You are on page 1of 2

Dasar Dan Ketetapan KoKurikulum SK Kamil 2

 Syaiful Azuan B. Md Nor | PK Ko


 Jumlah paparan: 148

Tindakan : Semua Warga SKK2

DASAR & KETETAPAN KOKURIKULUM SKK2

1. KEKERAPAN MESYUARAT

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum SK Kamil 2 akan diadakan sebanyak 3 kali setahun mengikut
prosedur SPSK terkini.

2. KEKERAPAN PERJUMPAAN

Perjumpaan setiap Kelab/Persatuan, Kelab Permainan dan Badan Beruniform adalah sebanyak 12 kali setahun setiap
unit. Bilangan perjumpaan Rumah Sukan mengikut Takwim Sekolah. Sasaran peratus kehadiran kokurikulum secara
keseluruhan pada tahun 2018 adalah 80%

3. MASA PERJUMPAAN DAN RUTIN PERJUMPAAN

Perjumpaan Kelab/Persatuan, Kelab 1M1S dan Badan Beruniform adalah pada hari Rabu secara bergilir mengikut
waktu yang ditetapkan oleh sekolah.  Hari untuk perjumpaan Rumah Sukan mengikut Takwim Sekolah.

4. PAPAN KENYATAAN DAN BILIK KHAS

Setiap penyelaras unit bertanggungjawab memastikan papan kenyataan  masing-masing dalam keadaan berinformas
terkini/ kemas/ ceria sepanjang tahun. Bilik peralatan sukan, bilik peralatan uniform, bilik galeri hendaklah sentiasa
berada dalam kemas dan kondusif serta mesra pengguna dan bermaklumat.

5. PELAKSANAAN & PENYERTAAN AKTIVITI

Unit Ko SK Kamil 2 WAJIB menganjur dan melaksanakan 3 daripada aktiviti    berikut setiap tahun iaitu  Kejohanan
Merentas Desa , Kejohanan Tahunan Balapan dan Padang(Olahraga),  Kejohanan Sukan Tara dan Pesta Permainan.
Unit Ko SK Kamil 2 digalakkan menganjur dan melaksanakan aktiviti  sampingan berikut setiap tahun iaituKejohanan
Luar Musim , Kem Kepimpinan Kokurikulum , Karnival Unit Uniform (Perkhemahan Unit Uniform) , Kem 1 Murid 1
Sukan , Majlis Anugerah Kecemerlangan Ko , danLawatan ’Benchmark’. Guru Penasihat/ Jurulatih dan semua guru
yang terlibat dalam  membentuk menyedia/ melatih pasukan sekolah untuk penyertaan aktiviti keperingkat Zon/
Daerah/ Negeri/Kebangsaan atau Antarabangsa  perlu menyediakan siri latihan yang secukupnya untuk mencapai
kecemerlangan dalam setiap aktiviti yang disertai.

6. PAKAIAN

Semua guru mestilah memakai pakaian yang bersesuaian mengikut aktiviti yang dijalankan serta menepati garis
panduan yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Semua pelajar dikehendaki memakai baju rumah sukan masing-masing
dalam setiap aktiviti sukan dan permainan yang dianjurkan oleh Unit Ko SK Kamil 2 manakala baju unit ko SK Kamil 2
hendaklah dipakai dalam setiap penyertaan aktiviti luar sekolah. Semua guru sangat digalakkan memakai uniform
lengkap badan beruniform  masing-masing menepati garispanduan yang ditetapkan oleh pihak sekolah pada hari
Rabu pertama setiap bulan. Setiap hari Rabu semua pelajar sangat digalakkan memakai uniform  lengkap
badanberuniform masing-masing menepati garis panduan yang ditetapkan oleh pihaksekolah.

7. REKOD DAN PELAPORAN AKTIVITI

Buku PAJSK dan Rekod Laporan Aktiviti Kokurikulum setiap unit hendaklah dilengkapkan setiap kali perjumpaan
diadakan dan disimpan di dalam bilik kokurikulum. Semuaguru penasihat dan jurulatih pasukan sekolah hendaklah
membuat pelaporan bagi setiap aktiviti yang disertai dengan menggunakan borang pelaporan khas yang boleh
dimuat turun dari emel Unit Ko SKK2 (unitkoskk2@gmail.com) dalam masa 1 minggu dari tarikh setelah selesai
menyertai setiap aktiviti. Pengisian data dalam Buku Rekod PAJSK hendaklah dikemaskinikan oleh Guru Kelas -
mengisi data dan maklumat asas murid , Guru Pendidikan Jasmani - mengisi dan melaksanakan SEGAK , Guru
Penasihat Unit - mengisi rekod kehadiran dan aktiviti  mengikut unit masing-masing. Jurulatih/ SU Ko / SU Sukan/
Guru Data Ko - mengemaskinikan penyertaan pelajar diperingkat Zon/ Daerah/ Negeri/ Kebangsaan atau
Antarabangsa.
8. PERALATAN

Setiap peralatan yang dipinjam mestilah direkodkan dan dipulangkan semula dalam keadaan bersih, baik, lengkap
dan sempurna. Setiap peralatan padang dan gelangganghendaklah dipantau sebanyak 3 kali setahun supaya sentiasa
dalam keadaan bersih, baik, lengkap, sempurna dan selamat untuk digunakan oleh guru dan murid. Peralatan sukan
yang telah rosak hendaklah dilupuskan untuk menjamin keselamatan pengguna.

9. PUNCA KUASA PELAKSANAAN KOKURIKULUM

Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di semua sekolah adalah wajib. (Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996- Akta 550).
Keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum ialah satu kesalahan yang jika disabitkan bersalah boleh dijatuhi
hukuman denda atau penjara atau kedua-duanya sekali. Penalti Am (Seksyen 135 Akta Pendidikan 1996)  Penyertaan
murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib. Setiap murid hendaklah mengambil bahagian sekurang-
kurangnya dalam satu gerakerja pakaianseragam , satu kegiatan persatuan dan kelab dan satu kegiatan sukan atau
permainan. (Perkara 5.1 SPI Bil.1/1985 Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah) Penyertaan semua guru sebagai
penjawat awam dalam mengurus , menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib. (Perkara
5.2 SPI Bil.1/1985.  Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah).   Keengganan guru melaksanakan tugas dan
tanggungjawab yang telah diperuntukkan adalah satu kesalahan daripada segi keperluan perkhidmatan atau
kepatuhan dan kebertanggungjawaban penjawat awam atau pun moral dan  wibawa keguruan yang boleh dikenakan
tindakan disiplin. (Perintah-perintah Am, Pegawai Awam-kelakuan dan tatatertib D).

You might also like