranya gagal, bawa murid ke
hospital
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
Langkah-Langkah Keselamatan

Gigitan dan sengatan haiwan berbisa

kenalpasti tempat gigitan atau sengatan


keluarkan sengat serangga jika ada
sapukan dengan minyak mencegah bisa
tahan darah supaya bisa gigitan atau
sengatan tidak merebak ke jantung
bawa pesakit berjumpa doktor dengan
segera jika kesakitan itu serius
KEBERSIHAN BILIK SAINS

Pastikan tiada air yang bertakung di


dalam bilik sains

Alatan radas yang rosak hendaklah


diasing dan dikumpulkan dan dilupuskan
mengikut prosedur

Langsir bilik sains hendaklah dicuci


sekurang-kurangnya setahun sekali
KECERIAAN BILIK SAINS

Bilik Sains hendaklah disusunatur,


dilengkapi dan dihiasi dengan menarik
bagi mewujudkan suasana yang boleh
meningkatkan keberkesanan P & P serta
mendorong
minat murid kepada mata pelajaran
Sains.
- Mural
- Istilah saintifik
- Pokok di kaki lima
KECERIAAN BILIK SAINS
KECERIAAN BILIK SAINS

Perkara-perkara berikut perlu dilengkapi


dalam Bilik Sains:
Papan Kenyataan
Keratan akhbar, berita mengenai sains
dan hasil kerja murid dipamerkan di papan
kenyataan.
Peralatan audio-visual seperti televisyen,
perakam vieo, OHP, projektor slaid dan set
komputer
Bahan bantu mengajar seperti model,
carta, gambar dan poster
LOGO

www.themegallery.com

You might also like