You are on page 1of 2

Projek : Pengakap

Guru Pembimbing : Sarasota Josept

LLK 1
Tajuk : Pembahagian Kumpulan
Masa : 30 minits
Alat : Muzik, Tulisan nombor tahun, bulan

Objektif :
Mewujudkan komunikasi dikalangan peserta yang terdiri daripada pelbagai sekolah.

Langkah :
1. Peserta berkumpul mengikut persatuan.
(Contoh : Pengakap, Kadet Bomba, KRS, dll)
2. Dipecahkan mengikut tahun lahir (Tahun 1998, 1997).
3. Berkumpul mengikut bulan lahir (Januari, Februari, March, April, May, Jun, July, Ogos,
September, Oktober, November, Disember)
4. Satu kumpulan seharusnya ada 20 orang peserta. Jika berlaku ketidakstabilan jumlah ahli
dalam kumpulan, fasilitator harus memecah dan menubuhkan satu lagi kumpulan kecil.
5. Ahli kumpulan berkumpul dalam satu bulatan.

LDK 1
Tajuk :Mari Berkenalan
Masa :30 minit
Alat :Music

Objektif :
Menggalakkan peserta mengenali rakan dengan lebih dekat.

Langkah :
1. Peserta di minta duduk dalam kumpulan masing - masing.
2. Minta ahli peserta menggunakan masa yang ada untuk berkenalan dengan ahli dalam
kumpulan masing - masing. (Maklumat penting seperti : Nama, Sekolah). Masa diberikan
selama 10 minit.
3. Ketua program akan memilih pelajar secara spontan untuk menguji dan bertanya kepada
pelajar tersebut mengenai ahli dalam kumpulannya. Masa : 30 minit.
4. Bagi yang gagal - hukuman dikenakan (Cikgu Norel)

LDK 2
Tajuk : Trademark
Masa : 1 jam
Alat : Music

Objektif :
Meningkatkan motivasi / energy dalam kumpulan

Langkah :

1. Peserta berkumpul / duduk dalam kumpulan masing - masing.


2. Minta ahli kumpulan memilih ketua dan penolong mereka (Dalam masa 5 minit)
3. Tanya kenapa mereka memilih individu tersebut sebagai ketua dan penolong mereka. (Max
time : 15 minit)
4. 20 minit diberikan kepada kumpulan untuk mencipta trademark mereka. Pastikan semua ahli
kumpulan berperanan.
5. Minta setiap kumpulan membuat pembentangan mengenai trademark kumpulan mereka. Satu
kumpulan present at least dalam 5 minit (Max time : 40 minit)

1
Projek : Pengakap
Guru Pembimbing : Sarasota Josept

LDK 3

Tajuk : Kotak Beracun


Masa : 40 minit
Alat : Kotak dan kerta bertaip (tugasan / hukuman) dan music

Objektif:
Memberikan peluang kepada semua peserta untuk menyerlahkan diri.

Langkah:
1. Peserta duduk dalam kumpulan masing - masing.
2. Setiap kumpulan akan diberi kotak berisi kertas hukuman.
3. Lagu akan dimainkan, setiap fasi perlu mengedar kotak tersebut kepada setiap ahli. Semua
ahli perlu memegang kotak tersebut.
4. Apabila muzik dihentikan, orang terakhir yang memegang kotak tersebut perlu mengambil
satu kertas di dalam kotak yang diedarkan dan melakukan tugasan yang telah ditulis pada
kertas tersebut.
5. Seandainya ahli kumpulan tersebut gagal melaksanakan tugas yang telah diarahkan, fasi
berhak mengenakan hukuman.

LDK 4

Tajuk : Survive
Masa : 30 minit
ALat : Musik

Objektif
Mewujudkan semangat satu pasukan.

Langkah:
1. Kumpulan dibentuk mengikut jantina.
2. Setiap kumpulan akan diberi beberapa helai surat khabar.
3. Setiap peserta dikehendaki berdiri di atas surat khabar.
4. Setiap helai surat khabar akan ditarik selang 2 minit.
5. Kumpulan yang mempunyai paling ramai peserta yang masih kekal berdiri di atas surat
khabar akan dikira sebagai pemenang.

LDK 5

Tajuk : Tiru gaya selebriti / iklan


Masa : 30 minit
Alat : Musik

Objektif
Menggalakkan kreativiti dan imaginasi.

Langkah
1. Peserta dalam kumpulan.
2. Setiap kumpulan menghantar wakil 5 orang untuk mempersembahkan gaya selebriti.
3. Setiap kumpulan hanya diberi 3 minit untuk meniru gaya selebriti.
4. Setiap kumpulan diberi masa 10 minit untuk berbincang.
5. Semasa satu kumpulan sedang mempersembahkan gaya selebriti, kumpulan lain perlu
meneka.

You might also like