You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MAJAKIR

KERTAS CADANGAN

CADANGAN UNTUK MENGADAKAN AKTIVITI RAGAM BUSANA MALAYSIA


UNTUK PELAJAR TINGKATAN ENAM SEKOLAH MENENGAH MAJAKIR

1
1.0 Pengenalan

Pakaian tradisional merupakan identiti sesuatu bangsa yang terdapat di sesebuah


negara. Sempena bulan kemerdekaan ini, pihak Majlis Perwakilan Pelajar Pra-Universiti Smk
Majakir telah mencadangkan untuk mengadakan aktiviti Ragam Busana Malaysia. Dengan
adanya aktiviti sebegini dapatlah para peserta untuk lebih menghargai budaya sesuatu kaum.
Pemakaian busana Malaysia dapat memaparkan keunikan yang dimiliki oleh negara kita.

2.0 Objektif Program

Program ini mempunyai objektif seperti yang berikut:

2.1 Pelajar akan lebih menghargai keunikan dan adat-adat yang diamalkan di dalam kaum
masing-masing.

2.2 Pelajar dapat melibatkan diri secara giat dalam usaha mengekalkan warisan kesenian
pelbagai kaum.

2.3 Pelajar akan berbangga dengan kekayaan warisan budaya Malaysia.

3.0 Rasional

Program ini diadakan atas pertimbangan yang berikut:

3.1 Pelajar digalakkan untuk sentiasa mengambil tahu tentang kebudayaan kaum sendiri
bagi membolehkan setiap amalan budaya tradisional terus kekal bagi generasi akan
datang.

3.2 Pelajar akan mendapat penerimaan dan kefahaman budaya sendiri seperti memakai
pakaian tradisional Melayu atau Cina.

3.3 Memupuk rasa bangga dan kepunyaan bangsa. Rasa kepunyaan ialah unsur penting
yang perlu dipupuk dan dipelihara dalam kalangan pelajar.

3.4 Menerapkan semangat kesatuan sesama pelajar. Menyatupadukan pelajar dari pelbagai
kaum melalui aktiviti selaras dengan aspirasi Malaysia yang bersatu padu.

4.0 Tarikh

Tarikh: Pada bila-bila masa dan penyertaan dihantar selewat-lewatnya sebelum 11


September 2021.

Hari: Pada bila-bila masa.


2
Masa: Pada bila-bila masa.

Tempat: Rumah kediaman masing-masing.

5.0 Peserta/kumpulan sasaran

5.1 Terbuka kepada semua pelajar Pra-U SMK Majakir sahaja.

5.2 Setiap kelas wajib menghantar sekurang-kurangnya seorang peserta lelaki dan seorang
peserta wanita.

6.0 Tentatif Program

Program ini dijalankan di rumah kediaman masing-masing. Peserta hanya perlu


menghantar gambar beserta video penerangan ringkas mengenai pakaian yang dipakai melalui
Google Form yang disediakan. Penyertaan pelajar hendaklah dihantar selewat-lewatnya 11
September 2021.

7.0 Kewangan

Sumber kewangan pihak sekolah = RM 300

Bil Perkara RM
.
1. Hadiah tempat pertama + Sijil 150
2. Hadiah tempat kedua + Sijil 100
3. Hadiah tempat ketiga + Sijil 50

JUMLAH 300

8.0 Ahli Jawatankuasa

8.1 Jawatankuasa Kerja

Pengerusi: Mohammad Afiq Ikram Bin Saad


Naib Pengerusi: Nurul Ezzati binti Ag Said Tudin
Bendahari: Nur Hamizah binti Mat Yasin
Setiausaha: Fiona Joyce Joseph Kulip

AJK Pelaksana:

3
I. Siti Juratiah binti Wahidi
II. Nurafiqah binti Jailani
III. Dazel Darwin Richard Lim
IV. Ag Ku Ade Az Zarieff bin Ag Talip
V. Cassandra Eve Weston Child
VI. Muhd Afiff bin Abdul Rahim

9.0 Penutup

Ahli jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar Pra-Universiti memohon agar Pihak


Pentadbir mempertimbangkan dan meluluskan program ini.

Disediakan oleh,

(FIONA JOYCE JOSEPH KULIP)


Setiausaha MPPPU
SMK Majakir
23 Ogos 2021

Disemak dan diluluskan oleh,

( )
Guru penasihat MPPPU
SMK Majakir
Tarikh

Diluluskan oleh,

( )
Pengetua Cemerlang Jusa C
SMK Majakir
Tarikh

You might also like