You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RIA, 09400 PADANG SERAI, KEDAH

MINIT MESYUARAT PEMILIHAN TENDER KANTIN SESI 2022/2023

Tarikh : 21 November 2021

Masa : 1.30 Tengahari

Hari : Ahad

Tempat : Bilik Guru Besar SK Taman Ria, Padang Serai

Kedatangan :

1 Puan Rohani Binti Saad (Guru Besar)


2 Puan Massirah Binti Sulaiman (PK HEM)
3 Puan Zaiwiranorlelawati Binti Ali
4 Puan Marsyitah Binti Ahmad
5 Encik Rosnizam Bin Muda
6 Encik Razif Bin Sab

Agenda Mesyuarat

1. Aluan Pengerusi
2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
3. Ucapan
4. Membentang Senarai Tender
5. Pemilihan Tender
6. Hal-hal lain
7. Ucapan Penangguhan

Agenda 1 : Aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi memulakan dengan ucapan salam dan memanjatkan kesyukuran kepada
Allah S.W.T kerana dengan keizinannya memberi kekuatan untuk menjalankan tugas
pemilihan tender untuk tahun 2022 hingga tahun 2023.

1
1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa tender kantin pada tahun ini mestilah mengikut
protokol dan tatacara yang betul meliputi pelbagai aspoek serta kepentingan
organisasi sekolah.
1.3 Pada hari ini sekolah beserta ahli jawatankuasa pemilihan tender akan membuat
keputusan memilih tender yang baru.

Agenda 2 : Ucapan Pengerusi

2.1 Puan Rohani selaku pengerusi memaklumkan bahawa untuk membuat pemilihan
tender sekolah ia memerlukan surat pelantikan jawatankuasa pemilihan tender dan
tarikh dikeluarkan surat sebelum keluar tender kantin.

2.2 Tender yang dipilih tiada kepentingan peribadi seseorang. Mesyuarat mestilah dalam
keadaan tertutup dan ia tidak boleh didedahkan kepada umum sehingga keputusan
rasmi dimaklumkan oleh pihak pentadbir.

2.3 Aspek yang diambil kira ialah jumlah modal yang terdapat dalam akaun dan servis
atau perkhidmatan yang disediakan. Harga jualan juga perlulah berpatutan dengan
murid sekolah. Pemilihan tender tidak boleh ada pertindihan tender .

2.4 Pemilihan tender tidak boleh diterima atas kepentingan katering dan memerlukan
syarat-syarat tertentu yang berdasarkan harga siling dan harga lantai. Ia berdasarkan
formula yang ditetapkan.

2.5 Pemilihan tender juga perlu menjurus kepada persaingan yang sihat.

Agenda 3 : Membentang Senarai Tender

3.1 PK HEM , Puan Massirah telah membentang senarai tender yang dihantar kepada
pihak sekolah.

3.2 PK HEM memaklumkan terdapat 4 orang yang mengambil borang daripada pihak
sekolah dan mengembalikan borang tender kepada pihak sekolah. Antaranya ialah :

3.2.1 Encik Hashim Bin Zainol

-Salma Berkat Enterprise

3.2.2 Encik Othman Bin Omar

- Damai Mahir Enterprise

2
3.2.3 Puan Suriani Binti Md Yusuf

- Has Ceria Enterprise

3.2.4 Encik Muhammad Omar Bin Yakup

-Anjung Indah Sdn Bhd

Agenda 4 : Pemilihan Tender

4.1 Dalam pemilihan tender semua aspek diambil kira dan diteliti dengan terperinci.
Berikut adalah alasan-alasan yang boleh dikemukakan berkaitan borang tender yang
dihantar. Borang pendaftaran dari Encik Muhammad Yakup dari Syarikat Anjung
Indah Sdn Bhd telah ditolak kerana tidak memenuhi syarat dan kriteria tender.

4.2 Borang Encik Hashim Bin Zainol dari Syarikat Salma Berkat Enterprise memenuhi
syarat serta lengkap dan harga yang ditawarkan berpatutan kepada murid.

4.3 Setelah membuat perbincangan dengan terperinci dan mengkaji kekurangan dan
kelebihan, pihak sekolah dan AJK pemilihan membuat keputusan muktamad memilih
Encik Hashim Bin Zainol untuk menerajui tender kantin pada tahun 2022-2023. Oleh
itu, pihak sekolah perlu memberi dan mengemukakan syarat – syarat yang telah
ditetapkan kepada Encik Hashim..

Agenda 5 : Hal-hal lain

5.1 Puan Rohani Binti Saad selaku Guru Besaar menegaskan bahawa pihak sekolah perlu
memantau dan sentiasa membuat pemeriksaan ke atas pengusaha kantin supaya
mereka mengikut syarat yang ditetapkan dan sentiasa menjaga kebersihan dan
kebajikan warga sekolah SK Taman Ria dan murid-murid khususnya.

Agenda 6 : Ucapan Penangguhan

6.1 Puan Guru Besar berharap agar pemilihan ini merupakan keputusan yang terbaik untuk
semua warga sekolah dan ia juga adalah satu keputusan yang sedikit sebanyak memuaskan
hati semua pihak sekolah.

6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

3
Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………. …………………………………

(PN ZAIWIRANORLELAWATI) ( PN MASSIRAH BINTI )


SETIAUSAHA KANTIN 2021 PK HEM
SK TAMAN RIA SK TAMAN RIA

Disahkan oleh

…………………………………………………

(PUAN ROHANI BINTI SAAD)


GURU BESAR
SK TAMAN RIA

You might also like