You are on page 1of 1

MAKLUMAT & PERATURAN KESELAMATAN

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG 2015


SMK MERMAU, MIRI
(Taklimat keselamatan dalam perhimpunan khas)

1. Surat pemberitahuan telah diedarkan kepada setiap murid. Sila kembalikan


kepada guru tingkatan selewat-lewatnya pada …………………………. Bagi
murid yang tidak membawa surat tersebut, WAJIB menyerahkan kepada
guru tingkatan semasa roll-call esok pagi di Stadium Miri.
2. Murid perlu MEMAKLUMKAN kepada ibu bapa/penjaga/pemandu bas
sekolah masa sampai ke stadium pada 6:40 pagi dan masa balik pada jam
5:30 petang.
3. Semua murid WAJIB hadir ke stadium pada 6 dan 7 haribulan Mei 2015
iaitu hari Rabu dan Khamis.
4. Pakaian yang dibenarkan ialah:-
a. Pakaian seragam sekolah yang lengkap atau;
b. Pakaian sukan dan T-shirt sekolah sahaja. Murid digalakkan untuk
memakai bottom track biru/hitam.
5. Pakaian yang tidak dibenarkan ialah:-
a. Seluar jeans, seluar 3 quarter, seluar yang sempit dan tidak
bersesuaian.
6. Kejohanan sukan ini adalah aktiviti rasmi sekolah, sesiapa yang melanggar
peraturan ketika di stadium dianggap sebagai melanggar peraturan sekolah.
Oleh itu, tindakan disiplin akan dikenakan dan diambil selepas hari
kejohanan sukan oleh pihak HEM sekolah.
7. JANGAN membawa orang luar ataupun menyamar sebagai pelajar SMK
Merbau ke dalam stadium, jika didapati berbuat demikian, tindakan keras
akan diambil.

You might also like