You are on page 1of 1

SJK (TAMIL) BATU ANAM,

85100 BATU ANAM, SEGAMAT, JOHOR.


JBD 7070

MINIT CURAI

Nama Mesyuarat / Taklimat: Taklimat Guru Penyeleras Kelab Bola Sepak 2020

Tarikh : 09 September 2020


Hari : Rabu
Masa : 1.00 petang hingga 1.30 petang
Tempat : Bilik Guru

1.Pengerusi : Pn.S.Yamini (GPK Kokurikulum)


2.Wakil Sekolah :
3.Turut Hadir : En.S.Saravanan

4.Perkara – perkara penting yang dibincangkan:-


4.1. Pengerusi memaklumkan kepada guru/jurulatih bahawa aktiviti sukan dan
kokurikulum secara bersemuka termasuk amali di luar bilik darjah dibenarkan
dengan mengambil kira penjarakan fizikal, kebersihan dan keselamatan minggu
ketiga September.
4.2 Pengerusi menekankan murid yang bergejala tidak dibenarkan menyertai aktiviti
4.3 Pengerusi menyatakan aktiviti yang dijalankan oleh guru perlu mematuhi
prosedur yang telah ditetapkan.
4.5 Pengerusi memberitahu guru Penasihat harus merancang aktiviti mengikut
kesesuaian tempat/ruang dalam kawasan sekolah dengan mengambil kira
penjarakan fizikal.
4.6 Guru perlu memastikan peralatan berada dalam keadaan bersih dan selamat
untuk digunakan.
4.7 Peralatan dibersihkan/disanitasi dan disimpan dengan baik selepas digunakan.
4.8 Murid dan guru perlu mencuci tangan dengan air dan sabun/pensanitasi tangan
(hand sanitizer) selepas tamat aktiviti.
5.Tindakan :
5.1. Semua guru-guru SJK(Tamil) Batu Anam harus berhati-hati semasa
mengendalikan aktiviti koko semasa pkp bagi mengelak covid-19.

Dilaporkan oleh :

___________________________
( KITHAN A/L RAJADRA )
PENYELARAS KELAB BOLA SEPAK 2020

You might also like