You are on page 1of 5

LAPORAN PEMANTAUAN BERFOKUS KOKURIKULUM TAHUN 2019

Nama dan Alamat Sekolah: Kod Sekolah: WBD0170

SJK (T) JALAN CHERAS,

BATU 2 1/2,

JALAN CHERAS,KL.

Tarikh Pemantauan: Nama Pemantau:


10.10.2019 PN.P.JAYAMALAR

Objektif Pemantauan:

1. Untuk memeriksa, membimbing, menilai, membuat pengukuran dan memastikan


bahagian kokurikulum menjalankan aktiviti mengikut prosedur yang betul.

DAPATAN PEMANTAUAN

1. Fail Induk Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah

- Sumber rujukan untuk melaksanakan pengurusan kokurikulum disediakan


selengkapnya.

- Buku pengurusan kokurikulum sekolah disediakan dan diedarkan untuk rujukan


guru.

- Takwim semasa dapat disediakan mengikut format dan lengkap dengan


pengisian aktiviti yang terancang.

- Fail Induk dapat disediakan dengan baik dan lengkap.

- Surat Pelantikan setiap guru pemimpin/penasihat telah disediakan dan diedarkan


kepada guru-guru.

1
2. Fail Penyelaras Pasukan Badan Beruniform & Kelab Dan Persatuan

- Notis Mesyuarat Jawatankuasa, borang kehadiran dan minit mesyuarat telah


disediakan mengikut ketetapan.

- Setiap Penyelaras perlu mewujudkan takwim / perancangan tahunan masing-


masing yang perlu dibincangkan dalam mesyuarat penyelarasan pada awal
tahun

- Penyediaan Takwim / Perancangan tahunan perlu diselaraskan.

3. Pasukan Badan Beruniform & Kelab Dan Persatuan

- Pengurusan folder dan fail Pasukan Badan Beruniform serta Kelab & Persatuan
menepati format yang ditetapkan

- Carta organisasi lengkap. Takwim aktiviti disediakan dengan terancang.

- Dokumen-dokumen berkaitan dapat disediakan dan bertepatan dengan


kehendak instrumen semasa

- Pengurusan PBB dan Kelab & Persatuan sangat baik dari segi keseluruhan dan
hanya perlu mengambil pemberatan sedikit dari segi penerimaan guru dalam
menjadi ahli badan induk. Juga penekanan dalam merekodkan perbelanjaan
kewangan yang menggunakan sumber kerajaan dalam aktiviti atau program

- Kewujudan bilangan PBB dan Kelab & Persatuan bersesuaian dengan enrolmen
murid

- Tiada surat penyerahan kembali kuasa yang diberikan pada akhir tahun

4. Laporan

- Aktiviti mingguan perlu ditambah baik.

- Laporan program bagi Pasukan Badan Beruniform dan Kelab & Persatuan perlu
disediakan mengikut perancangan takwim sekolah

- Laporan aktiviti kokurikulum disediakan setiap minggu

- Borang laporan mingguan bagi aktiviti kokurikulum telah diselaraskan.

5. Surat Pekeliling Ikhtisas / Pekeliling Kewangan / Siaran KPM

- Fail dan surat-surat perlu disimpan di lokasi yang sesuai.

- Surat Pekeliling Ikhtisas telah dikompilasikan dalam bentuk buku.

2
6. Papan Kenyataan / Sudut Kokurikulum

- Carta organisasi setiap PBB dan Kelab & Persatuan perlu diwujudkan.

- Kejayaan murid dalam bidang kokurikulum perlu dipaparkan.

- Maklumat bergambar dan menarik minat murid untuk mendapatkan maklumat


serta pengetahuan tambahan

7. Data Kokurikulum

- Kutipan pelbagai jenis data dapat disiapkan dan dihantar ke lokasi pengumpulan
pada tempoh yang dikehendaki

- Data keahlian, data penyertaan dan pencapaian, data kehadiran dan data
kewangan perlu disimpan satu salinan di lokasi dengan baik dan mudah untuk
dirujuk apabila diperlukan

- Bukti “hard copy” penyediaan data maklumat murid dalam penglibatan


kokurikulum perlu disediakan dan dalam simpanan PK Kokurikulum

8. Pengurusan Peralatan Kokurikulum

- Peralatan disimpan ditempat yang baik. Walaupun begitu, bebarapa pengurusan


alatan yang berisiko perlu ditambah baik.

- Lokasi perlu mengemaskini rekod keluar masuk peralatan dengan terkini dan
perlu pemantauan peralatan terutama yang merbahaya dan berisiko tinggi

- Perlu dilaksanakan pemantauan pentadbiran untuk memastikan buku stok dan


beberapa dokumen lain dikemaskini

9. Galeri Kokurikulum

- Perlu wujudkan galeri kokurikulum di sekolah.

- Rekod-rekod kejayaan perlu dipamerkan untuk tatapan semua murid

- Satu projek inovasi untuk bidang kokurikulum perlu diwujudkan.

10. Penggunaan Peruntukan Kokurikulum

- Agihan perbelanjaan sekolah menggunakan peruntukkan kokurikulum sangat


baik

- Agihan dibelanjakan mengikut ketetapan dan berhemah

- Perbelanjaan adalah menyeluruh untuk semua murid

3
- Pelaporan penggunaan peruntukkan dapat disediakan untuk setiap sumber
penggunaan

11. Pemantauan Aktiviti Kokurikulum Peringkat Sekolah

- Jawatankuasa pemantauan tidak diwujudkan di peringkat sekolah

- Penambahbaikan perlu dibuat melibatkan perancangan, borang dan rekod


pemantauan

12. Pengurusan Penilaian Kokurikulum

- Pentadbiran pengurusan penilaian ini ditadbir dengan baik dan semua rekod
disimpan dengan baik selaras dengan keperluan sistem PASJK

- Analisis penglibatan murid dalam setiap aktiviti kokurikulum perlu dilaksanakan


dengan lebih rapi

- Buku penilaian kokurikulum murid diselaraskan dan mengikut skop keperluan


semasa

- Jawatankuasa Pelaksanaan Penilaian perlu dimantapkan lagi fungsi dan


peranannya

13. Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum Sekolah

- Aktiviti dilaksanakan mengikut takwim dan perancangan semasa

- Pihak sekolah merancang dan melaksanakan semua aktiviti rutin dalam bidang
kokurikulum meliputi perkhemahan, lawatan, pertandingan antara PBB / kelab
dan persatuan, kursus kepimpinan dan Hari Anugerah Cemerlang

14. Perancangan Strategik Kokurikulum

- Perancangan strategik kokurikulum perlu buat penambahbaikan.

15. Program Inovasi

- Program inovasi sekolah perlu diwujudkan.

Disediakan Oleh :

(JAYAMALAR A/P PONNURAJU)


PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
SJK (T) JALAN CHERAS,KL.
Tarikh: 14 OKTOBER 2019

4
Ulasan Ketua Jabatan

Disahkan Oleh :-

(PN.R.MARIAYEE@THEVE )
GURU BESAR
SJK (T) JALAN CHERAS,KL.
Tarikh : 14 OKTOBER 2019

You might also like