You are on page 1of 5

Ruj.

Kami : Surat Jemputankerjasama/NBA/18/03/2023 Tarikh : 16 February 2023

Yusli Dahlan

Novae Badminton Academy


No. 64A, 1st Floor, Jalan BPU 1
Bandar Puchong Utama
47100 Puchong Selangor

Kepada :
Pengarah Sukan, Pengerusi Kelab Sukan,
Pengurus Pasukan, Ketua Pasukan, Guru Sukan

(Lihat Senarai Edaran)

Tuan/Encik/Cik/ Puan,

JEMPUTAN MENYERTAI KEJOHANAN BADMINTON ACARA BEREGU TERBUKA 2023.

Dengan segala hormat saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa kami akan mengadakan satu Kejohanan Badminton Acara Beregu Terbuka
2023 yang akan diadakan di dalam Daerah Puchong bagi merapatkan silaturahim antara masyarakat dan
meningkatkan lagi semangat kesukanan dalam sukan badminton khasnya.

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami amat berbesar hati menjemput pihak pengurusan Sukan
Sekolah/Kolej/Universiti atau Kelab Sukan tuan/puan untuk turut sama menyertai kejohanan ini. Maklumat
kejohanan seperti berikut:-

Tarikh Kejohanan : 18 March 2023 (Sabtu)


Tarikh Tutup Penyertaan : 11 March 2023 (Sabtu)
Lokasi Kejohanan : PUCHONG SPORTS CENTRE, Taman Puchong Utama, 47100, Puchong, Selangor
Masa Kejohanan : 8.30 Pagi – 8.00 Malam

4. Bersama-sama ini saya sertakan Lampiran A dan B untuk pendaftaran pemain dan syarat-syarat
Penyertaan.

5. Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan/puan, amatlah dihargai dan kami dahului dengan ucapan
terima kasih. Sebarang pertanyaan lanjut pihak tuan/puan, boleh terus hubungi koordinator kejohanan
saudara Yusli Dahlan (018-286 4377).

Sekian , terima kasih.

Yang berusaha,

…………………………………………….
YUSLI DAHLAN
Koordinator Kejohanan
Senarai Sekolah/Kolej/Universiti/Kelab Sukan

1. UNISEL : Universiti Industri Selangor


2. UM : Universiti Malaya
3. USM : Universiti Sains Malaysia
4. UKM : Universiti Kebangsaan Malaysia
5. UPM : Universiti Putra Malaysia
6. UTM : Universiti Teknologi Malaysia
7. UiTM : Universiti Teknologi MARA
8. UiAM : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
9. UMS : Universiti Malaysia Sabah
10. UNIMAS : Universiti Malaysia Sarawak
11. UUM : Universiti Utara Malaysia
12. UPSI : Universiti Pendidikan Sultan Idris
13. UTHM : Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
14. UTeM : Universiti Teknikal Malaysia Melaka
15. UniMAP : Universiti Malaysia Perlis
16. UMT : Universiti Malaysia Terengganu
17. UMP : Universiti Malaysia Pahang
18. USIM : Universiti Sains Islam Malaysia
19. UniSZA : Universiti Sultan Zainal Abidin
20. UMK : Universiti Malaysia Kelantan
21. UPNM : Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
22. UNM : University Of Nottingham
23. KPTM : Kolej Poly-Tech Mara
24. SUC : Kolej Univesity Sunway
25. MMU : Multimedia University (MMU)
26. KUTKL : Kolej University Teknologi Kreatif Lim Kok Wing
27. MUSM : Monash University Malaysia
28. UNITEN : University Tenaga Malaysia
29. UNITAR : University Tun Abdul Razak
30. UNIKL : University Kuala Lumpur
31. POLITEKNIK : POLITEKNIK (Seluruh Kampus)
SYARAT-SYARAT DAN KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN
1. Beregu Lelaki Bakat Baru
2. Beregu Wanita Bakat Baru
3. Beregu Campuran Bakat Baru (Mix Double)

- Pemain yang mempunya ID Negara, Negeri atau BAM di dalam Tournament Software adalah tidak layak
menyertai kategori ini.
- Pemain yang pernah menjadi Johan kategori Bakat Baru atau Amatur tidak dibenarkan menyertai kategori
ini bedasarkan rekod Tournament Software.
- Mana-mana pemain yang pernah menjadi johan tatapi tiada rekod di dalam Tournament Software juga
tidak dibenarkan menyertai kategori ini, bukti bergambar pemain tersebut akan di nilai dan di ambilkira.
Johan bagi Kejohanan dalaman atau perlawanan persahabatan tidak diambilkira.
- Pemain yang mempunya ID Negara, Negeri atau BAM yang berumur 15 tahun ke bawah di berikan
kelonggaran menyertai kategori ini jika difikirkan layak oleh Pihak Pengajur.
- Semua pemain perlu menghantar maklumat untuk tujuan semakan terlebih dahulu dan keputusan pihak
Penganjur dan Ketua Pengadil adalah muktamat.

4. Beregu Lelaki Semi Amatur

- Hanya seorang sahaja Pemain amatur yang dibenarkan untuk menyertai kategori ini dan akan dinilai oleh
pihak penganjur, dan mestilah berpasangan dengan pemain berstatus Bakat Baru.
- Pemain yang mempunya ID Negara, Negeri atau BAM yang berumur 16 tahun ke bawah di berikan
kelonggaran menyertai kategori ini jika difikirkan layak oleh Pihak Pengajur.
- Semua pemain perlu menghantar maklumat untuk tujuan semakan terlebih dahulu dan keputusan pihak
Penganjur dan Ketua Pengadil adalah muktamat.

5. Beregu Veteran Campur Umur 100 Tahun Ke Atas

- Pasangan mestilah cukup 100 tahun ke atas.


- Semua pemain layak menyertai kategori ini.
- Tiada minimum had umur.
- Semua pemain perlu menghantar maklumat untuk tujuan semakan terlebih dahulu dan keputusan pihak
Penganjur dan Ketua Pengadil adalah muktamat

6. Beregu Bawah 10 Tahun


7. Beregu Bawah 12 Tahun
8. Beregu Bawah 14 Tahun
9. Beregu Bawah 16 Tahun

- Bagi kategori 6 hingga 9, Semua pemain lelaki atau wanita layak menyertai kategori ini.
- Semua umur pemain mestilah bedasarkan tahun 2023.
SYARAT AM PERTANDINGAN
1. Setiap pemain hendaklah sertakan salinan Kad Pengenalan semasa pendaftaran bagi tujuan semakan.

2. Kejohanan ini terbuka kepada semua pemain badminton


3. Format pertandingan akan dijalankan secara kalah singkir.

4. Perlawanan akan dijalankan berdasarkan kiraan mata 31 dan tiada mata tambahan.
5. Semua perlawanan akan dimulakan mengikut masa yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa pengelola
pertandingan.
6. Setiap pemain dikehendaki berada ditempat permainan 30 minit lebih awal dari masa yang dijadualkan.
7. Sebarang pertukaran nama selepas tarikh tutup akan dikenakan bayaran sebanyak RM 30.00 untuk satu nama.

8. Sebarang pembatalan penyertaan selepas tarikh tutup wang pendaftaran tidak akan dikembalikan.
9. Sebarang bantahan hendaklah dibuat 15 minit selepas perlawanan tamat dengan wang cagaran RM200.00 secara
bertulis. Jika bantahan tidak berjaya wang cagaran tidak akan dikembalikan. KEPUTUSAN PENGANJUR DAN KETUA
PENGADIL ADALAH MUKTAMAT.

Senarai Pendaftaran Pemain.

BIL NAMA PEMAIN NO. IC NO. HP KATEGORI

10

11
12

13

14

15

You might also like