You are on page 1of 6

Disiplin dan Kerohanian

Persetiaan dan Undang-undang Pertubuhan


Dalam Warta Kerajaan Bertarikh 21hb Mei 1998, Jilid 42. No.11 Tambahan
No.41, Perundangan (A), P.U(A) 196. AKTA PENDIDIKAN 1996 ada dinyatakan;
PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN SEKOLAH) 1998
Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 130 Akta Pendidikan
1996, Menteri membuat peraturan yang berikut:
1. Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Persatuan Sekolah) 1998 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada 21 Mei
1998.
2. Peraturan-peraturan ini adalah terpakai bagi sekolah kerajaan dan sekolah
bantuan kerajaan.
3. Dalam Peraturan-peraturan ini:"guru besar" atau "pengetua" ertinya pegawai dalam Perkhimatan Pendidikan
yang dilantik oleh Ketua Pengarah Pendidikan untuk mengurus sekolah;
"jawatankuasa" ertinya sekumpulan orang yang dilantik atau dipilih untuk
menjalankan tugas persatuan sekolah.;
"penasihat" ertinya guru yang dilantik oleh guru besar atau pengetua untuk
memberi nasihat kepada persatuan sekolah;
"persatuan sekolah" ertinya apa-apa kelab atau persatuan murid dan guru
sekolah;

4. Guru Besar atau Pengetua, setelah menerima permohonan secara bertulis,


hendaklah menubuhkan persatuan sekolah daripada kategori yang berikut:a) Mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan
b)
c)
d)
e)

dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 ;


hobi dan rekreasi
sukan dan permainan
badan beruniform
apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh Pendaftar

5. i. Jawatankuasa tiap-tiap persatuan sekolah hendaklah mengemukakan


secara bertulis kepada Guru Besar atau Pengetua, laporan yang lengkap
mengenai perkara-perkara berikut:
a) Perlembangan persatuan
b) Senarai ahli jawatankuasa
c) Senarai aktiviti utama perastuan
ii. Laporan itu hendaklah dikemukakan dalam tempoh empat belas hari
mula berkuatkuasanya Peraturan-Peraturan ini atau dalam hal persatuan
yang ditubuhkan selepas Peraturan-Peraturan ini berkuatkuasa, dalam
tempoh empat belas hari selepas mesyuarat pertama persatuan tersebut.
iii. Perlembangan dan peraturan persatuan sekolah hendaklah diluluskan
oleh Guru Besar atau Pengetua.
6.

i.

Jawatankuasa tiap-tiap persatuan sekolah hendaklah mengemukaan


secara

bertulis kepada Guru Besar atau Pengetua, laporan yang

lengkap mengenai apa-apa perubahan dalam perlembangan, peraturan,


jawatankausa atau ahli persatuan.
ii. Laporan itu hendaklah dikemukan dalam tempoh empat belas hari darii
tarikh yang laporan tentang perubahan itu dibuat dan hendaklah disahkan
dengan tandatangan pengerusi dan setiausaha persatuan berkenaan.
iii. Guru Besar atau Pengetua boleh, menerima atau enggan untuk menerima
perubahan yang dinyatakan dalam subperaturan (1) .

7. Guru Besar atau Pengetua hendaklah menyimpan atau menyebabkan


disimpan suatu rekod tentang ahli-ahli persatuan sekolah dalam tempoh tiga
puluh hari selepas berkuatkuasanya Peraturan-Peraturan ini dan hendaklah
sedia ada bagi pemeriksaan oleh Pendaftar.

8. Guru Besar atau Pengetua hendaklah melantik seorang atau beberapa orang
guru untuk bertindak sebagai penasihat atau penasihat-penasihat bagi setiap
persatuan sekolah dan Guru Besar atau Pengetua itu hendaklah menyimpan
atau menyebabkan disimpan suatu rekod bertulis tentang maklumat itu dan
hendaklah sedia ada bagi pemeriksaan oleh Pendaftar.
9. i. Akuan bagi tiap-tiap persatuan sekolah hendaklah di bawah kawalan Guru
Besar atau Pengetua atau Guru Penasihat.
ii.Guru Besar atau Pengetua hendaklah menyimpan atau menyebabkan
supaya

disimpan

suatu

akaun

yang

sewajarnya

dan

hendaklah

menyimpannya di bawah jagaannya bagi tempoh tidak kurang dari enam


bulan setelah berakhir tiap-tiap tahun kewangan dan hendaklah sedia ada
bagi pemeriksaan oleh Pendaftar.
10. Pendaftar, Guru Besar atau Pengetua boleh, mengarahkan mana-mana
persatuan sekolah mematuhi peraturan tentang pengurusan, aktiviti,
keahlian atau yang selainnya berkenaan dengan persatuan itu.
11. i. Pendaftar, Guru Besar atau Pengetua boleh secara bertulis mengarah
mana-mana persatuan sekolah dibubarkan jika dia berpuas hati bahawa
persatuan itu mungkin digunakan bagi maksud:
a) Yang tidak memberi manfaat kepada murid dan guru
b) Propaganda politik yang memudaratkan kepentingan Malaysia atau
awam
c) Yang memudaratkan kepentingan murid
d) Yang melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-peraturan ini
ii. Tiap-tiap arahan yang dibuat di bawah subperaturan (1) atau peraturan 10
hendaklah disiarkan dengan menampalkan suatu salinan mengenainya di
papan kenyataan sekolah atau mana-mana tempat yang boleh dilihat di
premis sekolah.

12. Peraturan-peraturan Di Bawah Seksyen 92 Ordinan Pelajaran 1952


Dibatalkan.

Dibuat 8 April 1998


[KP (PUU)S 10075/07/1/Jld.IV(25):PN.(PU)569.]
DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUAN HAJI ABDUL RAZAK
Menteri Pendidikan

Lagu-lagu Patrioktik & Pertubuhan


Lagu Kadet Remaja Sekolah
Kadet Remaja Sekolah,
Menuju satu ikatan bersaudara,
Bersatu menjulang, keamanan Negara,
Menjayakan ilmu, iman dan amal.
Marilah kita membina peribadi,
Membentuk insan yang kereatif,
Kearah kecermelangan diri,
Sepanjang masa yang berterusan.

Remaja sambutlah cabaran,


Menjadi bangsa Malaysia,
Maju dan cemerlang, remaja berwawasan,
Jangan kita lupa kepada pencipta.
Remaja hayati budaya,
Ilmu, iman dan amal,
Tetapkan di hati dan jiwamu,
Wawasan Kadet Remaja Sekolah.
Lagu: Mejar Muhammad Thani B. Shaaban
Lirik: Left. Ustaz Roslan B. Abd. Rahman
Muzik: Bah. Teknologi Pendidikan, Kementerian Pend. Malaysia

Perwira
Perwira...
Dikaulah harapan hati
Penghibur kala sunyi
Pergilah berbakti
Membela pertiwi
Perwira...
Janganlah kekanda bimbang
Untuk pergi berjuang
Andainya kau gugur

Kekanda di medan perang


Adinda di medan seni
Sama-sama berjuang
Sama-sama berbakti
Semoga tabah hati
Majulah kekanda maju jangan undur
Dinda mohon doa restu
Rela sehidup semati bersamamu

Jasamu dikenang

Perwiraku

(1)

( ulang dari 1 )

Dengarlah lagu kucipta


Gubahan mesra nan manja
Sebagai ganti diri
Bersama kau berbakti
Untuk ibu pertiwi

Lagu-lagu Larian KRS


Gempur KRS

Langkah KRS

Kadet Remaja Sekolah


Semangat waja kita melangkah
Cekal hati dan juga tabah
Satu ikatan kita berukhwah

Mula langka ...................... Kanan


Menuju ............................. Wawasan
Ayuh kita .......................... Maju
Jadi insan ...........................Berilmu
Janji kita ............................ Kekalkan
Jadi insan ...........................Beriman
Hati mesti ...........................Cekal
Jadi insan ...........................Beramal

Ayuh remaja sambut cabaran


Jadi remaja yang berwawasan
Hati dan jiwa kita kekalkan
Ilmu, iman dan juga Amal

You might also like