You are on page 1of 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Kementerian Pelajaran Malaysia


KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA PERAK DARUL RIDZUAN

LAPORAN MENGENAI LAWATAN KE SEKOLAH MENENGAH GUNUNG RAPAT Sekolah Menegah Kebangsaan Gunung Rapat merupakan salah sebuah Sekolah Kluster di Ipoh, Perak. K14 telah diminta untuk membuat satu lawatan ke sekolah tersebut bagi mengetahui cara pengurusan stor sukan, pengurusan mini stadium, pengurusan gelanggang dan pengurusan atlit, asrama dan jurulatih. Lawatan ini telah dibuat pada 25 Februarui 2014 dan diringi oleh Puan Taslimah Binti Jalaludin.

Sekolah ini menempatkan kira-kira 700 orang murid dimana terdapat sebilangan murid mendiami asrama dan ada di antaranya merupakan murid harian. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah kluster kecemerlangan dan di iktiraf pada tahun 2009. Ini adalah berdasarkan pencapaian cemerlang mereka di dalam matapelajaran Bahasa Inggeris dan Ten Pin Bowling. Terdapat syarat kemasukan ke sekolah ini dan dua cara untuk memasuki sekolah sukan ini. Cara yang pertama adalah melalui pencapaian akademik. Bagi pelajar yang mendapat 5A dan 4A, mereka layak untuk memasuki sekolah ini tanpa syarat. Manakala cara yang kedua adalah melalui Talent Scouting & searching dan juga Talent Identification Program. Bagi yang menggunakan cara ini, syarat bagi kemasukan mereka adalah berdasarkan prestasi akademik mereka dan prestasi mereka dalam sukan. Jurulatih akan memantau pelajar di dalam sukan yang mereka ceburi dan memerhati di pertandingan-pertandingan yang di anjurkan. Selain daripada itu, murid juga akan di uji daripada segi ketinggian, berat dan kecergasan tubuh mereka bagii menguji mereka sebelum di terima masuk ke sekolah tersebut.

Kami telah tiba di sekolah tersebut pada pukul 7.45 pagi dan di sambut oleh guru sukan, jurulatih, pengetua sekolah tersebut dan penolong-penolong kanan.

Seramai 24 orang pelajar dan seorang pensyarah IPG Kampus Ipoh telah menyertai lawatan tersebut. Ketika lawatan tersebut, kami telah di bawa ke seluruh kawasan sekolah tersebut termasuklah gelanggang, stor sukan, dan mini stadium sekolah tersebut.

Di dalam lawatan tersebut, kami telah di dedahkan mengenai cara kemasukan pelajar, pemilihan atlet, prasarana dan sukan serta pencapaian yang mereka perolehi.

Terdapat 3 stor sukan di sekolah tersebut dimana dua stor tersebut di gunakan untuk menyimpan peralatan bagi atlet-atlet sekolah tersebut dan yang sebuah lagi stor tersebut telah digunakan bagi menyimpan alatan yang berkaitan dengan Pendidikan Jasmani. Setiap stor ini mempunyai alatan yang berbeza di dalamnya mengikut acara iaitu padang dan balapan. Stor ini diselia oleh setiap guru sukan dan segala kerosakan akan di catat. Kerosakan tersebut akan dibaiki, dibaikpulih atau pembelian alatan yang baru akan di buat.

Dari segi kewangan, mereka akan mendapat peruntukan daripada kementerian. Dana yang di salurkan ini akan di fokuskan kepada penyelenggaraan stadium dan peralatan-peralatan yang rosak. Dana yang di salurkan kepada akademik tidak pernah dipotong atau di kurangkan. Masalah utama sekolah ini merupakan dari segi tandas. Penyelenggaraan tandas menjadi perkara utama dan sering di bincangkan. Rm9000 merupakan jumlah bil air bagi satu bulan bagi sekolah tersebut termasuklah bilik mandi, membasuh pakaian dan juga tandas. Satu per tiga dana yang di jana adalah daripada berbagai sumber seperti PIBG, PDD dan lain-lain.

Mini stadium di sekolah tersebut di lengkapi dengan prasarana yang terbaik. Mini stadium ini berjumlah RM5.2 juta dan di biayai oleh kerajaan. Astaka yang besar boleh memuatkan hingga ratusan pelajar sekolah tersebut. Tandas dan stor terdapat di bahagian belakang astaka tersebut. Manakala sistem pembesar suara terletak di bahagian atas astaka tersebut. Trek bagi tempat tersebut menyamai standard balapan di stadium negeri di mana trek Tartan digunakan. Tartan ialah satu bahan yang di perbuat daripada polyurethane dan digunakan meluas di seluruh dunia. Pada padang pula, rumput jenis Bermuda di gunakan di sebabkan ketahanan dari segi cuaca dan ketahanan fizikal rumput tersebut. Tidak seperti rumput biasa, rumput tersebut tahan daripada cuaca panas dan tidak mnguning jika kekurangan air. Akan tetapi, penyiraman air perlu dilakukan sekurang-kurangnya dua kali sehari dan jika cuaca panas dan tidak hujan, ianya akan di siram tiga kali sehari. Oleh itu, penyiram automatik di gunakan atau sprinkler. Ianya di set secara berkala dan 35 sprinkler tersebut akan menyiram padang tersebut mengikut masa yang telah di tetapkan. Pembajaan juga dilakukan tiga bulan sekali dan sekali pembajaan dibuat memerlukan enam kampit baja. Kos bagi satu kampit baja tersebut adalah sebanyak Rm 200. Meracun pula memerlukan racun yang khas bagi membunuh rumput-rumput asing di mana ia boleh mencacatkan padang dan merosakkan rumput bermuda tersebut.

Terdapat permintaan daripada luar untuk berlatih atau membuat aktiviti di padang sekolah tersebut. Tetapi pihak tersebut hendaklah berurusan dengan pengetua sekolah terbabit dan selalunya pengetua akan menolak permintaan tersebut. Ini kerana padang tersebut akan digunakan untuk pelajar berlatih dan takut rumput tersebut akan rosak. Kos untuk mengurus padang tersebut adalah tinggi jika rumput tersebut rosak dan sewa yang di bayar tidak akan dapat menampung kos tersebut.

Atlet akan berlatih di tempat-tempat yang di sediakan mengikut sukan masingmasing dan pelajar yang terlibat adalah daripada tingkatan 1 sehinggalah ke tingkatan 5. Jurulatih akan melatih mereka di mana setiap jurulatih mempunyai bidang kepakaran

masing-masing. Para atlet akan berlatih sebanyak dua kali sehari iaitu pada sebelah pagi dan petang. Mereka juga akan berlatih dari hari isnin hingga hari jumaat dan pada hujung minggu akan diadakan latihan juga jika diperlukan. Mereka akan berlatih pada sebelah pagi iaitu dari pukul 6.30 hingga 8.10 pagi. Pada sebelah pagi ini mereka akan di latih untuk kecergasan mereka. Mereka akan dilatih untuk meningkatkan stamina serta kecergasan mereka bagi sukan. Pada sebelah petang, atlet akan berlatih bermula dari pukul 4.30 petang hingga 6.30 petang. Pada sebelah petang ini pula mereka akan berlatih untuk memantapkan prestasi mereka dalam sukan. Ini untuk memastikan pencapaian optimum dalam sukan yang mereka ceburi dan dapat melahirkan perasaan kerjasama sesama ahli pasukan.

Asrama pelajar telah dijadikan sebuah perkampungan ilmu. Ini adalah kerana para guru dan jurulatih tidak hanya mahu pelajar mereka berjaya di dalam sukan, malah juga cemerlang daripada bidang akademik. Pelajar di tingkatan 5 akan menempuhi peperiksaan SPM. Oleh itu, para guru telah bekerjasama bersama pelajar untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi semasa mereka bersedia untuk menduduki SPM. Modul-modul prep di berikan kepada pelajar supaya para pelajar tidak ketinggalan semasa menyertai mana-mana pertandingan. Setiap guru matapelajaran akan memberikan setiap pelajar beberapa set soalan untuk mereka jawab bagi membolehkan mereka sentiasa belajar di samping sukan yang mereka ikuti. Ketika peperiksaan semakin hampir, para guru akan memfokuskan diri mereka kepada murid yang tinggal di asrama. Ini adalah supaya murid tidak ketinggalan di dalam pelajaran. Para jurulatih pula terdiri daripada guru-guru yang terdapat di sekolah tersebut. Akan tetapi terdapat kekurangan jurulatih daripada sekolah tersebut. Jurulatih ini akan di jemput atau datang untuk menolong para pelajar sekolah tersebut bagi membolehkan mereka berlatih.

LAMPIRAN

Penjelasan daripada jurulatih sepak takraw

Lawatan ke stor sukan PJ dan bilik persalinan pelajar

Taklimat daripada Pengetua SMK Gunung Rapat, penolong kanan dan jurulatih-jurulatih yang hadir

Bergambar di hadapan astaka mini stadium sekolah

You might also like