You are on page 1of 1

Nama: Jonathan Seow Jun Nyap

Kelas: 1T

Tajuk: Syarahan (Cara-cara mengatasi masalah disiplin dalam kalangan pelajar)

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang
berusaha Tuan Pengetua, guru dan rakan sekalian. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada Tuan Pengerusi Majlis yang telah sudi menjemput saya untuk menyampaikan syarahan
pada hari yang mulia ini. Tajuk saya ialah ‘Cara-cara Mengatasi Masalah Disiplin dalam
kalangan pelajar.

Belakangan ini, kita dikejutkan dengan pelbagai berita tentang masalah disiplin pelajar.
Terpapar di akhbar berita pelajar menumbuk guru, melepak, ponteng sekolah dan
sebagainya.Masalah disiplin pelajar telah membimbangkan semua pihak. Oleh itu, beberapa
pihak telah mengambil tindakan untuk mengatasi masalah disiplin pelajar.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Pembentukan disiplin bermula di rumah. Ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk
menangani masalah disiplin pelajar. Ibu bapa pada masa kini sibuk bekerja dan telah
mengabaikan dan kurang mendidik anak-anak mereka. Oleh itu, ibu bapa sepatutnya meluangkan
masa untuk mendidik dan menemani anak mereka walaupun sibuk bekerja. Ibu bapa juga boleh
memberi didikan agama dan moral kepada anak mereka supaya mereka dapat menilai baik dan
buruk. Nilai moral yang boleh mengajar pelajar ialah seperti baik hati , tolong menolong dan
sebagainya.

Selain itu, pihak sekolah juga memainka peranan yang penting. Disiplin pelajar dibentuk
melalui penguatkuasaan undang- undang dan peraturan- peraturan yang sedia ada di sekolah.
Guru sekolah juga boleh mendenda dan merotan pelajar yang melanggar peraturan sekolah
supaya pelajar tidak berani untuk melakukan kesalahan. Pihak sekolah boleh mengadakan kem-
kem atau aktiviti yang berfaedah seperti pertandingan bercerita dan menggalakkan pelajar
menyertainya.

Hadirin yang dihormati,

Kita tahu pengaruh rakan sebaya amat kuat dalam pembentukan disiplin. Oleh itu, pelajar
mestilah pandai bergaul dan memilih kawan yang baik dan tidak bermasalah disiplin. Ibu bapa
pelajar juga perlu mengawasi anak mereka supaya tidak bergaul dengan kawan yang bermasalah.

Akhir sekali, semua pihak perlu berganding bahu mengatasi masalah disiplin pelajar
sebelum masalah disiplin pelajar semakin merosot. Sekian terima kasih.

You might also like