You are on page 1of 2

Peraturan Makmal Sains

PERATURAN MAKMAL SAINS

1. Mesti beratur dan senyap semasa berulang-alik dari bilik Sains. 2. Tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran guru.

3. Buka tingkap sewaktu berada di bilik Sains.

4. Jangan makan dan minum di bilik Sains.

5. Jangan bermain suis dan soket di bilik Sains.

6. Memastikan kebersihan bilik Sains setiap masa.

7. Tidak dibenarkan menggunakan peralatan bilik Sains tanpa kebenaran guru.

8. Peralatan mesti dijaga dengan baik. Simpan di tempat asal selepas menggunakannya.

9. Peralatan yang rosak atau hilang mesti diberitahu kepada guru.

10. Jika berlaku sebarang kemalangan hendaklah dimaklumkan kepada guru. 11. Harus mendengar arahan guru sebelum menjalankan aktiviti. 12. Mengikut langkah-langkah keselamatan semasa menjalankan tugas. 13. Tumpukan sepenuh perhatian semasa menjalankan tugas.

14. Mesti mematuhi peraturan di bilik Sains dan pastikan juga murid-murid tidak membuat bising. 15. Murid-murid mestilah menjaga kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah.

You might also like