You are on page 1of 5

PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (MAJALAH

SEKOLAH DAN BAHAN MULTI MEDIA)


1998*
PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 130 Akta
Pendidikan 1996, Menteri membuat peraturan-peraturan yang
berikut:
1.

Nama.
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan PeraturanPeraturan Pendidikan (Majalah Sekolah dan Bahan Multi
Media) 1998.
2.

Mula berkuat kuasa.


Peraturan-Peraturan ini hendaklah mula berkuat kuasa pada
12 Mac 1998.

3.

Pemakaian.
Peraturan-Peraturan ini tidak terpakai bagi sekolah swasta
atau institusi pendidikan swasta.

4.

Tafsiran.
Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya
menghendaki makna yang lain
"bahan multi media" ertinya semua bahan yang dihasilkan
oleh media elektronik;
"majalah sekolah" ertinya apa-apa penerbitan, dalam apa-apa
bahasa, yang mengandungi berita, risikan, laporan kejadian, atau
apa-apa ulasan, pemerhatian atau komen, berhubungan dengan
berita, risikan atau laporan kejadian itu atau apa-apa perkara
lain yang menarik minat, yang disumbangkan oleh murid-murid
dan guru-guru mana-mana sekolah atau sekolah-sekolah, dan
yang diedarkan pada lat tempoh yang tetap atau tak tetap di
mana-mana sekolah atau sekolah-sekolah, dan termasuklah apaapa petisyen, surat pemberitahuan atau kenyataan yang
diedarkan di kalangan murid-murid sekolah tetapi tidak
termasuk pengumuman atau notis tentang aktiviti sekolah yang
rutin yang dibenarkan oleh guru besar atau pengetua sebagai
sebahagian daripada aktiviti biasa sekolah;
"menerbitkan" ertinya menerbitkan atau mencetak, sama ada
secara tulisan, litografi, bertaip, atau dalam bentuk fortograf
atau dengan apa-apa cara lain melambangkan atau
mengeluarkan perkataan atau objek dalam bentuk tampak;
1

"pengedaran" ertinya
penyebaran, penjualan
atau
penyampaian kandungan majalah sekolah dan bahan multi
media.
5.

Penubuhan Jawatankuasa.
Guru besar atau pengetua hendaklah menubuhkan suatu
jawatankuasa yang hendaklah dikenali sebagai "Jawatankuasa
Penerbitan dan Pengedaran Majalah Sekolah dan Bahan Multi
Media".

6.

Fungsi Jawatankuasa.
Jawatankuasa hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:
(a) untuk memberikan nasihat tentang apa-apa perkara
yang berkaitan dengan penerbitan dan pengedaran
majalah sekolah dan bahan multi media; dan
(b) untuk memeriksa dan mengawal penerbitan dan
pengedaran majalah sekolah dan bahan multi media.

7.

Keanggotaan Jawatankuasa.
(1) Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada anggota yang
berikut:
(a) guru besar atau pengetua, sebagai pengerusi;
(b) seorang guru atau guru-guru yang dilantik oleh guru
besar atau pengetua sebagai penasihat atau penasihatpenasihat bagi penerbitan dan pengedaran majalah
sekolah dan bahan multi media; dan
(c) tiga orang guru yang lain yang dilantik oleh guru besar
atau pengetua.

(2) Guru atau salah seorang guru yang disebut dalam


perenggan (1)(b) hendaklah bertindak sebagai setiausaha.
8.

Kelulusan.
(1) Tiada majalah sekolah atau bahan multi media boleh
diterbitkan atau diedarkan di mana-mana sekolah kecuali dengan
kelulusan guru besar atau pengetua.
(2) Tiada kelulusan boleh diberikan di bawah subperaturan
(1) melainkan jika guru besar atau pengetua berpuas hati tentang
perkara-perkara yang berikut:
(a) majalah sekolah atau bahan multi media tidak akan
memudaratkan penyenggaraan disiplin sekolah atau
apa-apa langkah yang diambil untuk menjamin
keselamatan awam di Malaysia;
(b) perkiraan yang sesuai telah dibuat bagi pengurusan
perniagaan majalah sekolah atau bahan multi media
itu;
2

(c) perkiraan yang sesuai telah dibuat bagi penyimpanan


akaun dan bahawa hasil daripada jualan majalah
sekolah dan bahan multi media yang melebihi kos
pengeluaran akan didepositkan dalam akaun bank
sekolah di bawah kawalan guru besar atau Pengetua;
(d) tiada murid sekolah akan dipaksa membeli majalah
sekolah dan bahan multi media itu;
(e) majalah sekolah dan bahan multi media itu adalah
terutamanya berkenaan dengan hal-ehwal sekolah dan
bahawa pengedarannya akan dibuat terutamanya di
kalangan sekolah; dan
(f) nama dan alamat pencetak majalah sekolah dan bahan
multi media itu akan dicetak dalam majalah sekolah
dan bahan multi media itu.
9. Sidang pengarang.
(1) Maka hendaklah ditubuhkan suatu sidang pengarang yang
terdiri daripada
(a) murid-murid; atau
(b) murid-murid dan guru-guru, yang hendaklah dilantik
oleh guru besar atau pengetua.
(2) Sidang pengarang yang ditubuhkan di bawah
subperaturan
(1)
hendaklah
bertanggungjawab
bagi
pengeluaran majalah sekolah dan bahan multi media.
(3) Guru besar atau pengetua hendaklah melantik seorang
guru atau guru-guru menjadi penasihat atau penasihatpenasihat kepada sidang pengarang.
10. Memberitahu Pendaftar.
(1) Apabila penerbitan atau pengedaran majalah sekolah
atau bahan multi media diluluskan di bawah subperaturan 8(1),
guru besar atau pengetua hendaklah, dalam tempoh sepuluh hari
dari tempoh itu, memberitahu Pendaftar mengenai kelulusan itu.
(2) Guru besar atau pengetua hendaklah menghantar satu
naskhah tiap-tiap keluaran majalah sekolah dan bahan multi
media kepada Pendaftar.
(3) Pendaftar boleh meminta guru besar atau pengetua
supaya mengemukakan kepadanya apa-apa butir berhubungan
dengan majalah sekolah atau bahan multi media itu.

11. Kuasa Pendaftar.


(1) Jika Pendaftar berpuas hati bahawa mana-mana majalah
sekolah atau bahan multi media mengandungi atau mungkin
mengandungi apa-apa perkara yang memudaratkan disiplin
mana-mana sekolah atau memudaratkan kepentingan Malaysia
dia boleh, pada bila-bila masa, membuat perintah secara bertulis
mengarahkan supaya majalah sekolah atau bahan multi media itu
hendaklah terhenti diterbitkan atau diedarkan, mengikut manamana yang berkenaan.
(2) Walau apa pun subperaturan (1), Pendaftar hendaklah
membuat perintah mengarahkan supaya majalah sekolah atau
bahan multi media itu hendaklah terhenti diterbitkan atau
diedarkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, jika dia
diarahkan oleh Menteri supaya berbuat sedemikian.
(3) Guru besar atau pengetua adalah bertanggungjawab
untuk memastikan bahawa perintah yang dibuat di bawah
subperaturan (1) atau subperaturan (2) dipatuhi.
12. Pembuangan murid.
Guru besar atau pengetua boleh membuang mana-mana
murid
(a) yang
menerbitkan
atau
mengedarkan
atau
menyebabkan diterbitkan atau diedarkan mana-mana
majalah sekolah atau bahan multi media tanpa
kelulusannya;
(b) yang menerbitkan atau mengedarkan mana-mana
majalah sekolah atau bahan multi media yang
mengandungi apa-apa perkara yang tidak diluluskan
olehnya atau oleh penasihat atau penasihat-penasihat
yang dilantik di bawah subperaturan 9(3); dan
(c) yang
menerbitkan
atau
mengedarkan
atau
menyebabkan diterbitkan atau diedarkan mana-mana
majalah sekolah atau bahan multi media dengan
melanggari perintah yang dibuat oleh Pendaftar di
bawah peraturan 11.
13. Penalti.
(1) Mana-mana orang yang melanggar mana-mana
peruntukan Peraturan-Peraturan ini adalah melakukan suatu
kesalahan dan, tertakluk kepada subperaturan (2), apabila
disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit.
(2) Jika orang itu, pada tarikh pelakuan kesalahan itu,
berumur lebih daripada dua puluh satu tahun, dia boleh didenda
tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
4

14. Pembatalan.
Peraturan-Peraturan Sekolah (Majalah) 1958 adalah dibatalkan.
Dibuat 24 Februari 1998.

You might also like